Selasa, 19 Jun 2012

Tagging Medical

Assalamualaikum wrt wbt. 


Alhamdulillah. Syukur. Kini saya di rotation Medical atau Perubatan Am. Saya melewati Surgery rotation dengan lancar tanpa sebarang extension. Alhamdulillah. 


Tekun belajar sambil menunggu ketibaan mama di LCCT. 



Gambar diambil semasa saya bertugas di Surgical Department. Menerima panggilan dari MO. Ada case di Emergency. Saya diminta untuk turun ke ED segera. 

8/6/2012 adalah tarikh rasmi saya berdaftar sebagai Medical HO (Medical House Officer). Debaran tidak perlu diungkap. Masuk sahaja wad, saya boleh lihat lambakan pesakit. Lebih ramai dibandingkan sewaktu di Pembedahan Am. Semua kakitangan baik Pakar, Medical Officer, HO, jururawat, ketua jururawat sibuk memberikan layanan kesihatan. Ada yang berjalan laju, ada pula yang sibuk mencucuk pesakit, ada pula yang sibuk bertanya-tanya kepada pesakit. Tidak ada seorang kakitangan pun yang saya lihat duduk istirahat. Semua seperti terkejar-kejar. 


Saya dan 2 orang sahabat melaporkan diri kepada Pakar yang sedang buat ward round.

"Your name and where you graduated from?"

Masing-masing memperkenalkan diri dan menyebut nama Universiti. 



"I'm Nurul Aimi, 2nd poster, graduated from UNPAD, Bandung Indonesia"

"Owh, from Bandung~ so, you kenallah X? and Y?"

Pakar tadi menyebut nama 2 orang HO lulusan Bandung. 2 contoh yang contradictory. Seorang adalah Captain Medical manakala seorang lagi dikenali ramai kerana beberapa masalah. 



Saya tahu, pertanyaan itu bernada sinis. Pasti tersimpan persepsi yang kurang baik. InsyaAllah, saya akan mengubahnya. Saya yakin, saya bukan dari mahasiswa yang mempunyai masalahattitude and knowledge. 


Pagi sebelum datang bekerja, saya sempat membaca tentang Acute Coronary Syndrome. Saya cuma browse everything, surfaceJust to make sure saya ada sedikit info before I enter the new department


Kami ikut bersama ward round. Tiba-tiba, saya disajikan pertanyaan, 


"You, what are the risk for cardiovascular diseases?"

Alhamdulillah. Syukur. Terus terlintas beberapa faktor risiko. Semuanya masih segar di dalam kepala kerana  saya baru sahaja selesai membacanya pagi tadi. 


"Dyslipidemia, hypertension, smoking, alcohol, family history of premature CAD, known case of CAD"



"Ok good. Another one is menopause"


Kemudian ward round diteruskan. Kami menghampiri seorang pesakit dengan Kronik Anemia.

"What is the complication of chronic anemia?" pakar tadi melirik ke arah saya. 



"Anemia Heart Disease. Heart failure or insufficiency secondary to prolong anemia"

Hanya menganggukkan kepala. 



Syukur. Semua pertanyaan yang diberikan kepada saya dan sahabat-sahabat (taggers) dapat kami jawab dengan tenang. 


Alhamdulillah, begitu saya terbayangkan saat KOAS dan Magang. Saya bersyukur, semasa di bagian Ilmu Penyakit Dalam, saya tidak mensia-siakan waktu. Saya volunteer untuk present Case Report Session yang aneh seperti Malaria. Saya tidak menolak untuk manage patient's with Unstable angina, NSTEMI, STEMI, CKD patients. 


Syukur. Saya menjalani kehidupan tagging seperti HO lain. (tagging is the period range from 1 week to 2 weeks from 0700 to 2200 working at hospital for you to learn as much as you can. At the end of the day, there'll be an assessment to off you from tagging. It's call VIVA. An oral examination or SOCA-like assessment)


Masuk hari kedua, "Aimi, you jaga front cubicle" Kapten memberikan arahan. 


"Doctor, bed 5 branula leaking. Please insert new branula. Patient ada antibiotic"


"Doctor, new patient!"

"Doctor, patient transfer out. Please write transfer out summary as soon as possible"

"Doctor, patient nak refer GHKL, referal letter belum tulis lagi"

"Doctor, patient having chest pain!!"

Apabila semua arahan dan tanggungjawab datang serentak, saya hanya mampu menarik nafas dalam dan istighfar. Ya Allah, Kau tabahkanlah hatiku. 



Saya lantas meninggalkan wad. Saya melihat jam tangan, 6.30 petang. Astagfirullah. Saya terlepas solat Zohor. Dari pagi saya kerja, saya belum sempat duduk apatah lagi solat. Saya lantas memberitahu kawan-kawan, saya mahu solat. 


