Jumaat, 3 Julai 2009

Hari ini saya...(^_^)

Alhamdulillah, nama diumumkan seorang demi seorang. Keputusan sepanjang tahun pengajian diberikan. Saya mula berdebar. Ada dua transkrip nilai diberikan, satu nilai ujian sepanjang tahun 4 dan satu lagi nilai department sepanjang pengajian di mana total department ada 49 semuanya. Kesemua tersebut wajib lulus untuk mendapatkan gelar Sarjana Kedokteran dan mendapat izin untuk praktikal di hospital.

Penat(-_-)

Selesai sudah pengajian selama 4 tahun di bumi ilmu Jatinangor. Penat semalam masih berbekas. Tangisan semalam masih segar. Duka semalam masih kekal. Tidak terasa 4 tahun berlalu, di sinilah saya diberi peluang oleh Allah SWT mengenal makna seorang hamba. Di sini jugalah Allah mengajar saya erti ukhuwwah. Di sinilah tempat saya diuji dengan fitnah hebat, diuji untuk sabar dan hanya pasrah sepenuh hati kepadaNya.

Masih segar di ingatan sewaktu tahun pertama, saya sering sakit. Pernah demam sehingga suhu badan 42'C dan teman-teman segera mengejarkan ke hospital kerana saya sudah tidak sedarkan diri dan pernah juga sesak nafas sehingga pengsan dan sahabatlah yang telah banyak kali mendukung saya setiap kali saya hampir pitam. Sampai ada sahabat yang bergurau,

"Kalau kau nak tahu pasal hospital-hospital dekat Bandung ini, pergi tanya tu" sambil memuncungkan mulut mengarahkan kepada saya. Saya hanya membalas dengan senyuman mendengarkan kata-kata sahabat tadi.

Semua kenangan yang disimpan kemas. Sewaktu diumumkan saya lulus, saya hanya menangis bersyukur. 3 insan penting saya hubungi. Saya lantas menelefon mama dengan suara yang masih jelas menangis bersyukur,

"Assalamualaikum ma..." saya menyimpan kata sebentar.

"Wa'alaikumussalam, hah kak..macam mana keputusan?Lulus?Kakak macam mana?Ok?" tanya mama yang mungkin diburu rasa berdebar seperti mana saya.

"Alhamdulillah ma, kakak lulus. Kakak insyaAllah dah boleh graduate 14 ogos ini" saya jawab sambil menangis.

"Alhamdulillah.......Syukur..Terima kasih kakak" mama membalas kata-kata saya.

Usai bicara, saya duduk sendirian di luar ruangan keputusan. Mama mengungkapkan "terima kasih kakak". Saya menangis lagi. Mama pasti telah meletakkan harapan yang tinggi kepada saya.

Saya menghubungi ayah saya pula, suara ayah saya kelihatan tegas seperti sedang dalam mesyuarat cuma saya anaknya 'buat-buat tidak faham' nada suara ayah yang monotonus tadi,

"Assalamualaikum bah, kakak lulus" saya lantas menyatakannya

"Wa'alaikumussalam. Congratulation my dear Dr Nurul Aimi. Bila nak balik ini?Cepat balik Malaysia, selesaikan rawatan kakak dan kita celebrate kejayaan kakak dengan keluarga semua" babah jawab, nada babah penuh keriangan.

Satu perkara yang sentiasa bermain difikiran, adalah RAWATAN saya.

Bila ada yang bertanya, "Aimi sihat?", "Macam mana kesihatan?", sejujurnya saya tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan. Percaya atau tidak, sudah hampir 2 tahun saya tidak mengenal erti sihat fizikal. Setiap masa terasa denyutan di kaki apatah lagi setiap kali melangkahkan kaki. Denyutan terasa dari hujung kaki sehingga ke pinggang.

InsyaAllah, buat sahabat-sahabat yang sering marah dengan saya kerana merasa saya degil, saya tidak dengar kata, saya tidak menjaga kesihatan, doakan Aimi ini untuk terus kuat supaya dapat menjalani rawatan di Malaysia. Saya juga menyediakan jadual saya sewaktu di Malaysia,

6 July - Admit to Kem Terendak Hospital, Melaka
7 - 8 July - thorough Medical Check up
9 July - OPERATION (REMOVING TUMOR)
10 - 24 July - Physiotherapy and Chemotherapy

Hampir sebulan saya akan dirawat di hospital dan saya sangat mengharapkan sabahat-sahabat mendoakan saya. Saya belum pasti lagi sama ada akan meng 'update' blog ini.

