Rabu, 31 Ogos 2011

Memori hari raya bersama mereka.


Assalamualaikum wrt wbt,

Salam Syawal.

"Taqaballahu minna wa minkum"

Alhamdulillah, tahun ini insyaAllah, tahun terakhir pengajian perubatan saya di Indonesia dan tahun ini merupakan pertama kali saya merayakan eid-fitr di Bandung bersama rakan-rakan 'senasib' dengan saya. Syukur, Allah SWT masih memberikan peluang bernafas di pagi 1 Syawal.

i miss them so much.

Saya jadi teringat dengan rutinitas saya bersama keluarga. Hal-hal yang dianggap remeh ternyata mengusik jiwa di saat saya duduk sendirian di Bandung.

Selalunya, malam raya, saya akan sibuk membantu mama di dapur bersama 2 orang adik perempuan saya. Kami akan bertungkus lumus menyiapkan juadah seperti rendang paru (kegemaran saya, saya boleh makan rendang paru selama sebulan tanpa lauk lain), sambal ayam, lontong, nasi impit, dan pelbagai lagi juadah basah. Adik selalunya mendapat tugas menyusun kuih di dalam balang untuk disimpan di ruang tamu manakala saya dan acik selalunya memporak-porandakan dapur dengan pelbagai resipi seperti kek, kuah spagetti dan lain-lain.


Pagi 1 Syawal. Ini adalah rutin yang biasa babah lakukan. Babah akan kejutkan kami adik-beradik yang terbongkang kepenatan (selalunya kami akan tidur berderetan akibat kelelahan). Mahu tahu cara babah kejutkan?

Babah bisikkan dekat telinga kami,

"Kakak, bangun kak. Dah raya. Nanti kita nak pergi solat raya sama-sama" lembut je babah pujuk. Saya dengan sengaja buat-buat menggeliat sebab malas nak bangun. Oh ya, tabiat ini saya lakukan sampai sekarang. Tapi, babah akan urut bahu saya, pujuk lagi supaya bangun. Babah paksa biji mata saya terbuka dengan menggunakan jari jemarinya yang besar. Ok, saya mesti ketawa kalau sampai part ini.

Begitulah setiap kali babah mengejutkan kami adik-beradik. Kadang-kala babah takbir dekat telinga kami.


Pesanan babah, "Jangan lupa mandi sunat sekali"


Kami seperti anak itik, berderetan beratur untuk mandi. Ada selitan senda gurau di pagi hari.

Mama seperti lipas kudung ke dapur, tidak thau kami bila mama tidur. Apa yang pasti, saat kami tertidur, mama belum tidur dan apabila kami bangun tidur, mama telah siap sigap di dapur. Mantap mama saya.

Siap-siap pakai baju raya, angah dan babah segak bersampin, bersongkok hitam, berbaju melayu siap diseterika (sayalah selalunya mangsa menseterikan baju satu family). Adik-adik perempuan saya (termasuk saya) sibuk menenyeh eyeliner lah, lipstick, eye shadow, segala eye lah pokoknya. Mama lebih mantap lagi, sebelum kami bersiap-siap, mama sudah ada di depan cermin berdandan dan setelah kami selesai berdandan pun, mama masih di depan cermin. Mantap mama saya.

Kami akan menaiki kereta bersama solat eid fitr, selalunya kami ke Pahang. Kampung ayah saya. Masa khutbah, saya dengar khutbah dalam bahasa Terengganu + Melayu yang bercampur kuat. Jadi kerja saya dengan adik beradik adalah tersengih-sengih tidak faham. Kami akan kumpul semua kosa kata baru, nanti setelah dalam perjalanan pulang, kami akan tanyakan kepada Nenek ataupun babah sendiri. Hahaha...ketawa terbarai kami sebab banyak yang tidak faham.


Kalau khutbah di Melaka, esei memang panda. Esei tau sumo. Esei donga yo imam berdehem, esei dah tau dio nak cakap apo, ok esei tipu. Ndo yang kono panah potir kang, sio-sio yo rayo hangik.

Sesi bersalaman antara saudara. Ini part syahdu. Ini part yang paling hiba. Selalunya saya plan awal-awal nak cakap apa. Tapi bila depan saudara mara, harapanlah. Mesti lain yang keluar. Kata-kata yang keluar selalunya jujur dari hati. Sambil salam-salam selalunya saudara mara hulur sekali envelope yang hade duhit ghaye. Itu best juga. Haha. Ok, kurang sopan. Sorry.

