Ada yang berkata,
"Kak Aimi, ayat blog jiwang~" sambil nada mengenakan saya.
"Aimi, mu ni ayat sokmo gitu lah" kawan yang lain menyakat.
"Kak Aimi, ayat-ayat Kak Aimi syahdu sangat" yang ini saya rasa niat dia ikhlas 'memuji'
Apa-apapun pandangan sahabat-sahabat dan keluarga, itu tidak pernah mematahkan semangat saya kerana bagi saya, kita harus mengingatkan kembali NIAT sebenar melakukan sesuatu perkara serta JERIT-PERIH perjuangan. Sebelum saya mampu menulis, saya mempunyai satu kenangan, yang mana saya 'agak benci' pengalaman ini. Namun, ianya mengajar saya untuk terus belajar tanpa mengenal erti jemu.
Cuma tinggal beberapa hari sebelum Peperiksaan Pertengahan Tahun PMR Setara Negeri Melaka 2001. Hati saya mulai berdebar. Syukur para guru bijak memilih kata menenangkan hati. Asyik membaca buku rujukan Sains di kelas, Puan Fatimah Said, guru Bahasa Melayu memasuki kelas menggantikan Encik Harun, guru Sains yang sudahpun melangkah keluar dari kelas.
"Assalamualaikum semua" Puan Fatimah memulakan bicara dengan ucapan murni seorang muslim.
"Wa'alaikumussalam cikgu" kami pula menjawab dengan penuh syahdu (upin ipin mode)
Setelah Puan Fatimah mengajar dalam 30 minit, dia mulai duduk berehat mengemukakan soalan kepada kami. Semua senyap sunyi tiada kata. Mungkin sangat faham dengan apa yang diajar sehingga tiada soalan atau sangat tidak faham sehingga tiada soalan yang boleh ditanya.
Tiba-tiba, Puan Fatimah bersuara;
"Aimi, saya nak ujian Bahasa Melayu yang akan datang ini kamu pilih karangan berbentuk cerpen, jangan buat karangan fakta. Sejak tingkatan 1 sampailah sekarang asyik buat karangan fakta. Bila hendak menimba ilmu kalau tidak sewaktu di sekolah?" sergah Puan Fatimah.
"Baik insyaAllah saya cuba. Tapi cikgu, saya tidak pandai" saya membalas dengan nada agak terkejut.
"Cuba" jawab ringkas Puan Fatimah.
Hari yang dinanti telah tiba. Saya membuka lembaran soalan Bahasa Melayu, melihat ada pilihan soalan karangan fakta yang berkisarkan Sains manakala satu lagi soalan karangan, sila sudahi karangan anda dengan ayat ini ".................sehinggalah suatu saat, aku menginsafi segalanya". Disebabkan Puan Fatimah telah mengamanahkan saya menjawab soalan karangan cerpen maka berpeluhlah saya menjawab dan mereka serta menipu kisah untuk dimuatkan ke dalam lembar jawapan.
Dua minggu berlalu, keputusan satu persatu keluar. Bagi saya peperiksaan ini sangat penting untuk menyelitkan diri antara 20 pelajar terbaik supaya permohonan untuk kemana-mana sekolah berasrama penuh (SBP) atau Maktab rendah sains Mara (MRSM) mudah.
"Bagus semua. Cikgu nampak ada di antara kamu yang boleh duduk PMR sekarang juga dan ada di antara kamu yang kecundang. Jatuh menjunam" Puan Fatimah mula membuka bicara. Hati saya mulai berdebar. Peluh gigil berjurai. Nama setiap pelajar di dalam kelas di sebut satu-persatu sambil disebut markahnya sekali. Saya pelajar terakhir disebut.
"Nurul Aimi, lepas ini jangan buat karangan cerpen" ringkas tanpa menyebut markah. Saya datang ke tempat duduk Puan Fatimah di depan kelas dan mengambil keputusan saya.
"Itupun saya bagi markah kesian sebab saya fikir awak bukan pelajar biasa, awak pelajar cemerlang. Kalau ikut hati, memang saya tidak bagi markah macam itu. Jumpa saya waktu rehat nanti" tegas Puan Fatimah berbicara.
Saya senyap dan lantas saya menangis. Pertama kali dalam hidup saya, saya mendapat nilai B untuk Bahasa Melayu. Kecewa bukan kepalang. 65% bukanlah angka yang boleh dibanggakan sebagai insan yang lahir dalam keluarga Melayu dan berbahasa Melayu. Saya meronyokkan kertas dan dimasukkan ke dalam beg. Saya meneruskan tangis walaupun Puan Fatimah telah mulai mengajar.