Penat lelah mama dan babah serta keluarga dalam terus mendoakan dan memberikan sokongan kepada saya di sini sangat-sangat saya hargai.

Buat sahabat-sahabat yang tidak kedekut untuk memberi dan menerima saya seadanya, semoga Allah memberkati dan memudahkan segala urusan kita baik di dunia mahupun akhirat.

Untuk adik-adik terutamanya yang seusrah dengan akak, akak nak minta maaf sangat-sangat atas segala salah silap akak, akak sayang sangat-sangat adik-adik semua(T_T). (Rasa nak angkut je semua pergi Bandung nanti). Hug and kiss~lots of love to my dearest adik-adik,

Badihah
Pemalu tapi nakal sangat (walaupun nakal dengan akak je. Ye ke?)

Nimy
Lemah lembut, sopan tapi kalau buat lawak, mesti ketawa bersepah dibuatnya akak.

Hani
Si comey sangat yang kuat menyakat dan merajuk (:P)

Faizah

Ini adik saya kalau berceloteh, boleh ternganga dengar dia bercerita

Mina
Pendiam dan kuat tersenyum. sangat pemalu dengan akk (tapi akak suka kacau awak)

Aiman
Ini ketua samseng yang solehah. Hihi..aiman peace~(^_-)Y

Mimi
Ite kilak~ (budak ini tak padan comey kecik, tapi kalau menyakat orang, rasa macam nak cubit je dia), dia cikgu bahasa kelantan saya~ngee:)

Afiqah

Fiqah kelakar, suka buat blur~hihi

Huda
Si kuat ketawa (gimme 20 huda)

Mun
Kalau buat lawak muka maintain~memang cumel sangat

Farhana
Sangat berkomitmen dan berkaki lebar, selalu kantoi nangis depan farhana (haish..malu akk)

Ije
Ini dia ratu "dok pehe"..hehe

Untuk adik-adik yang akak tidak sempat describe, jangan marah ye..InsyaAllah akan datang, akak buat lagi.

Pesan 1 : InsyaAllah saya akan pulang ke Malaysia 4 Julai ini dan akan kembali ke sini pada 14 Ogos untuk graduation. InsyaAllah, doakan saya ya~

22 ulasan:

  1. salam kak aimi..hehe.alhamdulillah dah bergelar doktor muda..bestnye..setelah semua penat n ujian yang akak lalui selama 4 tahun ni,akhirnye semuanya berbaloi ..=)

    p/s;nak ikut akak balik boleh?..hehe..pepun,doakan ktorg di sini..huhu..perjalanan masih jauh~

    BalasPadam
  2. salam...CONGRATS!!! lama x ziarah..baru dapat tenet..huhu.. k.aimi sihat? (walaupn da ckp kat ats td)..hope sntiasa sihat:-D slmat jalani rawatan..:-) May ALLAH bless u.. nti k.aimi dah g bandung, rerajin mlwat adik2 usrah ni ek!!! lg 1, dah abes membazirkan dwet kat pasar baru??ehe

    BalasPadam
  3. salam,
    Iman Aisyah kak Aimi dah lupe ke?sorang2 dah tinggalkan Iman Aisyah~nak ikut balik~~

    Iman Aisyah pun rasa nak angkut sume adik2 usrah ke Bandung..huhu

    ~*Tahniah ukhti*~boleh beroperate dlm ketenangan..nok make nasik minyok pulok..(^_^)hehe

    BalasPadam
  4. nasik minyak??

    betul ke?
    nape tak tau pape pun :p

    hehe..

    congrats~
    tahniah atas kejayaan..

    moga kat mana2 pn snts diberi kejayaan :)

    wlpn dah tinggalkan kami kat sni scr physical..tapi moga hati masih bertaut..hehe..

    doakan ktrg lulus cmrlg jgk mcm kak aimi nnt :D

    BalasPadam
  5. salam..sapo lagi ite kilak ni??suka ati..doh la tulis depey2 oghe..wat tubik nahu kelate nanti dok pehey sabuk key..:P!!
    kak aimi!!rindu kak aimi!!tahniah atas kejayaan..nak belajar banyak lagi ni..baru jah nak masuk 3rd year..tu pun tak tahu dapat lulus macam kak aimi ke tak..kak aimi dulu tak pernah remed ek..mimi semua remed..
    apapun..masih terpahat kenangan manis masa naik lori sapi sama2 dengan badan busuk dengan kak aimi n kak alia..ehe..kim salam kat kak alia..