Saya harus menjama' kan solat. Betapa sayu rasa hati. Kaki saya terasa sangat menggigil. Tangan saya menggeletar. Jatuh terjelepuk saya setelah solat. Baru sedar, dari pagi hingga jam 6.30 petang, tidak ada setitik air pun sempat saya teguk. Mengalir airmata saya. Deras mengenangkan kesakitan yang dihadapi. 

Saya membuka semua pesanan ringkas. Saya membaca satu persatu, mesej. Makin deras airmata mengalir. Pesanan ringkas dari mama, babah, adik-adik dan suami. Masing-masing memberikan saya semangat dan mendoakan saya. Sayu hati saya. Lantas saya duduk, berdoa, mengesat airmata dan bergerak menyambung kembali tugas. 



"Kalau menangis sampai keluar airmata darah sekalipun, tugas kau takkan selesai. Bangun. Selesaikan semua kerja dengan cepat, nanti kau boleh rehat sekejap"


Saya memberikan semangat buat diri. Saya menyelesaikan semua tugas dengan pantas. Syukur. Saya pulang kerja jam 11.30 malam. Saya pulang dan meneguk air sejuk 2 gelas. Alhamdulillah, sudah cukup kenyang buat diri. Tersenyum saya. 


Saya belajar untuk menjalankan tugas dengan sistematik dan cepat serta tenang menghadapi situasi yang mencemaskan. Alhamdulillah, saya belajar semua itu dalam masa yang singkat. 


Pernah ada situasi, 


Seorang jururawat datang kepada saya, "Doktor Aimi, doktor jaga patient bed 11 ke?"

"Oh tak. Saya incharge front cubicle. Kenapa ya?"



"Ada patient collapse"


Saya lantas membuka fail pesakit. Baca sekilas diagnosis and current problem. 


"Ok biar saya tengok patient tu, dalam masa yang sama, awak cuba contact doctor incharged"

Sewaktu saya menghampiri pesakit, pesakit terlihat sangat lethargic and unresponsive



"Kak, tolong DXT stat" saya mengarahkan seorang jururawat untuk memeriksa random blood sugar. 


"Ok. Doctor, 2.4"


"Ok, bagi IV bolus Dextrose 50% 50 mLs stat then repeat again DXT reading after 1 hour. Tolong pasang cardiac monitoring, oxygen saturation, prepare ambu bag. Inform saya after 15 mins condition patient" saya lantas meninggalkan pesakit apabila melihat keadaan pesakit semakin pulih.


Tidak sampai setengah jam, jururawat yang bertugas datang kembali memberitahukan keadaan pesakit. 


Saya lantas menghampiri pesakit. Saya lihat keadaannya sama. 


"Kak, run 1 pint normal saline. Secure airway" perintah saya kepada jururawat tadi.


Saya lantas menghubungi MO.

"Doctor, I'm Aimi, HO from XX ward. I would like to inform this patient, 50years old, male, knwon case of XX, current problem is XX, he's been unconscious with GCS E2 M5 V2. I've run 1 pint fluid, IV bolus Dextrose 50% 50 mLs and he's still not responsive"



"Ok, I'll come" balas MO tadi. 


Alhamdulillah. Saya melakukan apa yang patut seorang HO lakukan. Syukur kerana hari ketiga tagging, saya disajikan situasi yang sama, oleh itu saya tidak bermasalah menghadapi situasi di atas sendirian. Alhamdulillah. 


Saya dengan rasminya telah off tagging. Tiada assessment memandangkan pakar berpuas hati dengan kerja saya dan beberapa sahabat lain. Kami diberikan peluang bekerja mengikut sistem syif. 


Baiklah, sekian saya. InsyaAllah, di masa akan datang saya akan kongsikan lagi pengalaman saya di bagian Perubatan Am. 


Pesan 1: Doakan saya untuk terus kuat bertahan. 


Pesan 2: Harus lebih rajin belajar. Makin bersemangat dan mampu fokus dalam menuntut ilmu. 


Pesan 3: Kepada adik-adik dan semua sahabat, jika kamu diberikan masa dan ruang untuk belajar (KOAS dan MAGANG) manfaat sebaik-baiknya. Jangan rugi dikemudian hari. Kita kerja sebagai seorang doktor. Kita bermain dengan nyawa orang. Alangkah malang seorang doktor jika kita gagal memberikan yang terbaik kerana ilmu yang kurang. Na'udzhubillah. 


Pesan 4: Belajar fi sabilillah.  

Ahad, 3 Jun 2012

Kisah kami


Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, sujud syukur aku lafazkan kepada Allah SWT, Pencipta Alam Semesta dan segala isinya.

Tarikh 25/5/2012 merupakan tarikh keramat buat aku dan dia. Secara rasminya, kami bergelar suami isteri yang sah. Hubungan yang halal ini disaksikan keluarga terdekat di dalam rumah Allah. Tidak henti lidahku berzikir.

Saat lafaz ijab dan kabul sah di telinga saksi dan para hadirin, secara sah jugalah diri ini menjadi hak dan tanggungjawab si dia.

