Jumaat, 28 Januari 2011

Manipulasi rumus tekanan dalam kehidupan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang membaca.

Semoga Allah redha akan amal perbuatan kita.

Saya mahu menceritakan sesuatu yang saya dapatkan saat mendengar ceramah A'a Gym, seorang tokoh agama yang disegani di Indonesia.

Ini adalah rumus tentang Tekanan.

p = \frac{F}{A}

p = Tekanan
F = Kekuatan yang diberikan.
A = Luas permukaan.

Semakin tinggi kekuatan yang diberikan, semakin besar jumlah tekanan.

Semakin besar luas permukaan yang tersedia, semakin kecil jumlah tekanan.

Oleh itu, sebuah tekanan yang didapatkan itu ditentukan dari besarnya kekuatan yang diberikan dan/atau luas permukaan yang tersedia.

Mari kita analogikan hal ini ke dalam kehidupan sehari-hari.

p = Tekanan hidup
F = Ujian yang diberikan Allah SWT (constant)
A = Keluasan kita membuka hati.

Setiap hari kita mengalami tekanan hidup. Tekanan yang kita rasakan wujud kerana adanya ujian/hambatan/masalah sehingga kita anggaplah ianya sebagai kekuatan ujian yang diberikan Tuhan. Anggaplah ia sebuah ketetapan, constant yang tidak boleh diubah. Jika diberikan 100 ujian sehari, itu sudah ketetapan dan kita tidak mampu mengubahnya walau sedikitpun.

Tapi ada satu hal yang perlu kita lihat di sini adalah dalam mengubah nilai tekanan, kita boleh memanipulasi nilai luas keterbukaan atau keredhaan hati dalam menerima ujian dariNya. Lebih luas kita buka hati kita (redha akan ujian), lebih ringan sebuah tekanan di rasakan dan begitu jugalah sebaliknya.

Nah, inilah yang membezakan setiap individu. Apabila mereka menghadapi ujian, sikap mereka dalam menanganinya boleh dengan merungut/mengeluh yaitu menutup atau mengecilkan hingga sekecil-kecilnya pintu hati terhadap ujian yang diberikan Tuhan atau sekelompok manusia lagi, mereka redha dengan ujian. Mereka mengharungi dengan kelapangan dada. Sehingga wujudlah 2 golongan, yaitu kelompok manusia yang terus stress dan terbelenggu dalam masalah sendiri dan sekelompok lagi tenang mengharungi hari-hari mereka.

Sehingga ada nya sebuah hadith buat renungan kita semua. Bagaimana seharusnya seorang mukmin menanggapi ujian dan nikmat kehidupan.

Sabda Rasulullah SAW:

" Amat menakjubkan sikap seorang mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Apabila seorang mukmin itu beroleh kebaikan, dia terus memuji dan bersyukur kepada Allah. Jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun memuji Allah dan bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya. Seseorang mukmin akan tetap diberi pahala atas setiap amalan yang dilakukannya sehingga diberikan pahala terhadap makanan yang disupakan ke dalam mulut isterinya" (RW Ahamd & Abu Daud)


Terdapat beberapa cara dalam menjadikan diri redha dengan ujian. Salah satunya adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah SWT kerana dengan cara ini, kita akan merasa tenang. Ketenangan yang dipinjamkan itulah ketenangan hakiki. Sehingga setiap ujian yang dirasakan terasa mudah dilalui kerana kita melaluinya bersama bantuan pinjaman dari Dia.

Wallahualam.Perkongsian ringkas ilmu yang didapatkan buat semua. Semoga bermanfaat.

Sabtu, 22 Januari 2011

Tomato busuk

Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera.

Semoga hari-hari kita lebih baik dengan segala perbaikan ilmu, akhlaq dan amal.

Saya ingin kongsikan sebuah kisah tentang 'Tomato Busuk' versi anak-anak:)


Di suatu tengahari, pulang seorang anak kecil dari sekolah. Menghentak-hentak kakinya pulang. Mungkin ada amarah yang masih di simpan, mungkin juga kelaparan. Ibu yang melihat anaknya dari jauh hanya mampu tersenyum memandangkan anaknya sudah selamat di depan mata.

"Bagaimana sekolah hari ini, Siti?" tanya ibu sambil diusap kepala anaknya.

"Siti geram dengan Nurul. Nurul ambil pensil yang ayah baru belikan buat Siti. Siti benci dia" ujar anak meluahkan rasa.

Ibu hanya tenang. Tidak senyum, tidak juga marah. Hanya terdiam, sedang berfikir mungkin
.

