Selasa, 12 Julai 2011

Panggilan suster(Nurse) untuk koas (Medical student)


Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, saya telah selamat sampai ke Karawang, sebuah daerah di Jawa Barat, mempunyai Hospital Daerah yang cukup besar. Layaknya sebuah Hospital Pusat.


Syukur, banyak peluang untuk belajar dan beribadah, tidak kurang juga pengorbanan masa, istirehat dan juga kewangan.

Sebuah pengorbanan untuk ke SyurgaNya. Ameen, insyaAllah.

Saya ingin berkongsi pendapat, mungkin bermanfaat dan mungkin juga tidak. Mungkin ada yang bersetuju dan mungkin juga tidak. Ini hanyalah pendapat peribadi dan silakan berdiskusi atau mengemukakan idea kalian dengan cara berhemah. InsyaAllah, saya akan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Baiklah, sebagai istilahnya Dokter Magang, hanya tinggal selangkah lagi sebelum angkat sumpah (Hippocratic Oath), saya belajar suatu hal. Hal yang mungkin penting untuk saya sampaikan kepada semua adik-adik Medical students umumnya dan Koas (UNPAD) khususnya.

Sewaktu Oncall, pasti ramai yang "terkena" dipanggil "Sus" atau "Bu suster" atau seangkatan dengannya yang merujuk kepada "Nurse" bahasa Inggerisnya.
Ada yang merasa kurang selesa. Biar saya teka kenapa anda merasa kurang selesa.

"Penat-penat aku belajar 5 - 6 tahun, dia panggil aku "sus""

"Hello, apa suster-suster? I'm Medical student ok?!"

Baiklah saya yakin, mungkin ada yang tidak pernah mengungkapkan seperti di atas kepada keluarga pesakit dan hanya menyimpannya atau menggerutu di dalam hati saja kerana atas dasar hormat.

Tahniah kerana saling menghormati itu juga merupakan sebuah elemen penting etika seorang dokter.


Dulu, saya akui pernah merasa kurang selesa apabila ditegur sebagai "Suster". Namun begitu, saya memberikan ruang buat diri agar berfikir dan bertindak rasional. Alhamdulillah, di sini ingin saya kongsikan beberapa hal.

Ada suatu hal yang sangat crucial ingin saya tekankan.


Pertama, perawat juga adalah manusia yang sedang beribadah.

Jangan sesekali memandang rendah kepada tugas seorang jururawat. Jangan sekali merasa terhina jika dipanggil sedemikian. Tidak sehina dan serendah yang kalian fikirkan (segelintir dari manusia).


Jururawat adalah kaki dan tangan dokter. Tanpa mereka, tidak mungkin kita dapat melayani hampir 50 pesakit sehari. Saya telah merasakan hal tersebut. Saya telah turun hampir 2 bulan lebih ke dunia realiti perubatan. Walaupun singkat, namun begitu saya tahu bagaimana hubungan simbiosis antara seorang dokter dan jururawat itu perlu bagi menjamin kepuasan dan pelayanan medis yang optimum.


Seorang pakar/specialist sahaja menghormati dan menghargai keberadaan seorang jururawat, kenapa perlu kita yang hanya mentah bertih jagung mahu bongkak ke langit?


Tersenyumlah. Introspeksi diri.

Kedua, lihat kekurangan diri dan ubahlah.
Mahu atau tidak, kalian dan saya, harus berfikir dan bertindak seperti mana seorang dokter harus lakukan. Mungkin sahaja keluarga pesakit memanggil kita dengan panggilan yang macam-macam kerana merasa kurang yakin dengan perwatakan kita.

Seorang jururawat adalah mereka yang lemah-lembut, sangat dekat dengan keluarga pesakit. Ibarat seorang ibu dalam institusi keluarga. Apa-apa yang mereka (keluarga pesakit atau pesakit) perlukan, akan langsung disampaikan kepada jururawat. Jururawat adalah
primer contact mereka. Mereka lebih kenal jururawat dari dokter.

Kalau seorang pesakit itu bertemu dengan jururawat mungkin sejam atau lebih dalam sehari, sebaliknya berlaku dengan keberadaan seorang dokter. Rasio nya mungkin 10:1 waktu yang seorang dokter mampu peruntukan.


Seorang dokter mungkin maksimal memperuntukkan waktunya 30 minit dalam melayani seorang pesakit. Oleh itu, pesakit akan
merakam khas dalam kepala mereka perwatakan seorang dokter itu bagaimana. Cara mereka, gaya mereka, pertuturan mereka, attitude mereka. Semuanya.

Jika kita tidak dipanggil dokter, mungkin saja kesalahannya datang dari kita sendiri yaitu kita
belum bersikap seperti layaknya seorang dokter. Dan mereka panggil jururawat bukan kerana adanya strata dokter lebih tinggi dari jururawat tetapi hanya ada 2 manusia yang mereka kenal dalam memberikan khidmat pelayanan medis mereka yaitu kalau tidak dokter, mungkin jururawat.

Kalau paramedik boleh menangani pesakit di hospital, tidak mustahil kita boleh dipanggil
"Mbak, Pak paramedik"

InsyaAllah, ini saja mungkin yang ingin saya kongsikan kepada semua.

Sebelumnya, saya memohon maaf ke atas segala kesalahan saya dalam penulisan ini yang mengguris hati adik-adik dan teman-teman saya.

Namun begitu, saya merasa teguran ini perlu dalam membenarkan paradigma dalam berfikir kita.


Pesan 1: Bersihkan minda, sucikan hati, lapangkan jiwa.

Pesan 2: Hilangkan rasa bongkak dan tinggi diri kerana semua dari kita ini milik Ilahi

Pesan 3: Selamat berjuang buat semua dan juga diriku! :))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan