Jumaat, 18 Oktober 2013

Perjuangan nyawa Ummi membawa nyawa Sufiyyah ke dunia

Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera semua,
Hari ini genap usia permata hati kami 40 hari. Rasa sekejap sahaja masa berlalu. Hari-hari berlalu disaksikan senyum, tangis, rengek si manja. Sungguh dengan kelahiran Sufi menjadi titik perubahan kepada kehidupan saya dan pasangan.
Mengimbau saat-saat getir melahirkan Nur Falah Sufiyyah, saya teringat bagaimana jerih perih pertarungan nyawa melahirkan nyawa.
Pada 7/9/2013, saya ‘memasukkan’ diri ke hospital untuk di induce kerana saya menghidapi GDM (Gestational DM) on diet control (kencing manis dalam kehamilan). Saya di induce keesokan harinya pada 8/9/2013. Sehari suntuk saya dihospital hanya berselawat, mengaji dan berzikir. Pelbagai cerita telah saya dengar tentang sakitnya bersalin di induce. Senda gurau dari para jururawat dan doktor MO sedikit sebanyak mengurangkan kegusaran saya.
Jam 0700 8/9/20113, doktor MO memeriksa bukaan jalan lahir.
“Eh Aimi, dah 3 cm. Awak ada rasa sakit tak?” tanya MO.
“Hah? 3cm. Tak rasa apapun doktor” terkejut saya.
“Ok, takpe lah. Saya masukkan prostin (induce) sekali, petang nanti kita tengok, ada progress atau tak. Tapi selalunya kalau dah 3 cm, cepat je progress untuk bersalin. Awak rehat dulu dekat wad” kata MO menjelaskan.
Saya hanya tersenyum. Jam menunjukkan 1100 pagi. Saya belum merasakan contraction pain mahupun keluar tanda (darah).
“Doktor, ada rasa sakit?” tanya staffnurse.
“Tak. Memang macam ni eh rasa kena induce?” tanya saya agak keliru.
“Hehe. Tunggulah doktor….Induce lebih sakit dari bersalin natural. Bila timbul sakit, nak senyum pun tak boleh” kata jururawat lagi.
“Gulp!” hanya terkedu.
“Haha…doktor ini. Tenanglah. Selawat banyak-banyak. InsyaAllah, semua berjalan lancar. Dulu doktor banyak tolong orang ramai, sekarang biar orang lain tolong doktor” Jururawat cuba menenangkan saya, mungkin setelah melihat wajah saya seperti ayam berak kapur.
Tepat jam 1400, saya mula merasa sakit di ari-ari. Allahuakbar. Sakitnya datang cuma sekali dalam sejam namun sakitnya, hanya Allah tahu. Setiap kali sakit, tangan kanan cepat menggerakkan butir-butir mutiara zikir manakala tangan kiri menggenggam tangan suami.
Pada awalnya saya kuatkan semangat, menahan segala sakit. Namun masuk jam 1600, saya mula mengalirkan airmata. Sakitnya seperti perut dipulas-pulas dengan seluruh tenaga. Belum pernah saya merasakan sakit seperti ini.
Mama, babah dan adik-adik turut menemani diri. Saya menangis, mengadu sakit. Saat itu saya terbayang betapa saya nakal dan banyak mengguris hati mama dan babah. Banyak sungguh dosa saya kepada mereka.
“Ma…sakit….” Saya terus mengalirkan airmata.
“Mama tahu..Kakak kena tenang, banyakkan selawat, banyakkan zikir” mama mengurut belakang saya manakala suami terus mengusap kepala saya. Saya dapat melihat airmata di wajah mama dan adik saya. Mereka turut bersimpati melihat kesakitan yang dialami.
“Kaklong, sekarang masa masih ingat untuk berselawat dan zikir, kakak teruskan. Nanti masa tengah sakit meneran, semuanya kakak lupa, jadi selalu sebut Allah” ibu mertuaku berpesan panggilan telefon.
 Jam menunjukkan 1800, sakit yang dirasakan semakin kerap dan kuat. Keluarga dari Singapura dan Melaka turut datang singgah menjenguk saya. Saya hanya meringkuk menahan sakit dan menangis. Kasihan mereka kerana saya tidak dapat melayani tetamu yang hadir.
“Aimi, since you’ve regular contraction now, do you want me or other  to check the progress for you?” tanya sahabat saya. Sahabat tadi adalah HO lelaki.  
If you don’t mind, I prefer staff nurse to check it for me” jelas ku.
“Ok doktor Aimi, jalan lahir dah buka 4cm. Kalau doktor nak, saya boleh bagi ravin enema sekarang dan hantar doktor ke labour room. Kalau doktor nak rehat-rehat dulu dekat wad pun boleh. Ikut doktor nak pergi labour room bila” jelas staff nurse.
“Hah? Baru 4 cm” saya agak kaget kerana sakitnya Allah sahaja yang tahu.
Awalnya saya mahu duduk berehat di wad sahaja, namun begitu atas nasihat keluarga, saya akur untuk ke labour room.
“Ini anak pertama. Kakak tak tahu apa akan terjadi nanti. Lebih baik kakak pergi LR, at least boleh close monitoring kakak dan baby. Do not take the risk” pesan babah.
“Sayang, minum dan jamah sikit sebelum ke labour room. Dari pagi tadi tak makan, tak minum ini” pujuk suamiku. Ya, dari awal pagi hingga jam 8 malam tiada apa yang boleh masuk ke perut saya. Saya mengalami sakit kepala sehingga muntah-muntah.
Saya berusaha menjamah sedikit roti dan seteguk air, namun tetap muntah juga.
Saya masuk ke LR jam 2000, ARM (artificial rupture of membrane – pecah ketuban) dilakukan.
“Aimi, do you’ve any special request?” tanya MO.
“Yes, I want epidural” kataku.(Epidural -  Bius yang diberikan melalui tulang belakang).
“I try my best to get it for you. Since today is weekend, agak susah nak request Epidural” kata MO lagi.
“Please…” saya menangis seperti anak-anak mahukan gula-gula.
Jam 2000, contraction pain dirasakan adalah 20 minit sekali. Namun setelah air ketuban dipecahkan, contraction pain menjadi 10 minit sekali.
“Eh doktor, kuatnya contraction ini.  Doktor ada minum air selusuh ke?” tanya jururawat.
“Tak! Saya nak Pethidine boleh?” kataku ringkas sambil menahan sakit. (Pethidine adalah ubat suntik menahan sakit).
“Ok boleh-boleh” kata jururawat.
Semua jururawat LR yang bertugas malam itu datang singgah ke bilik bersalin saya. Mereka memberikan kata-kata semangat dan mendoakan. Tenang melihat kehadiran mereka di sisi walaupun saya tahu, saya sudah tidak mampu untuk senyum.
Setelah saya diberikan Pethidine, terus saya merasa mengantuk yang tidak dapat ditahan. Bezanya, saya masih merasakan sakit bersalin tapi dalam keadaan mengantuk! Di dalam LR, saya masih muntah-muntah.
Jam 2200, Anaest MO datang (Mo dari bahagian Anaest –bius) bertujuan memberikan Epidural.

