Isnin, 11 Mei 2009

Kematianku itu pasti

Ingin saya kongsi bersama pengalaman di madrasah tarbiyyah iman. Sewaktu 2 minggu pertama iaitu kira-kira bulan Januari atau Februari lepas, saya mendapat berita tentang penyakit saya, sejujurnya saya menangis. Setiap malam, sebelum tidur saya memuhasabah diri dan andai ini malam terakhir saya berharap dimatikan dalam khusnul khatimah.

"Assalamualaikum Doc, I heard my result came out already, so how was it?" saya
menelefon panel pakar saya di Malaysia.

"Wa'alaikumussalam, oh Aimi. Yes, this morning. The result is still on my hand. Ok, since you're medical student let me just be honest with you. You got X disease. When you gonna come back?It has to be remove as soon as possible" laju meluncur terus kata-kata doktor tadi.

"What is the prognosis?" saya tidak menjawab sebaliknya bertanya kembali kepada doktor tadi.

"Good but only if you remove it as soon as possible and you have to undergo physiotherapy and chemotherapy. This is for preventing it from spread" doktor tadi menjawab.


"How do I get this?My parents are both healthy. What if I fail?What if I didn't cope with the surgery?What if I didn't work up with the chemotherapy?" saya mula ingin menafikan, (yeah, it's kinda denial)

"Aimi, I hope you admit this with your open heart. This is His work. I know
it's hard for you. Yes, the X will turn into Z which is more active and it is true invasive and it is cancer type. But don't worry Aimi, I'm not giving you a hope caused you'll know what it is, but we as a Muslim have Him to be lay upon" jawab doktor yang sedikit memberi ketenangan.

Saya menangis menghabiskan sepanjang siang saya dengan berbaring di atas katil. Pelbagai soalan-soalan yang sebenarnya tidak layak bagi hambaNya mempersoalkan. Dasar hamba, banyak tanya pula!

Minggu pertama setelah mengetahuinya, saya tidak bersemangat apatah lagi hendak ke kuliah. Saya ingin tidur di rumah menghabiskan masa melayani perasaan sendiri. Say
a tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun. Hatta sahabat rapat. Bagi saya semuanya tiada guna lagi.

Minggu kedua, semakin parah. Saya berani mengambil MC untuk rehat di rumah. Saya benar-benar tidak bersemangat. Rasa ingin pulang ke Malaysia dan
menghabiskan masa dengan mama dan babah. Sampailah mama menelefon saya, naluri seorang ibu sangat tepat;

"Assalamualaikum kakak, tengah buat apa tu?" tanya mama

"Wa'alaikumussalam, ma. Kakak tengah baring dekat katil" jawab saya lemah

"Takde kuliah ke?" tanya mama lagi

"Ada, tapi kakak takde mood nak pergi" jawab saya

"Kakak~" mama seakan terperanjat (ini adalah pertama kali saya bertindak seperti ini)

"Aimi, listen to me. Kakak, mati dan hidup itu ketentuan Allah. Kakak kena kuat. Mati bila kita tidak mampu tetapkan. Tetapi mati bagaimana antara khusnul khotimah atau tidak kita boleh berusaha. Mama sedih dan mama jadi lemah bila kakak, anak mama yang kuat tiba-tiba lemah macam ni. Kakak tak pernah macam ni. Kakak yang mama kenal kuat, tabah dan sabar dengan ujian. Mana pergi ilmu kakak?Kenapa tidak diamalkan sekarang?Baki masa hidup yang tersisa kita gunakan sebaiknya kakak" deraian airmata mengiringi setiap kata-kata mama.

"Kakak takut..." jawab saya lagi

"Aimi, dalam kubur nanti, bukan kita boleh berteman. Amal dihisab mengikut individu. Jangan pernah lupa itu. Mungkin mama pergi dulu. Kakak nak mati dalam keadaan sebagai Pecundang?!Atau bangkit sebagai Mujahidah yang mati sebagai ahli Jihad?Kakak nak mana?Kakak buat pilihan" mama menambah lagi kata-kata. Semakin sebak dibuatnya.

"Mama, kalau boleh dan diizinkan Allah, kakak nak mati dekat pangkuan mama dan babah" jawab saya lagi.

"InsyaAllah, andai diizinkan Allah. Ingat mati dan hidup itu rahsia Allah. Jangan fikir teka-teki dari Allah. Kakak kena kuat. Selagi punya waktu, selagi nyawa dikandung badan, selagi itu kakak harus terus memperjuangkan perjuangan Rasulullah dan selagi itu, pintu taubat masih terbuka" mama tidak henti memberi kekuatan kepada saya.