    BalasPadam
  6. To humaira':

    Salam, alhamdulillah berkat usaha dan doa dari keluarga dan juga sahabat-sahabat

    p/s : jom ikut~hihi..kalau datang bandung boleh je singgah rumah akak~(akk charge satu malam Rp50k..ngee~)

    BalasPadam
  7. To Qausu nisa':

    Salam ukhti, alhamdulillah insyaAllah terima kasih ukhti.

    InsyaAllah adik2 usrah sangatlah akak sayang~

    p/s : alamak kantoi kan pulak..hal pasar baru tu biarlah jadi rahsia kita:P

    BalasPadam
  8. To Iman Aisyah:

    Salam, "Kak Aimi"??, Haish~Minta IC, saya nak tengok siapa lagi tua ni?hihi

    Sayang apa tak sayangnya, awak nanti petang2 datangla singgah rumah, kita minum kopi sambil memikirkan dan merungkai masalah umat, insyaAllah:)

    p/s : tahniah buat kamu jua. Adeh~doakanlah semoga dimudahkan urusan

    BalasPadam
  9. To Duha:

    Tak tahu??Akak pun tak tau:P
    Hehe~
    terima kasih ukthi. Ameen insyaAllah semoga kejayaan kita menjadi cermin kesempurnaan dan keindahan Islam:)

    InsyaAllah, bertemu keranaNya dan berpisah jua keranaNya. Semoga ukhuwwah yang terjalin akan selamanya utuh sehingga akhir hayat:)

    InsyaAllah, Duha boleh buat dan akak yakin Duha boleh buat lebih baik daripada akak. InsyaAllah:)

    BalasPadam
  10. To Hanis Syamimi:

    Salam mimi mase pughik~(:P)
    Kepada pembaca semua, betul tak apa yang saya tulis??
    Haha~
    mimi jangan lah marah, bingit tau mimi marah2 ni..adeh~

    insyaAllah mimi boleh buat. Mimi mampu buat yang penting sandarkan usaha dan doa hanya pada Dia setiap masa.

    Jangan pernah lupakan Allah SWT kerana Dia tidak pernah rugi walau apapun kalau kita yang bongkak mengetepikan Dia dalam kehidupan kita.

    Wuaa..windu juga dekat mimi~

    Alamak mimi, jatuhlah saham akak mimi kantoikan cerita ini~

    (siapa yang busuk ini??tapi paling tak boleh tahan, ada budak tu makan banyak~tak pasal2 akak kena tunggu dia nak habiskan makanan sebelum berjalan..siapa eh??)

    BalasPadam
  11. To my dearest Kak Jah ;-P-

    Salam..

    Macam tulis wasiat je la plak..

    1st,tahniah kepada Cik Aimi..

    2nd,balik ni jaga kesehatan leklok..
    Make sure datang coAs dengan fizikal yang sehat walafiat ye ;-)

    3rd,kepada adik2 Kak Aimi. jangan nakal2 tau.Takpe..Kat Jatinangor ni masih ada saya,Amad Ganu,dan dr Razi lagi..
    Kitorang akan bagi perhatian penuh.Haha...

    Semoga dimudahkan semua urusan..
    Syafakillah ukhti..
    Ameen...

    BalasPadam
  12. To Max:

    Salam encik zulfahmi,

    Alahai, orang buat dearest ke adik-adik, dia pun nak juga ;P

    Haha, mana lah tahu ajal datang menjemput, ini sudah kira catatan wasiat kan, senang tak payah buat dua kali:)

    Terima kasih yang tidak terhingga untuk nasihatnya. Cuma yang nombor 3, masih diragui dan sangatlah menakutkan..Huhu..Korang selalu menyakat adik-adik..Kesian kat diorng.

