Rabu, 31 Ogos 2011

Memori hari raya bersama mereka.


Assalamualaikum wrt wbt,

Salam Syawal.

"Taqaballahu minna wa minkum"

Alhamdulillah, tahun ini insyaAllah, tahun terakhir pengajian perubatan saya di Indonesia dan tahun ini merupakan pertama kali saya merayakan eid-fitr di Bandung bersama rakan-rakan 'senasib' dengan saya. Syukur, Allah SWT masih memberikan peluang bernafas di pagi 1 Syawal.

i miss them so much.

Saya jadi teringat dengan rutinitas saya bersama keluarga. Hal-hal yang dianggap remeh ternyata mengusik jiwa di saat saya duduk sendirian di Bandung.

Selalunya, malam raya, saya akan sibuk membantu mama di dapur bersama 2 orang adik perempuan saya. Kami akan bertungkus lumus menyiapkan juadah seperti rendang paru (kegemaran saya, saya boleh makan rendang paru selama sebulan tanpa lauk lain), sambal ayam, lontong, nasi impit, dan pelbagai lagi juadah basah. Adik selalunya mendapat tugas menyusun kuih di dalam balang untuk disimpan di ruang tamu manakala saya dan acik selalunya memporak-porandakan dapur dengan pelbagai resipi seperti kek, kuah spagetti dan lain-lain.


Pagi 1 Syawal. Ini adalah rutin yang biasa babah lakukan. Babah akan kejutkan kami adik-beradik yang terbongkang kepenatan (selalunya kami akan tidur berderetan akibat kelelahan). Mahu tahu cara babah kejutkan?

Babah bisikkan dekat telinga kami,

"Kakak, bangun kak. Dah raya. Nanti kita nak pergi solat raya sama-sama" lembut je babah pujuk. Saya dengan sengaja buat-buat menggeliat sebab malas nak bangun. Oh ya, tabiat ini saya lakukan sampai sekarang. Tapi, babah akan urut bahu saya, pujuk lagi supaya bangun. Babah paksa biji mata saya terbuka dengan menggunakan jari jemarinya yang besar. Ok, saya mesti ketawa kalau sampai part ini.

Begitulah setiap kali babah mengejutkan kami adik-beradik. Kadang-kala babah takbir dekat telinga kami.


Pesanan babah, "Jangan lupa mandi sunat sekali"


Kami seperti anak itik, berderetan beratur untuk mandi. Ada selitan senda gurau di pagi hari.

Mama seperti lipas kudung ke dapur, tidak thau kami bila mama tidur. Apa yang pasti, saat kami tertidur, mama belum tidur dan apabila kami bangun tidur, mama telah siap sigap di dapur. Mantap mama saya.

Siap-siap pakai baju raya, angah dan babah segak bersampin, bersongkok hitam, berbaju melayu siap diseterika (sayalah selalunya mangsa menseterikan baju satu family). Adik-adik perempuan saya (termasuk saya) sibuk menenyeh eyeliner lah, lipstick, eye shadow, segala eye lah pokoknya. Mama lebih mantap lagi, sebelum kami bersiap-siap, mama sudah ada di depan cermin berdandan dan setelah kami selesai berdandan pun, mama masih di depan cermin. Mantap mama saya.

Kami akan menaiki kereta bersama solat eid fitr, selalunya kami ke Pahang. Kampung ayah saya. Masa khutbah, saya dengar khutbah dalam bahasa Terengganu + Melayu yang bercampur kuat. Jadi kerja saya dengan adik beradik adalah tersengih-sengih tidak faham. Kami akan kumpul semua kosa kata baru, nanti setelah dalam perjalanan pulang, kami akan tanyakan kepada Nenek ataupun babah sendiri. Hahaha...ketawa terbarai kami sebab banyak yang tidak faham.


Kalau khutbah di Melaka, esei memang panda. Esei tau sumo. Esei donga yo imam berdehem, esei dah tau dio nak cakap apo, ok esei tipu. Ndo yang kono panah potir kang, sio-sio yo rayo hangik.

