Alhamdulillah.
Hari ini saya ingin berkongsi tentang "Berkongsi bekas minuman"
Saya memang sejak kecil lagi minum banyak. Sehingga dewasa, saya akan minum sekurang-kurangnya 2 liter, satu hari. Kalau tidak makan, tidak mengapa, yang penting minum jangan berkurang.
Oleh itu, cara memenuhi keperluan saya, minimalnya setiap hari, saya akan membawa bekal air Aqua 2 liter sehari.
Saya dikenali sahabat-sahabat "budak kuat minum".
Sewaktu KOAS/internship, saya akan bawa 2 liter sebagai simpanan di dalam loker dan 2 liter lagi di dalam beg.
Ada seorang sahabat lelaki,
"Aimi, saya haus sangat. Mau minta minum boleh?" tanya sahabat dengan muka seposen.
"Oh, boleh je. Sekejap, saya ambil" saya balas
"Eeii. Aimi, pergi cuci tempat minum awak tu"
Saya, "Kenapa?"
Kawan perempuan, "Kan awak sudah kongsi minum"
Saya, "Kenapa tidak boleh pula? Dia bukan babi pun nak disamakkan benda yang terkena"
Kawan, "Tak boleh!"
Saya, "Ok, kalau tak boleh kongsi minum antara perempuan dan lelaki, tolong tunjukkan saya hadith atau dalil yang menyokong. InsyaAllah, saya dengan senang hati menurutnya. Kalau kerana alasan kurang sopan dan tidak sedap mata memandang, maafkan saya, saya tidak dapat menerimanya. Teman kita (merujuk kepada sahabat lelaki tadi) itu lagi kehausan, dia manusia yang berhak mendapatkan bantuan. Istilah kurang sopan tepat diberikan kepada mereka yang tidak membantu manusia yang memerlukan. InsyaAllah, apa yang saya lakukan ini, saya telah pertimbangkan. Saya tidak duduk berdua dengan sahabat lelaki tadi sambil menemaninya minum sehingga boleh menimbulkan fitnah, sebaliknya saya memberikan minuman dan saya pergi meninggalkannya"
Kawan, "Er.."
Saya, "Saya tunggu maklumat dari awak tentang hal ini. Afwan"
"Oh, boleh je. Sekejap, saya ambil" saya balas
Tiba-tiba, datang seorang sahabat perempuan,
"Eeii. Aimi, pergi cuci tempat minum awak tu"
Saya, "Kenapa?"
Kawan perempuan, "Kan awak sudah kongsi minum"
Saya, "Kenapa tidak boleh pula? Dia bukan babi pun nak disamakkan benda yang terkena"
Kawan, "Tak boleh!"
Saya, "Ok, kalau tak boleh kongsi minum antara perempuan dan lelaki, tolong tunjukkan saya hadith atau dalil yang menyokong. InsyaAllah, saya dengan senang hati menurutnya. Kalau kerana alasan kurang sopan dan tidak sedap mata memandang, maafkan saya, saya tidak dapat menerimanya. Teman kita (merujuk kepada sahabat lelaki tadi) itu lagi kehausan, dia manusia yang berhak mendapatkan bantuan. Istilah kurang sopan tepat diberikan kepada mereka yang tidak membantu manusia yang memerlukan. InsyaAllah, apa yang saya lakukan ini, saya telah pertimbangkan. Saya tidak duduk berdua dengan sahabat lelaki tadi sambil menemaninya minum sehingga boleh menimbulkan fitnah, sebaliknya saya memberikan minuman dan saya pergi meninggalkannya"
Kawan, "Er.."
Saya, "Saya tunggu maklumat dari awak tentang hal ini. Afwan"
Begitulah seputar perbualan saya dengan sahabat perempuan dan lelaki.
Wallahualam. Seandainya ada sahabat yang mengetahui hukum ini, silakanlah berkometar di sini.
Pesan 1: Ini adalah jawapan dari Ustaz Azhar Idrus seputar topik ini,
(http://ustazazhar.com/v1/pelbagai/hukum-berkongsi-bekas-minuman.html)
Wallahualam. Seandainya ada sahabat yang mengetahui hukum ini, silakanlah berkometar di sini.