Kemudian, kami berkumpul saudara mara, makan bersama. Bermulalah sesi gosip, sesi mengenakan orang, sesi apa lagi. Walhal tak sampai 5 menit minta maaf.

Mama seperti biasa, entah mana dapat energi luar biasa, masih mantap melayani tetamu dengan penuh senyuman. Walhal mama tak minum sebarang minuman energi seperti tongkat ali, kacip fatimah atau sebagainya. Saya dan Amira selalunya akan berada di dapur. Jarang kami ke depan. Sesekali jika disuruh. Bukan kerana kami pemalu tetapi kerana dekat dapur senang access kepada semua jenis makanan. Hehehe. Sambil membantu, sambil masuk mulut.

Selanjutnya ke rumah sanak-saudara. Selalunya saya jarang dapat duit raya sebab dah besar tapi kalau sekali saya dapat, boleh buat menyeringai ketawa sambil dengki ke adik-adik saya. Angah akan jadi driver, saya jadi co-pilot. Saya akan bercakap tidak berhenti sampai babah cakap,

"Tidurlah kak. Cair tahi telinga babah dengar kakak berceloteh"

atau lebih ekstrim lagi,

"Babah bayar kakaklah untuk senyap"

Oh, saya tetap dengan pendirian saya untuk terus berceloteh. Ya lah kan. Untuk berjumpa semua ahli keluarga sangat jarang, jadi inilah masanya saya berpok-pek.

Tapi saya ada satu kelemahan. Kalau saya dekat dengan seseorang, saya akan reveal siapa diri saya. Orang akan kenal. So far, family dan beberapa kawan baik. Jadi, kalau ke rumah saudara mara jauh, automatically, saya akan transform kepada perempuan melayu terakhir (kalau tidak mahu percaya pun tidak mengapa), malu-malu, duduk dekat dengan babah dan mama atau mungkin sedang menyakat adik-adik saya, atau mungkin sedang bermain diluar sambil menghenyak-henyak kucing sepupu yang comel.

Baiklah sampai sini dahulu saya berceloteh. InsyaAllah, akan disambung dengan beberapa siri pengalaman selama dari Tingkat 1 sehingga Tingkat 6 perubatan sebagai hadiah sebelum pulang ke tanahair.

Pesan 1: Selama 6 tahun saya kuliah, mama lah yang pack kan barang-barang saya. Entah macam mana mama susun barang-barang saya sampai semuanya boleh masuk ke dalam baggage pun saya tidak tahu. Kalau saya susun, mesti sampai kena duduk dulu atas beg sebelum zip baru boleh tutup beg.

Rabu, 24 Ogos 2011

Magang 7: Hari operasi!


Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, syukur, masih bertahan menjaga hati dan iman sehingga Ramadhan yang ke 25. Semoga Allah SWT memberkati kita semua dan mengampuni dosa-dosa kita.

Hari ini saya ingin menceritakan tentang pengalaman di Operation Room.

25/08/2011. 0800.

Saya melihat jadual OT hari ini ada, 8 "calon" C-Sec, 1 calon Dilation and Curretage

"Lumayan banyak. Murah rezeki aku hari ini" tersenyum puas sambil melihat nama-nama pesakit, diagnosis mereka dan dokter pakar yang menjadi Operator operasi.

"Eh ada Dr U SpOG?" dokter pakar sakit puan. Beliau sangat terkenal dengan sifatnya yang garang, tegas, tetapi sangat pandai.

Kalau beliau marah, perkataan yang keluar biasanya, "Goblok", "Bego"

Jadi dapat bayangkan betapa garang orangnya kan?

Saya tidak takut itu semua. Apa yang saya dahagakan adalah ilmu dan tunjuk ajar darinya. Pedulikan apa yang dikata. Pedulikan persepsi mereka terhadap dokter pakar itu. Saya masih di sini seperti anak kecil yang tetap setia menanti gula-gula :)

Saya bersiap melangkah ke Operation Room. Semua petugas OR sudah siap memulai kerja mereka. Saya layaknya orang asing, melangkah masuk ke dalam ruangan yang asing, tidak mengenali sesiapa kecuali pesakit. Semua mata melihat ke arah saya. Memakai baju berwarna biru tua, pakaian yang aneh tidak mereka kenali.

