Selasa, 19 Jun 2012

Tagging Medical

Assalamualaikum wrt wbt. 


Alhamdulillah. Syukur. Kini saya di rotation Medical atau Perubatan Am. Saya melewati Surgery rotation dengan lancar tanpa sebarang extension. Alhamdulillah. 


Tekun belajar sambil menunggu ketibaan mama di LCCT. 



Gambar diambil semasa saya bertugas di Surgical Department. Menerima panggilan dari MO. Ada case di Emergency. Saya diminta untuk turun ke ED segera. 

8/6/2012 adalah tarikh rasmi saya berdaftar sebagai Medical HO (Medical House Officer). Debaran tidak perlu diungkap. Masuk sahaja wad, saya boleh lihat lambakan pesakit. Lebih ramai dibandingkan sewaktu di Pembedahan Am. Semua kakitangan baik Pakar, Medical Officer, HO, jururawat, ketua jururawat sibuk memberikan layanan kesihatan. Ada yang berjalan laju, ada pula yang sibuk mencucuk pesakit, ada pula yang sibuk bertanya-tanya kepada pesakit. Tidak ada seorang kakitangan pun yang saya lihat duduk istirahat. Semua seperti terkejar-kejar. 


Saya dan 2 orang sahabat melaporkan diri kepada Pakar yang sedang buat ward round.

"Your name and where you graduated from?"

Masing-masing memperkenalkan diri dan menyebut nama Universiti. 



"I'm Nurul Aimi, 2nd poster, graduated from UNPAD, Bandung Indonesia"

"Owh, from Bandung~ so, you kenallah X? and Y?"

Pakar tadi menyebut nama 2 orang HO lulusan Bandung. 2 contoh yang contradictory. Seorang adalah Captain Medical manakala seorang lagi dikenali ramai kerana beberapa masalah. 



Saya tahu, pertanyaan itu bernada sinis. Pasti tersimpan persepsi yang kurang baik. InsyaAllah, saya akan mengubahnya. Saya yakin, saya bukan dari mahasiswa yang mempunyai masalahattitude and knowledge. 


Pagi sebelum datang bekerja, saya sempat membaca tentang Acute Coronary Syndrome. Saya cuma browse everything, surfaceJust to make sure saya ada sedikit info before I enter the new department


Kami ikut bersama ward round. Tiba-tiba, saya disajikan pertanyaan, 


"You, what are the risk for cardiovascular diseases?"

Alhamdulillah. Syukur. Terus terlintas beberapa faktor risiko. Semuanya masih segar di dalam kepala kerana  saya baru sahaja selesai membacanya pagi tadi. 


"Dyslipidemia, hypertension, smoking, alcohol, family history of premature CAD, known case of CAD"



"Ok good. Another one is menopause"


Kemudian ward round diteruskan. Kami menghampiri seorang pesakit dengan Kronik Anemia.

"What is the complication of chronic anemia?" pakar tadi melirik ke arah saya. 



"Anemia Heart Disease. Heart failure or insufficiency secondary to prolong anemia"

Hanya menganggukkan kepala. 



Syukur. Semua pertanyaan yang diberikan kepada saya dan sahabat-sahabat (taggers) dapat kami jawab dengan tenang. 


Alhamdulillah, begitu saya terbayangkan saat KOAS dan Magang. Saya bersyukur, semasa di bagian Ilmu Penyakit Dalam, saya tidak mensia-siakan waktu. Saya volunteer untuk present Case Report Session yang aneh seperti Malaria. Saya tidak menolak untuk manage patient's with Unstable angina, NSTEMI, STEMI, CKD patients. 


Syukur. Saya menjalani kehidupan tagging seperti HO lain. (tagging is the period range from 1 week to 2 weeks from 0700 to 2200 working at hospital for you to learn as much as you can. At the end of the day, there'll be an assessment to off you from tagging. It's call VIVA. An oral examination or SOCA-like assessment)


Masuk hari kedua, "Aimi, you jaga front cubicle" Kapten memberikan arahan. 


"Doctor, bed 5 branula leaking. Please insert new branula. Patient ada antibiotic"


"Doctor, new patient!"

"Doctor, patient transfer out. Please write transfer out summary as soon as possible"

"Doctor, patient nak refer GHKL, referal letter belum tulis lagi"

"Doctor, patient having chest pain!!"

