Isnin, 12 Mac 2012

Cerita HO, 2: Semangat!

Assalamualaikum wrt wbt,

Syukur, alhamdulillah.

Semasa Program Transformasi Minda (previously known as Induction), saya telah disedarkan dengan beberapa perkara dan peringatan yang mengetuk minda dan hati saya.

Saya sedar, berada di dalam dunia perubatan dan memikul tanggungjawab sebagai salah seorang functional group di dalam sebuah organisasi hospital, semestinya dapat menutup, membungkus segala rasa bangga yang masih tersisa.

Rasa bangga saat nama diumumkan sebagai salah seorang graduan perubatan dengan berkelulusan cemerlang. Masih terbayang nilai A yang masih berderetan, senyuman mama dan babah yang mekar saat melihat wajah anaknya mengambil ijazah.

Semua kebanggaan itu cukup sebagai pemangkin semangat. Tidak memberikan kesan apa-apapun kepada diri saat mendaftar sebagai Houseman/Pegawai perubatan sementara di hospital.

Ibarat nilai UPSR 5A, apabila memasuki sekolah menengah, we have to start from the beginning. There's no such issue, when you're 5 stars candidate previously, you'll remain excellence for the rest examinations ahead.

Apa yang membezakan adalah attitude and motivation. Bagi pelajar yang sebelumnya cemerlang, mereka pernah merasa manis dan nikmatnya kejayaan. Oleh itu, untuk mengekalkannya, mereka harus melipatkali gandakan usaha manakala bagi yang pernah gagal, jika mereka menyesal, mereka akan kembali mencari jalan yang lurus menuju kejayaan.

Begitulah persis dunia perubatan.

Saat pertama bergelar Doktor, hilanglah sudah segala kebanggan yang dimiliki sebelumnya. Hanya ada semangat, motivasi dan ilmu yang masih tersisa melekat di kepala. Bermula dari nilai kosong dan paling rendah.

Ramai yang mengatakan masalah bahasa merupakan tantangan hebat buat mahasiswa graduan Indonesia khususnya.

Alhamdulillah, syukur. Jujur saya katakan, saya menghadapi masalah ini hanya diawal proses pembelajaran. Masalah istilah, singkatan bahasa perubatan dan sebagainya, dapat dihadam dalam waktu sebulan bekerja.

Contoh perbezaan adalah seperti berikut:

1. NKMI, NKDA --> no known medical illness, no known drug allergy
2. CVS: drnm --> cardiovascular system: dua rythym, no murmur
3. TAHBSO --> total hysterctomy bilateral salphyngo ooverectomy.
4. IVD 3NS, 2D --> intravenous drip, 3 normal saline, 2dextrose saline.
5. UFEME --> Urine full examination and microscopic examination
6. Blood C&S --> blood culture & sensitivity
7. RP --> renal profile
8. LFT --> liver function test
9. CE --> cardiac enzyme

Dan banyak lagi istilah perubatan yang dipendekkan bertujuan memudahkan urusan clerking. Jangan risau, segala istilah yang dipendekkan adalah bersesuaian dengan standard abbreviations. So, you only have to flip over any medical books or do not hesitate to ask.

Ada juga isu yang pernah diketengahkan graduan dari Indonesia ini selalunya disindir sebab tidak competence.

Competence atau tidak dinilai dari 3 perkara;
1. Attitude
2. Knowledge
3. Skill.

Number 2 and 3 you can learn and gain everyday. By seeing your patients, by learning from the books or else. The prior thing is the list on the top, Attitude. One of my MO's once said, "Aimi, I don't care where you graduated from, as long as you know what you're doing, you have great attitude, that is enough. The rest you'll gain subsequently. Me also graduated from the 3rd world country. Don't give a sh** with what they are going to say. I know you'll become a good HO, soon, very soon"

Alhamdulillah. Sejak dari itu, saya usaha berkali ganda. Saya baca dan hafal, saya volunteer untuk buat apa saja tindakan yang saya rasa saya mampu.

Rakan-rakan pula sangat memberikan motivasi and willing to help me at any time. No SELFISH among my colleague members.

Doktor senior (MO) pula tidak sombong. [Though there's still 1 or 2 MO, I disagree with, never mind, just focus with less 'malignant' one ;p]

Keluarga memainkan peranan penting. Doa dan motivasi mereka tidak boleh putus. InsyaAllah, dengan keberkatan doa dan semangat yang diberikan, kita tetap kekal di dalam dunia ujian.

Pesan 1: Rajin-rajinkan diri buka dan hafal ilmu lama dan update dengan ilmu baru.

Pesan 2: Pupuk rasa ingin tahu, selalu tanya kepada diri, "Kenapa" dan "Bagaimana" apabila membaca dan menuntut ilmu. Jelas, kita akan lebih tahu kenapa kita belajar sesuatu. Barulah ilmu akan melekat.

4 ulasan:

  1. nice one kak aimi..adaptation needs time..we can do this..if we want to fly higher, we need to work harder..

    p/s : doakan kami yang baru mula jadi dokter muda di rshs supaya dapat adapt...:)

    BalasPadam
  2. (^_^) teruskan berkongsi akak..

    'less 'malignant' one' hehe Dr sini pun suka guna ayat ni utk describe Dr2 kat sini..

    BalasPadam
  3. Syuhadah:

    Alhamdulillah, semoga bermanfaat.

    manapun kita pergi, jelaskan matlamat diri.

    semoga dengan jelas matlamat, langkah kita tidak tersasar. insyaAllah, saling mendoakan

    BalasPadam
  4. Sha~

    insyaAllah, semoga Allah SWT memberikan terus idea-idea bermanfaat untuk menulis.

    Tanggungjawab baru, cerita baru untuk dikongsikan.

    Istilah-istilah medical banyak digunakan utk describe orang sebenarnya. akak pun baru tahu bila dah sampai malaysia. hehe

    BalasPadam