“Aimi, you know the pros and cons when I give you Epidural. It’s actually…bla..bla..bla..” jelasnya panjang lebar.
Sumpah, saya hanya tahu di MOAnaest selebihnya, saya tidak men digest walau sepatak kata pun kerana menahan sakit.
“Allah. I’m in pain. I know and understand everything. Please, can you give it now?” jelasku.
“Biar saya periksa jalan lahir dulu Aimi” jelas MO O&G.
“Eh dah 8 cm ini. Tak boleh bagi Epidural kalau macam ini” jelas MO tadi.
“Ha?? Saya nak Epidural……………….” Saya menangis lebih kuat.
**Ok boleh bayangkan betapa saya seperti budak-budak ketika itu menangis mahukan Epidural? Sumpah, demi Allah, sakit melahirkan itu membuatkan saya lupa segalanya”
Alhamdulillah, kehadiran suami di sisi sangat membantu. Diusap-usap kepala saya dan rela menjadi mangsa yang mana tangannya terus digenggam kuat.
Tepat jam 2245, bukaan jalan lahir telah lengkap 10 cm. Saya sudah merasa untuk meneran.
“Abang, ajarkan saya mengucap” kataku kerana saat itu sakit bukan kepalang hingga saya lupa bagaimana untuk berzikir.
Suami memimpin saya mengucap dan berselawat.
Sewaktu proses meneran, suami saya turut tidak ketinggalan memberikan semangat dan mengajarkan saya meneran.
“Ok, sikit je lagi. Kepala baby dah dekat bawah. Tarik nafas dalam-dalam, teran” suara suamiku keras di sebelah.
“Buka mata, tutup mulut!” suara suamiku terus memberikan arahan.
Sewaktu itu ada hampir 3 orang jururawat dan suami yang bersama-sama memimpin proses bersalin. Mereka bersama-sama memberikan semangat, cuma saat itu, hanya suara suami saya sahaja yang dapat saya dengar dan faham.
Tepat jam 2310 malam, lahirlah bayi kami.
Anehnya, saya melihat bayi kami tidak langsung spontan menangis. Bantuan terus diberikan.
Saya melihat jam di dinding, 1 minit. Saya masih tidak mendengar suara bayi kami.
5 minit kemudian, masih sunyi sepi. Kala itu, saya sudah menangis tidak berhenti.
“Abang…anak kita..” saya menangis sambil memegang tangan suami.
“InsyaAllah, Allah tolong. Jangan menangis, tenang je. Abang pergi lihat baby kita” kata suami memujuk.
10 minit kemudian, kami didatangi MO Paeds (Bahagian kanak-kanak).
“Aimi, I’m going to admit your baby to NICU (neonatal ICU – ICU for newborn) in view of poor APGAR score. At 1 minute of life was 4, intubated 5. My current diagnosis is perinatal asphyxia. Looking at your baby, we’ll try our best”
Saya hanya terdiam dan terus menangis.
“Intubated? (Dimasukkan tibu pernafasan)” saya menangis lagi.
Suami terus memeluk saya.
“InsyaAllah, anak kita selamat. Anak kita kuat macam ummi dia” pujuk suamiku.
“Doktor, anak saya dulu pun intubated juga, tak pe. Doa banyak-banyak. InsyaAllah, ok” pujuk jururawat.
Usai proses menjahit jalan lahir yang robek, saya dipindahkan ke wad.
Suami sempat singgah, iqamah dan mengambil beberapa foto anak kami di NICU.
Saya minta untuk melihat wajahnya, saat itu, saya menangis tanpa henti.
Penuh satu badannya dengan alat bantuan pernafasan, OGT bantuan makanan, ECG, artery line dan IV line.
Sayu.
Dengan izin Allah SWT, bayi kami menunjukkan good progress. Setelah hari kedua, tiada bantuan pernafasan diberikan dan dia mampu untuk bernafas tanpa masalah. Minum susu pun kuat.
 Syukur. Anak ummi dan abi solehah mujahidah yang tegar di jalan Allah. Sufiyyah mahu berbakti kepada semua maka dia kuat untuk berjuang.
Dan, ini adalah Nur Falah Sufiyyah. Hidup kami suami isteri lebih indah bersamanya. Sekalipun kerenah Falah yang pelbagai, itulah asam garam kehidupan keluarga. 
Kini, untuk medical check up yang pertama, (usia sebulan) Sufi menunjukkan positive progress di mana semua parameters (Height, Weight, Head circumference, BMI, neurodevelopmental) dalam kategori normal. 
 Nur Falah Sufiyyah, Cahaya Kejayaan Suci. Semoga membesar dengan sihat, pintar, menjadi anak yang solehah, bermanfaat kepada semua, mujahidah yang diredhai Allah.


Ahad, 13 Oktober 2013

Berpantang cara saya

Assalamualaikum wrt wbt, 
Alhamdulillah, syukur atas rahmatNya. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat kepada semua makhluk ciptaanNya.

"Update lah blog" itulah ungkapan suami saban hari. Nah, hari ini alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk saya menulis sesuatu.

Saya ingin menulis beberapa perkara yang menyentuh tentang barangan dan keperluan yang saya gunakan sepanjang tempoh berpantang.

1. Set berpantang.

Saya menggunakan produk NR (Nona Roguy) untuk berpantang berdasarkan beberapa aspek. Pertama dan utama adalah halal dan ada logo yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kedua, setelah menjalankan survey ke beberapa stokis jamu, ramai mengesyorkan NR atau produk orang kampung. Ini kerana produk ini 'kurang panas' sehingga apabila menyusukan anak, anak tidak kuning. Ketiga, produk NR menawarkan set lengkap jamu-jamuan, minyak urut herba, lulur herba, uncang untuk pembersihan alat sulit wanita.

Set berpantang NR 

2. Bengkung untuk ummi :)

Sewaktu tempoh berpantang, wanita diharuskan memakai bengkung. Dari pandangan orang tua-tua, katanya mahu elak dari masuk angin, mengembalikan bentuk pinggang yang ramping dan mengembalikan rahim ke tempat asal. Awalnya, perut saya seperti belon kecut, menggelebeh dan saya memang memakai bengkung tradisional. Namun, apabila saya rasa nak terkucil, memang rasa menggelabah sebab kena buka satu-persatu ikatan. Apabila ikatan telah dibuka, maka jadi kerja harus membetulkan semula ikatan. Mungkin perkara ini nampak mudah bagi yang berpantang di rumah orangtua/mertua namun begitu, tidak bagi saya kerana saya harus berpantang di rumah sendiri kerana beberapa halangan.


Bengkung tradisional - gambar hiasan

Oleh itu, saya mencari alternatif dengan memilih penggunaan corset dari produk premium beauty. Lebih mudah dan selesa. Alhamdulillah, setelah constant memakai produk ini hampir 2 minggu, saiz pinggang saya telah turun 2 cm dan tiada lagi masalah sakit tulang belakang akibat posisi menyusu badan memaksa saya sedikit membongkok ke depan.