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar.

Tangisan membasahi pipiku. Mengalir deras. Ya Allah, ketenangan hati terus dirasakan. Tenang setenang-tenangnya. Syukur.

Mengimbas kembali perjalanan mujahadah mencari cinta Allah. Aku jadi teringat kisah kami.

Perjalanan kisah kami tidak semudah yang dibayangkan. Selama 4 tahun 3 bulan, perjalanan yang cukup panjang, banyak dugaan dan rintangan yang kami hadapi.

Di awal perkenalan, aku hanya mengenali nama Ahmad Zulfahmi sebagai ahli IMAN (Islamic Malaysian Association). Orang Kelantan. Aku di tahun 2 manakala si dia di tahun 1 kuliah perubatan, UNPAD. Itu sahaja. Kami hanya berkomunikasi saat perjumpaan dan perbincangan persatuan. Tidak lebih dari itu. Luar dari aktiviti IMAN, kami adalah orang yang sangat asing. Kau dengan dunia kau, aku dengan dunia aku.

IMAN sebuah persatuan kerohanian dan kebajikan yang menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat buat mahasiswa Malaysia sendiri mahupun penduduk setempat. Pergerakan aktif IMAN didokong oleh ahli yang sangat aktif dan produktif. Dari situlah aku melihat si dia sangat aktif memberikan komitmen, bertanggungjawab dan tegas. Si dia dan sahabat-sahabat dekatnya sering memberikan idea baru yang segar, menyuntikkan pembaharuan dalam pergerakan dakwah kami di sana.

Pada awal perkenalan, aku sejujurnya segan dan kurang selesa dengan Ahmad Zulfahmi. Dia sangat tegas dalam pelbagai isu dan hal.

Pernah sekali aku terlambat hadir mesyuarat, aku melihat kelibat dia menjadi pengerusi dan sedang memberikan tazkirah ringkas sebelum memulai mesyuarat . Aku lantas memohon maaf atas keterlambatan yang tidak disengajakan, aku terdengar jelas tazkirah yang disampaikan oleh si dia,

“Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian…………..”

Ya Allah, wajahku menjadi panas, malu ya Rabb. Malu sangat. Aku merasa tazkirah itu khusus buat diriku. Allahu Rabbi.

Namun, seperti biasa, aku tampilkan wajah ‘selamba’ sekalipun di dalam hati menangis tersedu-sedan.

Aku sedar, si dia sangat menepati waktu. Tiada istilah janji Melayu, hanya ada janji Muslim.

Suatu ketika, aku menerima panggilan dari seorang sahabat jauh di Jakarta. MaĆ­z segar di dalam ingatan, aku sedang mentelaah Public Health. Esok adalah Paper PH, mid semester exam.

“Salam Aimi, tengah free ke?” sahabat bertanya

“Wa’alaikumussalam. Tak de lah free sangat. Tengah belajar. Kenapa ya?” saya membalas

“Macam ini Aimi, biar saya berterus terang, ada orang nak masuk melamar Aimi, tapi sebelumnya, biarlah saya tanya dulu sedikit sebanyak tentang Aimi” jelas ringkas sahabat,.

Aku tergamam. Aku fikir, sahabatku bercanda.

“Kelakarlah awak ini. Suka bergurau. Saya exam esok. Saya nak concentrate. Esok insyaAllah, kalau saya free, saya maklumkan ya” jelasku.

Esoknya, sahabatku menelefon kembali dan meyakinkan aku bahawa lamaran ini bukan suatu gurauan.

Mulailah episod perkenalan kami. Aku mengenali ciri orangnya sahaja. Subhanallah, hati tertarik dengan peribadi insan tersebut. Namur, terlalu awal untukku mengatakan ‘Ya” dan menerima. Tidak semudah itu.

Pertimbangan memilih pasangan hidup yang akan kekal sepanjang hayat bukan mudah. Jauh lebih sulit dari memilih jawapan peperiksaan akhir Perubatan. Namun begitu, Allah SWT adalah tempat kebergantungan, the most trustable and reliable.

Tiap malam makin kerap aku bangun, berdoa kepada Allah SWT. Aku mengalirkan airmata.

“Ya Allah, jika si dia adalah jodohku, jangan Kau hilangkan rasa cintaku padaMu dan jangan pula cintaku pada dia melebihi cintaku padaMu. Jangan Kau uji aku dengan ujian yang aku tidak mampu ya Allah. Kau permudahkanlah urusan”

Aku gencarkan Ibadan selama tempoh taaruf berjalan.
Qiamullail dilipatkaligandakan. Puasa sunat tidak dilupakan. Taddarus Al-Quran setiap waktu terluang. Aku memohon ketenangan hati. Aku memohon agar pilihan yang akan ku tetapkan ini tidak pernah tersalah.

Syukur, hatiku makin hari semakin tenang. Sekalipun aku belum mengenali siapakah sebenarnya insan yang melamar diriku, hatiku benar-benar tenang. Airmataku begitu mudah mengalir saat solat. Bangun di tengah malam begitulah mudah ku rasakan. Seolah-olah semakin dekat diriku denganNya. Bahagia dan ketenangan yang ku rasakan.

Pertimbangan ini aku kongsikan bersama orangtua, keluarga dan sahabat-sahabat dekat. Masing-masing menyokong penuh agar aku menerima lamaran si dia. Cuma mama meminta aku mengenali lebih dekat hati budi, asal keturunan, sahabat handai, keluarga mara si dia sebelum aku memberi apa-apa keputusan. 

Setelah seminggu, aku diberikan waktu untuk memutuskan antara 'Ya' atau 'Tidak', dan akhirnya aku bulatkan hati untuk menerima si dia sebagai teman seperjuanganku hingga ke syurgaNya, insyaAllah.

Kisah setelah lamaran diterima hingga ke saat terlafaznya akad nikah lebih menduga keimanan kami sebenarnya. Tidak selesai perjuangan kami di saat aku mengatakan 'aku menerima lamaran Ahmad Zulfahmi'

Perhatian orangtua kami terhadap pendidikan kami lebih diutamakan. Orangtua aku berharap agar aku selesai tempoh perkuliahan yang pada waktu itu berbaki 3-4 tahun lagi. Banyak pertimbangan yang diberikan oleh ibu dan bapaku. Terkilan tetapi aku menerima dengan tangisan airmata. Kadang-kala kebenaran itu terlalu pahit untuk ditelan, seperti pahitnya ubat sebagai penawar tetapi itulah yang terbaik pada ketika itu. 

Waktu itu, tunangku memutuskan agar hubungan kami dihentikan saja. Memberi ruang untuk aku dan dia membawa haluan masing-masing. Memikirkan masa depan dan tanggungjawab si dia dalam menjaga maruah wanita, aku dengan tangisan menerima keputusan darinya tanpa  ada sedikit rasa ikhlas dan redha sebaliknya penuh kepasrahan. Aku tahu di sebalik keputusan itu, si dia ingin menjaga hubungan kami agar lebih terpelihara dan diredhai Tuhan. Masih panjang tempoh 3 - 4 tahun itu. Pelbagai perkara buruk boleh berlaku. Kita tidak tahu sampai bila iman kita akan teguh. Jika di saat iman jatuh merundum, segala kemungkinan maksiat dan zina boleh terjadi, na'udzhubillah. 

Kami tidak berbalas mesej secara langsung ataupun telefon. Perantaraan kami adalah orang tengah, sahabatku dari Jakarta. Segala mesej-mesej kami ditapis oleh sahabatku itu. Alhamdulillah. 

Kami lalui liku kehidupan seperti biasa. Aku dan dia kembali seperti orang biasa. Tiada tempat istimewa buat dia di dalam hatiku kerana aku mahu Allah SWT sahaja yang memiliki hati ini. Masih belum halal dan aku tidak mahu mencemarkan segalanya. 

Aku meletakkan tekad, setiap kali aku terfikirkan tentang dia, aku akan membaca sehelai halaman Al-Quran dan ke mana sahaja ku pergi, di dalam poket jubahku ada tasbih. Di saat terlintas fikiran tentang dia, lantas tangan dan bibirku keras berzikir. Dalam waktu 3 tahun, aku kurang pasti berapa kali aku khatam Al-Quran. Terlalu banyak. Malamnya pula, aku menghafaz Al-Quran. Sempat aku menhafaz juz 29 dan 30 serta sebahagian Juz 28. Syukur. Kehidupanku aku sibukkan dengan ibadah. Aku perbanyakkan puasa sunat agar nafsu diri terpelihara. Jika dia jodohku, insyaAllah jalan penyelesaian akan terbentang di hadapan dan jika tidak aku pasrah. 

Kasih bertaut kembali. Masih Allah mengizinkan kami melangkah setapak menuju alam pernikahan. Sehinggalah pada tarikh 25/12/2010 di mana aku dan dia disatukan di dalam ikatan pertunangan secara adat. Sederhana majlis tersebut dan dihadiri keluarga terdekat, aku mulai mengenali orangtua dan keluarga tunangku. Itulah pertama kali aku melihat wajah bakal ibu mertuaku. Redup pandangan ibunda, menenangkan hati yang sedang gundah. Jari manisku tersarung cincin sebagai tanda ikatan pertunangan. 


Aku hanya memakai cincin risik di saat aku merasa 'insecure'. Apabila aku menyedari ada sosok lelaki yang mencuba nasib menganggu diriku, di saat itulah aku menyarungkan cincin kembali. Tuntutan kerja menyebabkan tiada barang perhiasan dipakai. Seperkara lagi, aku tidak selalu memakai cincin kerana aku takut dengan diriku sering teringatkan si dia di saat aku melihat cincin di jariku sedangkan waktu itu tiada istilah halal dalam perhubungan kami. 