"Aimi, saya tahu dalam hati mungkin awak benci saya. Mungkin awak benci sebab saya lah markah awak jadi macam ini. Tapi cuba awak bayangkan kedudukan awak ditempat saya. Saya mengajar berbuih mulut cara penulisan karangan cerpen yang menarik tapi ini hasilnya?. Saya sangat kecewa" ringkas penjelasan Puan Fatimah. Namun yang ringkas inilah yang benar-benar menusuk hati. Saya tidak MENGHARGAI usaha Puan Fatimah. Ilmu telah diberi. Namun, hasilnya tidak menjadi. Saya menyalam Puan Fatimah sambil memohon maaf yang tidak terhingga. Disambut dengan erat pelukan dari seorang pendidik.
"Lopeh ni, ekau jangan mengado mengarang toruih. Eden baco goli goloman. Togak bulu ghome baca ekau punyo karangan. Buek karangan fakta sudah" Puan Fatimah mula menggunakan loghat Melaka dalam berbicara cuba berseloroh. Saya menyengih malu.
Keputusan 10 pelajar terbaik PMR diumumkan di perhimpunan pagi. Penghargaan diberi oleh Tuan Pengetua. Satu persatu nama disebut dari nilai A adalah 5 sehingga yang terbanyak.
"Baik, kita panggil 3 orang pelajar terbaik ke hadapan supaya anda semua boleh lihat inilah wajah-wajah pelajar cemerlang yang akan mengharumkan nama sekolah" pinta Tuan pengetua
"Kedudukan ketiga dengan jumlah 6A, 2B Khairunnisa"
"Kedua, Nurul Aimi, 7A, 2B"
"Pertama, (ini kawan Cina. Saya sudah lupa namanya. Ampun), 7A, 1B"
Terasa hambar tidak seceria sahabat lain kerana kekesalan yang menggunung tinggi melangkah lemah ke hadapan menerima anugerah. Bersyukur sudah pasti tetapi kekecewaan yang jelas lagi nyata kerana saya telah mengecewakan guru-guru tidak dapat ditutup hanya dengan anugerah yang mampu menggahkan nama di kalangan pelajar lain.
Ustazah Jamilah, Guru Bahasa Arab menegur saya setelah perhimpunan pagi;
"Alhamdulillah, tahniah Nurul. Apa yang B selain dari Bahasa Arab?" tanya Ustazah
"Bahasa Melayu dan Bahasa Arab" jawab saya ringkas, sungguh saya malu.
"Kenapa lughah(bahasa) B?Kamu ini tidak gheti(faham) bahasa mungkin" sambil dengan nada bergurau, ustazah menarik saya ke dalam dakapannya dan menyentuh kepala saya. Mungkin setelah melihat airmata saya bergenang kecewa.
"Kami semua para guru tahu betapa kamu kecewa dengan pencapaian kamu. Perkara ini sudah kami bicarakan di bilik guru. Kami sentiasa mendoakan kejayaan kamu. Bukan hanya untuk PMR sahaja tetapi untuk sampai bila-bila" saya masih mengingati kata-kata ustazah sehingga hari ini.
Alhamdulillah nilai PMR sebenar menunjukkan deretan nilai A mengganti nilai B yang ada. Syukur untuk doanya. Mereka guru dan mereka juga sahabat. Sehari sebelum saya ke sekolah baru, guru-guru kelas saya datang singgah ke rumah. Bergurau senda sambil nasihat tidak jemu diberikan.
Pesan 1: Pengorbanan mereka akan sentiasa ku balas dengan doa buat ketenangan dan kebahagiaanmu guru-guru dunia dan akhirat.
Pesan 2: Sejak dari saat itu, saya tidak jemu menulis dan belajar menulis. Hatta kini andai saya pulang ke Malaysia, saat saya singgah ke rumah atau ke sekolah tempat cikgu mengajar maka akan saya minta beliau melihat karangan saya sambil memberikan pandangan.
Pesan 3: Guru adalah Pendidik Minda, Penenang Jiwa, Sahabat Suka dan Duka. Untukmu guru, kejayaankku hari ini adalah dengan izinNya berkat dari setiap titis peluhmu berkorban.
Pesan 4: Buat semua yang pernah mengajar saya, hatta satu perkataan, insyaAllah dengan rasa rendah hati saya mengucapkan terima kasih dan semoga Allah membalas jasa kalian.
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, semuanya kerana Allah Pemilik Sekelian Alam (6:162)
Ahad, 17 Mei 2009
Jumaat, 15 Mei 2009
Tomyam dan tahi cicak
"Awak suka makan apa?" saya bertanya soalan cepu emas memancing perhatian sahabat.
"Suka makan tom yam" jawab ringkas sahabat seolah-olah merasa saya akan memasak untuknya. Sebaliknya, lain pula difikiran saya. Ligat memikirkan cara tepat memberikan informasi.
"Kalau ada tahi cicak saya letak dalam tomyam awak, tidak banyak dalam 5-6 ketul boleh tidak?" saya memberikan sedikit 'umpan enak'.
"Eee..Apa ni??Tak nak lah saya. Pengotorlah awak ni, Aimi" jawab sahabat sambil wajahnya menunjukkan wajah yang jijik seperti mahu muntah.
