Jumaat, 4 Disember 2009

Maruah dan membela diri

Assalamualaikum wbt.

Pernah menonton drama-drama Indonesia?

Seperti Intan, Wulan dan sinetron-sinetron lainnya.

Saya melihat sinetron-sinetron ini menggambarkan waktu utama baik wanita mahupun lelakinya, sebagai insan yang baik dan berperibadi mulia. Namun, di satu sisi mereka terlihat seperti kurang berilmu dan kurang juga hartanya.

Sedangkan ilmu dan harta itu suatu keperluan buat setiap individu untuk terus mandiri.

Sebaliknya yang digambarkan di sinetron-sinetron, apakah orang baik realitinya begitu?

Hanya terus menangis, merintih, merayu mengikut telunjuk orang yang berperanan antagonis?

Dimana jelas-jelas terlihat mereka (watak antagonis) salah dalam tindakan dan penilaian?


Sejujurnya saya tidak suka dengan pengertian sabar sesetengah pihak. Bersabar bagi persepsi mereka adalah duduk diam termangu menunggu bantuan Allah SWT jatuh dari langit tanpa usaha, menangis sahaja, merintih terus-menerus.

Ini ternyata bukan baik istilahnya tetapi lebih tepat dayus menegakkan yang benar.

Gambaran pelakon dari sinetron ini seolah-olah mencerminkan dunia kita pada realitinya adalah melihat orang baik itu bodoh, miskin, lemah.

Kita Islam sebenarnya diajar untuk membela diri. Mempertahankan yang haq, membanteras yang mungkar. Saya percaya agama lain juga begitu.

Jika memandang isu ini sensitif dan harus diperbetulkan, betulkan dari diri sendiri. Membela maruah diri itu perlu, malah wajib tetapi lihat pada kondisi dan situasinya.

Saya bukan berkomentar tentang sudut lakonan atau jalan ceritanya tetapi saya memandang dari sudut perspektif masyarakat menilai orang baik hanya perlu sabar, senyap, menangis, mengangguk terus. Itu bukan baik sama sekali.

Kita wajib membela diri tetapi tergantung.

1. Kalau kita dimarahi dengan terus kerana tidak boleh menjawab soalan-soalan dari senior doctors atau specialist, apakah perlu kita membela diri dengan memaki kembali dokter-dokter tadi??

Sudah semestinya tidak. Pertama, ianya salah diri sendiri kerana kurang ilmu. Kedua, mereka bukan musuh untuk diperangi sebaliknya adalah rakan sejawat yang cuba mendidik kita untuk lebih matang dalam berfikir. Cuma mungkin pendekatan mereka agak kurang selesa.

2. Kita, wanita khususnya. Di perjalanan, tiba-tiba dikacau dan mahu dicabul oleh lelaki (Na'udzhubillah). Apakah kita harus membela diri dengan melawan kembali penjahat tadi?

Itu hukumnya wajib. Mahu mencarut, mahu menampar, mahu menendang silakan. Ini kerana anda mempertahankan maruah diri. Waktu ini, jangan pula ada yang redha, rela dan mengalu-alukan diri untuk dicabuli.

Mahu bertindak membela maruah silakan. Tetapi lihat dahulu kondisinya bagaimana. Mahu memberontak juga ada cara dan ketikanya.

3. Difitnah oleh si talam dua, tiga muka.

Nasihat saya, abaikan orang ini. Kalau ada yang bertanya kepada diri kita tentang duduk letak situasi sebenar, baru kita buka mulut untuk menyatakan kebenaran. Seandainya, orang masih mengatakan hal fitnah tentang diri, tanpa mahu mendengarkan penjelasan dari diri kita, bagi saya, CUKUPLAH ALLAH MENJADI PEMBELA DIRI.

Pesanan dan peringatan buat diri yang lemah.

2 ulasan:

  1. assalamualaikum kak aimi,

    erm..kalau tgk sinetron2 indonesia..mmg slalu rasa geram kat watak utama dia..sbb konon baik sgt smpai tak buat apa2 walaupun disiksa n dikerjakan dengan teruk..

    mmg kurang ilmu laa kot..

    setiap perkara perlu berada pada tempatnya..sabar juga ada tempatnya..

    wallahualam

    BalasPadam
  2. Wa'alaikumussalam duha,

    Akak geram dua2 watak, watak utama agonist yang sangat innocent dan watak antagonist yang hilang perikemanusiaan.

    benar, bertindak tepat pada waktu dan ketikanya. Namun begitu, kalau maruah agama diinjak-injak, bangkitlah cepat. Kita dihormati didunia inipun kerana adanya nikmat Iman, Islam dan Ihsan.

    terima kasih untuk nilai tambahannya

    BalasPadam