Tempoh pertunangan selama setahun 6 bulan itu adalah medan untuk kami berkenalan lebih dekat. Baru aku tahu sedikit sebanyak sikapnya. Kadang menyenangkan, ada juga merimaskan (sorry abang~)

Tidak terasa tempoh 4 tahun, sabar dan redha dengan keputusan orangtua, akhirnya dengan rela mereka memberikan ruang buat kami mendirikan rumahtangga pada 25/5/2012. Aku yakin, tempoh pertunangan yang panjang, liku ujian yang banyak bukan kerana orangtua kami yang menjadi punca sebaliknya itu adalah ketetapan, qada dan qadar Allah. Aku sangat yakin hal tersebut maka aku tidak memberontak atau bersangka buruk dengan keluarga. 

Debaran berakhir. Bermulah episod percintaan kami melayari kehidupan menuju akhirat yang abadi. 

Dulu, wajah lelaki inilah yang paling aku cuba elakkan sekalipun sudah bertunang agar hati dan iman terpelihara dari godaan syaitan tetapi kini wajah dan pandangan matanya yang menjadi ketenangan buat hatiku dan pengubat rindu. 

Pesan 1: Alhamdulillah, doakan kami. 

Pesan 2: Tegurlah kami. 

Pesan 3: Ya Allah, Kau tempatkan orangtua kami ke dalam syurgaMu bersama kekasihMu Ya Rabb. 

Pesan 4: Bermula episod yang lebih berat dan mencabar. Episod membina keluarga Muslim, Ummat Muslim yang menjadikan Allah SWT sebagai tujuan, Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan, Rasulullah SAW sebagai contoh tauladan. InsyaAllah. 

Pesan 5: Doakan kami agar kembali menghadap Allah SWT dalam keadaan bangga berjihad di jalan Allah. 


Rabu, 14 Mac 2012

Cerita HO 3: Tugasan

Assalamualaikum wrt wbt

Alhamduillah, hari ini saya off setelah Night shift berturut-turut. Penat bukan kepalang apabila hanya ada 4 orang HO duty di department Surgical. Kerjasama dari semua amat diperlukan.

Syukur, saya ditugaskan di Emergency OT. Untung tidak ada kecelakaan serius yang mengharuskan operasi segera. Saya kembali memikul tugas menjaga Ward. 2 ward sekaligus, perempuan dan lelaki. Hampir 40 orang manakala sahabat saya, 3 orang HO lagi, bertungkus-lumus di Emergency Department kerana ada 12 pesakit under Surgical.

Cerita kali ini adalah mengenai TUGASAN.

Semasa ward round pagi,

Mr H (Specialist Surgical - Malaysia, we address specialist in Surgical Department as Mr/Ms).

Mr H: What is normal frequency of bowel sound?

Me and my friends: above 5, (and I with whispering sound, answered "up to 34 times/minute)

Mr H: Different part of gastrointestinal, different frequency. What is the frequency for Gastric, small intestine and large bowel?

Me and others: ..................................... silent mode (me, what? i thought 5 - 34 is included all those 3 organs)

Mr H: What is the quality of bowel sound?

Me and others: Gurgling.

Mr H: What is the pathologic of bowel sound?

Me and others: High pitched tickling in dilated bowel and high pitched rush frequency in obstruction of lumen either small or large.

Mr H: What is the muscles contained in and type of movement in Gastric, small bowel and large bowel?

Me and others: ............................................... (Boss with his eagle eye, looking-straight to my eyes and waiting for the answer)

Me: (stuttering) .... in small intestine there are 2 smooth muscles. Longitudinal and circular. Circular muscle once it contract it cause propulsion, a peristaltic movement of chyme forward oral to caudally motion and longitudinal muscle for...........er..........sorry Boss, I'm not sure. (Rather than I bluff and make a stupid statement, it is better for me to zip my mouth. This is not the time for try and error)

Mr H: Have you heard about Segmental?

Me: Nodding (Oh my goodness! Segmental movement in small intestine is also well-known as movement for absorption. High proportion for absorption is at Jejunum, then Ileum, then Colon. Macam mana boleh lupa??!!)

Mr H: You and you 2, read about Gastric, Small intestine and Large intestine, tomorrow I want to meet you guys (while pointing to my 2 friends, as well)

Me: Ok Boss. We will.

I went back home (post night shift) and had a good rest and started to browse my notes during medical school. Saya tidak rasa kecewa atau tersinggung. Sebaliknya bersyukur ditanya dan diberi tugasan. Sekurang-kurangnya saya dapat belajar dan tahu lebih banyak. Syukur!