Apabila semua arahan dan tanggungjawab datang serentak, saya hanya mampu menarik nafas dalam dan istighfar. Ya Allah, Kau tabahkanlah hatiku. 



Saya lantas meninggalkan wad. Saya melihat jam tangan, 6.30 petang. Astagfirullah. Saya terlepas solat Zohor. Dari pagi saya kerja, saya belum sempat duduk apatah lagi solat. Saya lantas memberitahu kawan-kawan, saya mahu solat. 


Saya harus menjama' kan solat. Betapa sayu rasa hati. Kaki saya terasa sangat menggigil. Tangan saya menggeletar. Jatuh terjelepuk saya setelah solat. Baru sedar, dari pagi hingga jam 6.30 petang, tidak ada setitik air pun sempat saya teguk. Mengalir airmata saya. Deras mengenangkan kesakitan yang dihadapi. 

Saya membuka semua pesanan ringkas. Saya membaca satu persatu, mesej. Makin deras airmata mengalir. Pesanan ringkas dari mama, babah, adik-adik dan suami. Masing-masing memberikan saya semangat dan mendoakan saya. Sayu hati saya. Lantas saya duduk, berdoa, mengesat airmata dan bergerak menyambung kembali tugas. 



"Kalau menangis sampai keluar airmata darah sekalipun, tugas kau takkan selesai. Bangun. Selesaikan semua kerja dengan cepat, nanti kau boleh rehat sekejap"


Saya memberikan semangat buat diri. Saya menyelesaikan semua tugas dengan pantas. Syukur. Saya pulang kerja jam 11.30 malam. Saya pulang dan meneguk air sejuk 2 gelas. Alhamdulillah, sudah cukup kenyang buat diri. Tersenyum saya. 


Saya belajar untuk menjalankan tugas dengan sistematik dan cepat serta tenang menghadapi situasi yang mencemaskan. Alhamdulillah, saya belajar semua itu dalam masa yang singkat. 


Pernah ada situasi, 


Seorang jururawat datang kepada saya, "Doktor Aimi, doktor jaga patient bed 11 ke?"

"Oh tak. Saya incharge front cubicle. Kenapa ya?"



"Ada patient collapse"


Saya lantas membuka fail pesakit. Baca sekilas diagnosis and current problem. 


"Ok biar saya tengok patient tu, dalam masa yang sama, awak cuba contact doctor incharged"

Sewaktu saya menghampiri pesakit, pesakit terlihat sangat lethargic and unresponsive



"Kak, tolong DXT stat" saya mengarahkan seorang jururawat untuk memeriksa random blood sugar. 


"Ok. Doctor, 2.4"


"Ok, bagi IV bolus Dextrose 50% 50 mLs stat then repeat again DXT reading after 1 hour. Tolong pasang cardiac monitoring, oxygen saturation, prepare ambu bag. Inform saya after 15 mins condition patient" saya lantas meninggalkan pesakit apabila melihat keadaan pesakit semakin pulih.


Tidak sampai setengah jam, jururawat yang bertugas datang kembali memberitahukan keadaan pesakit. 


Saya lantas menghampiri pesakit. Saya lihat keadaannya sama. 


"Kak, run 1 pint normal saline. Secure airway" perintah saya kepada jururawat tadi.


Saya lantas menghubungi MO.

"Doctor, I'm Aimi, HO from XX ward. I would like to inform this patient, 50years old, male, knwon case of XX, current problem is XX, he's been unconscious with GCS E2 M5 V2. I've run 1 pint fluid, IV bolus Dextrose 50% 50 mLs and he's still not responsive"



"Ok, I'll come" balas MO tadi. 


Alhamdulillah. Saya melakukan apa yang patut seorang HO lakukan. Syukur kerana hari ketiga tagging, saya disajikan situasi yang sama, oleh itu saya tidak bermasalah menghadapi situasi di atas sendirian. Alhamdulillah. 


Saya dengan rasminya telah off tagging. Tiada assessment memandangkan pakar berpuas hati dengan kerja saya dan beberapa sahabat lain. Kami diberikan peluang bekerja mengikut sistem syif. 


Baiklah, sekian saya. InsyaAllah, di masa akan datang saya akan kongsikan lagi pengalaman saya di bagian Perubatan Am. 


Pesan 1: Doakan saya untuk terus kuat bertahan. 