Saya? *Biarkan, aku di sini ingin belajar. Tegakkan kepala, bersemangat belajar*

Segera saya mencuci tangan, memakai baju on-sterile, memakai sarung tangan. Bersedia :)

Hampir 30 menit menanti, pesakit sudah siap di bius spinal, kelibat Dr U SpOG datang.

Beliau seorang yang tegas, tidak suka berbasa-basi. *Salah satu sifat beliau yang saya suka*

"Baiklah, kita mulai operasi sekarang. Sebelumnya, doa dimulai" tegas, ringkas suaranya.

Saya berdiri di sebelah dokter tadi telah siap memberikan bantuan.

Operasi dimulai. Beberapa tindakan diberikan kepada saya, sambil melakukan tindakan, Dr U SpOG mengajar saya. Saya juga mengambil peluang menanyakan beberapa hal memandangkan saya sudah membaca bab Caeserian Delivery. Ada beberapa hal yang saya tidak tahu dan saya mengambil peluang ini untuk bertanya. Alhamdulillah, banyak ilmu yang dikongsikan bersama.

Dokter tadi marah tidak sepanjang operasi? *Alhamdulillah, tidak!*

Dia cuma menegur cara-cara yang benar memegang alat saat operasi. *Alhamdulillah*

Selesai operasi Caeserian Section, dokter tadi mengajar saya tindakan Sterilization.


Gambar hiasan. Lihat pemotongan Oviduct di atas. Itulah sterilization. Secara mekanik kita memutuskan zuriat kerana beberapa alasan medis.

Saya mendengar dengan teliti dan saksama. Dokter tadi mengajar saya sambil dipraktikkan langsung saat operasi.

Selesai memotong Oviduct kanan, tiba-tiba beliau bersuara,

"Kalau lihat tadi bagaimana caranya? Sekarang kamu lakukan" tegas.

Dalam hatiku, *Wooooowwwweeeeee...Yabedabedduu~ Alhamdulillah. Weyh! Dapat MOW!!*

Tersengih-sengih saya mengambil tempat dokter pakar tadi. Beliau berjalan kemudian langsung duduk di sebuah kerusi tidak jauh dari meja operasi. Membiarkan saya melakukan tindakan ini sendiri.

Puas hati aku. Hilang kempunan nak pegang scalpel, jarum, gunting segala macam alat bedah. Rasa macam hormon adrenaline dan endorphine tiba-tiba memuncak tinggi.

Perlahan tetapi pasti, saya lakukan tindakan sterilisasi. Tidak sampai mencederakan Ovari dan organ sekitar tetapi tidak juga terlalu lembut sehingga potensi hamil lagi, ada.

Alhamdulillah, done!

Dokter pakar tadi kembali lagi ke meja operasi, melihat hasil kerja saya. Dia tidak berbicara apa-apa. Tidak kata kerja saya baik, tidak juga berkata kerja saya tidak memuaskan. Diamnya menjadi tanda tanya. Saya pun diam jugalah.

Selesai operasi pesakit 1.

Saya melanjutkan dengan operasi Caeserian Section pesakit 2.
"G7P5A1 dengan Severe Preeklampsi + Impending Eclampsia"

Memandangkan kondisi pesakit tidak memungkinkan untuk hamil selamat lagi, pesakit ini turut menerima rencana tindakan sterilization.

Selesai menjadi Assistant C-Sect, dokter pakar tadi bertanya kepada saya,

"Masih ingat bagaimana caranya sterilisasi?" tegas melihat saya.

"Iya dok, masih ingat" jawab saya ringkas.

"Selesaikan" sambung Dr SpOG tadi.

*Wwoooooowwwwwwweeeeeeeeeeeeeeee...Lompat-lompat, jatuh, lompat, lompat, jatuh*

Kali ini selain dapat tindakan sterilisasi, saya mendapat tindakan menjahit dari lapisan omentum sehinggalah ke kulit pesakit.

Saya masih bersemangat. Masih bersisa tenaga, saya mengikuti 2 lagi operasi.

Alhamdulillah. Selesai operasi, saya mendapat sms,

"Aimi, ke Poliklinik Ginekologi. Bimbingan dengan Dr D SpOG"

(-_-) Tiba-tiba, saya merasa sedih kerana masih ada 2 pesakit lagi yang harus dioperasi dan saya tidak dapat ikut kesemua operasi.