Ok, simply says (this is what I can find in my notes and Medical Physiology. Feels free to drop any new info):

1. Frequency of sound:

Gastric sounds 3 - 4x/min
Small intestine 8 - 12x/min
Large intestine 2 - 6x/min

2. Where is the best site to listen to bowel sound?
Right iliac fossa region.

3. What is the type of muscles and movement in those 3 organs?
1. Gastric:
- 3 muscles: Outer Longitudinal, Middle Circular and Oblique smooth muscles (controlled by Vagal and Celiac Plexus)
- Receptive relaxation: whereby the food is mixed with fluid and amylase enzyme
- Antral contraction: peristaltic movement

2. Small intestine
- 2 muscles: outer longitudinal, middle circular, inner mucous (contain villi for absorption)
- Peristaltic and Segmental movement

3. Large intestine
- 2 muscles: outer longitudinal, middle circular
- Peristaltic and segmental movement.
- less frequencies compared to small intestines.

To my dear juniors and friends, belajar rajin-rajin ya!. Ambil pengajaran dari cerita saya :)

Pesan 1: Saya target untuk menghabiskan tentang Gastrointestinal System hari ini. Have to review back everything. Bi iznillah.

Isnin, 12 Mac 2012

Cerita HO, 2: Semangat!

Assalamualaikum wrt wbt,

Syukur, alhamdulillah.

Semasa Program Transformasi Minda (previously known as Induction), saya telah disedarkan dengan beberapa perkara dan peringatan yang mengetuk minda dan hati saya.

Saya sedar, berada di dalam dunia perubatan dan memikul tanggungjawab sebagai salah seorang functional group di dalam sebuah organisasi hospital, semestinya dapat menutup, membungkus segala rasa bangga yang masih tersisa.

Rasa bangga saat nama diumumkan sebagai salah seorang graduan perubatan dengan berkelulusan cemerlang. Masih terbayang nilai A yang masih berderetan, senyuman mama dan babah yang mekar saat melihat wajah anaknya mengambil ijazah.

Semua kebanggaan itu cukup sebagai pemangkin semangat. Tidak memberikan kesan apa-apapun kepada diri saat mendaftar sebagai Houseman/Pegawai perubatan sementara di hospital.

Ibarat nilai UPSR 5A, apabila memasuki sekolah menengah, we have to start from the beginning. There's no such issue, when you're 5 stars candidate previously, you'll remain excellence for the rest examinations ahead.

Apa yang membezakan adalah attitude and motivation. Bagi pelajar yang sebelumnya cemerlang, mereka pernah merasa manis dan nikmatnya kejayaan. Oleh itu, untuk mengekalkannya, mereka harus melipatkali gandakan usaha manakala bagi yang pernah gagal, jika mereka menyesal, mereka akan kembali mencari jalan yang lurus menuju kejayaan.

Begitulah persis dunia perubatan.

Saat pertama bergelar Doktor, hilanglah sudah segala kebanggan yang dimiliki sebelumnya. Hanya ada semangat, motivasi dan ilmu yang masih tersisa melekat di kepala. Bermula dari nilai kosong dan paling rendah.

Ramai yang mengatakan masalah bahasa merupakan tantangan hebat buat mahasiswa graduan Indonesia khususnya.

Alhamdulillah, syukur. Jujur saya katakan, saya menghadapi masalah ini hanya diawal proses pembelajaran. Masalah istilah, singkatan bahasa perubatan dan sebagainya, dapat dihadam dalam waktu sebulan bekerja.

Contoh perbezaan adalah seperti berikut:

1. NKMI, NKDA --> no known medical illness, no known drug allergy
2. CVS: drnm --> cardiovascular system: dua rythym, no murmur
3. TAHBSO --> total hysterctomy bilateral salphyngo ooverectomy.
4. IVD 3NS, 2D --> intravenous drip, 3 normal saline, 2dextrose saline.
5. UFEME --> Urine full examination and microscopic examination
6. Blood C&S --> blood culture & sensitivity
7. RP --> renal profile
8. LFT --> liver function test
9. CE --> cardiac enzyme

Dan banyak lagi istilah perubatan yang dipendekkan bertujuan memudahkan urusan clerking. Jangan risau, segala istilah yang dipendekkan adalah bersesuaian dengan standard abbreviations. So, you only have to flip over any medical books or do not hesitate to ask.

Ada juga isu yang pernah diketengahkan graduan dari Indonesia ini selalunya disindir sebab tidak competence.

Competence atau tidak dinilai dari 3 perkara;
1. Attitude
2. Knowledge
3. Skill.

Number 2 and 3 you can learn and gain everyday. By seeing your patients, by learning from the books or else. The prior thing is the list on the top, Attitude. One of my MO's once said, "Aimi, I don't care where you graduated from, as long as you know what you're doing, you have great attitude, that is enough. The rest you'll gain subsequently. Me also graduated from the 3rd world country. Don't give a sh** with what they are going to say. I know you'll become a good HO, soon, very soon"

Alhamdulillah. Sejak dari itu, saya usaha berkali ganda. Saya baca dan hafal, saya volunteer untuk buat apa saja tindakan yang saya rasa saya mampu.

Rakan-rakan pula sangat memberikan motivasi and willing to help me at any time. No SELFISH among my colleague members.