"Apa salahnya, bukan banyak pun, udang, ayam, sotong dan sayur jauh lagi banyak dan saiznya lagi besar berbanding tahi cicak yang cuma beberapa ketul" saya memulakan langkah provokasi.
"Tak nak!!.Geli tahu tak??!" jawab sahabat semakin meninggi suara.
"Saya pun tidak suka. Hatta ada rambut, semut atau habuk, saya akan sebolehnya minta tukar pesanan" jawab saya lagi.

"Begitulah Islam. Islam itu INDAH, ISLAM itu NIKMAT. Tetapi jangan menyulamkan sesuatu IBADAH dalam ISLAM yang NIKMAT dan INDAH dengan perkara-perkara MAKSIAT. Kalau awak tidak mahu makan tomyam dengan tahi cicak, begitu juga seharusnya awak jijik untuk mengandalkan ISLAM atau menggunakan ISLAM sebagai LESEN dalam melakukan kemaksiatan. Wallahualam" jawapan ringkas yang diberikan sekadar memberi peringatan kepada sahabat dan diri.
Pesan 1: Analogi di atas telah banyak saya gunakan terutamanya dalam saya memberi peringatan pada diri sendiri dan sahabat.
Pesan 2: Saya berharap teman-teman yang pernah ditegur saya, jangan terasa hati. Saya menegur kerana sayang saya pada kalian dan tiada niat untuk berlagak pandai. Sesungguhnya Allah jua lah pemilik diri dan sekelian alam.
Pesan 3: Kalau difikir logik akal, tiada faedah saya menegur. Tetapi kerana kita sahabat yang bersyahadah terimalah saya dalam setiap saat. Saya juga punya kekurangan dan tegurlah saya seandainya saya terlanjur kata mahupun perbuatan.
Pesan 4: Hujurat: 9
"Dan apabila ada dua golongan orang mukmin yang berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain, maka perangilah (golongan) yang berbuat zalim itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlakulah adil. Sungguh, Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil"

Isnin, 11 Mei 2009
Kematianku itu pasti
Ingin saya kongsi bersama pengalaman di madrasah tarbiyyah iman. Sewaktu 2 minggu pertama iaitu kira-kira bulan Januari atau Februari lepas, saya mendapat berita tentang penyakit saya, sejujurnya saya menangis. Setiap malam, sebelum tidur saya memuhasabah diri dan andai ini malam terakhir saya berharap dimatikan dalam khusnul khatimah.
"Assalamualaikum Doc, I heard my result came out already, so how was it?" saya menelefon panel pakar saya di Malaysia.
"Wa'alaikumussalam, oh Aimi. Yes, this morning. The result is still on my hand. Ok, since you're medical student let me just be honest with you. You got X disease. When you gonna come back?It has to be remove as soon as possible" laju meluncur terus kata-kata doktor tadi.
"What is the prognosis?" saya tidak menjawab sebaliknya bertanya kembali kepada doktor tadi.
"Good but only if you remove it as soon as possible and you have to undergo physiotherapy and chemotherapy. This is for preventing it from spread" doktor tadi menjawab.
"How do I get this?My parents are both healthy. What if I fail?What if I didn't cope with the surgery?What if I didn't work up with the chemotherapy?" saya mula ingin menafikan, (yeah, it's kinda denial)
"Aimi, I hope you admit this with your open heart. This is His work. I know it's hard for you. Yes, the X will turn into Z which is more active and it is true invasive and it is cancer type. But don't worry Aimi, I'm not giving you a hope caused you'll know what it is, but we as a Muslim have Him to be lay upon" jawab doktor yang sedikit memberi ketenangan.
Saya menangis menghabiskan sepanjang siang saya dengan berbaring di atas katil. Pelbagai soalan-soalan yang sebenarnya tidak layak bagi hambaNya mempersoalkan. Dasar hamba, banyak tanya pula!
Minggu pertama setelah mengetahuinya, saya tidak bersemangat apatah lagi hendak ke kuliah. Saya ingin tidur di rumah menghabiskan masa melayani perasaan sendiri. Saya tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun. Hatta sahabat rapat. Bagi saya semuanya tiada guna lagi.
Minggu kedua, semakin parah. Saya berani mengambil MC untuk rehat di rumah. Saya benar-benar tidak bersemangat. Rasa ingin pulang ke Malaysia dan menghabiskan masa dengan mama dan babah. Sampailah mama menelefon saya, naluri seorang ibu sangat tepat;

"Assalamualaikum kakak, tengah buat apa tu?" tanya mama
"Wa'alaikumussalam, ma. Kakak tengah baring dekat katil" jawab saya lemah
"Takde kuliah ke?" tanya mama lagi
"Ada, tapi kakak takde mood nak pergi" jawab saya
"Kakak~" mama seakan terperanjat (ini adalah pertama kali saya bertindak seperti ini)
"Aimi, listen to me. Kakak, mati dan hidup itu ketentuan Allah. Kakak kena kuat. Mati bila kita tidak mampu tetapkan. Tetapi mati bagaimana antara khusnul khotimah atau tidak kita boleh berusaha. Mama sedih dan mama jadi lemah bila kakak, anak mama yang kuat tiba-tiba lemah macam ni. Kakak tak pernah macam ni. Kakak yang mama kenal kuat, tabah dan sabar dengan ujian. Mana pergi ilmu kakak?Kenapa tidak diamalkan sekarang?Baki masa hidup yang tersisa kita gunakan sebaiknya kakak" deraian airmata mengiringi setiap kata-kata mama.