Alhamdulillah, tidak mengapa. Bersyukur namun, belum masanya saya berpuas hati. InsyaAllah, masih ada hari esok. Saya masih bersemangat mengejar beberapa operasi.

Allah SWT memakbulkan doa saya. Syukur!

Hari sebelumnya, saya berdoa, "Ya Allah, Kau izinkanlah aku ikut operasi dengan mana-mana dokter dan berpeluang menimba sebanyak-banyak ilmu" Syukur.




Jumaat, 19 Ogos 2011

Mengatasi masturbasi atau onani, insyaAllah

Assalamualaikum wrt wbt,

Salam semua. Semoga berkat dan redha Allah melimpahi setiap hambaNya.

Hari ini sudah menginjak 10 Ramadhan terakhir. Sudah waktunya kita "pecut", mengaut segala untung yang ada. InsyaAllah.

Semoga saja Allah SWT meminjamkan nikmat kesihatan agar kita dapat beribadah dengan lancar. Ameen.


InsyaAllah, ar
tikel yang akan saya kongsikan di sini bukan tentang Ramadhan terakhir khususnya tetapi luar dari itu. Baiklah, di sini adalah perkongsian perbualan saya dengan sahabat saya yang dirahmati Allah SWT,

Gambar hiasan

Aimi, maaf saya nak bertanya. Kalau awak rasa awak mahu dan tahu jawapannya, silakan. Jika sebaliknya, awak boleh berdiam diri saja. Ini hal yang mengaibkan saya. Malu besar saya.

InsyaAllah, ceritalah. Jika saya mampu, dengan izinNya saya bantu. Jika tidak, cerita ini sekadar di sini. Tidak akan lepas ke orang lain. Kenapa?

Awak tahu namanya Masturbasi?

Ya saya tahu. Istilah untuk memuaskan nafsu sendiri. Kenapa?

Dosa kan?

Wallahualam, sefaham saya dosa, kerana menentang tuntutan AQ dalam menyeru menjaga kemaluan, Al-Mukminun 5 - 7. Cuma ada beberapa pengecualian terhadap masturbasi.


Saya tahu dosa. Saya faham hukumnya tetapi saya tetap melakukannya. Saya menjadikan awak sebagai tempat saya merujuk kerana saya merasa awak mampu membantu saya, menyelesaikan masalah ini. Bantu saya.

Perbualan terhenti di situ. Allahuakbar.

Puas saya mengotak-ngatik keyboard, menulis dan memadamnya lagi. Mengedit berulang kali. Mencari kalimat yang tepat agar dapat dikongsikan bersama.

Berfikir ke arah "sana" saja saya gerun. Memikirkan bagaimana tangan dan kaki, mata dan telinga serta anggota tubuh lainnya yang menjadi saksi zina berlaku di tubuh sendiri. Na'udzhubillah. Astaghfirullah.

Alhamdulillah, tahniah sebelumnya kepada sahabat saya. Di sebalik ruang dosa yang dilakukannya, terbersit rasa bersalah. Rasa ingin meminta ampun. Masih ada hati, masih ada taqwa dalam dirinya. Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa dia dan kita.

Seperti di dalam AQ 3: 133;

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa"

Segera bertaubat.

Sedikit kupasan tentang hukum Masturbasi atau Onani yang saya ambil dari website Us Zaharuddin.

Berikut adalah jawapan yang pernah diberikan oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi :-

Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).

Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:

"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)

Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.

Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.

Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:

  1. Karena takut berbuat zina.
  2. Karena tidak mampu kawin.

Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku zina.

Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu kiranya dia memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa seorang mu'min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:

"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)

Dipetik dari kitab al-Halal wal Haram fil Islam


Ini sekadar pandangan peribadi. Beberapa cadangan usaha bagaimana menangani masalah nafsu masturbasi.

Baiklah, pertama biar jelas. Kegagalan diri dalam menghindari zina dibagi menjadi 2 faktor:

1. Faktor endogen - Ini adalah nafsu, ilmu yang ada, motivasi diri melawan nafsu.

2. Faktor eksogen - Ini contohnya leluasa website pornografi, sahabat dan lingkungan di sekeliling, bahan bacaan dan tontonan sehari-hari.