Pesan 2: Harus lebih rajin belajar. Makin bersemangat dan mampu fokus dalam menuntut ilmu. 


Pesan 3: Kepada adik-adik dan semua sahabat, jika kamu diberikan masa dan ruang untuk belajar (KOAS dan MAGANG) manfaat sebaik-baiknya. Jangan rugi dikemudian hari. Kita kerja sebagai seorang doktor. Kita bermain dengan nyawa orang. Alangkah malang seorang doktor jika kita gagal memberikan yang terbaik kerana ilmu yang kurang. Na'udzhubillah. 


Pesan 4: Belajar fi sabilillah.  

Ahad, 3 Jun 2012

Kisah kami


Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, sujud syukur aku lafazkan kepada Allah SWT, Pencipta Alam Semesta dan segala isinya.

Tarikh 25/5/2012 merupakan tarikh keramat buat aku dan dia. Secara rasminya, kami bergelar suami isteri yang sah. Hubungan yang halal ini disaksikan keluarga terdekat di dalam rumah Allah. Tidak henti lidahku berzikir.

Saat lafaz ijab dan kabul sah di telinga saksi dan para hadirin, secara sah jugalah diri ini menjadi hak dan tanggungjawab si dia.

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar.

Tangisan membasahi pipiku. Mengalir deras. Ya Allah, ketenangan hati terus dirasakan. Tenang setenang-tenangnya. Syukur.

Mengimbas kembali perjalanan mujahadah mencari cinta Allah. Aku jadi teringat kisah kami.

Perjalanan kisah kami tidak semudah yang dibayangkan. Selama 4 tahun 3 bulan, perjalanan yang cukup panjang, banyak dugaan dan rintangan yang kami hadapi.

Di awal perkenalan, aku hanya mengenali nama Ahmad Zulfahmi sebagai ahli IMAN (Islamic Malaysian Association). Orang Kelantan. Aku di tahun 2 manakala si dia di tahun 1 kuliah perubatan, UNPAD. Itu sahaja. Kami hanya berkomunikasi saat perjumpaan dan perbincangan persatuan. Tidak lebih dari itu. Luar dari aktiviti IMAN, kami adalah orang yang sangat asing. Kau dengan dunia kau, aku dengan dunia aku.

IMAN sebuah persatuan kerohanian dan kebajikan yang menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat buat mahasiswa Malaysia sendiri mahupun penduduk setempat. Pergerakan aktif IMAN didokong oleh ahli yang sangat aktif dan produktif. Dari situlah aku melihat si dia sangat aktif memberikan komitmen, bertanggungjawab dan tegas. Si dia dan sahabat-sahabat dekatnya sering memberikan idea baru yang segar, menyuntikkan pembaharuan dalam pergerakan dakwah kami di sana.

Pada awal perkenalan, aku sejujurnya segan dan kurang selesa dengan Ahmad Zulfahmi. Dia sangat tegas dalam pelbagai isu dan hal.

Pernah sekali aku terlambat hadir mesyuarat, aku melihat kelibat dia menjadi pengerusi dan sedang memberikan tazkirah ringkas sebelum memulai mesyuarat . Aku lantas memohon maaf atas keterlambatan yang tidak disengajakan, aku terdengar jelas tazkirah yang disampaikan oleh si dia,

“Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian…………..”

Ya Allah, wajahku menjadi panas, malu ya Rabb. Malu sangat. Aku merasa tazkirah itu khusus buat diriku. Allahu Rabbi.

Namun, seperti biasa, aku tampilkan wajah ‘selamba’ sekalipun di dalam hati menangis tersedu-sedan.

Aku sedar, si dia sangat menepati waktu. Tiada istilah janji Melayu, hanya ada janji Muslim.

Suatu ketika, aku menerima panggilan dari seorang sahabat jauh di Jakarta. MaĆ­z segar di dalam ingatan, aku sedang mentelaah Public Health. Esok adalah Paper PH, mid semester exam.

“Salam Aimi, tengah free ke?” sahabat bertanya

“Wa’alaikumussalam. Tak de lah free sangat. Tengah belajar. Kenapa ya?” saya membalas

“Macam ini Aimi, biar saya berterus terang, ada orang nak masuk melamar Aimi, tapi sebelumnya, biarlah saya tanya dulu sedikit sebanyak tentang Aimi” jelas ringkas sahabat,.