Petang itu, saya membersihkan diri, menyegerakan solat sambil memohon keampunan mengharapkan Dia menerima segala taubat hambaNya yang pernah tersungkur hampir berputus asa. Saya bersiap untuk ke tutorial. Saya melangkahkan kaki dengan penuh semangat. Alhamdulillah.

Sejak saat itu, saya mengabaikan segala bisik hati yang cuba menjatuhkan semangat diri.

Sakit cuma salah satu dari bentuk ujian. Saya tidak mampu melawan sakit maka saya MELUPAKAN buat sementara waktu. Saya mengisi dengan segala perkara berfaedah seperti menyiapkan tugasan kuliah dan belajar. Saya menyibukkan diri dengan perkara yang membuatkan saya LUPA dengan sakitnya diri.

Setiap perkara yang ingin saya lakukan, saya menjadi KEDEKUT. Kedekut dari segi, saya mengira adakah tindakan saya ini menambah nilai amal atau menambah nilai dosa. Andai sia-sia belaka, maka akan saya tinggalkan secepatnya.

Saya menghargai insan yang berada di sekeliling. Hatta sekuntum senyuman dari sahabat dan 'hai" dari keluarga insyaAllah akan saya balas juga.

Pernah saya menelefon mama, maklum rutin seharian 2-3 kali panggilan dibuat. Berborak, bercerita suka dan duka, saya bertanya mama dengan nada gurau;

"Mama, boleh ke kakak kahwin?'" tanya saya melihat reaksi mama

"Apa?Ingat orang sakit tak boleh kahwin ke?" tanya mama, melatah rupanya. Ketawa saya mendengar jawapan mama.

"Amboi, dah sakit pun menggatal lagi anak dara aku sorang ni" mama menyambung kata sambil disambut ketawa saya yang geli hati mendengar respon mama.

Mama adalah insan yang KUAT dan TABAH. Dengan izinNya, Dia adalah semangat saya. Dia adalah madu penawar duka saya. Dia adalah tulang belakang kejayaan saya. Mama, setiap hari adalah hari di mana saya menghargai keberadaan mama. Tiada satu hari istimewa untuk hari ibu tetapi setiap hari adalah hari-hari istimewa buat Mama.

Buat sahabat-sahabat yang banyak memberikan semangat dan bimbingan, semoga Allah membalas segala usaha teman-teman(-_-)

Pesan 1 : Saya makin kuat makan. Satu hari boleh berpinggan-pinggan nasi namun berat saya masih seperti dulu malah makin susut.

Pesan 2 : Peperiksaan akhir akan bermula dari 18/5 sehingga 18/6/2009. Mohon doa dari sahabat-sahabat dan juga keluarga.

Pesan 3 : Saya tidak suka orang bersimpati dengan KASIHAN ke atas nasib yang menimpa diri. Bagi saya ini adalah motivasi diri untuk terus kuat dan mengapa ada yang menganggap ini suatu titik KELEMAHAN saya. Sekian harap maklum;)



49 ulasan:

  1. Tulisan yang datang jauh dari lubuk hati..

    Ikhlas..

    Syahdu..

    Tertancap kagum di hati ini..

    Selamat hari ibu buat para ibu ;-)

    BalasPadam
  2. To Ahmad Zulfahmi:

    Alhamdulillah, masa tulis entri ini pun dah mengalir airmata sebab mengenangkan betapa lemah diri dengan ujian yang tidak Allah berikan sia-sia semata. Janji Allah itu pasti.

    Allah masih memberi peluang diri untuk terus menagih ilmu dan merasa tempias semangat seorang ibu. Alhamdulillah;)

    BalasPadam
  3. tabahlah..smoga ketabahan itu d beri gnjaran yg setimpal nnt..insyaAllah..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum.
    moga sentiasa tabah mengahadapi ujian.
    ingatlah,lebih besar ujian yang diberi.lebih besar tingkatan iman yang akan dicapai.saya sgt yakin saudari adalah seorang yang amat tabah.

    saya sndr seorang wanita.
    hampir sahaja menyebabkan laptop rosak dibanjiri air mata ketika membaca entri saudari kali ini.

    sesungguhnya ketabahan ibu saudari telah mengalir dalam tubuh saudari dan moga saja saudari terus-terus bersabar dan redha atas ketentuan Ilahi.ini bukan penghujung segalanya,bahkan mungkin ada kebaikan yang akan datang disebalik semua kejadian ini. akal manusia terlalu cetek untuk menafsir ketentuan Ilahi.