Bagi pendapat saya, pertama-tama sebelum ke faktor endogen,

1. Putuskan akses faktor pencetus dari eksogen.

  • Jangan bersendirian. Saya yakin, orang yang melakukan masturbasi ini melakukannya secara tertutup kerana masih punya rasa malu. Oleh itu, jangan membiasakan diri sendiri kerana cenderung antara nafsu dan minda ini mengalami konflik.
  • Tidak melayari, membuka, mencuba, atau sebagainya sehingga mendorong nafsu diri. Jauhi jari kamu, jika kamu sedang sendirian. Tegas dengan diri sendiri.

Malulah, perihal keranjang orang kenapa kita yang tengok. Orang yang melakukan zina itu sah-sahlah mendapat balasan setimpal dari Tuhan, kenapa kita mahu ikut-ikutan juga kan? Ini merupakan salah satu cara bagaimana orang kafir cuba melemahkan benteng kekuatan Islam. Media serangan mereka. Mahu jadi hambanya orang kafir? Silakan~

  • Pakailah "Reward and Punishment". Berikan hadiah atau ganjaran buat diri jika berjaya melewati hari tanpa masturbasi begitu juga hukuman. Tetapkan buat diri hukuman yang berat-berat seperti setiap kali masturbasi, harus berpuasa sebanyak 5 hari. Wajib dilakukan. Misalnya.
  • Elakkan dari berdiskusi hal-hal yang berunsurkan porno baik dengan orang sekeliling. Kurangi kontak langsung ataupun tidak dengan surrounding yang mendorong ke arah kemaksiatan kerana ini akan menambah daya khayalan sehingga cenderung bergerak ke arah maksiat.
  • Jangan tidur lambat. Isi waktu siang hari dengan hal-hal yang bermanfaat dan melelahkan sehingga tidak ada ruang untuk ke arah zina setelah pulang sendirian di rumah atau manapun.
  • Apa yang kita tonton, baca, dengar, bicara itulah yang akan menjadi input di dalam kepala kita. Lebih banyak diisi dengan hal-hal lagha, maksiat, lebih mudah hati dan nafsu bergerak ke arah maksiat. Makanan yang salah kepada hati dan nafsu menyebabkan efek dan refleksi yang buruk buat tubuh

Kenapa saya tidak menguatkan dahulu faktor endogen?

Alasannya mudah, pada fase-fase mulai insaf, selalunya iman kita lemah. Nafsu kita bermaharajalela. Motivasi kita berkurang.

Dari kita paksakan diri untuk mengukuhkan faktor internal adalah lebih baik kita meruntuhkan semua faktor external.

Faktor internal dapat dikuatkan dengan:

  • Lawan maksiat dengan banyakkan ibadah. Lawan nafsu dengan kuatkan iman. Tiada jalan lain selain memperbanyakkan ibadah, mendekatkan diri dengan Tuhan, mengingati mati.
  • Di dalam poket baju selalu selitkan tasbih. Jika fikiran menerawang ke perkara-perkara lagha, secepatnya tangan mulai menggerakkan tasbih untuk berzikir.
  • Jangan pernah mengingati atau menyinggung kisah "kelam" yang dulu. Tutup dan bungkus kemas, buang jauh-jauh. Sekali kita melangkah untuk insaf, jangan dibuka semula lembaran lama. Tidak mungkin kita mahu menjadi orang bodoh yang jatuh ke "lubang" yang sama kedua kalinya.

Kembali ke jalan Allah SWT bukan bereerti jalan yang dipilih itu penuh dengan penyiksaan tetapi ubahlah paradgima diri, ianya perlukan pengorbanan. Pengorbanan ini ramai yang tidak mampu lakukannya. Buktinya? Ramai yang memilih senang dunia, maksiat dunia dari berkorban nafsu untuk akhirat.

Last but not least, jangan beralasan atau berdalih jika hati terdetik untuk insaf. Jangan kita menuding jari menyalahkan sesiapapun. Anggota tubuh kita, maksiat dan zina kita, dosa kita, tanggungjawab kita. Na'udzhubillah.

AQ 17:15 ".....Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain..."

AQ 17:36 ".....Karena pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua akan diminta pertanggungjawabannya"

Sekian saja yang dapat saya kongsikan. Semoga bermanfaat. Wallahualam.

aku dan Dia

Di kala semua mata terlelap, hanya aku berbicara sendiri kepadaNya.

Mengadu semua hal. Menangis semua cerita.

