Ahad, 18 April 2010

Perlukah aku?

Assalamualaikum wrt wbt,

Semoga artikel ini bermanfaat buat diri dan semua yang membaca. InsyaAllah.


Kawan

Saya

Aimi, saya suka dengan lelaki X ini. Saya cuba nak tinggalkan dia, tapi susah. Macam mana ye?Pendapat awak macam mana?

Wallahualam, bagi saya, benda yang tidak elok ini memang susah hendak ditinggalkan tapi benda yang baik pula memang susah hendak dilakukan. Awak pun tahu hukum couple. Awak pun arif dengan selok belok urusan hati dan perasaan, apa yang awak perlukan sekarang adalah rasa 'mahu' untuk mengatakan 'tidak pada couple'

Awak senanglah Aimi. Awak tidak pernah merasa couple itu apa? Awak tidak tahu bagaimana untuk mengatakan tidak.

Baik, saya akan balas pandangan awak tadi, tapi saya mahu awak jawab soalan-soalan saya dahulu.

Ok, baik.

Perlukah saya mati dahulu sebelum saya menasihatkan oranglain agar takut mati dan ingat azab dan nikmat di alam barzakh?

Tidak

Perlukah saya berzina dahulu agar saya mempunyai pengalaman zina sebelum saya menasihatkan oranglain agar jangan mendekati zina?

Tidak

Perlukah saya menderhaka kepada orang tua saya sebelum saya menasihatkan orang ramai agar mereka menghormati orangtua mereka?

Tidak.

Jadi, perlu tidak saya couple dahulu untuk mendapatkan pengalaman 'nikmatnya' masa bercinta supaya saya dapat menasihatkan orang ramai jangan ber'couple'?

Tidak

Jadi, boleh saya lanjutkan pandangan saya?

Boleh. Aimi, sorry.

Ini adalah pengalaman saya. Saya diminta oleh sahabat untuk menasihatkan dirinya menyentuh masalah couple. Cuma apa yang ingin saya sampaikan bukanlah pada masalah couple yang menjadi inti pati perbualan kami, tapi 'permintaan' sahabat agar saya memahami dirinya yang sudahpun punya pengalaman ber'couple'.

Di dalam dunia ini, kita tidak perlu merasa semua kegagalan, semua maksiat, semua kejahatan lalu insaf semata-mata mahu menambah pengalaman hidup diri. Kononnya, pengalaman-pengalaman sedemikian diniatkan agar nasihat kita lebih telus dan menusuk ke jiwa manusia lain kerana kita punya sesuatu yang mereka ada iaitu pengalaman.

Pengalaman orang lain dan pengajaran dari insan yang terdahulu itu semua tujuannya 1. Allah SWT tidak akan menjadikan suatu hal itu sia-sia. Tapi memberikan kita peluang untuk mengambil iktibar dan tidak terperosok di dalam lubang kesalahan yang sama seperti mana mereka pernah lalui.

Dalam HR Tirmidzi, Rasulullah SAW bersabda,

"Hikmah itu barang hilang seorang mukmin, di manapun ia menemukannya maka ia paling berhak mendapatkannya"

Nah, Rasulullah SAW telah mengungkapkannya ribuan tahun dahulu. Jadi tidak perlulah kita 'bersusah payah mengumpul pengalaman hidup buat bekal dosa di akhirat'.

Tiada istilah kau tidak punya pengalaman, jadi kau tidak patut memberi pandangan. Sama-sama kita berkongsi ilmu dan pengalaman kerana syurga itu bukan milik peribadi, ia hak semua umat Islam yang rindukanNya.

Wallahualam.

14 ulasan:

  1. Salam ziarah...
    (^_^) nice entry...
    Bila orang kata kita tak rasa apa yang dia alami..tak tau nak cakap macam mana...nasihat pun dah tak brapa menjadi...
    setidaknya entri ni membuka jalan berbicara...
    Erm masih banyak ragam manusia yang harus ana teliti dan kendali...
    Jazakillah

    BalasPadam
  2. perlukah sy kurus dulu sebelum menasihati adik2 sy kurus..hehe..bagus2!! acik suke cite ni~

    BalasPadam
  3. Iman Aisyah,

    Thank you^_^. Alhamdulillah

    BalasPadam
  4. Nur_aishah berkata...

    Thank you, alhamdulillah :)

    Semoga bermanfaat:)

    BalasPadam
  5. Salam sinar_islami,

    Thank you. Alhamdulillah

    Semoga bermanfaat dan semoga Allah redha ke atasmu:)

    p/s: akak pun masih belajar dalam kehidupan ini, semoga pengalaman dan perkongsian dengan sesama menambah keimanan kita kepada Allah SWT

    BalasPadam
  6. Acik @ Miera,

    Itu sudah lebey~

    Sungguh tidak perlu kurus sebelum menasihatkan orang supaya jadi kurus~ hihi :)

    BalasPadam
  7. weeeeweeeeweeeee...muahahahaha(opppsss, tergelak evil lak)..ape yg lbeyh wahai kakandaku? lemakmu? itu sudh pasti..ramai yg ketahuinya.. =) kak..rindu kakak la pulak~ dh la kakak x wish langsung acik nk exam, ni yg nk majuk dengan kakak ni =(

    BalasPadam
  8. Acik,

    Oh tidak mengapa, paling penting hati tenang, minda senang :)

    Terima kasih, kakak tahu memang family rindu kakak. Hihi

    Kakak fikir macam malas nak balik bulan 7 nanti. Alang-alang kalau nak balik, biar balik masa Januari 2011 tu. Masa tu cuti panjang

    Oh yeke?

    Good luck :)

    BalasPadam
  9. jgn ngade2 x balik, nak kene smackdown? heeee~ alaa..balik la..balik laaa ;p

    BalasPadam
  10. assalamualaikum kak aimi!

    lama mencari jawapan utk situasi mcm ni..
    baru2 ni pn ada borak dgn kwn ttg mslh ni..

    sbb org slalu bg alasan mcm tu 'awak tak pernah rs, jd awak tak faham'

    dan sy pun terkesima lalu diam..
    takut tersalah cakap atau melukakan hati dia..sbb mungkin mmg sy tak mampu faham perasaan dia..

    tapi sedar perlu utk terus menegur..cuma tak tau mcm mana nk bg kekuatan pd diri..

    smpai kdg2 tu terlintas dlm hati..kalaulah dulu sy jahat, dan sy berubah..mungkin akan lebih memahami..mungkin kah?

    tapi terfikir jugak, kalau Allah tak sedar2kan sy dr kejahilan mcm mana? kn lg payah..hehe..jd erase lintasan hati tu cepat2..

    tapi thanks alot for this post..insyaAllah dpt menjadi peringatan n bekal buat diri ini :)

    p/s:bila nk trun jatinangor tgk mereka2 yg terkena br2 ni..ehhe~

    BalasPadam
  11. Wa'alaikumussalam ukhti habibati duha,

    Alhamdulillah, semoga bermanfaat:)

    p/s: simpan baik2 nak video. insyaAllah, kalau sempat, akak pi J'gor, akak tengok na..hehehe

    BalasPadam