    "la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
    "fasabrun jamil"

    saya doakan saudari segera sihat dan dapat menyempurnakan ibadah padaNya

    -manusia_lemah-

    BalasPadam
  5. salam... hah,sape suh poteng kelas..hah amik kene smackdown di mama.

    Orang beriman,bila diberi nikmat dia bersyukur,jika diuji dia masih mampu tersenyum. Ayuh bangkit,kesat airmata mu,buktikan hari esok adalah milik anda!!!

    Masa depan Islam yang gemilang bukan untuk orang yang loser,mengeluh nasib,patah harapan.Masa depan milik mujahid-mujahid yang yakin dengan janji Allah.

    Kak yakin? jika yakin,ayuh bangun.Jika tak,tiada kata lagi dari saya.

    p/s: Mama telah berjaya smackdown kakak dgn jayanya...bommmmmmmmmmmm.peace!

    BalasPadam
  6. To Anonim 1 :

    InsyaAllah, terima kasih untuk nasihatnya

    BalasPadam
  7. To Anonim 2 :

    Wa'alaikumussalam, Ya Allah sampai hampir rosak laptop?
    InsyaAllah semoga sekarang dan masa akan datang, kita dikurniakan kekuatan dan semangat untuk berjuang dan menjalani madrasah tarbiyyah iman dengan sabar dan redha.
    Ameen, syukron jazilan ya ukhti(-_-)

    BalasPadam
  8. To Dr Amad :

    Salam..hehe..padah ponteng;P

    tapi kantoi juga akhirnya. Alhamdulillah kantoi;)

    yakin insyaAllah(^_^). Tiada masa untuk duduk menangisi nasib diri tetapi segera bangkit meneruskan langkah. Belum sampai ke penghujung, diri tidak boleh mengalah.

    Baik bos, saya yang menurut perintah(^_-)Y

    p/s : Smackdown: knock out punya~huhu;P

    BalasPadam
  9. bagus2...ni baru anak pakcik misai.Anak sorg askar...pakcik rotan je dia ni pakcik..ahaks

    BalasPadam
  10. Jangan jadi macam Chyna sudoh la...

    Huduh ore pue gitu.Haha...

    BalasPadam
  11. haha..peminat WWF rupenye :p

    kak Aimi..saya yakin anda mampu mengatasi apa2 jua masalah yang diberikan..

    mereka yang tidak ditimpa ujian yang patut bersedih kerana tidak diberi peluang "direct" untuk mendekatkan diri pada Allah taala..

    so, u're the choosen one, prove that u really deserve it :)

    orang beriman n bertaqwa takkan terlepas dr ranjau2 berduri..tuhan menilai kita dengan melihat response kita terhadap ujian2 tu..sabar? atau mengeluh? itu pilihan kita..

    yang pasti gunakan akal n iman sebaiknya..iA :)

    BalasPadam
  12. To Dr Amad:

    Salah orang lah kalau ayah akak pukul akak~

    p/s: tidak pernah sekalipun dirotan oleh ayah kerana akak anak yang baik. Masuk lif tekan sendiri. Hehe. Alhamdulillah;D

    BalasPadam
  13. To Ahmad Zulfahmi:

    Ya Allah. Na'udzhubillah, jangan kata nak jadi, nak pandang Cyhna itu pun tak berkenan. Cukup-cukuplah berselingkup habis menjaga aurat dan 'berayu' menjaga peribadi.

    p/s : walaupun tahu encik gapo akan kata, ayu?no comment..tapi nak cakap juga..hehehe;P

    BalasPadam
  14. To Duha:

    Syukran ukhti.
    Kalau tengah tenang masih mampu berfikiran rasional cuma masa tengah tertekan, itulah waktu ujian.
    Walaupun tahu, tinggal kita mahu atau tidak kerana akal telah lari jauh dari rasional manakala hati telah dihasut oleh bisikan syaitan.
    Iman senipis kulit bawang yang disandarkan.
    Itulah intipati nasihat mak akk. Pilihan ditangan, tinggal mahu atau tidak.
    Jzkk;)

    BalasPadam
  15. kak Aimi perasan ayu kew~? :*

    BalasPadam
  16. To a.s.a:

    AipP!!Kamu jangan nak masuk geng gapo!;P

    p/s: bukan perasan, memang kenyataan;P;P

    BalasPadam
  17. To Abu Huzaifah a.k.a Mohsein:

    Apa senget2??
    Nota leprosy mana~(hehe..(^_-)Y)

    BalasPadam
  18. Minta kat Abg Fat...die wat leprosy gak. gheee..