Sakit. Mual. Muntah. Pening. Suka. Sedih. Semua, tiada terkecuali.

Episod ini bermula lagi. Siklus sama akan terus berulang.

Hanya aku dan airmata. Tuhan tahu semuanya.

Semoga Ramadhan ini menjadi yang terbaik buat diriku. Ameen. Ameen. Ameen.

(T_T)

Rabu, 17 Ogos 2011

Magang 6: Tips Jaga Ceria

Assalamualaikum wrt wbt

Salam Ramadhan, salam buat semua.

Sekarang saya di Bagian Obstetry and Gynecology.

Saya sangat-sangat suka department ini. Rencana saya minggu ini adalah untuk menyelesaikan 50 status pesakit (task to be completed bila Magang) kemudian, minggu depan saya berencana untuk stay back-to-back di Operation Room. Katanya, kalau Magang, bukan hanya jadi Asisten SC sahaja, kalau mahu jadi Operator untuk D&C (Kuret) atau lakukan tindakan sterilization pun dapat. Wooowwweeeeyy~ (melompat-lompat!!)

Alhamdulillah, bekal ilmu Obgyn yang diambil sepanjang koas di RSHS, sekarang saya mampu tersenyum dan yakin setiap kali oncall. Walaupun sendiri, saya tahu tindakan yang harus diambil untuk pesakit-pesakit gawatdarurat. Alhamdulillah, syukur :)

Kali ini saya ingin kongsikan kepada semua adik-adik atau teman saya tentang Jaga (oncall).

Ramai yang bertanya kepada saya,

Aimi, awak ini jaga ke tak jaga. Kenapa bukan main segar lagi?

Pelik saya, awak kata semalam banyak pesakit. Tapi bukan main semangat lagi balik Jaga?

Haih? Tersenyum je, ada pesakit mengorat awak ke semalam?

Baiklah, ramai yang mengatakan saya selalu bersemangat saat jaga.

Sini, saya kongsikan tips untuk bersemangat sepanjang Jaga.

1. Sehari sebelum jaga, pastikan dapat rehat yang mencukupi. Tidak berlebihan atau kurang.

2. Pastikan kita telah menyediakan semua alat-alat jaga dan baju jaga. Persiapan material ini sedikit sebanyak mengurangkan kegusaran di hati. Bawa bekal makan, ubat-ubat peribadi yang mencukupi. Persiapan buat diri.

3. Selalunya, saya akan mengambil waktu 30 menit - 1 jam lamanya sebelum berangkat Jaga untuk baring, melelapkan mata (bukan tidur) sambil beristighfar. Waktu-waktu ini selalunya, hati kita resah, malas, tidak ikhlas untuk berangkat. Selalu akan ada, "Malasnya nak jaga.....". Betulkan niat. Jernihkan minda.

Sebelum berlanjut kemalasan kita sehingga menularkannya kepada orang lain, lebih baik kita mencegah hal ini dari berlaku.

Waktu ini saya akan memotivasi diri.

"Ya Allah, Kau berkatilah setiap apa yang ku lakukan saat jaga nanti. Kau berkatilah ilmu yang ku dapatkan. Kau redhailah amal perbuatanku agar aku tidak mencelakakn orang lain dan tidak ada orang yang merasa dirugikan dengan tindakanku"

Saya tetapkan beberapa matlamat yang saya catat di dalam handphone. Contohnya.

1. Saya mahu dapatkan ilmu sebanyak-banyaknya.

2. Saya mahu bertanya jika saya tidak tahu sebanyak-banyaknya.

3. Saya mahu melakukan tindakan A, B dan C

4. Saya mahu belajar kasus X sepanjang jaga.

4. Berangkatlah ke hospital awal. Minimal kita boleh mengetahui berapa pesakit ada, kondisi pesakit macam mana, kita boleh bertanya dengan kawan sebelumnya secara details apa saja tindakan yang perlu kita lakukan. Dapatkan no hp residen yang Jaga.

5. Semasa jaga. Hah~ Ini banyak point yang saya ingin kongsikan.

* Bertindak dan berfikirlah sebagai seorang dokter. Tidak perlu disuruh-suruh baru mahu bertindak. Be proactive.

* Ramai yang beranggapan (walaupun tidak semua),
"Hello, aku medical student ok!! Apesal pulak nak betulkan infus pesakit??!"