"Kakak takut..." jawab saya lagi
"Aimi, dalam kubur nanti, bukan kita boleh berteman. Amal dihisab mengikut individu. Jangan pernah lupa itu. Mungkin mama pergi dulu. Kakak nak mati dalam keadaan sebagai Pecundang?!Atau bangkit sebagai Mujahidah yang mati sebagai ahli Jihad?Kakak nak mana?Kakak buat pilihan" mama menambah lagi kata-kata. Semakin sebak dibuatnya.
"Mama, kalau boleh dan diizinkan Allah, kakak nak mati dekat pangkuan mama dan babah" jawab saya lagi.
"InsyaAllah, andai diizinkan Allah. Ingat mati dan hidup itu rahsia Allah. Jangan fikir teka-teki dari Allah. Kakak kena kuat. Selagi punya waktu, selagi nyawa dikandung badan, selagi itu kakak harus terus memperjuangkan perjuangan Rasulullah dan selagi itu, pintu taubat masih terbuka" mama tidak henti memberi kekuatan kepada saya.
Petang itu, saya membersihkan diri, menyegerakan solat sambil memohon keampunan mengharapkan Dia menerima segala taubat hambaNya yang pernah tersungkur hampir berputus asa. Saya bersiap untuk ke tutorial. Saya melangkahkan kaki dengan penuh semangat. Alhamdulillah.
Sejak saat itu, saya mengabaikan segala bisik hati yang cuba menjatuhkan semangat diri.
Sakit cuma salah satu dari bentuk ujian. Saya tidak mampu melawan sakit maka saya MELUPAKAN buat sementara waktu. Saya mengisi dengan segala perkara berfaedah seperti menyiapkan tugasan kuliah dan belajar. Saya menyibukkan diri dengan perkara yang membuatkan saya LUPA dengan sakitnya diri.
Setiap perkara yang ingin saya lakukan, saya menjadi KEDEKUT. Kedekut dari segi, saya mengira adakah tindakan saya ini menambah nilai amal atau menambah nilai dosa. Andai sia-sia belaka, maka akan saya tinggalkan secepatnya.
Saya menghargai insan yang berada di sekeliling. Hatta sekuntum senyuman dari sahabat dan 'hai" dari keluarga insyaAllah akan saya balas juga.
Pernah saya menelefon mama, maklum rutin seharian 2-3 kali panggilan dibuat. Berborak, bercerita suka dan duka, saya bertanya mama dengan nada gurau;
"Mama, boleh ke kakak kahwin?'" tanya saya melihat reaksi mama
"Apa?Ingat orang sakit tak boleh kahwin ke?" tanya mama, melatah rupanya. Ketawa saya mendengar jawapan mama.
"Amboi, dah sakit pun menggatal lagi anak dara aku sorang ni" mama menyambung kata sambil disambut ketawa saya yang geli hati mendengar respon mama.
Mama adalah insan yang KUAT dan TABAH. Dengan izinNya, Dia adalah semangat saya. Dia adalah madu penawar duka saya. Dia adalah tulang belakang kejayaan saya. Mama, setiap hari adalah hari di mana saya menghargai keberadaan mama. Tiada satu hari istimewa untuk hari ibu tetapi setiap hari adalah hari-hari istimewa buat Mama.
Buat sahabat-sahabat yang banyak memberikan semangat dan bimbingan, semoga Allah membalas segala usaha teman-teman(-_-)
Pesan 1 : Saya makin kuat makan. Satu hari boleh berpinggan-pinggan nasi namun berat saya masih seperti dulu malah makin susut.
Pesan 2 : Peperiksaan akhir akan bermula dari 18/5 sehingga 18/6/2009. Mohon doa dari sahabat-sahabat dan juga keluarga.
Pesan 3 : Saya tidak suka orang bersimpati dengan KASIHAN ke atas nasib yang menimpa diri. Bagi saya ini adalah motivasi diri untuk terus kuat dan mengapa ada yang menganggap ini suatu titik KELEMAHAN saya. Sekian harap maklum;)

Sabtu, 9 Mei 2009
Application The Art of War
Mungkin ramai wanita senang membaca novel-novel yang membelai jiwa. Wallahualam kerana saya juga adalah wanita dan jujur saya menyenanginya. Tidak dinafikan bahawa kadang-kadang setelah membaca, mulalah hati dan fikiran dibawa belayar dalam angan-angan ciptaan sendiri. Maka bertitik tolakkan itulah, saya cuba mengurangkan bahan bacaan yang berkisarkan novel-novel cinta dan yang terkait dengan hati.
