Ahad, 3 Jun 2012

Kisah kami


Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, sujud syukur aku lafazkan kepada Allah SWT, Pencipta Alam Semesta dan segala isinya.

Tarikh 25/5/2012 merupakan tarikh keramat buat aku dan dia. Secara rasminya, kami bergelar suami isteri yang sah. Hubungan yang halal ini disaksikan keluarga terdekat di dalam rumah Allah. Tidak henti lidahku berzikir.

Saat lafaz ijab dan kabul sah di telinga saksi dan para hadirin, secara sah jugalah diri ini menjadi hak dan tanggungjawab si dia.

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar.

Tangisan membasahi pipiku. Mengalir deras. Ya Allah, ketenangan hati terus dirasakan. Tenang setenang-tenangnya. Syukur.

Mengimbas kembali perjalanan mujahadah mencari cinta Allah. Aku jadi teringat kisah kami.

Perjalanan kisah kami tidak semudah yang dibayangkan. Selama 4 tahun 3 bulan, perjalanan yang cukup panjang, banyak dugaan dan rintangan yang kami hadapi.

Di awal perkenalan, aku hanya mengenali nama Ahmad Zulfahmi sebagai ahli IMAN (Islamic Malaysian Association). Orang Kelantan. Aku di tahun 2 manakala si dia di tahun 1 kuliah perubatan, UNPAD. Itu sahaja. Kami hanya berkomunikasi saat perjumpaan dan perbincangan persatuan. Tidak lebih dari itu. Luar dari aktiviti IMAN, kami adalah orang yang sangat asing. Kau dengan dunia kau, aku dengan dunia aku.

IMAN sebuah persatuan kerohanian dan kebajikan yang menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat buat mahasiswa Malaysia sendiri mahupun penduduk setempat. Pergerakan aktif IMAN didokong oleh ahli yang sangat aktif dan produktif. Dari situlah aku melihat si dia sangat aktif memberikan komitmen, bertanggungjawab dan tegas. Si dia dan sahabat-sahabat dekatnya sering memberikan idea baru yang segar, menyuntikkan pembaharuan dalam pergerakan dakwah kami di sana.

Pada awal perkenalan, aku sejujurnya segan dan kurang selesa dengan Ahmad Zulfahmi. Dia sangat tegas dalam pelbagai isu dan hal.

Pernah sekali aku terlambat hadir mesyuarat, aku melihat kelibat dia menjadi pengerusi dan sedang memberikan tazkirah ringkas sebelum memulai mesyuarat . Aku lantas memohon maaf atas keterlambatan yang tidak disengajakan, aku terdengar jelas tazkirah yang disampaikan oleh si dia,

“Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian…………..”

Ya Allah, wajahku menjadi panas, malu ya Rabb. Malu sangat. Aku merasa tazkirah itu khusus buat diriku. Allahu Rabbi.

Namun, seperti biasa, aku tampilkan wajah ‘selamba’ sekalipun di dalam hati menangis tersedu-sedan.

Aku sedar, si dia sangat menepati waktu. Tiada istilah janji Melayu, hanya ada janji Muslim.

Suatu ketika, aku menerima panggilan dari seorang sahabat jauh di Jakarta. MaĆ­z segar di dalam ingatan, aku sedang mentelaah Public Health. Esok adalah Paper PH, mid semester exam.

“Salam Aimi, tengah free ke?” sahabat bertanya

“Wa’alaikumussalam. Tak de lah free sangat. Tengah belajar. Kenapa ya?” saya membalas

“Macam ini Aimi, biar saya berterus terang, ada orang nak masuk melamar Aimi, tapi sebelumnya, biarlah saya tanya dulu sedikit sebanyak tentang Aimi” jelas ringkas sahabat,.

Aku tergamam. Aku fikir, sahabatku bercanda.

“Kelakarlah awak ini. Suka bergurau. Saya exam esok. Saya nak concentrate. Esok insyaAllah, kalau saya free, saya maklumkan ya” jelasku.