Set lengkap corset dari PB - gambar hiasan

3. Diet Supplement.

Ini saya rasakan amat diperlukan sewaktu proses berpantang dan juga menyusu badan. Allahuakbar, badan saya menjadi mudah penat, cepat lapar dan kurang bertenaga. Jauh berbeza dibandingkan dahulu. Apabila masalah ini timbul, saya mudah merasa stress kerana mana harus mengemas rumah, menyusu anak, memasak, basuh dan melipat baju dan belajar. Rasa tertekan kerana kerja tidak dapat disudahkan akibat terlalu penat. Kadang-kala, baru bangun pukul 8 pagi, pukul 10-11 pagi saya sudah merasa keletihan.Oleh itu, saya mengambil produk shaklee, ESP, alfalfa dan calcium supplement. Alhamdulillah, walaupun saya hanya bersarapan 2 keping biskut atau roti, saya masih bertenaga dan kenyang sehingga jam 2 - 3 petang. Alhamdulillah. Susu badan pun bertambah banyak dan pekat. Kalau dahulu, saya hanya mampu mengepam 2 onz sehari ( 2 botol) tetapi kini saya dapat 15 onz sehari.


Shaklee - ESP, alfalfa, osteomatrix 

4. Breastpump.

Breastpump adalah penilaian yang paling sukar dilakukan kerana setelah saya survey beberapa orang dan juga kedai bayi, mereka rata-rata mengesyorkan Medela. Mengapa saya katakan penilaian ini sukar? Ini kerana produk Medela sudah terkenal di seluruh dunia dan kebanyakan hospital juga menggunakan produk yang sama, oleh itu sangat sedikit orang atau survey yang dapat saya lakukan untuk produk yang lain kerana mereka jarang/tidak menggunakan produk lain seperti Avent philips, Spectra dan sebagainya. Awalnya, niat di hati, saya mahu membeli Medela Freestyle tetapi memandangkan harganya yang mencecah RM 1700++ maka saya melupakan hasrat tersebut dan memilih Medela mini electric. Harganya lebih murah, lebih kecil dan mudah dibawa kemana-mana. Ibu saya juga menasihatkan saya,
"Kakak belum tahu lagi susu badan banyak mana, jadi cubalah yang Medela mini electric. Lagipun anak ini exclusive breastfeed sampai 6 bulan. 3 bulan pertama, kakak cuti bersalin, jadi yang betul-betul perlu exclusive breastpump adalah 3 bulan berikutnya"
Saya, "Betul juga tu"



Kepada yang bekerja dan mencari breastpump, saya syorkan ambil electric breastpump instead of manual breastpump. Alasannya, pertama menjimatkan masa dan kedua menjimatkan tenaga, ketiga sangat ringan dan mudah dibawa kemana-mana :)

Baiklah, sekian sahaja perkongsian saya sekarang. InsyaAllah semoga bermanfaat kepada yang membaca. Saya akan berkongsi dari masa ke semasa.

ps:

1. Saya menabung untuk keperluan berpantang dan bayi sejak saya tahu saya hamil iaitu sewaktu hamil 3 bulan. Minimal sebulan RM 500 - 1000 sebulan.

2. Sokongan suami baik dari segi mental, fizikal mahupun kewangan sangat diperlukan. Jika ada keraguan, masalah sampaikan kepada suami kerana diri kita berhak dilayani dengan baik.

3. Sewaktu berpantang dan menyusu badan, banyakkan minum air zam-zam, madu dan elakkan makan makanan tidak berkhasiat, pedas kerana bayi kita dapat merasa perbezaan "perisa" susu badan.

4. Banyakkan memperdengarkan alunan ayat Al-Quran dan zikir kepada anak kerana mereka dilahirkan dalam keadaan fitrah, mereka gemarkan kepada perkara-perkara fitrah. Anak akan menjadi lebih tenang. 
Sekian, assalamualaikum wrt wbt. Semoga dapat saya kongsikan lagi di masa akan datang :)

Sabtu, 2 Mac 2013

Lil' Mujahid is coming out soon

Assalamualaikum wrt wbt, 

Salam buat semua, semoga Allah memberkati dan meredhai segala kebaikan yang kita kerjakan. 

Entry kali ini, istimewa buat semua. 

Puji syukur ke hadrat Allah SWT. 

Saya kini sedang hamil 12 minggu :) Arghh, naluri keibuan membuatkan saya menaip sambil mengalirkan airmata. Oh, inikah perasaan seorang ibu? Masa muda-muda dulu, rasa mama saya pelik sangat sebab mudah menangis dan kini saya memahami perasaannya.

Awalnya.......

Saya tidak mengesyaki bahawa saya hamil sehinggalah suatu hari ketika sedang menghadiri majlis walimah sahabat baik suami saya, Ahmad Zulhazwan di Perak. Saya teringin makan kuew teow Doli di Taiping, Perak. Pada waktu itu, kami menumpang kenderaan Fakhrul Radzi, seorang lagi sahabat baik suami saya. Saya merajuk dengan suami kerana awalnya dia berat hati untuk membawa saya pergi. Terima kasih kepada suami dan sahabat kami Fahkrul Radzi yang telah menunaikan hajat saya. 

Kami tiba di sana (Taiping) lewat petang sedangkan keretapi kami dijadualkan bertolak kurang dari 2 jam (dari Batu Gajah) untuk kembali ke Kuala Lumpur. Ok, boleh nampak tidak betapa gelabahnya suami saya dan Radzi mahu arrange agar kami sempat sampai di destinasi tepat waktu. Oh, pada waktu itu saya masih tersenyum gembira dapat makan walaupun sebenarnya saya nampak wajah mereka berdua kelat seperti tertelan kopi luwak tanpa gula atau susu :p

Dalam perjalanan pulang menaiki kereta menuju stesen keretapi, tiba-tiba Radzi tersenyum sendiri lantas berkata, 
"Tadi mak aku mesej, mak aku kata, isteri Gapo ini bawa budak, itu yang mengidam nak makan kuew teow"

Terkedu saya, "Mana ada. Memang teringin je lah" 

Suami, "Amin~~~~~" 

Mereka berdua berbalas ketawa sedangkan saya diam duduk di belakang.

Mulai saat itulah, saya terfikir, "Aku mengandung ke?"

Namun kerana sibuk dalam dunia hospital, saya sampai terlupa akan hal ini sehinggalah 5 Januari 2013, saya terlintas untuk melakukan pregancy dipstick urine test sendiri memandangkan kitaran haid lambat seminggu. 

Alhamdulilah, positif!!


Photo: hai.. i'm a little star :))
Gambar hiasan: Comelkan baju ini? Rasa macam nak gigit-gigit je!

Pada waktu itu, saya masih di Paediatric Department, bulan terakhir. Semua specialist and MOs sangat memahami. Apabila ada shooting untuk portable X-Ray mereka cepat-cepat menyuruh saya berlari keluar dari ruang wad. 

Apa yang membuat saya tambah terharu, apabila ada seorang bayi dalam keadaan nazak, harus di CPR, saya segera menghulurkan bantuan, namun specialist lantas berkata, 


"Aimi, saya tidak mahu awak bantu CPR. Awak hamil, CPR perlukan tenaga dan saya tidak mahu awak bahayakan kandungan awak. Lagipun, bayi ini sedang nazak, saya tidak mahu awak terbawa-bawa emosi, orang hamil dan tidak, berbeza"

Saya hanya tersenyum. Alhamdulillah, saya meninggalkan Paediatric Department tanpa sebarang assessment ataupun Viva. How lucky am I? Syukur, pakar supervisor berpuas hati dengan kerja saya, oleh itu, tiada assessment dilakukan :)

Kembali kepada cerita si kecil, khabar gembira ini saya sampaikan kepada keluarga saya dan suami. Adik-adik kami antara yang paling excited, ada yang telah memberikan nama untuk bakal anak kami, ada yang telah belikan baju untuk si kecil dan macam-maca lagi. 