Ingin dikongsi bersama semua, saya sangat tertarik dengan buku "The Art Of War" dari Sun Tzu. Saya membacanya sewaktu saya berusia 15 tahun dan ada juga beberapa prinsip peperangan yang saya jadikan pegangan. Ini tidak bermaksud saya suka PERANG. Cuma saya mengambil idea-idea bernas beliau untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Ayah membelinya kerana menjadikan buku tersebut salah satu rujukan sewaktu menyambung pelajaran peringkat Master dalam bidang Science Management. Saya suka baca buku yang ayah saya baca walaupun kalau dilihat tidak layak pada umurnya.
Antara bahagian yang saya suka adalah;
Ada 5 perkara (kesalahan) apabila dilakukan akan mengakibatkan mudharat kepada semua :
1. TIDAK BERHATI-HATI yang akan menyebabkan kemusnahan dan kehancuran.
2. PENAKUT/PENGECUT yang akan menyebabkan ditawan oleh pihak lawan
3. KEMARAHAN yang TIDAK TERKAWAL yang mampu diprovok hanya dengan penghinaan (dari pihak lawan)
4. PANGKAT/HARTA/PENGHARGAAN ISTIMEWA sehingga terlalu sensitif (MALU)
5. TERLALU MENGAMBIL BERAT (over solicitude) sehingga menyebabkan ahli TAKUT dan RISAU (tidak tentu pasal).
JIka dilihat 5 kesalahan ini dan diaplikasikan dalam kehidupan kita sebagai pengingat dan penyampai maka;
1. Tidak berhati-hati

- Tidak berhati-hati apabila menyampaikan sesuatu berita/perkara/nasihat sehingga niat asalnya adalah baik tetapi telah di salahertikan mereka yang menerima.
- Tidak berhati-hati dengan kurang peka mengenali segala macam ancaman yang mungkin boleh menganggu gugat keamanan dan kelancaran dakwah kita di sesuatu tempat dan masa.
- Tidak berhati-hati kerana merasa berada dalam ZON AMAN/TENANG
- Takut untuk menyatakan/melakukan sesuatu yang HAQ sehingga kebathilan menguasai ORANG, TEMPAT dan MASA.
- Takut untuk menzahirkan apa itu wajah sebenar ISLAM
- Sensitif dan mudah marah. Kadang-kala hanya diprovok diri terus melatah.
- Marah pada sesuatu yang sebenarnya kecil tetapi disebabkan 'kenangan lama' yang telah lama disimpan dalam hati maka dilempiaskan seenaknya pada sahabat/keluarga yang ada disekeliling.
- Merasa diri EXCLUSIVE/ISTIMEWA dengan PANGKAT/GELARAN/HARTA yang dicipta manusia sehingga takut untuk ditegur kerana merasa diri telah dimalukan
- "Dalam dunia dakwah ini sangat perit, dinasihatkan siapa yang hendak masuk persatuan A/B yang memang kerjanya AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR ini bekalkan hati dan minda dengan kecekalan. Liku dakwah penuh cabaran dan jangan kamu semua rasa takut atau down"
- Mengapa tidak kita meraikan mereka yang sudi terjun ke bidang ini yang sememangnya tanggunggjawab setiap mereka yang bersyahadah?Jangan terus digambarkan pahit liku kehidupan sebaliknya kita hargai kedatangan mereka dan kita bimbing mereka.
Khamis, 7 Mei 2009
Saya masih tertipu!
"Aimi, nanti pukul 9pagi teman saya pergi Kolam Renang Cikuda ya" pinta Wani, housemate saya.
"Ok, insyaAllah. Nak buat apa?" tanya saya yang agak kehairanan.
"Nak tempah tempat. Ada nak buat majlis perpisahan dengan ahli persatuan K" jelas Wani tanpa sekelumit riak wajah yang menunjukkan tanda keraguan.
"Ok, tapi kita singgah makan dekat mana-mana dulu eh. Saya lapar. Saya nak makan nasi" jawab saya sambil menyengih memandang Wani.
Sedang saya asyik menghadap komputer riba,
"Aimi, sorry eh. Kitorang tak boleh nak temankan awak on your birthday. Kitorang nak pergi FK untuk siapkan skripsi and cari bahan rujukan untuk skripsi" jelas Shahida dan Izzatul, mereka juga adalah housemate saya.
Sedih juga di hati. Saya hanya perlukan insan-insan yang rapat untuk berada di sisi saya di hari istimewa dan tidak lebih dari itu. Tapi segala sesuatu bukanlah seperti yang kita rancang. Saya hanya memerhatikan kelibat dua orang housemate saya berlalu pergi. Saya menyambung kembali kerja di hadapan komputer riba.
Tepat jam 8.50 pagi saya sudah pun bersiap. Kami menunggu sekitar jam 9.00 pagi barulah keluar dari rumah. Singgah di salah sebuah rumah makan Padang, saya mengisi perut manakala Wani hanya melihat saya makan.