Doktor senior (MO) pula tidak sombong. [Though there's still 1 or 2 MO, I disagree with, never mind, just focus with less 'malignant' one ;p]

Keluarga memainkan peranan penting. Doa dan motivasi mereka tidak boleh putus. InsyaAllah, dengan keberkatan doa dan semangat yang diberikan, kita tetap kekal di dalam dunia ujian.

Pesan 1: Rajin-rajinkan diri buka dan hafal ilmu lama dan update dengan ilmu baru.

Pesan 2: Pupuk rasa ingin tahu, selalu tanya kepada diri, "Kenapa" dan "Bagaimana" apabila membaca dan menuntut ilmu. Jelas, kita akan lebih tahu kenapa kita belajar sesuatu. Barulah ilmu akan melekat.

Ahad, 4 Mac 2012

The day they called me, Dr Aimi

Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera semua.

Hi~~

Lama rasanya tidak menulis. Hobi yang tertunda sejak sekian lama. Alhamdulillah, syukur, hampir sebulan saya secara rasminya bergelar Pegawai Perubatan UD 1-1, KKM.

08-02-2012, was the 1st day they called me Dr Aimi.
The day where pride and responsibility came along, simultaneously.
The day I've to paste a smile on my face though I cry inside.
The day, I hope for His bless to be granted.
The day, I've to motivate myself 24-7.
The day, I started to learn what is life.

Saya tidak mahu menulis panjang lebar. Bukan kerana malas, tapi kerana saya perlu membuat beberapa revision.

"Apa yang buat kita terbeban bukanlah overwhelming of the workload tetapi new environment and things to adapt and absorb as much as we can in as soon as possible time" MO

Kata-kata itu saya simpan. No doubt.

1. Mind setting.

Sabar, sabar, sabar.

Harus cepat dan cerdas berfikir dan bertindak.

Banyak perkara baru yang harus dipelajari, oleh itu tidak ada masa untuk merungut atau bermalas-malasan.
Lulusan mana tidak menjadi masalah.

Pointer akhir berapa tidak pernah menjadi masalah.

Apa yang penting adalah tidak pernah merungut, sabar, cepat, tabah mempelajari ilmu baru dan mengaplikasikan ilmu yang telah ada.

Kawan-kawan sekeliling penting. Mereka menjadi template kita sebenarnya. Oleh itu, carilah sebanyak-banyak sahabat yang dapat membantu. Abaikan insan yang suka demotivate. Kita sebagai orang baru, merendah dirilah. Rajin-rajinkan diri untuk bertanya.

2. Kena marah.

Bohong kalau saya cakap saya tidak pernah kena marah.

Saya pernah kena tengking oleh Pakar Bedah di depan semua HO dan MO. Saya akui itu memang salah saya.

Sedih? Itu sudah pasti. Saya nekad untuk tidak mengulangi kesalahan saya dengan melakukan revision. Saya melipatkali gandakan usaha saya, saya berhati-hati dalam melakukan sebarang tindakan

Malu? Pastilah. Depan pesakit, depan kawan-kawan, depan MO kena marah. Mana tak malu. Tetapi kena fikir, lebih baik malu dari membunuh pesakit. Lebih baik malu sekarang dari bila jadi MO melakukan kesalahan sama.

Saya pernah dimarahi/ditengking oleh Specialist dari Department lain gara-gara kesalahan orang lain. Nama saya "terkenal" sedepartment. Saya menangis semahu-mahunya. Saya berlari ke dalam toilet, saya menangis lama-lama, kemudian saya keluar menjalankan tugas saya.

Sekian dahulu coretan ringkas.
InsyaAllah, jika diizinkan Dia, saya akan menulis lagi.
Wassalam :)

Khamis, 26 Januari 2012

Turning point kita.

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, puji syukur ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, tabi’-tabi’in.

Syukur, hampir 2 bulan waktu bermanfaat diberikan olehNya. Terlalu banyak urusan dunia mahupun akhirat yang harus saya selesaikan dan yang paling penting, “I’m still alive”. Nikmat hidup dan umur, semoga terus bermanfaat.

Mari ramai-ramai kita ucapkan, “Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah”

Peluang menulis kali ini, insyaAllah saya akan manfaatkan untuk mencoret sebuah kisah benar melalui sebuah analogi yang ringkas. Baiklah, sebelum memulakan lebih panjang lebar lagi, cuba lihat gambar di bawah betul-betul. Guna 2 mata, buka besar-besar. Kalau ada 4 mata, lagi bagus. Kalau masih ‘kurang jelas’ boleh pinjam mata kawan juga :)

1. JALAN UTAMA DAN TUJUAN

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering dihadapkan dengan 2 pilihan. Mungkin antara baik atau buruk, baik dan lebih baik, buruk dan lebih buruk. Kehidupan sebenar kita di dunia ini turut dihadapkan dengan 2 jalan besar, jalan kebenaran menuju syurgaNya serta jalan kesesatan menuju neraka.