"Bertuah anak ummi dan abi ini kan? Belum keluar menjengah dunia, orang dah belikan baju untuk dia"

Semenjak hamil saya tidak menafikan perubahan hormon menjadikan saya sangat lemah. Masuk keluar Emergency Department untuk IV drip (masuk air) kerana muntah-muntah yang teruk. Badan menjadi cepat lemah. 

Syukur ke hadrat Allah SWT, tanda-tanda awal kehamilan ini saya rasakan di awal minggu ke 5 hingga ke 11 kehamilan dan kini saya sudah mulai beradapatasi. 

Suami saya antara manusia yang paling alert, bila dengar saya start mual-mual nak muntah, dia sudah lipat lengan baju, mahu tolong urut belakang bila saya muntah di tandas. Sweet kan? Hehe. 

Awalnya, saya tidak boleh makan apapun. Apa yang saya makan, saya muntahkan kembali. Kadang kala sampai menangis sebab perut lapar dan badan lemah tetapi tekak tidak boleh menerima makanan apa pun. 

Namun itu tidak menjadikan alasan untuk saya lemah. Saya tidak mahu menolak melakukan kerja sepertimana saya dahulu. 

Kini saya di Obstetry and Gynecology Department. Antara department yang saya sangat suka selain Medical (bias sungguh aku ini!). Saya tetap melakukan tugas seperti biasa cuma ada perkara yang saya hadkan iaitu, saya tidak menangani pesakit-pesakit kanser Gynecology yang sedang menjalani rawatan kemoterapi. 

Saya enjoy bekerja di department ini. Saya merasakan I'm part of it. I'm a family member of this world. Walaupun saya berkerja dari 7 pagi hingga 8 atau 9 malam, namun saya tidak merasa terbeban. Mereka pesakit saya, mereka adalah tanggungjawab saya. 

Sewaktu ward round dengan MO, tiba-tiba saya didatangi seorang MO dari ward lain, 

"You Aimi eh?"

Saya, "Yes, I'm Aimi. Why boss?" saya bertanya saat saya melihat wajah MO tadi tidak berhenti melihat saya. 

MO, "Owh, you ke Aimi?. Bila nak datang kerja dekat ward saya? Saya dengar MO ward ini (Gynecology) selalu puji you?" 

Saya hanya tersenyum. Alhamdulillah, rasa kembang nak koyak seluar. Hehe 

Kepada semua bakal ibu lebih-lebih lagi yang bekerja sebagai seorang doktor (atau professional lain yang tidak pernah tahu bila longstanding working hours), kalian harus kentalkan minda dan semangat. Jangan pernah sesekali menjadikan alasan kerana saya hamil, saya tidak boleh melakukan prosedur A atau mengendalikan pesakit dalam jumlah yang besar atau sebagainya. 

Apabila kita menjadikan alasan hamil untuk mengehadkan tugas kita, seolah-olah kita berkata, kerana anak yang aku hamil ini, aku menjadi lemah dan tidak dapat melakukan tugas dengan baik. 

Benar jika hamil, kita bakal menghadapi banyak keterbatasan. Mudah penat atau pergerakan menjadi lambat. Namun keterbatasan ini tidak boleh menjadi penghalang untuk kita (warga hamil - kenapa macam lain je bunyi nye?) bergerak lebih baik kan?

Lebih-lebih lagi di awal kehamilan (anak pertama) tempoh beradaptasi memerlukan banyak pergorbanan dan kadang kala pengorbanan ini menjadikan kita rebah. 

Sedikit informasi tentang Hyperemesis Gravidarum (Mual muntah yang berlebihan sewaktu hamil)
- Banyakkan minum air, minimal 3L per hari 
- Amalkan makan makanan yang kurang berminyak 
- Makan makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi sering 
- Cuba kenalpasti, apa punca kita muntah. Bau masakan ? Bau badan suami? Setelah kenalpasti, sedaya upaya, jauhkan dari punca tersebut. 
- Minum air teh halia
- Amalkan perkara yang dapat menimbulkan rasa gembira (endorphine release activity), ada yang suka shopping, membaca, menonton TV, duduk bertafakur di masjid dan pelbagai aktiviti lain. 

Sekian sahaja sekarang, insyaAllah bila tiba waktunya, saya akan update lagi blog yang berhabuk ini :p

To my dear husband, be strong! I know you can get through all the obstacles as new HO. Barakallah :)

To my dear family and friends, do pray for me, hubby and baby :)

With love, 
Dr Aimi




Ahad, 6 Januari 2013

TIPS HO

Assalamualaikum wrt wbt, 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, saya masih diberikan kesempatan untuk sujud menyembah Allah, memuji kebesaranNya.

Terlalu banyak perkara yang ingin dikongsikan bersama semua, cuma atas kelalaian saya sendiri dalam menguruskan masa, tanggungjawab menguruskna blog terabai. 

Saya kini sudah memasuki bulan ke 3 Paediatric Department. 

Lamanya saya tak update blog??!! Last entry saya tentang tagging Medical?? Which was about 7 months ago? Haish. 

Buat masa sekarang, saya ingin berkongsi tentang sedikit perkara tentang program pegawai perubatan latihan siswazah UD 41 (housemanship). Saya akan menjawab beberapa perkara yang sering ditanya kepada saya. 

Apa faktor dalam pemilihan tempat dan hospital semasa housemanship?
Baiklah, ada beberapa perkara mengikut pandangan saya merupakan beberapa pertimbangan dalam pemilihan tempat/hospital.

1. Apa halatuju kita dan apa yang kita inginkan?
Menurut saya, ini merupakan skop terbesar yang harus dijadikan keutamaan dalam memilih hospital. Ada sesetengahnya gemarkan cabaran dan pengalaman yang luas maka saya syorkan hospita-hospital pusat seperti Hospital Kuala Lumpur, Hospital Umum Kuching Sarawak, Hospital Queens Elizabeth Sabah, Hospital Sultanah Aminah, JB, Hospital Besar Melaka, Hospital Seremban, PPUM, PPUKM, Hospital Raja Perempuan Zainab II Kelantan dan sebagainya (Hospital pusat). Tidak dinafikan hospital yang saya sebutkan di atas merupakan hospital rujukan dari hospital daerah lain dan mempunyai kapasiti pesakit yang banyak, sistem pelayanan kesihatan yang lebih tertata rapi. Oleh itu, banyak new cases or rare cases bakal dijumpai di hospital berkenaan, lebih banyak ilmu dan pengalaman yang bakal diperolehi kerana kita belajar melalui guru terbaik iaitu pesakit.  

Namun begitu, ini tidak bermaksud hospital selain dari yang saya sebutkan di atas tidak mempunyai peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman yang luas. 

Contohnya seperti saya sendiri, saya membuat pertimbangan untuk memilih Hospital Ampang dengan alasan saya mahu menimba ilmu dan pengalaman tetapi saya tidak mahu bekerja di hospital yang menurut pendapat peribadi saya high workload pressure. Ilmu yang diberikan kepada kami terbatas, namun begitu iainya merupakan inisiatif masing-masing untuk belajar. Keterbatasan ilmu dan pengalaman dapat terlihat dari sudut ini. 