"Kenapa tak nak makan Wani?" tanya saya.
"Saya tak biasa makan nasi pagi-pagi" jawab Wani. Saya memandang dengan penuh kehairanan. Maklumlah sudah 4 tahun kami saling mengenali dan 3 tahun kami menjadi housemate, masakan makan pagi Wani tidak biasa. Namun, disebabkan kelaparan yang menyerang saya abaikan semua itu dan meneruskan makan.
Kami menaiki ojeg menuju ke Kolam Renang Cikuda. Sampainya saja di kolam renang tersebut, saya melihat sekitar kolam renang. Dalam hati berkata saya berbisik,
"Subhanallah, best nya!. Kalau dapat mandi ni pun best"
Wani sedang sibuk di kaunter dengan urusan "urus niaga" mereka manakala saya asyik melihat pemandangan kolam dan sekitarnya. Tiba-tiba,
"SURPRISE!!!" jeritan dari sahabat yang sangat saya kenali suaranya dari arah samping. Saya lantas mengalih pandangan. Saya lihat Shahida dan Izzatul yang tadinya memberitahu "mereka ke Fakulti". Kemudian, di sahut pula oleh jeritan dari arah pagar pintu masuk kolam renang, "SURPRISE!!". Saya lihat sahabat-sahabat lain serta adik-adik junior turut serta dalam majlis "surprise" tersebut.
Terkedu diam. Hanya mampu melafazkan,
"Argghh. Saya kena tipu~~" disahut dengan gelak ketawa riang semua yang ada.
Kawan-kawan tadinya yang "baik-baik" belaka, segera mendukung saya untuk dicampakkan ke dalam kolam renang.
"Korang, saya tak bawa baju salin ni" konon saya merayu menagih simpati.
"Jangan risau kitorang dah bawakkan semua baju awak" balas mereka.
Tanpa belas dan kasihan mereka mencampakkan saya ke dalam kolam renang. Ya Allah kenangan dilempar yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila insyaAllah. Basah kuyup jadinya.
Setelah sesi lempar-melempar, kami makan Nasi Goreng Kampung dan juga Roti Canai yang ditraktir(dibelanja) oleh sahabat-sahabat yang ada. Terharu sangat-sangat.
Menghabiskan pagi kami di kolam renang dengan bermain polo air, menunjukkan aksi-aksi renang yang pelbagai (walaupan ada sesetengah aksi tersebut buruk mata memandang:P), bergurau senda dan juga melakar cerita mengimbas peristiwa-peritiwa sebelum kejadian "surprise" terjadi.
Kami pulang ke rumah jam 1 petang. Penat "menelan air kolam", saya berjalan pulang bersama sahabat-sahabat yang lain dengan satu rasa, SYUKUR dengan NIKMAT UKHUWWAH. Melihat wajah sahabat-sahabat yang kelelahan hanya satu yang terlintas difikiran, "Ya Allah, Kau jadikan mereka penghuni syurgaMU". Bukan hanya kerana sambutan "surprise" hari ini tetapi kerana mereka berada di sisi saya berkongsi suka dan duka sehinggalah ke hari ini.
Pesan 1 : Ya Allah, Kau jadikan sahabat-sahabatku hamba yang Engkau kasihi dan terimalah mereka sebagai ahli syurgaMU.
Pesan 2 : Buat teman-teman serumah, Wani, Shahida, Izzatul dan buat sahabat Aida, Natasha, Mimi, Bad, Nimy, Ije, Nazurah dan semua yang telah mengantar khidmat pesanan ringkas (sms) meraikan hari kelahiran saya, terima kasih yang tidak terhingga kerana menghargai diri ini (terharu mode T_T).
Pesan 3 : Buat mama and babah, thank you for sang me the song. Really appreaciate it and I Love both of you so much. Semoga kehidupan dunia dan akhirat mama dan babah diberkati Allah SWT.
Pesan 4 : Untuk angah, acik, dan adik. Sayang kamu sangat-sangat. Thanks a lot, semoga menjadi adik-adik yang baik dan anak-anak yang soleh/solehah.
Pesan 5 : Umur sudah meningkat maknanya pintu gerbang kematian semakin dekat. Astaghfirullah (-_-)

Selasa, 5 Mei 2009
Duit dan Doa
"Aimi, saya nak pergi Bandung hari ini. Awak ada nak pesan apa-apa?" tanya housemate saya.
"Awak ada singgah mana-mana?" kini saya pula bertanya. Memang niat di hati mahu memesan sesuatu cuma kalau di luar dari jalur tujuan sahabat tadi rasanya saya akan membatalkan sahaja niat.
"After jumpa Doktor untuk thesis saya nak pergi GMC(Golden Money Changer)" jelas sahabat tadi.
Apalagi berbunga lah hati saya mendengar penjelasan sahabat tadi.