"Siti, hari ini ibu masak lauk kegemaran Siti. Setelah solat dan makan, Siti ingatkan ibu. Ibu ada hadiah mahu diberikan kepada Siti" berkata ibu sambil tersenyum dan menyambung tugasnya yang tergendala.

"Hoooreeey!" jerit Siti kegembiraan. Terubat rasa marahnya. Sudah lupa dia akan kisah temannya di sekolah itu.

Usai amanah ditunaikan, Siti bergegas mencari ibunya di halaman rumah. Siti melihat ibu sedang menjemur pakaian. Siti berjalan medekati ibu.

"Ibu, ibu kata ada hadiah, apa dia? Pensil baru yang Siti suka ke?" tanya Siti dengan penuh nada kegembiraan.


"Bukan. Ada yang lebih baik dari itu" ujar ibu Siti.


Makin gembiralah wajah Siti. Tidak sabar rasa di hati.

Ibu memberikan sebiji tomato yang masih elok rupanya.

"Ini buat Siti" Ibu menghulurkan sebiji tomato kepada Siti.
(Gambar hiasan)

"Tomato?" wajah Siti masih ragu-ragu. "Apakah ini yang dikatakan hadiah?" bisik hatinya.

"Siti, setiap kali Siti marah, Siti ambil tomato ini, Siti tulis nama mereka, tarikh, waktu dan apa saja yang telah mereka lakukan sehingga Siti sakit hati. Siti harus simpan tomato ini ditempat yang paling sering Siti terkenangkan perbuatan mereka, misalnya di bilik tidur Siti" ujar Ibu ringkas.

Siti masih terdiam. Mahu bertanya panjang, dia tahu ibu nya pasih punya rancangan sendiri.

"Ini wang untuk Siti. Belilah tomato setiap kali Siti marah. Siti cubalah. Minggu depan, Ibu beri hadiah yang lebih istimewa" kata ibu Siti.

Siti melangkah pergi. Senyum tidak. Katapun tiada, apatah lagi bertanya.

Siti bergegas ke Kedai Runcit Pak Mat. Siti membeli sebiji tomato.


Berlari-lari anak pulang, Siti mengukir nama Nurul, tarikh hari ini, apa yang dilakukan menggunakan pensil. Berair keluar isi tomato dibuatnya, gara-gara amarah, Siti mengukirnya. Ibu yang melihat hanya mampu tertawa kecil.

Siti menyimpan di dalam sebuah kotak bekas. Di simpanlah di dalam biliknya, benar-benar sebelah katil tempat tidurnya. Di situlah tempat paling sering Siti mengelamun dan mengingatkan segala perbuatan teman-teman yang menimbulkan amarahnya.

Setiap hari, Siti membeli lebih dari 5 biji tomato. Diukir nama-nama insan yang menyakiti hatinya. Dia tidak muak. Wang yang diberi oleh Ibu terus mengalir keluar buat membeli tomato.

Seminggu berlalu.

Tomato yang dulunya cantik, merah, bertukar menjadi busuk dan hitam.

Semerbak busuk baunya bilik Siti. Siti mual, tapi kerana sudah tidak tahan lagi, Siti membuang sekotak penuh tomato.

Wang yang diberikan Ibu juga habis.

"Siti, mari, Ibu ada hadiah buat Siti sambil menuntun Siti membawa Siti ke halaman rumah" Ibu lembut menyapa Siti.

"Ya Ibu, hadiah?Janji! Kali ini betul-betul yang Ibu" ujar Siti. Merasa dipermainkan oleh ibunya, Siti kali ini meminta ibu berjanji. Siti terkedek-kedek membawa sekotak tomato yang mahu dibuangnya. Sudah berbau. Busuk.

Duduklah dua beranak itu di halaman rumah. Ibu memulakan bicara,

"Siti tidak beli tomato hari ini?" tanya ibu.

"Tak, duit yang ibu bagi dah habis. Jadi, hari ini Siti tidak beli lagi. Lagipun, Siti tidak mahu beli tomato lagi. Busuk bilik Siti dibuatnya. Siti tidak faham kenapa ibu suruh Siti buat benda ini semua?" ujar anaknya sambil memuncungkan bibir. Mungkin juga merajuk.

Ibu hanya ketawa kecil.

"Siti..Siti..masih belum nampak ya?" ibu bertanya. Siti terdiam dan suasana diam sebentar.

