Dari atas Wani, kedua Vickee, ketiga Nora dan saya yang sedang duduk
Assalamualaikum wrt wbt,
Alhamdulillah. Penantian dan usaha setelah lebih dari 6 tahun, berakhir pada tanggal 09/11/2011.
Tarikh di mana seramai 246 mahasiswa perubatan angkatan 2005 semester ganjil diumumkan lulus dan mendapatkan gelar dokter.
Oleh itu, secara rasmi saya adalah seorang dokter yang belum terdaftar dan sedang terdampar di dalam bilik sendiri sambil membuat revisi ulang. Baiklah, disebabkan saya sudah habis belajar, saya mahu bercerita tentang pengalaman non-akademik.
Bagi saya ini pengalaman manis, semanisnya ukhuwwah. Jika ramai yang sebut ukhhuwah antara sesama muslim, di sini saya ingin menceritakan ukhhuwah lebih luas dari ikatan sesama muslim.
Gambar ini diambil sempena foto yang akan dimasukkan ke dalam yearbook nanti insyaAllah.
Dari kiri duduk adalah Wani, terbaring dekat atas kerusi adalah Vickee, dokter yang melayan kerena pesakit itu adalah Nora dan saya pegang tangan Vickee. Berapa kali saya melambak ketawa sebelum tangkap gambar. Kelakar!
Selamat membaca, semoga bermanfaat dan Allah SWT redha akan tulisan saya serta dijauhkan dari fitnah dunia dan akhirat. Dengan nama Allah...
Tahun 2005, sewaktu di KLIA (Kuala Lumpur International Airport sebelum syarikat penerbangan AirAsia berpindah ke lokasi baru LCCT) sebelum menjejakkan kaki ke bumi Garuda Merah Putih ini,
Mama sempat berpesan, "Kak, jangan lupa belajar betul-betul, ingat pesan mama and babah. Jadi contoh yang baik. Jangan asyik dengan pelajaran sampai lupa cari calon"
Saya, "Huh?"
Babah seperti biasa, nasihat beliau ringkas dan padat, "Kakak, ingat Allah, stay focus and dicipline".
Ringkaskan?
Saya pertama kali berkenalan dengan Norashikin. Dia sahabat saya, indeed my bestfriend sampai sekarang. Waktu itu, dia sakit, saya pula kelam-kabut mahu cari tandas. *Orang lain kelam-kabut masuk Gate pelepasan, aku boleh terlalu nervous sampai nak terbuang air*. Saya minta Nora, tolong jagakan beg saya. Tahu macam mana cara saya tegur Nora?,
"Awak belajar dekat Bandung juga?"
"Ya"
"Sorry, saya nak pergi toilet, nak minta tolong jagakan beg saya sekejap boleh?"
Saya dah jalan beberapa langkah, saya balik semula.
"Saya Aimi, awak?"
Masa itu, saya lihat reaksi muka Nora seperti sedang berfikir, "Apa lah budak kelam-kabut ini buat?"
Haha. Serabut sungguh!
Selesai acara memerut, saya pun berlari-lari ambil beg saya, *saya dah ketinggalan dari rombongan yang ke Bandung*. Sewaktu beg saya di scan di dalam Custom Scanner, berbunyi siren.
Sejujurnya saya tidak tahu apa di dalam beg saya. Mama yang pack semuanya untuk saya. Pegawai kastam tanya,
"Ada apa dalam beg adik ini?"
"Tak tahu"
*Sigh* beg sendiri pun, saya tidak tahu isinya. Terpaksa diselongkar. Bertambah lambat saya untuk menaiki pesawat. Rasa mahu menangis pun ada. Saya pun terperanjat lihat barang dalam beg saya.
"Huh?"
5 bungkus besar, pack Milo 3 in 1.
5 bungkus besar, Nestum instant.
2 bungkus besar, Nescafe 3 in 1.
2 bungkus besar, Maggi Kari.
2 bungkus roti Gardenia.
1 bungkus rendang ayam.
1 bungkus frozen karipap.
2 buah buku kosong (buat catatan kuliah mungkin).
Beberapa keping gambar keluarga
1 set alat tulis
1 Al Quran dan tasbih dan........
1 GUNTING
Mana sirens dekat Kastam tak berbunyi, ada benda tajam rupanya.
Dalam hati saya berbisik, "Mama terlupa mungkin. Itu sebabnya mama TERmasukkan gunting. Untung bukan periuk belanga yang masuk dalam beg ini"
"Kami terpaksa rampas......" belum selesai makcik kastam tadi berbicara, saya langsung balas,
"Makcik nak ambil pun ambillah, tapi tolong saya masukkan balik semua makanan saya sebab saya dengar nama saya dah dipanggil final call"
Macam Amazing Race, saya dan 2 orang pegawai Kastam bertungkus lumus memasukkan barang-barang. Oleh kerana cara susunan barang tidak teratur, maka melambak semulalah semua khazanah saya tadi.