    BalasPadam
  19. To Mohsein:

    Banyak la~;P

    p/s: Abang Fat??euy~(Fathy, jangan marah ye kalau baca;P)

    BalasPadam
  20. bila nak kawin ni??? cepatla! cepatla! nak bersilat dpn org kawin! haha....

    BalasPadam
  21. ajie,aku lak nak tikam pengantin...hahaha

    BalasPadam
  22. To Drrazi:

    Kamu sungguh senget~

    p/s : free of charge service anda? Kalau bayar, biar pengantin sendiri yang bersilat (punyalah kedekut kan??;P)

    BalasPadam
  23. To Dr Amad:

    Amad sungguh kejam~
    Kejam dan senget!huhu:P

    BalasPadam
  24. Aji, kita sparring depan pengantin na...hiap!!!hahaha.

    BalasPadam
  25. To Abu Huzaifah:

    Amboi, berjemaah nampak menyakat??;P

    BalasPadam
  26. comelnya tgk senior2ku ini 'bergaduh'..hehe~

    sungguh indah;
    ukhuwwah kerana Allah.

    =)

    BalasPadam
  27. To Nimy:

    Err??
    Mereka memang begini. Kalau masuk bab kahwin, memang diorng EXPERT dan sangat SUPER_DUPER_POWER AKTIF..ngehehe;P

    ameen ya Rabbal 'alamin(^_^)

    BalasPadam
  28. Ayu??No komen na..Give me five a.s.a..haha

    Nak join jamaah dak2 senget menyakat ;-P

    BalasPadam
  29. laa...orang dah ofer tu free la...cuma nasik tambah kene lebih sket ar. pastu nk order teh tarik satu!!! (buat teh tarik kt kenduri nnt k? haha...)

    tikam? sparring?
    baik bjoget. biar bdk senget jeles tak ble joget. lala~

    BalasPadam
  30. Aji..ade joget ke? depa wat dikir barat..tak pun wayang kulit...salam pantai timur..he

    BalasPadam
  31. Nimy...
    bile nak sampai kad ni?? Kami pakat mai kedah suma..

    BalasPadam
  32. To Max:

    Bertambah nampak ahli jemaah ini;P

    BalasPadam
  33. To drrazi:

    Bereh2 boh insyaAllah, sampai kembung minum teh tarik pun boleh~

    p/s: aik??sensitif2 sungguh senget2 ini~;P

    BalasPadam
  34. To Abu Huzaifah a.k.a Mohsein:

    Ishh..Shhhh~
    Senyap-senyap sudah;D

    p/s:
    -: Amboi mohsein, kalau bab nyakat cepat je..awak tu bila lagi?(nota Leprosy 1)

    BalasPadam
  35. Tepi2 hang mohsein dan hang ajie...hang amad masuk gelanggang...haippp..yah...yah.

    Kak lapo la....ahaks.Kenapa mama lebih comey dr kak?lariiiiiiii

    BalasPadam
  36. To Dr Amad:

    Amad, geli lah amad bersilat segala ini
    Jaga-jaga perut amad tu berat sgt, ada yang tercicir;P;P

    p/s: Huh~dasar perut bocor..Amad jeles kan?kan?:)

    BalasPadam
  37. ala kak,udang hari tu sy leh kekoh dua esok je.duh puah lgsg...masok la pulop..buie udang hok bapok2..

    Skrg dah ada bibit2 six pack beb...

    Pakcik misai rotan je bdk ni...serius sy ckp,senget2 pun xreti duk diam...terjun lombong la,eh salah..terjun kolam la,main lari dalam dalam guni lak tu...yang xleh blah laju lak tu...bab2 ronggeng ilang senget ye...hahaha

    BalasPadam
  38. To Dr Amad:

    Ok buleh2..Esok amad pegi pasar, lepas tu anta umah akk..akk masak then, tgh hari amek lauk..lauk bahagi 2 ngan akk..settle;P

    p/s: bibit jah~ngehe..ooh..cannot2..saya anak yang baik;)

    BalasPadam
  39. salam,
    aimi, u kuat orgnya, n i selalu iri pd u dr 1st yr lagi..huhu
    semoga cepat sembuh n jumpa u ket koas tau..:)
    dan semoga u nikah cepat...jgn lupe jemput i tau..hehe
    GOOD LUCK for xamz...