Esoknya, sahabatku menelefon kembali dan meyakinkan aku bahawa lamaran ini bukan suatu gurauan.

Mulailah episod perkenalan kami. Aku mengenali ciri orangnya sahaja. Subhanallah, hati tertarik dengan peribadi insan tersebut. Namur, terlalu awal untukku mengatakan ‘Ya” dan menerima. Tidak semudah itu.

Pertimbangan memilih pasangan hidup yang akan kekal sepanjang hayat bukan mudah. Jauh lebih sulit dari memilih jawapan peperiksaan akhir Perubatan. Namun begitu, Allah SWT adalah tempat kebergantungan, the most trustable and reliable.

Tiap malam makin kerap aku bangun, berdoa kepada Allah SWT. Aku mengalirkan airmata.

“Ya Allah, jika si dia adalah jodohku, jangan Kau hilangkan rasa cintaku padaMu dan jangan pula cintaku pada dia melebihi cintaku padaMu. Jangan Kau uji aku dengan ujian yang aku tidak mampu ya Allah. Kau permudahkanlah urusan”

Aku gencarkan Ibadan selama tempoh taaruf berjalan.
Qiamullail dilipatkaligandakan. Puasa sunat tidak dilupakan. Taddarus Al-Quran setiap waktu terluang. Aku memohon ketenangan hati. Aku memohon agar pilihan yang akan ku tetapkan ini tidak pernah tersalah.

Syukur, hatiku makin hari semakin tenang. Sekalipun aku belum mengenali siapakah sebenarnya insan yang melamar diriku, hatiku benar-benar tenang. Airmataku begitu mudah mengalir saat solat. Bangun di tengah malam begitulah mudah ku rasakan. Seolah-olah semakin dekat diriku denganNya. Bahagia dan ketenangan yang ku rasakan.

Pertimbangan ini aku kongsikan bersama orangtua, keluarga dan sahabat-sahabat dekat. Masing-masing menyokong penuh agar aku menerima lamaran si dia. Cuma mama meminta aku mengenali lebih dekat hati budi, asal keturunan, sahabat handai, keluarga mara si dia sebelum aku memberi apa-apa keputusan. 

Setelah seminggu, aku diberikan waktu untuk memutuskan antara 'Ya' atau 'Tidak', dan akhirnya aku bulatkan hati untuk menerima si dia sebagai teman seperjuanganku hingga ke syurgaNya, insyaAllah.

Kisah setelah lamaran diterima hingga ke saat terlafaznya akad nikah lebih menduga keimanan kami sebenarnya. Tidak selesai perjuangan kami di saat aku mengatakan 'aku menerima lamaran Ahmad Zulfahmi'

Perhatian orangtua kami terhadap pendidikan kami lebih diutamakan. Orangtua aku berharap agar aku selesai tempoh perkuliahan yang pada waktu itu berbaki 3-4 tahun lagi. Banyak pertimbangan yang diberikan oleh ibu dan bapaku. Terkilan tetapi aku menerima dengan tangisan airmata. Kadang-kala kebenaran itu terlalu pahit untuk ditelan, seperti pahitnya ubat sebagai penawar tetapi itulah yang terbaik pada ketika itu. 

Waktu itu, tunangku memutuskan agar hubungan kami dihentikan saja. Memberi ruang untuk aku dan dia membawa haluan masing-masing. Memikirkan masa depan dan tanggungjawab si dia dalam menjaga maruah wanita, aku dengan tangisan menerima keputusan darinya tanpa  ada sedikit rasa ikhlas dan redha sebaliknya penuh kepasrahan. Aku tahu di sebalik keputusan itu, si dia ingin menjaga hubungan kami agar lebih terpelihara dan diredhai Tuhan. Masih panjang tempoh 3 - 4 tahun itu. Pelbagai perkara buruk boleh berlaku. Kita tidak tahu sampai bila iman kita akan teguh. Jika di saat iman jatuh merundum, segala kemungkinan maksiat dan zina boleh terjadi, na'udzhubillah. 