"Siti, setiap kali Siti tulis nama di tomato, itulah catatan yang Siti buat mengisi ruang hati. Setiap kali Siti merasa ada kawan dan keluarga yang menyakiti hati Siti, Siti ukir nama mereka, Siti mengenangkan mereka sebagai insan yang kurang baik. Cuba bayangkan, setelah seminggu, apa jadinya? Bukankah semua tomato, atas nama siapapun mereka, membusuk dan hitam. Begitu juga hati, kerana apapun, atas nama siapapun, andai kita terus menyimpan marah dan dendam, kita sendiri menyebabkan hati hitam dan membusuk" ujar ibu tenang.

Disambung lagi kata-katanya,

"Siti, ibu ada bagi wang buat Siti beli tomato kan? Wang tersebut sudah habis, betulkan? Itu diibaratkan sebagai tenaga yang habis, penat dan pembaziran seandainya kita terus menyimpan marah dan dendam. Cuba bayangkan setiap hari, Siti menghabiskan waktu memikirkan tentang mereka yang menyakitkan hati Siti, Siti menghabiskan penat lelah tubuh dengan dendam"

"Ini adalah hadiah dari ibu buat Siti. Pengajaran dalam kehidupan. Ibu tidak mahu Siti marah-marah, berdendam dengan orang. Maafkanlah mereka kerana Rasulullah SAW, pernah bersabda,

'Janganlah kalian saling memutuskan hubungan, saling sabar membelakangi, saling membenci dan saling mendengki. Jadilah kalian semua hamba-hamba Allah yang saling bersaudara'
(HR Bukhari)"

"Mungkin esok, mungkin lusa ibu akan pergi meninggalkan Siti sendiri dalam kehidupan ini. Ibu tidak mahu Siti terus-menerus bersikap begini. Manusia benci, Allah murka" sambung ibu lagi.

Siti hanya terdiam. Senyap tanpa kata.

Tiba-tiba, Siti memeluk ibu seerat-eratnya. Dia menyesali apa yang telah dia lakukan selama ini. Sujud syukur dirinya menghadap Tuhan.

-------------------------------------------------------------------------

Sekian perkongsian dari saya buat semua.

Wallahualam.

Pesan 1: Watak hanya direka semata-mata.

Rabu, 5 Januari 2011

Peranan Vanilla Essence dalam Organisasi

(Gambar hiasan: http://www.google.co.id/imglanding?imgurl=http://www.wedding53.com/wp-content/uploads/2008/10/wedding-cake-recipe-ideas-2.jpg&imgrefurl)

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, saya masih hidup!

Saya masih belajar, saya masih di sini.


Saya tidak mahu beralasan di sini kenapa saya mengambil masa yang lama untuk
update blog, biarlah rahsia:)

Baiklah, intro sikit.

Sekarang saya berada di Bagian Ilmu Kesehatan Masyarakat atau Public Health. Bagian yang penuh dengan perancangan, sistem, organisasi, sejujurnya saya suka tetapi saya perlu ada lebih ilmu untuk pergi jauh.

Kami bukan sahaja istilahnya "mencari masalah" tapi kami merungkai solusi masalah bagi sesuatu penduduk, terutamanya dalam aspek kesehatan.


Ok, saya nak masuk ke bagian inti.

Saya sangat tertarik dengan kata-kata pembimbing saya,


Doktor: Kalau kamu buat kek/brownies, apa jadi kalau kamu tambah banyak terigu (tepung)?

Kami: Brownies keras.....

Doktor: Kalau kamu tambah santan/susu dan gula berlebihan?

Kami: Kayak(seperti) puding dan sangat manis!


Doktor: Benar.

Begitulah sebuah sistem atau struktur organisasi. Setiap orang memainkan peranan penting untuk mencapai tujuan yang direncanakan. Tidak ada istilah peranan kamu kecil, kamu tidak penting. Peranan kamu besar, jadi kamu boleh overshadow orang lain.

Saya ingin menyentuh beberapa senario yang sering ditemukan.


"Saya merasa, saya mahu keluar dari organisasi sebab saya merasa saya tidak berguna bagi sesiapa. Saya tidak bermanfaat"

Saya menganalogikan hal ini sebagai dibawah:


Ini resepi yang saya dapatkan dari seorang sahabat saya,

http://rihannaidzmi.blogspot.com/2008/12/chocolate-moist-cake.html

Resepi membuat Chocolate moist cake.


2 large eggs

1/2 cup sugar

1 cup maize oil

1/2 can condensed milk

1/2 cup flour

1 cup cocoa powder

1/2 teaspoon soda bocarbonate

1 teaspoon baking powder

1 teaspoon vanilla essence

1/2 mug nescafe

2 bars chocolate (cappucino)

chocolate rice

(kalau mahu lebih lanjut, sila ke blog sahabat saya ini ya. Dia sangat berbakat:))

Apa yang ingin saya sampaikan bukanlah saya mahu buat kek untuk yang membaca, sungguh tidak tetapi saya ingin anda pilih:
Jika ditakdirkan anda boleh memilih untuk menjadi bahan buat kek di atas, anda akan pilih apa?

Saya ambil contoh, saya jadi vanilla essence.

Dalam membuat kek, vanilla essence ini antara bahan yang penting. Boleh saya kategorikan komponen yang SANGAT PENTING untuk membuat hampir seluruh jenis kek. Ia nya berfungsi sebagai flavoring.

Tetapi jika dilihat, SANGAT PENTING pun fungsinya, tetap sahaja kuantiti yang diperlukan adalah sangat sedikit jika dibandingkan cocoa powder atau flour.

Bagi yang perempuan (atau lelaki) yang pernah buat kek, pernah tak terfikir:

"Mana adil Vanilla essence pakai sikit! Penting fungsi dia! Kena tuang sebotol dalam bahan adunan kek supaya adil antara Vanilla essence, tepung dan lainnya"

Pernah buat tak?


Saya tak pernah, sebab SAYA TAKUT KEK SAYA TAK JADI dan saya yakin, ramai yang tidak melakukan hal diluar resepi kerana mereka takut kek tak menjadi seperti yang diharapkan.

Begitu jugalah kita yang terlibat dalam sesebuah organisasi.

Mungkin kita nampak nama kita kecil dibandingkan orang lain. Mungkin juga kita merasa tugas kita tidak sehebat atau diperlukan seperti oranglain. Itu semua bisikan syaitan! Percayalah.

Setiap dari kita merupakan komponen penting dalam sebuah organisasi. Hatta tugas sebagai pembalut hadiah untuk tetamu/penceramah apabila ada ceramah. Kamu rasa kecil sangat tugas kamu, tapi percayalah jika kamu tidak ada, belum tentu hadiah itu akan terbalut dan terlihatlah seolah-olah persatuan itu memandang enteng hal sebegini. Boleh saja.

Mungkin tugas kita tidak perlu sekerap sahabat lain. Mungkin juga tugas kita tidak diperlukan pasa suatu saat. Tapi itu tidak bermakna kita tidak penting. Salah besar fikiran seperti itu.

Kek itu adalah suatu matlamat yang terencana. Pasti dari kita tidak mahu membuat kek yang bantat, keras atau sebagainya. Penat-penat membuat kek tetapi kerana kesalahan kita meletakkan bahan sesuai sukatan, kek tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Begitu jugalah matlamat sebuah organisasi. Tidak mungkin kita meletakkan peranan individu dalam sebuah organisasi hanya untuk mereka menjadi penyebab kenapa matlamat organisasi tadi gagal. Hanya seorang individu yang gagal menjalankan tanggungjawabnya sesuai kuantiti, kualiti, masa dan tempat, pasti matlamat tidak dapat dicapai.

Sekecil apapun ibadah yang kita lakukan untuk menjaga agama Allah, Allah SWT tidak pernah lupa memberikan ganjaran. Itu sudah janjiNya memberikan imbalan sesuai amalan.

Semat dihati hadith ini, HR Thabrani dan Daruquthni

Diriwayatkan dari Jabir berkata,
Rasulullah SAW bersabda : "Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia"

Sebaik-baik dari kita adalah bermanfaat kepada manusia. Bukan dihitung dari atau peranan tugas kita besar atau kecil.

Doktor dan cleaner sama besar bermanfaat kepada oranglain.
Ketua dan AJK sama besar peranan dan manfaat kepada manusia.

Wallahualam

Pesan 1: Tegurlah saya jika ada kesalahan dalam penulisan saya. Perbetulkan dengan hikmah, insyaAllah saya berlapang dada menerimanya.

Pesan 2: Buang jauh-jauh perasaan mahu keluar dari organisasi kerana merasa tidak bermanfaat. Anda salah besar. (tidak merujuk kepada mana-mana organisasi, individu atau pihak). Teguran dibuat untuk umum termasuk buat diri sendiri.

Pesan 3: Bagi mereka yang merasa "berperan besar", istighfar sebelum terlambat kerana mungkin saja amalan mereka, anda, saya tidak diterima gara-gara tidak ikhlas. N'udzhubillah.

Pesan 4: Afwan jiddan lambat sangat-sangat update blog