2 jalan besar ini bertentangan, tidak pernah seiring dan bergabung hak dan bathil. Persis seperti gambar diatas. Antara 2 jalan ini, ada jarak di situ. Analogi yang pernah saya kemukakan suatu ketika dahulu, sekecil apapun najis (bathil), kita tetap tidak mahu mencampurkannya ke dalam makanan kita (haq).

Al Baqarah : 42
“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui”

Kita berlumba dengan masa. Allah SWT menetapkan masing-masing masa dalam bentuk umur. Misalnya, si A dapat 63 tahun, manakala si B dapat 18 tahun. Sama ada kita sempat kumpul point sebagai tiket masuk syurga atau tidak, itulah yang menjadi perhitungan kita.

2. ‘TURNING POINT’

Turning point, saya gambarkan dengan anak panah berwarna hijau. Dimanapun kita berada, baik saat kebenaran mahupun kejahilan, sentiasa ada turning point. Turning point bersifat 2 arah. Dari benar menjadi sesat dan dari sesat menjadi benar. Peluang dan dugaan untuk kita bertaubat sentiasa ada.

Percaya atau tidak, matlamat kita satu dan utama adalah SYURGA. Sejahat manapun seseorang, mereka pasti mahukan syurga. Fitrah manusia yang menginginkan kebaikan. Sama ada mereka mengikuti jalan kebenaran dan terus berjalan menuju syurga atau mereka mengikuti jalan jauh iaitu mengikuti jalan kesesatan dan kembali mengikuti turning point untuk menuju jalanNya atau mengikuti jalan kesesatan dan gagal kembali kerana masa yang diperuntukkan telah tamat.

Al-Imran 135-136,

“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal”

Sebanyak manapun dosa kita, setinggi apapun maksiat yang telah kita lakukan, Allah SWT sentiasa membuka pintu taubat. Hanya tinggal diri melangkah dan bertaubat atau terus meninggalkan peluang taubat silih berganti - sahabat -

3. HAK YANG DIDAPATKAN

Contoh haq yang didapatkan mengikuti jalan kebenaran


Contoh hak yang didapatkan mengikuti jalan kesesatan.



Setiap jalan yang kita pilih, pasti ada ‘hadiahnya’. Berbeza jalan yang dipilih, beza juga hadiahnya. Beza jalan, beza matlamat, beza hadiah.

Kata-kata Ibnu Khatir menggambarkan insan yang melakukan dosa,

“Di dunia dia tidak akan mendapat ketenteraman dan ketenangan. Hatinya gelisah akibat kesesatannya. Meski pun lahiriahnya nampak begitu senang, mampu memakan apa sahaja makanan yang diingini, mampu tinggal di mana sahaja yang dia kehendaki, namun selama dia belum sampai kepada keyakinan dan petunjuk maka hatinya akan sentiasa gelisah, bingung, ragu dan masih terus ragu. Ini ialah kehidupan yang sempit.”

4. KELAJUAN BERSYARAT DAN KELAJUAN TANPA SYARAT

Menuju jalan kebenaran, saya meletakkan “Kelajuan” bersyarat. Kenapa?
Seperti di lebuhraya, untuk mencapai tujuan, kita menjaga tingkat pemanduan yang aman dengan kelajuan maksimum adalah 110km/jam, memakai tali pinggang keledar, tidak memakai telefon bimbit. Syarat-syarat yang menjaga diri kita dari sebarang kecelakaan di atas kecuaian diri sendiri (tolak tepi jika kelalaian dari orang lain). Begitu juga, untuk mencapai syurgaNya, pasti ada syarat seperti menunaikan solat, menjaga aurat, membayar zakat, mentaati orangtua. Syarat-syarat untuk menjaga diri kita.

Syarat-syarat ini ditetapkan bagi ummat Islam yang mukmin, sedar jalan yang dipilih, bertaqwa setiap masa bukan untuk mereka yang mengikuti jalan sebaliknya.

Menuju neraka lebih mudah. Tanpa syarat. Hilang segala syarat. Pandulah sesuka hati, membahayakan keselamatan diri dan orang lain.

Namun begitu, Allah SWT pernah mengingatkan kita di dalam Al-Quran,

Al-An'am: 44

“Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa"

At-Thaha: 24

“Dan barang siapa yang berpaling daripada peringatan Ku maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit.

Wallahualam. Coretan ringkas. Semoga Allah SWT memberkati kita semua.

Pesan 1: 30/1/2012 hingga 3/2/2012 adalah tempoh induksi. Doakan saya dan sahabat-sahabat yang lain. Semangat untuk menabur bakti, insyaAllah.

Pesan 2: Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma kepada semua sahabat-sahabat dan saudara mara yang bakal mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat. Selamat bercinta sehingga ke syurga, sampai kita berjumpa di sana :)

Pesan 3: Persiapan mental, fizikal, rohani menuju Muslimah Ideal. InsyaAllah.