Sebelum kita mendapat penghargaan dari pesakit dan perawat (nurse), kita harus memberikan khidmat kita kepada semua. Setelah kita memberi baru fikirkan apa yang bakal kita dapat. Jangan sebaliknya. Setiap yang kita lakukan, ingatkan diri sebagai ibadah. Ibadah yang ikhlas, Allah SWT terima insyaAllah.

Ingatkan diri lagi, kita masih belajar. Rendah hati bukan sombong diri.

* Alert! Minimal, belajar untuk alert. Perhatikan pesakit ini diagnosisnya apa, infus yang dipakai apa, pakai urin catheter atau tidak, pakai NGT atau tidak, obat yang didapatkan apa saja. Keluhan pesakit jangan diambil remeh.

* Berborak dengan pesakit, beri mereka motivasi, terangkan kepada mereka tentang sakit mereka, paling penting, NASIHATKAN MEREKA UNTUK SOLAT & INGAT ALLAH. Ajarkan mereka cara solat. InsyaAllah, selalu menjadi imbal balik, mereka tersenyum dan mendoakan kita kembali. Siapa tahu, doa orang yang sakit itulah yang Allah SWT terima, bukannya doa kita yang kadang hati dan anggota tidak terjaga bersihnya.

* Jika merasa sakit, cepat-cepat obati sendiri (harapanlah kalau mengharap orang lain, kena pandai-pandai jaga diri). Komunikasikan dengan team jaga.

* Saling membantu teman-teman yang lain. Jangan berfikiran, "Pesakit aku tenang, follow up aku beres, aku mahu rehat". Jangan begitu. Jangan pernah selfish. Jadikan diri kita sangat bermanfaat setiap kali jaga. Kita bantu kawan, insyaAllah, Allah SWT membantu kita.

* Jika masa sangat suntuk untuk rehat (ada pesakit yang harus di ambu atau ada pesakit gawatdarurat yang harus diobservasi) makanlah bekal yang dibawa tadi. Itulah fungsinya.

* Jadikan perawat-perawat di ruangan sebagai sahabat. Bukan musuh. Berkenalan dengan mereka. Saya sampai saat ini, masih saja menghulurkan tangan bersalaman, memulakan dulu sesi perkenalan. Kita tidak rugi sebiji gigi pun. Malah mereka yang membantu kita nanti. kalau dulu, saya tidak merasakan manfaatnya tapi sekarang sewaktu magang, saya amat merasakan kebaikan berkenalan dan berbuat baik (berbuat baik bukan mengampu ya) dengan mereka.

Pernah saya harus observasi pesakit yang kritikal dari jam 4 petang sampai 4 pagi esoknya, saya tidak rehat semalaman, tugas-tugas perawat juga saya ambil alih (ceritanya di Magang). Sampai pukul 5 pagi, saya tidak kuat lagi. Saya bangunkan semua perawat.

Mereka marah?

Tidak sama sekali, malah mereka berterima kasih telah dibangunkan. Saya pula bergantian rehat. Mereka sempat membela saya di depan Doktor Pakar (masa itu ward round, saya incharge ward) saat saya datang lambat akibat telajak tidur di ruang dokter. Alhamdulillah. Tapi bukan itu saja manfaatnya, banyak lagi. Cuma keikhlasan kita dalam berkenalan dan berbuat baik dengan orang, insyaAllah akan dibalas Tuhan.

* Banyakkan senyum.

* Jika dimarahi - Hah?? Apa patut buat? *Mestilah marah dokter/perawat balik** <-- Jangan ditiru.
Oh tidak. Jika kita dimarahi kerana kesalahan kita, mahu atau tidak, terimalah dengan hati terbuka. Setiap dari kita punya cara berbeza untuk menzahirkan perasaan marah. Ada yang suka berbicara langsung dengan bahasa kesat, ada juga sebaliknya. Macam ragam.

Kita harus sedar keypoint itu. Sabar, tutup mulut, istighfar. Jika mahu menangis, menangislah tapi jangan di depan dokter atau pesakit. Menangis itu menunjukkan kelemahan diri dan saat kita dimarahi kerana kesalahan diri, menangis bukanlah jawapan yang tepat untuk diberikan kepada dokter. Percayalah.

Baiklah itu sahaja tips untuk sementara waktu yang mampu saya kongsikan. Cubalah, saya telah merasakan aura semangat dari awal, semasa dan setelah jaga dengan tips yang saya kongsikan.