    Lagi 1, adik-adik ni hati mereka sangat lembut. Tegurlah seadanya bila ada kekurangan dan raikanlah kelebihan mereka. Kalau diorang nakal, saya bagi lampu hijau untuk rotan..hihi

    Adik-adikku, kalau mereka-mereka buli, bagitau na~

    Jangan senget-senget dok amek remed :P

    Syukran ya akhi, ameen insyaAllah:)

    BalasPadam
  13. Hehe...perhatian penuh makna.Siap la antum seme. Silap,aku selam dalam baldi...

    Sape report ke Kak Jah siap la...aku gantung kat jambatan cincin...

    Tahniah Kak Jah,tapi sebelum terlupa udang saya mana?

    BalasPadam
  14. TIBA2 saya ternampak 'lampu hijau' di situ!! hohohohohoh~

    adik2 sume,dgr ckp sy,tak dengar kene belanja paparon dua kotak beso. hak3~

    BalasPadam
  15. salam kak aimi....
    ngeeeeeee~
    congrats Dr.Aimi...
    teruskan perjuangan!(n_n)

    ~afiqah~

    BalasPadam
  16. Salam~

    sgguh sedey membaca..
    tahniah dgn kejayaan akak..
    tiba2 bersemangat nak berjaya gak ni..
    tercabar~
    semoga selamat operationnya 2..
    kemudian semoga cpt sembuh..
    Amin~..



    p/s : asyik nak nangeh je klu mai blog ni..huk3~

    BalasPadam
  17. To Dr Amad:

    Haish, kekejaman askar jepun sungguh kamu ini.

    Adik-adik jangan takut menegakkan hak kalau anda teraniaya (kalau teraniaya je tau, kalau memang tidak buat kerja, atau salah buat kerja lepas tu kena dera, maka tangguh lah risiko.

    Udang??Udang apakah??hUhu:)

    BalasPadam
  18. To Dr Radzi,

    Anda memang sangat peka dengan segala peluang memanfaatkan mereka yang bergelar adik-adik ya:)

    BalasPadam
  19. To Humaira:

    Salam ukhti, terima kasih:)
    InsyaAllah

    BalasPadam
  20. To 3rdmarch:

    Salam jijol,

    alhamdulillah, insyaAllah jijol mesti boleh buat. Usaha bersungguh-sungguh dan doa serta pasrah sepenuh hati, insyaAllah kejayaan milik hambaNya yang redha;)

    Ameen, terima kasih
    doakan akak ye..ameen:)

    p/s: semoga Allah memberkati kita dan semua sahabat, ameen dan semoga tulisan ini bermanfaat dan menjadi wadah berkongsi ilmu dan pengalaman

    BalasPadam
  21. salam kak aimi..

    'ketua samseng yg solehah'..huhu.mengapakah? samseng eh...-_- adeh..
    ampun x pegi tgk k.aimi nak blk hari tu..
    sbb yakin akan jumpa k.aimi lagi~ameen..
    nnt dh koas hrp2 kite rjn btemu jugak ye...

    tahniah..alfu mabruk ya ukhti!moga kejayaan n redha Allah sentiasa mengiringi..

    doakan kejayaan aiman sama ye..moga berjaya sperti k.aimi^^

    wah..hero cikuda ke kena jaga ktorng?xpe..iA adik2 disini blh jaga diri dgn baik..

    kita semua solehah2 kan..ameen

    moga dpermudah segala urusan k.aimi..

    BalasPadam
  22. To Nurul88:

    Salam..
    mengapakah??kerana anda samseng solehah~hihi
    takpe, asalkan awak doa akk sudah cukup insyaAllah

    insyaAllah ukhti, semoga Allah memberkati dirimu ya ukhti, memberikan kejayaan dunia dan akhirat serta menjadikan dirimu hambaNya yang redha:)

    ukhti, tabahkan hatimu menghadapi ujian ini ya~akak insyaAllah selalu mendoakan kalian:)

    p/s :hero cikuda??err~, insyaAllah adik2 akak dah solehah:)

    Ameen ukhti(^_^)

    BalasPadam