    BalasPadam
  40. To SivGal:

    Salam,

    Siva, love u much2~
    Ok insyaAllah, siva bila pinadah koas, weekends I nak makan chapati, kuah dhal and tosey..I come to ur place k~
    B ready.hihi;)

    p/s: Siva, you pun sama join da club?
    Ok, no prob I insyaAllah jemput you;)-
    Now turn to STUDY MODE..Good luck too dear;)

    BalasPadam
  41. salam...
    hai sayang...lame tak menjenguk ke sini...afwan..(",)
    sempena ada org jd sebaya hari ni...nk letak komen cikit kat sini as memori...hehheehhehee...akhirnya, dia tua jg...ada kaitan tak???

    moga kekuatan aimi dpt ditempiaskn kat diri ini juga...maaf bebyk krn sering mengganggu pabila diri ini lemah...thx a lot 4 ur advices...mmg sgt membantu tuk kuatkn diri ini...u r my best friend 4eve...insyaAllah...

    ~moga keikhlasan kita menghadapi ujian menjadi senjata untuk masuk ke syurga~ ameen...

    luv u...miss u...gudluck exam...

    BalasPadam
  42. To Qamarina:

    Salam..hai sweetheart, takpe..qamar kan tengah sibuk untuk exam. Tumpuan untuk exam itu lebih penting. Saya sangat suka + gembira ada orang tu jadi sebaya, so tak de lah dia perasan muda lagi kan?kan?

    Ameen insyaAllah, kita berdiri bukan sendiri. Kita saling menguatkan dengan syarat kita pelihara hubungan kita dengan Allah dan manusia maka mutual effect relationship dapat diperolehi.

    terima kasih juga buat qamar dengan segala jasa kamu~hanya Allah dapat membalasnya..

    Ameen..saya sayang kamu kerana Allah;)

    luv & miss u too dear;D

    BalasPadam
  43. salam..
    ya ukhti..
    secara jujur..
    sedih di dalam hati..
    xtao camne kalau saya ditempat anda..
    tapi kan..
    tgh2 nak sedih..
    cam nak tergelak plak baca komen2 y sungguh byk di sini..
    apa2 pun..
    semoga ukhwah kita semua y ada d sini berkekalan..

    p/s : saya kagum dgn anda..

    BalasPadam
  44. To 3rd march:

    Salam..Syukron ya akhi..kepada Dialah segala pujian dikembalikan kerana diri ini hanya tumpangan nikmat yang dipinjamkan dariNya.
    insyaAllah, ujian untuk menguji dan menaikkan Iman..
    Sebagai motivasi buat diri sendiri dan semua.
    Kalau kita merasa lemah, fikirkanlah insan yang terpaksa berkorban lebih banyak dari apa yang kita ada untuk mencapai seperti apa yang kita ada sekarang ini.

    p/s: owh mereka majoriti nya senget2..nak2 geng menyakat tu..
    kepala/imam/amir jemaah menyakat: amad
    vice: aji
    penasihat: mohsein
    ahli bese: gapo

    sekian..saya yang memberikan laporan;)

    BalasPadam
  45. salam aimi...
    love u too...:)
    huhu, capati thosey? blh je klo waktu pn i rajin masak la...huhu

    eh eh, mane ade kte join de club pula..;p
    (sy 1 women army...huhu)

    BalasPadam
  46. Hoho...daku dilantik ketua...haippp!!!

    Kepada biro sakat menyakat,petang ini di masjid as-syifa kita akan ada meeting, penyampaian gosip akan diberikan oleh Akh Fathy..hahaha.Kita juga akan bncg aktiviti seterusnya...(jom tgk gossip man)ahaks

    Haipppp!!!

    BalasPadam
  47. To SivGal:

    Salam Siva,
    Hehe..Yeay~YiPpIe~(alhamdulillah)

    hehe..bagus2 jangan join diorng;P

    BalasPadam
  48. To Dr Amad:

    Sungguh jangan kau jadikan masjid tempat bergosip, daku rotan kamu nanti.

    p/s: (Fathy, sabar ye mereka kan suka bergosip dan anda pula terkenal dengan sifat bergosip walaupun banyak kali anda beritahu anda dah insaf, tetapi saya kurang mempercayainya. So selamat memberi 'tazkirah')

    BalasPadam