Aku tergamam. Aku fikir, sahabatku bercanda.

“Kelakarlah awak ini. Suka bergurau. Saya exam esok. Saya nak concentrate. Esok insyaAllah, kalau saya free, saya maklumkan ya” jelasku.

Esoknya, sahabatku menelefon kembali dan meyakinkan aku bahawa lamaran ini bukan suatu gurauan.

Mulailah episod perkenalan kami. Aku mengenali ciri orangnya sahaja. Subhanallah, hati tertarik dengan peribadi insan tersebut. Namur, terlalu awal untukku mengatakan ‘Ya” dan menerima. Tidak semudah itu.

Pertimbangan memilih pasangan hidup yang akan kekal sepanjang hayat bukan mudah. Jauh lebih sulit dari memilih jawapan peperiksaan akhir Perubatan. Namun begitu, Allah SWT adalah tempat kebergantungan, the most trustable and reliable.

Tiap malam makin kerap aku bangun, berdoa kepada Allah SWT. Aku mengalirkan airmata.

“Ya Allah, jika si dia adalah jodohku, jangan Kau hilangkan rasa cintaku padaMu dan jangan pula cintaku pada dia melebihi cintaku padaMu. Jangan Kau uji aku dengan ujian yang aku tidak mampu ya Allah. Kau permudahkanlah urusan”

Aku gencarkan Ibadan selama tempoh taaruf berjalan.
Qiamullail dilipatkaligandakan. Puasa sunat tidak dilupakan. Taddarus Al-Quran setiap waktu terluang. Aku memohon ketenangan hati. Aku memohon agar pilihan yang akan ku tetapkan ini tidak pernah tersalah.

Syukur, hatiku makin hari semakin tenang. Sekalipun aku belum mengenali siapakah sebenarnya insan yang melamar diriku, hatiku benar-benar tenang. Airmataku begitu mudah mengalir saat solat. Bangun di tengah malam begitulah mudah ku rasakan. Seolah-olah semakin dekat diriku denganNya. Bahagia dan ketenangan yang ku rasakan.

Pertimbangan ini aku kongsikan bersama orangtua, keluarga dan sahabat-sahabat dekat. Masing-masing menyokong penuh agar aku menerima lamaran si dia. Cuma mama meminta aku mengenali lebih dekat hati budi, asal keturunan, sahabat handai, keluarga mara si dia sebelum aku memberi apa-apa keputusan. 

Setelah seminggu, aku diberikan waktu untuk memutuskan antara 'Ya' atau 'Tidak', dan akhirnya aku bulatkan hati untuk menerima si dia sebagai teman seperjuanganku hingga ke syurgaNya, insyaAllah.

Kisah setelah lamaran diterima hingga ke saat terlafaznya akad nikah lebih menduga keimanan kami sebenarnya. Tidak selesai perjuangan kami di saat aku mengatakan 'aku menerima lamaran Ahmad Zulfahmi'

Perhatian orangtua kami terhadap pendidikan kami lebih diutamakan. Orangtua aku berharap agar aku selesai tempoh perkuliahan yang pada waktu itu berbaki 3-4 tahun lagi. Banyak pertimbangan yang diberikan oleh ibu dan bapaku. Terkilan tetapi aku menerima dengan tangisan airmata. Kadang-kala kebenaran itu terlalu pahit untuk ditelan, seperti pahitnya ubat sebagai penawar tetapi itulah yang terbaik pada ketika itu. 

Waktu itu, tunangku memutuskan agar hubungan kami dihentikan saja. Memberi ruang untuk aku dan dia membawa haluan masing-masing. Memikirkan masa depan dan tanggungjawab si dia dalam menjaga maruah wanita, aku dengan tangisan menerima keputusan darinya tanpa  ada sedikit rasa ikhlas dan redha sebaliknya penuh kepasrahan. Aku tahu di sebalik keputusan itu, si dia ingin menjaga hubungan kami agar lebih terpelihara dan diredhai Tuhan. Masih panjang tempoh 3 - 4 tahun itu. Pelbagai perkara buruk boleh berlaku. Kita tidak tahu sampai bila iman kita akan teguh. Jika di saat iman jatuh merundum, segala kemungkinan maksiat dan zina boleh terjadi, na'udzhubillah. 