"Saya nak pesan, saya nak tukar duit boleh?" tanya saya lagi
"Tak boleh" jawapan ringkas sambil bergurau.
Saya melirik jam menunjukkan 6.00pagi. Saya menutup sebentar buku yang sedang dibaca lalu pergi ke rak baju untuk mengambil wang Ringgit Malaysia. Mama selalu pesan kalau mahu simpan wang, simpanlah di tempat yang kita rasa susah untuk orang carinya. Mama selalu menyimpan wang "cara lama" dengan menyorokkan di sebalik timbunan barang miliknya dan di dalam lipatan beg duit. Saya kononnya mahu mengikut jejak langkah mama. Saya melakukan hal yang sama. Ternyata saya sendiri benar-benar lupa di mana saya letakkan wang saya. Kalau RM 50 atau 100 masih boleh diabaikan. Cuma simpanan saya melebihi perbelanjaan untuk sebulan. Habis satu almari saya geledah. Dari pakaian yang tersusun kemas dan kotak-kotak kecil yang tersusun rapi semuanya bertaburan di atas lantai. Hanya Allah tahu betapa hati saya berdebar.
"Ya Allah, Kau berilah aku petunjuk" bisik hati kecil.
Penat mencari, saya menyusun kembali semua pakaian saya dan barang-barang peribadi seperti sedia kala. Melihat barang bertaburan menyesakkan mata dan pandangan. Terlintas di hati, "Pasrahkan padaNya". Saya mengambil wudu' dan bergegas menunaikan solat sunat. Lantas mengambil Kitab suci Al-Quran dan mengalunkan bacaan. Setelah siap semuanya hati kembali sedikit tenang walaupun di fikiran masih terfikir di mana letaknya wang saya. Sehingga saya berdoa,
"Ya Allah, pemilik apa yang ada di bumi dan langit. Kau turunkan ujian sesuai dengan kemampuan hambaNya. Ya Allah, Kau berilah aku petunjuk. Andai wang tersebut Kau pinjamkan kepadaku maka pertemukanlah aku dengannya. Andai bukan, Kau tenangkan hatiku dan Kau jadikan aku hambaMu yang redha dengan ujian ini serta Kau berilah aku lebih baik dari apa yang hilang sekarang" doa saya panjatkan dengan penuh kepasrahan.
"Aimi, saya dah nak pergi ni. Nak pesan tak?" tanya sahabat tadi.
"Takpe lah. Saya tak jumpa duit saya, tak de rezeki" balas saya
"Duit awak hilang?" tanya sahabat lagi.
"Tak tahu" saya balas ringkas sambil mengemas rak makanan yang berada di bilik saya. Mengangkat alas rak, melihat setiap ruang kecil. Tiba-tiba mata saya melirik ke arah sampul surat berwarna putih. Terselit antara koleksi-koleksi hadiah yang pernah diberi sahabat-sahabat. Ternyata isinya adalah wang belanja saya. Alhamdulillah puji syukur Allah memakbulkan doa saya. Alhamdulillah.
Pesan 1 : Kalau mahu simpan wang, simpanlah wang di tempat yang orang lain tidak terfikir tempatnya tetapi kita tahu mana kita letakkannya :P
Pesan 2 : Terjemahan 2 : 186; Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
Pesan 3 : Ya Allah, Kau kuatkan aku dengan semangatMu dan Kau pelihara aku dengan kasih sayangMu. Ingat, bila kita berdoa pastikan kita pasrahkan sepenuh hati dan bukannya keraguan kepada Kekuasaan Pemilik Alam Semesta

Sabtu, 2 Mei 2009
Kenapa tidak Islam bersatu di bawah satu mazhab dan adakah kita berpecah belah?
Saya khusyuk memerhatikan, memahami dan menghadam tiap kata penceramah yang sangat bersemangat, berpengalaman luas dan berpengetahuan tinggi serta berpandangan jauh. Alhamdulillah suntikan baru buat saya yang tinggal 2 minggu lagi akan menduduki peperiksaan akhir sebelum melangkahkan kaki sebagai Doktor Muda di Rumah Sakit Hasan Sadikin, Bandung.
Setelah usai ceramah tentang "Why we choose Islam", saya disapa teman.
"Aimi, kenapa perlu wujud 4 mazhab?Kenapa tidak Islam bersatu di bawah satu mazhab?"tanya sahabat tadi.
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur sahabat ini bertanya dan bukan seperti sesetengah sahabat yang "rasa-rasa" faham tetapi sebaliknya.
"Sebelum bertanya kenapa mazhab itu 4, ada baiknya kalau saya sarankan awak membaca tentang sejarah dan pendekatan setiap mazhab" saya menjawab. Ternyata jawapan saya itu tidak meleraikan kekusutan sahabat tadi.
"Wallahualam, saya membaca manhaj aqidah Imam Syafi'e sahaja belum khatam dan untuk mengulas kaedah setiap mazhab itu memerlukan kefahaman yang tinggi sebelum mengulas. Cuma saya boleh analogikan pendekatan mazhab seperti ini insyaAllah," saya menghentikan ayat dan memikirkan ayat seterusnya yang sesuai supaya sahabat tadi benar-benar faham.