Kami tidak berbalas mesej secara langsung ataupun telefon. Perantaraan kami adalah orang tengah, sahabatku dari Jakarta. Segala mesej-mesej kami ditapis oleh sahabatku itu. Alhamdulillah. 

Kami lalui liku kehidupan seperti biasa. Aku dan dia kembali seperti orang biasa. Tiada tempat istimewa buat dia di dalam hatiku kerana aku mahu Allah SWT sahaja yang memiliki hati ini. Masih belum halal dan aku tidak mahu mencemarkan segalanya. 

Aku meletakkan tekad, setiap kali aku terfikirkan tentang dia, aku akan membaca sehelai halaman Al-Quran dan ke mana sahaja ku pergi, di dalam poket jubahku ada tasbih. Di saat terlintas fikiran tentang dia, lantas tangan dan bibirku keras berzikir. Dalam waktu 3 tahun, aku kurang pasti berapa kali aku khatam Al-Quran. Terlalu banyak. Malamnya pula, aku menghafaz Al-Quran. Sempat aku menhafaz juz 29 dan 30 serta sebahagian Juz 28. Syukur. Kehidupanku aku sibukkan dengan ibadah. Aku perbanyakkan puasa sunat agar nafsu diri terpelihara. Jika dia jodohku, insyaAllah jalan penyelesaian akan terbentang di hadapan dan jika tidak aku pasrah. 

Kasih bertaut kembali. Masih Allah mengizinkan kami melangkah setapak menuju alam pernikahan. Sehinggalah pada tarikh 25/12/2010 di mana aku dan dia disatukan di dalam ikatan pertunangan secara adat. Sederhana majlis tersebut dan dihadiri keluarga terdekat, aku mulai mengenali orangtua dan keluarga tunangku. Itulah pertama kali aku melihat wajah bakal ibu mertuaku. Redup pandangan ibunda, menenangkan hati yang sedang gundah. Jari manisku tersarung cincin sebagai tanda ikatan pertunangan. 


Aku hanya memakai cincin risik di saat aku merasa 'insecure'. Apabila aku menyedari ada sosok lelaki yang mencuba nasib menganggu diriku, di saat itulah aku menyarungkan cincin kembali. Tuntutan kerja menyebabkan tiada barang perhiasan dipakai. Seperkara lagi, aku tidak selalu memakai cincin kerana aku takut dengan diriku sering teringatkan si dia di saat aku melihat cincin di jariku sedangkan waktu itu tiada istilah halal dalam perhubungan kami. 

Tempoh pertunangan selama setahun 6 bulan itu adalah medan untuk kami berkenalan lebih dekat. Baru aku tahu sedikit sebanyak sikapnya. Kadang menyenangkan, ada juga merimaskan (sorry abang~)

Tidak terasa tempoh 4 tahun, sabar dan redha dengan keputusan orangtua, akhirnya dengan rela mereka memberikan ruang buat kami mendirikan rumahtangga pada 25/5/2012. Aku yakin, tempoh pertunangan yang panjang, liku ujian yang banyak bukan kerana orangtua kami yang menjadi punca sebaliknya itu adalah ketetapan, qada dan qadar Allah. Aku sangat yakin hal tersebut maka aku tidak memberontak atau bersangka buruk dengan keluarga. 

Debaran berakhir. Bermulah episod percintaan kami melayari kehidupan menuju akhirat yang abadi. 

Dulu, wajah lelaki inilah yang paling aku cuba elakkan sekalipun sudah bertunang agar hati dan iman terpelihara dari godaan syaitan tetapi kini wajah dan pandangan matanya yang menjadi ketenangan buat hatiku dan pengubat rindu. 

Pesan 1: Alhamdulillah, doakan kami. 