2. Pemilihan berdasarkan minat dalam sesuatu bidang
Ada pula sesetengah dari kita yang telah membuat pengkhusasan untuk melanjutkan dalam bidang Master program tertentu, contohnya Infectious disease (Medical Department). Setiap hospital mempunyai kepakaran masing-masing, di mana mereka menjadi rujukan seluruh Malaysia.

- Hospital Ampang - rujukan Heamatology

- Hospital Sg Buloh - Infectious disease
- Hospital Selayang - Paliative treatment. 
- Hospital Serdang - Cardiology 

Ini adalah antara hospital yang mempunyai bidang subspecialist mereka tersendiri. Rakan-rakan boleh search di dalam internet ya :)

3. Berdasarkan jarak hospital dengan orangtua dan keluarga. 
Mereka pilih hospital atau tempat berdasarkan dekatnya jarak dengan keluarga. Mudah perhitungan ini. 

4. Elaun tambahan (elaun wilayah). 
Bagi HO (House Officer) yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung begitu juga sebaliknya akan mendapat elaun tambahan. Kurang lebih minimal RM 1500 sebulan. Dengan gaji pokok, RM 2,900 sebulan beserta elaun fleksi dan sebagainya (sebulan dalam RM 4800 - RM 5000) ini tidak termasuk elaun tambahan (elaun wilayah). 

Mungkin ini juga merupakan salah satu pertimbangan anda? Ok, saya boleh merasakan ada yang tersenyum.

5. Computer-philic person
Ada sesetengah hospital menggunakan sistem komputer secara keseluruhan, start from clerk the patient, order ubat, order blood investigation, order xray dan sebagainya menggunakan komputer. Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Putrajaya, dan saya lupa beberapa hospital lagi. 

Kerja jadi mudah kerana semuanya menggunakan sistem komputer.

Soalan kedua, bagi HO graduan Indonesia, susah atau tidak untuk beradaptasi?
Baiklah, bila kita berbicara tentang adaptasi, kita bercakap tentang cabaran. Antara cabaran - cabaran yang mungkin dihadapi adalah: 

1. Peralihan bahasa, istilah dan singkatan
- DD (differential diagnosis ) --> TRO (to rule out)
- NKMI --> No known medical illness
- NKDA --> N known drug allergy 
- 43yo/M/M --> 43 years old/ Male/ Malay 
- PA: SNT --> Per Abdomen : soft, not tender. 
- CRT <2 --="--"> capillary refill time < 2"
- LMSL -- > Light meconium stain liquor
- AEBA / BA --> Acute exarcebation of bronchial asthma / Bronchial asthma
- CXR / AXR --> Chest X ray / Abdominal X Ray 
- FBC / RP / LFT / Coag --> Full blood count (Hemoglobin, hematocrit, white cell count, platelet) / Renal profile (Urea, Na, K, Chloride, Creatinine) / Liver function test (Total bilirubin, Protein, albumin, ALT, ALP) / Coagulation profile (PT, APTT, INR)
2. Peralihan prasarana 
3. Peralihan cara kerja

Semua bentuk komunikasi menggunakan bahasa Inggeris. Alhamdulillah, dan InsyaAllah, tidak susah. Percayalah. Awalnya anda memang akan merasa kekok, rasa terlalu banyak benda yang harus dipelajari dalam satu masa tetapi inilah adat orang ditempat baru. Paling lama pun sebulan untuk ambil masa memperbaiki komunikasi. 

Tips yang mampu saya berikan?
1. Yakin pada diri dan sentiasa positif dengan tampil present cases semasa ward round. Ambil sebanyak-banyaknya peluang dan jangan pernah sekali 'tolak patient' (refuse untuk clerk patient).  

Kita akan melakukan kesalahan, percayalah. 
Kita akan dimarahi, yakinlah.  

Tapi lebih baik dimarahi dan ditegur sekarang dari kita menjadi pembunuh berlesan di masa hadapan kan? 

Lepas sebulan kerja, insyaAllah, berhabuk korang cakap bahasa Inggeris ;p

Saya selalu cakap pada diri kalau dimarahi, 
"Whatever, as long as I learn and gain something, I save people's live, I don't care. For the sake of my patients"

2. Rajin bertanya. 
Jika tidak tahu, mahu tahu, ragu-ragu, do not hesitate to ask. NEVER ASSUME. Kesalahan paling fatal dalam HO, 
"I believe the patient was well at home"
"I believe she's compliance to the medications given"
"I believe the PPK (pegawai pembantu khas) already dispatch all the blood investigation taken"

Tanpa bertanya, tanpa sebarang bukti, kita membuat andaian. 
Andaian pesakit stabil
Andaian pesakit makan ubat. 
Andaian kerja telah selesai.

Be proactive untuk mendapatkan kepastian dari sebarang keraguan. Pastikan kita yakin dengan apa yang kita percaya dan lakukan. Ini kerana apabila kerja kita dipersoalkan kelak, kita ada jawapan dan alasan yang kukuh. 

Buku-buku rujukan
1. Medical: Medical Sarawak handbook (warna biru)
2. Paediatric: Paediatric protocol, Malaysia (warna hijau)
3. O&G: Protocol hospital masing - masing dan William Obstetric, Novac Gynae
4. Surgery: Oxford handbook 
5. Orthopaedic: Appley's Ortho 

Tambahan dari semua rujukan di atas adalah CPG (Clinical Practice Guideline, boleh download dari internet)

InsyaAllah, sampai di sini sahaja dulu. Sebelum saya mengakhiri tulisan saya, ingin saya tegaskan pada diri dan semua, 

1. Kosongkan minda dari segala negative thinking or output. 
- Contohnya, lulusan Indonesia dianggap second class dan sebagainya. Itu semua sangat-sangat bergantung pada individu. Pakar dan juga MO bukan orang gila yang tiba-tiba mahu melabel kita. Imej, persembahan dan kualiti yang menjadi cermin kepada diri sendiri. Lulusan mana-mana pun, kalau lakukan kesilapan, apatah lagi berulang kali, memang akan kena marah. 

2. Be active and proactive
- Semasa bertugas, sentiasa siap dan sigap. Kita cergas dalam melaksanakan tugas. Be a participant in a discussion and know exactly what is your job and what to do next. Jangan mengelamun.
- Bagaimana mahu jadi active and proactive? Jawapannya mudah, BELAJAR dan TERUS BELAJAR. 

3. Sesibuk apapun kita, jaga waktu solat, jaga bacaan mathurat dan Al-Quran. Fizikal, mental dan rohani harus sama-sama kuat. Di sinilah tahap kesabaran kita diuji dan hanya kepadaNya kita kembali mendapatkan jawapan dan hikmah. 

4. Jaga waktu makan dan minum. Jika tidak sempat makan nasi, tidak mengapa (saya selalu skip meal lunch and dinner sebab terlalu sibuk) sediakan minuman bijirin, coklat, energy drinks, air yang banyak sebagai ganti. Paling minimal gula-gula sebagai sumber glucose. Ingat, kita perlu jaga hak tubuh kita juga. 