Kami tidak berbalas mesej secara langsung ataupun telefon. Perantaraan kami adalah orang tengah, sahabatku dari Jakarta. Segala mesej-mesej kami ditapis oleh sahabatku itu. Alhamdulillah. 

Kami lalui liku kehidupan seperti biasa. Aku dan dia kembali seperti orang biasa. Tiada tempat istimewa buat dia di dalam hatiku kerana aku mahu Allah SWT sahaja yang memiliki hati ini. Masih belum halal dan aku tidak mahu mencemarkan segalanya. 

Aku meletakkan tekad, setiap kali aku terfikirkan tentang dia, aku akan membaca sehelai halaman Al-Quran dan ke mana sahaja ku pergi, di dalam poket jubahku ada tasbih. Di saat terlintas fikiran tentang dia, lantas tangan dan bibirku keras berzikir. Dalam waktu 3 tahun, aku kurang pasti berapa kali aku khatam Al-Quran. Terlalu banyak. Malamnya pula, aku menghafaz Al-Quran. Sempat aku menhafaz juz 29 dan 30 serta sebahagian Juz 28. Syukur. Kehidupanku aku sibukkan dengan ibadah. Aku perbanyakkan puasa sunat agar nafsu diri terpelihara. Jika dia jodohku, insyaAllah jalan penyelesaian akan terbentang di hadapan dan jika tidak aku pasrah. 

Kasih bertaut kembali. Masih Allah mengizinkan kami melangkah setapak menuju alam pernikahan. Sehinggalah pada tarikh 25/12/2010 di mana aku dan dia disatukan di dalam ikatan pertunangan secara adat. Sederhana majlis tersebut dan dihadiri keluarga terdekat, aku mulai mengenali orangtua dan keluarga tunangku. Itulah pertama kali aku melihat wajah bakal ibu mertuaku. Redup pandangan ibunda, menenangkan hati yang sedang gundah. Jari manisku tersarung cincin sebagai tanda ikatan pertunangan. 


Aku hanya memakai cincin risik di saat aku merasa 'insecure'. Apabila aku menyedari ada sosok lelaki yang mencuba nasib menganggu diriku, di saat itulah aku menyarungkan cincin kembali. Tuntutan kerja menyebabkan tiada barang perhiasan dipakai. Seperkara lagi, aku tidak selalu memakai cincin kerana aku takut dengan diriku sering teringatkan si dia di saat aku melihat cincin di jariku sedangkan waktu itu tiada istilah halal dalam perhubungan kami. 

Tempoh pertunangan selama setahun 6 bulan itu adalah medan untuk kami berkenalan lebih dekat. Baru aku tahu sedikit sebanyak sikapnya. Kadang menyenangkan, ada juga merimaskan (sorry abang~)

Tidak terasa tempoh 4 tahun, sabar dan redha dengan keputusan orangtua, akhirnya dengan rela mereka memberikan ruang buat kami mendirikan rumahtangga pada 25/5/2012. Aku yakin, tempoh pertunangan yang panjang, liku ujian yang banyak bukan kerana orangtua kami yang menjadi punca sebaliknya itu adalah ketetapan, qada dan qadar Allah. Aku sangat yakin hal tersebut maka aku tidak memberontak atau bersangka buruk dengan keluarga. 

Debaran berakhir. Bermulah episod percintaan kami melayari kehidupan menuju akhirat yang abadi. 

Dulu, wajah lelaki inilah yang paling aku cuba elakkan sekalipun sudah bertunang agar hati dan iman terpelihara dari godaan syaitan tetapi kini wajah dan pandangan matanya yang menjadi ketenangan buat hatiku dan pengubat rindu. 

Pesan 1: Alhamdulillah, doakan kami. 

Pesan 2: Tegurlah kami. 

Pesan 3: Ya Allah, Kau tempatkan orangtua kami ke dalam syurgaMu bersama kekasihMu Ya Rabb. 

Pesan 4: Bermula episod yang lebih berat dan mencabar. Episod membina keluarga Muslim, Ummat Muslim yang menjadikan Allah SWT sebagai tujuan, Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan, Rasulullah SAW sebagai contoh tauladan. InsyaAllah. 

Pesan 5: Doakan kami agar kembali menghadap Allah SWT dalam keadaan bangga berjihad di jalan Allah.