"Ok, penyakit Lepsory atau lebih dikenali masyarakat sebagai penyakit Kusta, apakah ejen atau bakteria yang menyebabkan penyakit ini berlaku? tanya saya lagi.
Mungkin ada yang merasa pendekatan saya sangat sempit iaitu hanya tertumpu pada bidang perubatan. Hakikatnya saya rasa pada situasi saya kini dan sahabat di sekeliling adalah sangat berhubungkait tentang perubatan. Untuk penyakit kulit ada beberapa rujukan yang dijadikan panduan antaranya Fitzpatrick Dermatology, Andrews Dermatology, Buku Pedoman Penyakit Kusta Indonesia dan Manson; Tropical Medicine.
"Mycobacterium Leprae" jawab sahabat saya ringkas.
"Ok, dalam empat-empat buku yang dipakai, dapat kita lihat semua mengatakan bahawa bakteria yang menyebabkan penyakit kusta adalah M. Leprae dan tiada percanggahan di situ. Begitu juga dengan susur mekanisma dari A sampai Z bagaimana bakteria itu bekerja sehingga menyebabkan timbulnya kelainan kulit. Tiada percanggahan. Mungkin yang dapat kita lihat dalam buku ada yang menerangkan secara mendalam seperti Fitzpatrick Dermatology. Ini kerana buku tersebut memang "ahlinya" penyakit kulit manakala dari buku Manson Tropical Medicine menyentuh secara "surface" atau ringkas dan tidak mendalam seperti Fitzpatrick Dermatology kerana buku ini lebih menyentuh penyakit-penyakit yang seperti Malaria, Dengue Hemorrhagic Fever kerana buku ini "ahlinya" penyakit-penyakit di daerah tropikal" analogi ringkas saya sampaikan.
"Baik, jadi apa yang membezakan setiap buku ini?" persoalan yang diaju seperti menutup rapat mulut sahabat-sahabat yang mendengar. Sehingga saya menyambung bicara,
"Kalau dapat dilihat bezanya yang paling ketara adalah Epidemiology, Treatment and Management. Kalau dekat US pada tahun sebelum wujudnya vaksin BCG, kadar peningkatan kes pesakit Kusta sangat tinggi. Begitu juga di Indonesia. Relatif peningkatan disebabkan kadar penularan dan penanganan yang kurang efisyen. Angka kes yang tercatat dalam Buku Pedoman Penyakit Kusta adalah lain berbanding dengan di US seperti tertulis di dalam Fitzpatrick Dermatology. Ubat-ubatan di Indonesia prinsipnya sama seperti di US cuma dos, jenis dan rawatan tambahan sedikit berbeza. Kenapa?? Ini kerana di Indonesia jumlah mereka yang kurang berkemampuan adalah tinggi maka harga ubat-ubatan dan rawatan lanjutan haruslah sangat dititikberatkan berbanding di US yang purata jumlah mereka yang tidak berkemampuan kurang berbanding di Indonesia maka ubat-ubat yang dipilih adalah dari jenis yang mahal dan lebih efektif menangani penyakit Kusta tadi. Sekalipun di US canggih ubat-ubatan dan teknologi rawatannya berdasarkan buku Fitzpatrick Dermatology kita tidak boleh mengatakan di Indonesia ubat-ubatan dan rawatan mereka salah hanya kerana pendekatan penanganan pada penyakit mereka berbeza. Tujuan mereka tetap sama iaitu merawat pesakit semampunya dan mengharapkan pesakit kembali pulih"
"Begitu juga dengan mazhab yang boleh di ambil dari analogi yang telah saya berikan. Penyakit sama tetapi cara penanganan masalah mereka sangat terkait dengan perkembangan sejarah sesuatu tempat/kawasan, penduduk dan mentaliti muslim. Mazhab bukan berbeza dari Aqidahnya. Bukan mengatakan mazhab itu berbeza dari mengimani Allah yang Maha Esa tetapi mazhab itu berbeza atau disebut khilaf hanya pada pendekatan dan cara penanganan masalah. Wallahualam"
Pesan 1 : Saya masih membaca dan belum khatam lagi buku Manhaj Aqidah Imam Syafi'e. Jadi huraian saya mungkin tidak sedalam mereka yang sudah membaca dan memahami semuanya.
Pesan 2 : Khilaf pendapat Ulama dalam pelbagai mazhab bukan untuk kita jadikan hujah dan modal terjadinya perpecahbelahan umah Islam kini. Tujuan mereka sama, mencari redha Illahi
Pesan 3 : Menilai sesuatu jangan hanya melihat hukum atau keputusan akhirnya tetapi lihat bagaimana proses dan persekitaran yang memperngaruhi para Ulama' memutuskan sesuatu perkara. Wallahualam

Langgan:
Catatan (Atom)