Ok, sampai berjumpa di masa hadapan. InsyaAllah, saya akan update beberapa info tentang diri, kesihatan, pekerjaan dan pelbagai lagi. 

Semoga bermanfaat, dan tulisan di atas merupakan pendapat peribadi, silakan berkongsi pandangan dan bertanya. 

Yang baik itu datang dari Allah SWT, yang buruk itu datang dari Allah SWT tetapi di atas kelemahan saya sendiri. 

Assalamualaikum wrt wbt.
 
 

Selasa, 19 Jun 2012

Tagging Medical

Assalamualaikum wrt wbt. 


Alhamdulillah. Syukur. Kini saya di rotation Medical atau Perubatan Am. Saya melewati Surgery rotation dengan lancar tanpa sebarang extension. Alhamdulillah. 


Tekun belajar sambil menunggu ketibaan mama di LCCT. 



Gambar diambil semasa saya bertugas di Surgical Department. Menerima panggilan dari MO. Ada case di Emergency. Saya diminta untuk turun ke ED segera. 

8/6/2012 adalah tarikh rasmi saya berdaftar sebagai Medical HO (Medical House Officer). Debaran tidak perlu diungkap. Masuk sahaja wad, saya boleh lihat lambakan pesakit. Lebih ramai dibandingkan sewaktu di Pembedahan Am. Semua kakitangan baik Pakar, Medical Officer, HO, jururawat, ketua jururawat sibuk memberikan layanan kesihatan. Ada yang berjalan laju, ada pula yang sibuk mencucuk pesakit, ada pula yang sibuk bertanya-tanya kepada pesakit. Tidak ada seorang kakitangan pun yang saya lihat duduk istirahat. Semua seperti terkejar-kejar. 


Saya dan 2 orang sahabat melaporkan diri kepada Pakar yang sedang buat ward round.

"Your name and where you graduated from?"

Masing-masing memperkenalkan diri dan menyebut nama Universiti. 



"I'm Nurul Aimi, 2nd poster, graduated from UNPAD, Bandung Indonesia"

"Owh, from Bandung~ so, you kenallah X? and Y?"

Pakar tadi menyebut nama 2 orang HO lulusan Bandung. 2 contoh yang contradictory. Seorang adalah Captain Medical manakala seorang lagi dikenali ramai kerana beberapa masalah. 



Saya tahu, pertanyaan itu bernada sinis. Pasti tersimpan persepsi yang kurang baik. InsyaAllah, saya akan mengubahnya. Saya yakin, saya bukan dari mahasiswa yang mempunyai masalahattitude and knowledge. 


Pagi sebelum datang bekerja, saya sempat membaca tentang Acute Coronary Syndrome. Saya cuma browse everything, surfaceJust to make sure saya ada sedikit info before I enter the new department


Kami ikut bersama ward round. Tiba-tiba, saya disajikan pertanyaan, 


"You, what are the risk for cardiovascular diseases?"

Alhamdulillah. Syukur. Terus terlintas beberapa faktor risiko. Semuanya masih segar di dalam kepala kerana  saya baru sahaja selesai membacanya pagi tadi. 


"Dyslipidemia, hypertension, smoking, alcohol, family history of premature CAD, known case of CAD"



"Ok good. Another one is menopause"


Kemudian ward round diteruskan. Kami menghampiri seorang pesakit dengan Kronik Anemia.

"What is the complication of chronic anemia?" pakar tadi melirik ke arah saya. 



"Anemia Heart Disease. Heart failure or insufficiency secondary to prolong anemia"

Hanya menganggukkan kepala. 



Syukur. Semua pertanyaan yang diberikan kepada saya dan sahabat-sahabat (taggers) dapat kami jawab dengan tenang. 


Alhamdulillah, begitu saya terbayangkan saat KOAS dan Magang. Saya bersyukur, semasa di bagian Ilmu Penyakit Dalam, saya tidak mensia-siakan waktu. Saya volunteer untuk present Case Report Session yang aneh seperti Malaria. Saya tidak menolak untuk manage patient's with Unstable angina, NSTEMI, STEMI, CKD patients. 


Syukur. Saya menjalani kehidupan tagging seperti HO lain. (tagging is the period range from 1 week to 2 weeks from 0700 to 2200 working at hospital for you to learn as much as you can. At the end of the day, there'll be an assessment to off you from tagging. It's call VIVA. An oral examination or SOCA-like assessment)


Masuk hari kedua, "Aimi, you jaga front cubicle" Kapten memberikan arahan. 


"Doctor, bed 5 branula leaking. Please insert new branula. Patient ada antibiotic"


"Doctor, new patient!"

"Doctor, patient transfer out. Please write transfer out summary as soon as possible"

"Doctor, patient nak refer GHKL, referal letter belum tulis lagi"

"Doctor, patient having chest pain!!"

Apabila semua arahan dan tanggungjawab datang serentak, saya hanya mampu menarik nafas dalam dan istighfar. Ya Allah, Kau tabahkanlah hatiku. 



Saya lantas meninggalkan wad. Saya melihat jam tangan, 6.30 petang. Astagfirullah. Saya terlepas solat Zohor. Dari pagi saya kerja, saya belum sempat duduk apatah lagi solat. Saya lantas memberitahu kawan-kawan, saya mahu solat. 


Saya harus menjama' kan solat. Betapa sayu rasa hati. Kaki saya terasa sangat menggigil. Tangan saya menggeletar. Jatuh terjelepuk saya setelah solat. Baru sedar, dari pagi hingga jam 6.30 petang, tidak ada setitik air pun sempat saya teguk. Mengalir airmata saya. Deras mengenangkan kesakitan yang dihadapi. 

Saya membuka semua pesanan ringkas. Saya membaca satu persatu, mesej. Makin deras airmata mengalir. Pesanan ringkas dari mama, babah, adik-adik dan suami. Masing-masing memberikan saya semangat dan mendoakan saya. Sayu hati saya. Lantas saya duduk, berdoa, mengesat airmata dan bergerak menyambung kembali tugas. 



"Kalau menangis sampai keluar airmata darah sekalipun, tugas kau takkan selesai. Bangun. Selesaikan semua kerja dengan cepat, nanti kau boleh rehat sekejap"


Saya memberikan semangat buat diri. Saya menyelesaikan semua tugas dengan pantas. Syukur. Saya pulang kerja jam 11.30 malam. Saya pulang dan meneguk air sejuk 2 gelas. Alhamdulillah, sudah cukup kenyang buat diri. Tersenyum saya. 


Saya belajar untuk menjalankan tugas dengan sistematik dan cepat serta tenang menghadapi situasi yang mencemaskan. Alhamdulillah, saya belajar semua itu dalam masa yang singkat. 


Pernah ada situasi, 


Seorang jururawat datang kepada saya, "Doktor Aimi, doktor jaga patient bed 11 ke?"

"Oh tak. Saya incharge front cubicle. Kenapa ya?"



"Ada patient collapse"


Saya lantas membuka fail pesakit. Baca sekilas diagnosis and current problem. 


"Ok biar saya tengok patient tu, dalam masa yang sama, awak cuba contact doctor incharged"

Sewaktu saya menghampiri pesakit, pesakit terlihat sangat lethargic and unresponsive



"Kak, tolong DXT stat" saya mengarahkan seorang jururawat untuk memeriksa random blood sugar. 