Sesi bersalaman antara saudara. Ini part syahdu. Ini part yang paling hiba. Selalunya saya plan awal-awal nak cakap apa. Tapi bila depan saudara mara, harapanlah. Mesti lain yang keluar. Kata-kata yang keluar selalunya jujur dari hati. Sambil salam-salam selalunya saudara mara hulur sekali envelope yang hade duhit ghaye. Itu best juga. Haha. Ok, kurang sopan. Sorry.

Kemudian, kami berkumpul saudara mara, makan bersama. Bermulalah sesi gosip, sesi mengenakan orang, sesi apa lagi. Walhal tak sampai 5 menit minta maaf.

Mama seperti biasa, entah mana dapat energi luar biasa, masih mantap melayani tetamu dengan penuh senyuman. Walhal mama tak minum sebarang minuman energi seperti tongkat ali, kacip fatimah atau sebagainya. Saya dan Amira selalunya akan berada di dapur. Jarang kami ke depan. Sesekali jika disuruh. Bukan kerana kami pemalu tetapi kerana dekat dapur senang access kepada semua jenis makanan. Hehehe. Sambil membantu, sambil masuk mulut.

Selanjutnya ke rumah sanak-saudara. Selalunya saya jarang dapat duit raya sebab dah besar tapi kalau sekali saya dapat, boleh buat menyeringai ketawa sambil dengki ke adik-adik saya. Angah akan jadi driver, saya jadi co-pilot. Saya akan bercakap tidak berhenti sampai babah cakap,

"Tidurlah kak. Cair tahi telinga babah dengar kakak berceloteh"

atau lebih ekstrim lagi,

"Babah bayar kakaklah untuk senyap"

Oh, saya tetap dengan pendirian saya untuk terus berceloteh. Ya lah kan. Untuk berjumpa semua ahli keluarga sangat jarang, jadi inilah masanya saya berpok-pek.

Tapi saya ada satu kelemahan. Kalau saya dekat dengan seseorang, saya akan reveal siapa diri saya. Orang akan kenal. So far, family dan beberapa kawan baik. Jadi, kalau ke rumah saudara mara jauh, automatically, saya akan transform kepada perempuan melayu terakhir (kalau tidak mahu percaya pun tidak mengapa), malu-malu, duduk dekat dengan babah dan mama atau mungkin sedang menyakat adik-adik saya, atau mungkin sedang bermain diluar sambil menghenyak-henyak kucing sepupu yang comel.

Baiklah sampai sini dahulu saya berceloteh. InsyaAllah, akan disambung dengan beberapa siri pengalaman selama dari Tingkat 1 sehingga Tingkat 6 perubatan sebagai hadiah sebelum pulang ke tanahair.

Pesan 1: Selama 6 tahun saya kuliah, mama lah yang pack kan barang-barang saya. Entah macam mana mama susun barang-barang saya sampai semuanya boleh masuk ke dalam baggage pun saya tidak tahu. Kalau saya susun, mesti sampai kena duduk dulu atas beg sebelum zip baru boleh tutup beg.

4 ulasan:

  1. assalamualaikum..

    kesimpulan dr post ni..
    KAK AIMI MANJA~

    slmt hr ry :)

    BalasPadam
  2. Wa'alaikumussalam duha.

    eeiiihh..salah ambil kesimpulan lah duha ni. hehe

    selamat hari raya, taqaballahu minna wa minkum :)

    BalasPadam
  3. Sokong duha tanpa bantahan.. Cam comel je akak kan :) Ops..lariii..

    BalasPadam
  4. Eiiii sha pun sama~

    Macam mana korang boleh ambil kesimpulan macam tu. Haish *garu kepala sendiri*

    ps: Tapi kalau manja dengan keluarga sendiri takpe kan? Ngee~ (^_^)

    BalasPadam