Saya harus menyelesaikan beberapa target yang harus diselesaikan hari ini. Mohon doanya.

Wallahualam.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Magang 5: Dokter garang

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, sujud syukur ke hadrat Ilahi, selesai sudah bagian ketiga. Ini bermakna tinggal 3 bulan lagi sebelum selesai Program Magang (read Internship)

Ada pelajaran yang dapat ku ambil.

Ada pelajaran yang harus ku jadikan sempadan.

Apa yang dapat saya kongsikan bersama ada tentang "Doktor Garang"

Boleh tukar kepada "Cikgu Garang" atau "Tutor Garang". Pokok pangkalnya merujuk kepada sesiapa saja yang mendidik tetapi garang. Silakan tukar sendiri :)

Ada seorang doktor spesialis di tempat saya bertugas terkenal dengan ke'garangan'nya. Tidak keterlaluan saya katakan hampir semua kakitangan hospital gerun apabila namanya disebut.

Sampai setiap kali bertemu dengannya atau ward round ramai yang terus meniru budaya Jepun (tertunduk-tunduk).

Di sebalik sikapnya yang garang, dia juga terkenal dengan sifatnya yang suka mengajar. Cuma tidak ramai yang ingin bertanya kerana takut dimarahi atau ditegur.

"Leceh" atau dalam bahasa sunda nya "Reseh. Teuing"

Banyak yang mengambil kesimpulan dan nekad untuk tidak meminta bimbingan dokter ini kerana sikapnya yang sangat garang. Walaupun dia mengajar tapi dia sangat cerewet.

Kemudian saya berhenti. Berhenti untuk berfikir.

Sampai bila pemikiran terkongkong ini saya harus bawa jika saya mahu maju?!

Ini adalah pemikiran anak-anak yang tidak matang. Takut dimarahi sedangkan jika kita fikir panjang, marahnya orang dewasa itu adalah untuk mendidik.

Takut. Takut. Takut.

Malas. Malas. Malas.

Takut dan malas yang tidak jelas kenapa.

Mari kita gunakan akal yang sihat, akal yang rasional, kita harus berani dimarahi. Untung kita dimarahi sekarang, insyaAllah ke depannya minimal kesalahan yang akan kita lakukan.

Biar kita ditegur, agar kita belajar,

Biar kita disindir, agar kita ingat,

Alhamdulillah, saya memberanikan diri maju meminta bimbingan dengan dokter spesialis yang terkenal garangnya ini.

Cuba teka apa?

*Ok harapanlah kalau saya tidak dimarahi*

Alhamdulillah, saya dimarahi, ditegur, disuruh buka catatan, tapi ada yang lebih berharga saya dapatkan.

Saya mendapat ilmu.

Saya mendapat pengalaman.

Saya tahu apa yang saya perlu lakukan.

Paling penting, saya tahu di mana salahnya,

Bukankah Allah SWT, Tuhan kita telah mengamanahkan setiap manusia untuk saling mengingatkan,

"Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar (3)"

Apa yang dilakukan oleh dokter spesialis tadi selaras dengan ayat Al-Quran ini. Al-Asr:3

Mereka melaksanakan apa yang diertikan sebagai berpesan kepada kebenaran. Dia mengajak saya dan semua untuk belajar. Belajar yang benar tepatnya.

Mulai saat itu, saya nekad. Saya bulatkan hati, setiap dokter yang garang tetapi terkenal dengan sifat yang suka mengajar, akan saya kejar. Akan saya tebalkan muka, akan saya rendahkan hati, akan saya buang jauh-jauh ego untuk mendapatkan ilmu yang benar. Apalagi jika dokter itu baik untuk mengajar. Lebih saya kejar lagi.

Saya tidak akan berhenti bertanya dan mencari tahu hanya kerana sikap atau peribadi seseorang. Itu sikap mereka. Itu hak mereka. Tetapi hak kita adalah untuk mendapatkan ilmu sebanyak-banyak.

Wallahualam. Semoga bermanfaat.

InsyaAllah mulai minggu depan, saya akan bertugas di bagian yang super duper saya suka! Obgyn!!

Ya Allah, gembiranya hati saya. Berkobar-kobarnya saya. Saya sangat bersemangat untuk mencari lebih banyak lagi ilmu dan pengalaman. Ameen. Ameen. Ameen.