"Arrgghhhh..." stress saya cuba memasukkan semula. Saya lihat seorang pakcik kastam cuba membantu, dengan tenaga jantan yang dia ada, dia henyak (ada tatabahasa yang lebih tepat untuk ini?) semua barang saya.
Beg saya koyak! Tapi barang dah masuk semua (T_T)
Saya menangis. Bergenang airmata saya sambil melihat beg yang baru mama dan babah beli koyak. Emosi sungguh di airport. Tidak tahu apakah saya patut berterima kasih kepada mereka yang membantu atau biarkan sahaja. Saya pun lupa apa tindakan saya.
Ada seorang penumpang yang mungkin kesian lihat saya, dia volunteer, bawa beg saya. Alhamdulillah, terima kasih pakcik. Untung pakcik nak bawa, kalau tidak, koyak tendon tangan saya bawanya sendiri. Saya masih dengan airmata. Fragile!
Di dalam pesawat, saya duduk bersebelahan Norshahida. Dia juga adalah kawan baik saya. Kami sempat berbual seketika dan kemudian masing-masing melayan perasaan sedih sendiri. Saya diam. Keraguan mula muncul dalam diri.
"Benarkah 2 jam lagi aku akan berada di Indonesia?"
"Benarkah mulai 2 jam dari sekarang, aku akan terdaftar sebagai mahasiswa kedokteran?"
"Pintu kapal terbang belum tutup. Kalau nak lari semula, tak nak sambung belajar, masih sempat ini"
Mulalah fikiran-fikiran pelik keluar. Saya lantas beristighfar berulang kali. Sehingga terlelap :)
Sewaktu tahun pertama, saya sering mengalami demam panas dan pelbagai lagi penyakit infeksi Gastrointestinal dan Repiratory System.
Sejarah alkisahnya, sewaktu sekolah, Tingkatan 1 sampai 3, saya tidak makan di luar, sekalipun di kantin sekolah. Alasan? Masakan mama lagi sedap dan bersih.
Sewaktu Tingkatan 4 di asrama, saya pernah demam, sakit perut dan pengsan. Rupa-rupanya, saya mengalami infeksi saluran pencernaan. Saya sekolah di JB manakala mama dan babah di Melaka. Mereka berulang alik hujung minggu sekitar 4 jam perjalanan sehala. Oleh itu, setiap hujung minggu, babah atau mama akan datang melawat, sekalian bawa makanan untuk tempoh seminggu sampailah saya selesai Tingkatan 5.
*Perut saya yang manja bukan saya :p *
Jadi boleh bayangkan betapa saya sangat sensitif dengan makanan luar? (dululah. sekarang, kayu goreng tepung pun saya makan, asalkan tidak ada siapa-siapa beritahu saya itu kayu)
Pernah sewaktu kuliah tingkat 1 (first year) saya demam panas, hampir seminggu, di sertai batuk berdarah. Saya hanya mendiamkan diri, saya degil dan berkeras untuk tidak dibawa ke hospital terdekat. Setiap malam, kawan-kawan saya bergilir menjaga saya.
Ada suatu malam, waktu saya sedang demam panas, saya lihat lampu meja belajar saya menyala. Saya perhatikan sosok seseorang yang ada di meja belajar saya, "Vickee??"
Saya lihat Vickee sedang belajar sambil setiap 30 menit dia perhatikan saya. Kadang-kala dia gantikan kain basah di kepala saya. Apabila dia lihat saya, saya pura-pura tutup mata, kononnya saya sedang tidur supaya tak nak dia perasan, saya tidak istirehat dengan baik (sorry vickee). Jika saya batuk-batuk, dia akan ambilkan balsem dan sapukan untuk saya. Kalau saya rasa mahu ke toilet, dia papah saya. Tapi dia teman sampai luar toilet je la. hihi
Ya, sahabat saya ini berbangsa India, bukan beragama Islam tapi saya sayang dia. Keprihatinan vickee sebagai seorang kawan menyebabkan saya betah berteman dengannya.
Waktu siang, Wani, Shahida atau Nora jaga saya manakala malam, Vickee atau Pei Wen.
Pei Wen pula, seorang sahabat berbangsa Cina, beragama Buddha, banyak celoteh tapi baik hati. Dia juga merupakan sahabat saya yang akan silih ganti menjaga saya setiap malam.
Bertemankan lampu meja belajar yang malap, mereka tekun menelaah pelajaran kuliah.
Bila pula waktu saya belajar?
Selalunya, saya minta sahabat-sahabat yang jaga saya untuk baca bahan kuliah kuat-kuat. Saya dengar dengan teliti. Saya jenis auditory. Saya lebih cepat hafal dengan mendengar. Kemudian, saya mengulangi kalimat yang sama semula. Oleh itu, kami sama-sama belajar.
Jika waktu minum ubat, seorang lagi sahabat saya, Menaga (berbangsa India), pernah membancuh air herba dan memberikan ubat-ubatan saya.
Waktu makan saya memang terjaga. Wani adalah Chef terbaik yang akan masakkan saya dengan pelbagai masakan yang buat saya lupa diri saya sedang sakit. Ngee~ (^_____^)
Sweet kan mereka?