"Ok. Doctor, 2.4"


"Ok, bagi IV bolus Dextrose 50% 50 mLs stat then repeat again DXT reading after 1 hour. Tolong pasang cardiac monitoring, oxygen saturation, prepare ambu bag. Inform saya after 15 mins condition patient" saya lantas meninggalkan pesakit apabila melihat keadaan pesakit semakin pulih.


Tidak sampai setengah jam, jururawat yang bertugas datang kembali memberitahukan keadaan pesakit. 


Saya lantas menghampiri pesakit. Saya lihat keadaannya sama. 


"Kak, run 1 pint normal saline. Secure airway" perintah saya kepada jururawat tadi.


Saya lantas menghubungi MO.

"Doctor, I'm Aimi, HO from XX ward. I would like to inform this patient, 50years old, male, knwon case of XX, current problem is XX, he's been unconscious with GCS E2 M5 V2. I've run 1 pint fluid, IV bolus Dextrose 50% 50 mLs and he's still not responsive"



"Ok, I'll come" balas MO tadi. 


Alhamdulillah. Saya melakukan apa yang patut seorang HO lakukan. Syukur kerana hari ketiga tagging, saya disajikan situasi yang sama, oleh itu saya tidak bermasalah menghadapi situasi di atas sendirian. Alhamdulillah. 


Saya dengan rasminya telah off tagging. Tiada assessment memandangkan pakar berpuas hati dengan kerja saya dan beberapa sahabat lain. Kami diberikan peluang bekerja mengikut sistem syif. 


Baiklah, sekian saya. InsyaAllah, di masa akan datang saya akan kongsikan lagi pengalaman saya di bagian Perubatan Am. 


Pesan 1: Doakan saya untuk terus kuat bertahan. 


Pesan 2: Harus lebih rajin belajar. Makin bersemangat dan mampu fokus dalam menuntut ilmu. 


Pesan 3: Kepada adik-adik dan semua sahabat, jika kamu diberikan masa dan ruang untuk belajar (KOAS dan MAGANG) manfaat sebaik-baiknya. Jangan rugi dikemudian hari. Kita kerja sebagai seorang doktor. Kita bermain dengan nyawa orang. Alangkah malang seorang doktor jika kita gagal memberikan yang terbaik kerana ilmu yang kurang. Na'udzhubillah. 


Pesan 4: Belajar fi sabilillah.  

Ahad, 3 Jun 2012

Kisah kami


Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, sujud syukur aku lafazkan kepada Allah SWT, Pencipta Alam Semesta dan segala isinya.

Tarikh 25/5/2012 merupakan tarikh keramat buat aku dan dia. Secara rasminya, kami bergelar suami isteri yang sah. Hubungan yang halal ini disaksikan keluarga terdekat di dalam rumah Allah. Tidak henti lidahku berzikir.

Saat lafaz ijab dan kabul sah di telinga saksi dan para hadirin, secara sah jugalah diri ini menjadi hak dan tanggungjawab si dia.

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar.

Tangisan membasahi pipiku. Mengalir deras. Ya Allah, ketenangan hati terus dirasakan. Tenang setenang-tenangnya. Syukur.

Mengimbas kembali perjalanan mujahadah mencari cinta Allah. Aku jadi teringat kisah kami.

Perjalanan kisah kami tidak semudah yang dibayangkan. Selama 4 tahun 3 bulan, perjalanan yang cukup panjang, banyak dugaan dan rintangan yang kami hadapi.

Di awal perkenalan, aku hanya mengenali nama Ahmad Zulfahmi sebagai ahli IMAN (Islamic Malaysian Association). Orang Kelantan. Aku di tahun 2 manakala si dia di tahun 1 kuliah perubatan, UNPAD. Itu sahaja. Kami hanya berkomunikasi saat perjumpaan dan perbincangan persatuan. Tidak lebih dari itu. Luar dari aktiviti IMAN, kami adalah orang yang sangat asing. Kau dengan dunia kau, aku dengan dunia aku.

IMAN sebuah persatuan kerohanian dan kebajikan yang menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat buat mahasiswa Malaysia sendiri mahupun penduduk setempat. Pergerakan aktif IMAN didokong oleh ahli yang sangat aktif dan produktif. Dari situlah aku melihat si dia sangat aktif memberikan komitmen, bertanggungjawab dan tegas. Si dia dan sahabat-sahabat dekatnya sering memberikan idea baru yang segar, menyuntikkan pembaharuan dalam pergerakan dakwah kami di sana.

Pada awal perkenalan, aku sejujurnya segan dan kurang selesa dengan Ahmad Zulfahmi. Dia sangat tegas dalam pelbagai isu dan hal.

Pernah sekali aku terlambat hadir mesyuarat, aku melihat kelibat dia menjadi pengerusi dan sedang memberikan tazkirah ringkas sebelum memulai mesyuarat . Aku lantas memohon maaf atas keterlambatan yang tidak disengajakan, aku terdengar jelas tazkirah yang disampaikan oleh si dia,

“Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian…………..”

Ya Allah, wajahku menjadi panas, malu ya Rabb. Malu sangat. Aku merasa tazkirah itu khusus buat diriku. Allahu Rabbi.

Namun, seperti biasa, aku tampilkan wajah ‘selamba’ sekalipun di dalam hati menangis tersedu-sedan.

Aku sedar, si dia sangat menepati waktu. Tiada istilah janji Melayu, hanya ada janji Muslim.

Suatu ketika, aku menerima panggilan dari seorang sahabat jauh di Jakarta. Maíz segar di dalam ingatan, aku sedang mentelaah Public Health. Esok adalah Paper PH, mid semester exam.

“Salam Aimi, tengah free ke?” sahabat bertanya

“Wa’alaikumussalam. Tak de lah free sangat. Tengah belajar. Kenapa ya?” saya membalas

“Macam ini Aimi, biar saya berterus terang, ada orang nak masuk melamar Aimi, tapi sebelumnya, biarlah saya tanya dulu sedikit sebanyak tentang Aimi” jelas ringkas sahabat,.

Aku tergamam. Aku fikir, sahabatku bercanda.

“Kelakarlah awak ini. Suka bergurau. Saya exam esok. Saya nak concentrate. Esok insyaAllah, kalau saya free, saya maklumkan ya” jelasku.

Esoknya, sahabatku menelefon kembali dan meyakinkan aku bahawa lamaran ini bukan suatu gurauan.

Mulailah episod perkenalan kami. Aku mengenali ciri orangnya sahaja. Subhanallah, hati tertarik dengan peribadi insan tersebut. Namur, terlalu awal untukku mengatakan ‘Ya” dan menerima. Tidak semudah itu.

Pertimbangan memilih pasangan hidup yang akan kekal sepanjang hayat bukan mudah. Jauh lebih sulit dari memilih jawapan peperiksaan akhir Perubatan. Namun begitu, Allah SWT adalah tempat kebergantungan, the most trustable and reliable.

Tiap malam makin kerap aku bangun, berdoa kepada Allah SWT. Aku mengalirkan airmata.

“Ya Allah, jika si dia adalah jodohku, jangan Kau hilangkan rasa cintaku padaMu dan jangan pula cintaku pada dia melebihi cintaku padaMu. Jangan Kau uji aku dengan ujian yang aku tidak mampu ya Allah. Kau permudahkanlah urusan”

Aku gencarkan Ibadan selama tempoh taaruf berjalan.
Qiamullail dilipatkaligandakan. Puasa sunat tidak dilupakan. Taddarus Al-Quran setiap waktu terluang. Aku memohon ketenangan hati. Aku memohon agar pilihan yang akan ku tetapkan ini tidak pernah tersalah.

Syukur, hatiku makin hari semakin tenang. Sekalipun aku belum mengenali siapakah sebenarnya insan yang melamar diriku, hatiku benar-benar tenang. Airmataku begitu mudah mengalir saat solat. Bangun di tengah malam begitulah mudah ku rasakan. Seolah-olah semakin dekat diriku denganNya. Bahagia dan ketenangan yang ku rasakan.

Pertimbangan ini aku kongsikan bersama orangtua, keluarga dan sahabat-sahabat dekat. Masing-masing menyokong penuh agar aku menerima lamaran si dia. Cuma mama meminta aku mengenali lebih dekat hati budi, asal keturunan, sahabat handai, keluarga mara si dia sebelum aku memberi apa-apa keputusan. 

Setelah seminggu, aku diberikan waktu untuk memutuskan antara 'Ya' atau 'Tidak', dan akhirnya aku bulatkan hati untuk menerima si dia sebagai teman seperjuanganku hingga ke syurgaNya, insyaAllah.

Kisah setelah lamaran diterima hingga ke saat terlafaznya akad nikah lebih menduga keimanan kami sebenarnya. Tidak selesai perjuangan kami di saat aku mengatakan 'aku menerima lamaran Ahmad Zulfahmi'

Perhatian orangtua kami terhadap pendidikan kami lebih diutamakan. Orangtua aku berharap agar aku selesai tempoh perkuliahan yang pada waktu itu berbaki 3-4 tahun lagi. Banyak pertimbangan yang diberikan oleh ibu dan bapaku. Terkilan tetapi aku menerima dengan tangisan airmata. Kadang-kala kebenaran itu terlalu pahit untuk ditelan, seperti pahitnya ubat sebagai penawar tetapi itulah yang terbaik pada ketika itu. 

Waktu itu, tunangku memutuskan agar hubungan kami dihentikan saja. Memberi ruang untuk aku dan dia membawa haluan masing-masing. Memikirkan masa depan dan tanggungjawab si dia dalam menjaga maruah wanita, aku dengan tangisan menerima keputusan darinya tanpa  ada sedikit rasa ikhlas dan redha sebaliknya penuh kepasrahan. Aku tahu di sebalik keputusan itu, si dia ingin menjaga hubungan kami agar lebih terpelihara dan diredhai Tuhan. Masih panjang tempoh 3 - 4 tahun itu. Pelbagai perkara buruk boleh berlaku. Kita tidak tahu sampai bila iman kita akan teguh. Jika di saat iman jatuh merundum, segala kemungkinan maksiat dan zina boleh terjadi, na'udzhubillah. 

Kami tidak berbalas mesej secara langsung ataupun telefon. Perantaraan kami adalah orang tengah, sahabatku dari Jakarta. Segala mesej-mesej kami ditapis oleh sahabatku itu. Alhamdulillah. 

Kami lalui liku kehidupan seperti biasa. Aku dan dia kembali seperti orang biasa. Tiada tempat istimewa buat dia di dalam hatiku kerana aku mahu Allah SWT sahaja yang memiliki hati ini. Masih belum halal dan aku tidak mahu mencemarkan segalanya. 

Aku meletakkan tekad, setiap kali aku terfikirkan tentang dia, aku akan membaca sehelai halaman Al-Quran dan ke mana sahaja ku pergi, di dalam poket jubahku ada tasbih. Di saat terlintas fikiran tentang dia, lantas tangan dan bibirku keras berzikir. Dalam waktu 3 tahun, aku kurang pasti berapa kali aku khatam Al-Quran. Terlalu banyak. Malamnya pula, aku menghafaz Al-Quran. Sempat aku menhafaz juz 29 dan 30 serta sebahagian Juz 28. Syukur. Kehidupanku aku sibukkan dengan ibadah. Aku perbanyakkan puasa sunat agar nafsu diri terpelihara. Jika dia jodohku, insyaAllah jalan penyelesaian akan terbentang di hadapan dan jika tidak aku pasrah. 

Kasih bertaut kembali. Masih Allah mengizinkan kami melangkah setapak menuju alam pernikahan. Sehinggalah pada tarikh 25/12/2010 di mana aku dan dia disatukan di dalam ikatan pertunangan secara adat. Sederhana majlis tersebut dan dihadiri keluarga terdekat, aku mulai mengenali orangtua dan keluarga tunangku. Itulah pertama kali aku melihat wajah bakal ibu mertuaku. Redup pandangan ibunda, menenangkan hati yang sedang gundah. Jari manisku tersarung cincin sebagai tanda ikatan pertunangan. 


Aku hanya memakai cincin risik di saat aku merasa 'insecure'. Apabila aku menyedari ada sosok lelaki yang mencuba nasib menganggu diriku, di saat itulah aku menyarungkan cincin kembali. Tuntutan kerja menyebabkan tiada barang perhiasan dipakai. Seperkara lagi, aku tidak selalu memakai cincin kerana aku takut dengan diriku sering teringatkan si dia di saat aku melihat cincin di jariku sedangkan waktu itu tiada istilah halal dalam perhubungan kami. 

Tempoh pertunangan selama setahun 6 bulan itu adalah medan untuk kami berkenalan lebih dekat. Baru aku tahu sedikit sebanyak sikapnya. Kadang menyenangkan, ada juga merimaskan (sorry abang~)

Tidak terasa tempoh 4 tahun, sabar dan redha dengan keputusan orangtua, akhirnya dengan rela mereka memberikan ruang buat kami mendirikan rumahtangga pada 25/5/2012. Aku yakin, tempoh pertunangan yang panjang, liku ujian yang banyak bukan kerana orangtua kami yang menjadi punca sebaliknya itu adalah ketetapan, qada dan qadar Allah. Aku sangat yakin hal tersebut maka aku tidak memberontak atau bersangka buruk dengan keluarga. 

Debaran berakhir. Bermulah episod percintaan kami melayari kehidupan menuju akhirat yang abadi. 

Dulu, wajah lelaki inilah yang paling aku cuba elakkan sekalipun sudah bertunang agar hati dan iman terpelihara dari godaan syaitan tetapi kini wajah dan pandangan matanya yang menjadi ketenangan buat hatiku dan pengubat rindu. 

Pesan 1: Alhamdulillah, doakan kami. 

Pesan 2: Tegurlah kami. 

Pesan 3: Ya Allah, Kau tempatkan orangtua kami ke dalam syurgaMu bersama kekasihMu Ya Rabb. 

Pesan 4: Bermula episod yang lebih berat dan mencabar. Episod membina keluarga Muslim, Ummat Muslim yang menjadikan Allah SWT sebagai tujuan, Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan, Rasulullah SAW sebagai contoh tauladan. InsyaAllah. 

Pesan 5: Doakan kami agar kembali menghadap Allah SWT dalam keadaan bangga berjihad di jalan Allah.