Pesan 2: Tegurlah kami. 

Pesan 3: Ya Allah, Kau tempatkan orangtua kami ke dalam syurgaMu bersama kekasihMu Ya Rabb. 

Pesan 4: Bermula episod yang lebih berat dan mencabar. Episod membina keluarga Muslim, Ummat Muslim yang menjadikan Allah SWT sebagai tujuan, Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan, Rasulullah SAW sebagai contoh tauladan. InsyaAllah. 

Pesan 5: Doakan kami agar kembali menghadap Allah SWT dalam keadaan bangga berjihad di jalan Allah. 


9 ulasan:

  1. alhamdullilah....
    hubungan yg drahmati ALLAH...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..Super duper like ^__^

    BalasPadam
  3. barakallah kak aimi..mohon share ye :)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum..

    kak aimi..sebak dengan part yang kak aimi cuba sibukkan diri dengan ibadah..subhanallah..bukan ujian yang mudah..saya harap saya dapat applykan pulak..insyaAllah.. :)

    insyaAllah, kami doakan kebahagian akk dan abg gapo dunia akhirat..

    doakan saya juga ye kak..hikhik.. :)

    kalau lebaran di kelantan, nanti kiter jumpa di kelate..hehe

    BalasPadam
  5. kecewa dah tulis panjang-panjang sekali tak approve sebab tak sign in then komen tu hilang n terpaksa komen balik. (-_______-)"

    saya tumpang gembira dengan kegembiraan korang. kalau penumpang boleh conquer semua seat nescaya saya telah membuat seperti itu (merujuk kepada analogi 'tumpang gembira' diatas) dan menghalau penumpang-penumpang lain agar saya mendapat seat yang banyak. haha merepek dah.

    pokoknya, saya amat happy dan sekali lagi, 'tumpang' gembira. tiapkali mendengar dan memikirkan kisah korang mesti akan melahirkan senyuman. mungkin kerana saya galau, tapi tak kesahlah, saya tumpang happy. haha...semoga Allah memberikan ganjaran yang banyak buat kalian dan memberikan hidayah dan kekuatan buat-buat kawan-kawan kalian (terutama diriku, huhu) dalam meneruskan ujian-ujian dalam kehidupan, amiiiiiin...=)

    BalasPadam
  6. 1. @ Tanpa Nama:
    Alhamdulillah. Ameen. Ameen. Ameen.

    2. @ Qamarina:
    Sahabat dunia & akhirat, insyaAllah. Sayang kamu. Nama kamu akan sentiasa kami ingat. Insan yang menjadi penjalin dua hati :)

    3. @ Ahmad Zulfahmi
    Alhamdulillah, thank you Mr Hubby :) Feels relieve when you say you like my writings. Alhamdulillah

    4. @ Nur
    Silakan, semoga bermanfaat :)

    5. @ Syu
    wa'alaikumussalam wrt wbt. Syu, memang mujahadah, perjuangan menjaga diri, hati dan nafsu. InsyaAllah, kalau nak menjaga, kena kedua-dua belah pihak faham dan kerjasama :) menuju syurga Allah tidak mudah. maka perjuangan yang kita lakukan demi ALlah, insyaAllah.

    ps: ameen. sentiasa :)

    6. @DrRazi:

    Alhamdulillah Radzi. I knew he shared about us with you a lot. You'd be there whenever he need a friend to talk to. Alhamdulillah, terima kasih kerana menjadi motivator, penasihat buat encik suami saya.

    InsyaAllah, hanya yang terbaik dari Dia unutk kita. kekal berbaik sangka kepada Allah. nanti kamu nikah, encik suami jadi tukang silat eh ? ;p

    BalasPadam
  7. Aimi, suka baca ur story..mntak share ye?

    BalasPadam
  8. @nurshazerQ.

    Ok silakan, semoga bermanfaat. Thank you for reading :)

    BalasPadam