Sepanjang saya sakit, layanan yang mereka berikan mengalahkan layanan hotel 5 bintang. Tabik spring buat mereka.
Saya sayang mereka bukan hanya semata-mata sebab mereka jaga saya sewaktu saya sakit. Tidak sekadar itu. Namun begitu, mereka adalah keluarga saya. Ada di saat saya senang dan susah. Merekalah sahabat-sahabat yang akan menegur saya jika saya melakukan kesalahan. Sekalipun teguran mereka kasar. Contohnya,
"Aimi, apa tudung pink, seluar kuning, baju putih ini? Ada show dekat sarkas ke? Pergi tukar sekarang! Kalau tidak, kitorang tak nak jalan dengan awak"
atau
"Aimi, jom belajar. Banyak lagi kita tak belajar. Asyik mengelamun je kita ini. Eh salah, awak ini! Awak meeting sana-sini, belajar jangan tinggal. Kalau gagal nanti, tidak ada siapa-siapa yang nak gantikan tempat awak"
Teruk kan cara diorang tegur? Haha. Tapi itulah teguran jujur dari mereka, dari kena tinggal sendiri, baik pergi ikut cakap mereka. Lagipun, salah saya sendiri. Siapa suruh pakai baju warna warni.
Banyak lagi teguran yang mereka berikan kepada saya. Kadang-kala kata-kata mereka itu terlalu kasar sampai buat saya merajuk dan ada kalanya teguran mereka seperti pujukan.
Kami belajar sama dan kami gesa kawan-kawan yang leka untuk belajar sama. Kami sedih sama-sama. Kami suka sama-sama. Apa yang paling penting, saya tahu, apapun yang mereka lakukan, itu demi kebaikan bersama.
Syukur saya dan sahabat-sahabat dimasukkan ke dalam dunia perubatan. Dunia yang bukan sekadar buku dan pesakit. Dunia ini mengajar diri agar tidak sombong. Kau tidak boleh hidup sendiri, mendabik dada mampu mandiri tanpa insan di sisi. Dunia ini mengajar erti toleransi, setia kawan, kasih sayang, ketekunan, pengorbanan. Ia menyentuh secara holistik aspek kehidupan manusia dan interaksi sesama. Apapun yang kau fikirkan, lakukan, berikan, tetap diakhir kesimpulan adalah demi kebaikan insan lain.
Saya berharap dan berdoa, saya akan bertemu semua sahabat-sahabat saya ini di tempat paling indah, iaitu di syurgaNya. Ameen.
Aimi, nolstalgiknya zaman kita orang duduk kt Malino!! Akhirnya grad juga. Time really flies!! Missing the old days~~~
BalasPadamPei Wen.
BalasPadamAbsolutely. The "Jadul" time. Hehe.
Everyone is helping each other whenever we're in in need. Always. The friendship itself will remain the best memory ever.
Where we don't even bother what people say (the bad things about our friend), we know each other better than the rest.
suka! nice presentation!
BalasPadamaku pun nak bercita2 nak buat camni sbnrnya.. tapi aku grad tahun dpn.. so kena tunggu lagi...
Hazimah chan~
BalasPadamterima kasih. ini pun berapa kali tuis, padam, tulis, edit lagi. Asyik salah format je.
Chaiyok semangat :)
congrats kak aimi, dah jadi doktor rasmi walaupun belum berdaftar lagi..hehe
BalasPadamsemoga tetap menjadi orang yang bermanfaat buat orang lain nanti.:)
p/s: cam tak sempat je nak jumpe akak. jodoh kat Malaysia nanti kot?:)
As-Syahir.
BalasPadamAlhamdulillah, terima kasih untuk greetings and the du'a
Ameen. ameen. ameen.
ps: InsyaAllah :)
sweetnya...(",)akak, jangan lupa ganti link blog..hahaha...gonna miss u bila akak balik msia nanti
BalasPadamassalamualaikum kak aimi :)
BalasPadamcongrats!
selepas ini, hidup mungkin lebih mencabar..moga jd muslimah tangguh yang tetap istiqamah di jalanNya :)
"setelah kita selesai melakukan sesuatu pkerjaan, maka bersungguh lah utk kerja2 yg lain"
doakan kami yg masih berjuang ni..hehhe
Assalamualaikum kak aimi, comel je baca^_^ teringat waktu nak ke sini dulu, seminggu sebelumnya sakit teruk sampai kena inject sebelum berlepas ke sini. Tengok gambar bila fly, huduh, lembik dan tak bermaya sebab tak sihat...:D
BalasPadamSaya pun sayangkan sahabat2 saya yang banyak mendidik dan membentuk diri ini^^
Tapi kan kak aimi, ukhuwah tu, bukankah istilahnya hanya antara mukmin yang memegang syahadah yang sama dengan kita? tapi dari segi bahasa mungkin takde masalah kot:) hee. allahua'lam..
Assalam..seronok baca entry ni..anyway sy keje kt klia..tmpt yg awak scan tu bkn kastam..tp polis bantuan..kesian beg awak koyak..
BalasPadam