Pesan 1: Ini adalah jawapan dari Ustaz Azhar Idrus seputar topik ini,
(http://ustazazhar.com/v1/pelbagai/hukum-berkongsi-bekas-minuman.html)
"w.salam
Tidak ada sebarang nas yang melarang berkongsi minuman dengan orang lain. Jadi mungkin larangan tersebut berkisar atas sebab2 menjaga kesihatan diri kerana dibimbangi berjangkit penyakit dari orang lain. Oleh itu tidaklah termasuk ia dalam larangan agama. Siapa yang nak berkongsi bekas minuman tidak boleh dilarang dan siapa yang tidak mahu berkongsi pula tidaklah boleh dicela.
Apa yang datang kepada kita dari kisah para sahabat berkongsi bekas minum seperti yang berlaku dalam satu peperangan menunjukkan ianya adalah harus dan tidak menjadi suatu yang salah.
wallahua'lam"
tajuk yg menarik!! :)
BalasPadamteruskan menulis..
erm..just nk berkongsi pendapat..
BalasPadamsy pernah ternampak sorg senior lelaki sy share bekas minuman dengan sorg perempuan..
benda pertama yg terlintas dlm fikiran adalah 'x manis sungguh! hilang thiqah'
mungkin disebabkan bukan shj share bekas minuman, malah duk bersembang mesra pulak kat situ..
bg duha, mmg kalau ada keperluan, takde mslh berkongsi..tapi atas kehatati-hatian, better kita sebagai yang meminta minuman, carilah alternatif lain spt beli air kat kedai(kan best dpt botol air sndr) atau cr kawan sejantina agar xdelah timbul ap2 yg MUNGKIN mencurigakan..
tapi kalau dah haus sgt smpai tak tahan n boleh syncope ke..sila lah minta, n yg diminta jgn lah kedekut..hehhe
macam jugak share mknn..sbg contoh ap2 jenis junk food cam potato chips tu kan..mmg tak salah berkongsi, yang tak manis bila jelas terzahir lelaki n perempuan tu SAMA2 makan benda tu..bg duha tu cm mesra yg tak patut lah bg seorang muislim n muslimah..n 4 me, kalau ad budak laki tiba2 mintak potato chips yg duha tgh mkn, duha akan bagi terus kesemuanya, sbb rs bersalah pulak nk share2 dgn dia..
wallahu'alam..
mungkin sekadar pegangan n pandangan msing2 :D
emm..mmg takde hadis ke ape berkaitan hal ini..
BalasPadamtp bagi org..hal ni mmg nmpk x manis dn mungkin leads to fitnah..
jadi klu ad ruang, i'll try to avoid this kind of situation =)
i loike this =)
BalasPadamterutamanya aku, memang sangat suka memintak air org lain.
dan sebab katanya zaman sekarang kesamaan hak gender, untuk mintak air ni aku dah tak pandang gender dah. (perlukah? XD)
aku nak ucapkan terima kasih kepada semua mereka yang telah memberi minum kepada aku dikala aku kehausan.
insya Allah, memberi minum kepada orang yang sedang dahaga adalah satu bentuk ibadah =)
Ini pendapat saya:
BalasPadamHukum kongsi makanan atau minuman dengan lain jantina (yang bukan mahram) memang takde dalam quran atau hadith setakat ni. Ayat quran / hadith berkaitan ikhtilat adela.
Ye, hukum asal air liur bukan najis, tak haram pun, kita boleh je nak rasa air liur orang. Cuma masalahnya, kalau kita kongsi makanan dengan bukan mahram , dia akan menimbulkan fitnah, satu fitnah orang terhadap kita apabila kita melakukannya, kedua fitnah dari segi ujian terutamanya kepada lelaki, dia akan datang satu 'rasa' atau feel yang lain bila rasa bekas minuman / makanan lain jantina ni. Ini antara ikhtilat yang perlu dijauhkan.
Kalau darurat pun, haus tahap gaban ke, cuba cari yang sama jantina . Kalau betul-betul takde, baru la minta pada yang lain jantina.
Kalau family, nak kongsi takde masalah, lebih digalakkan.
-----------------------------------------
Rasulullah dulu, nak menunjukkan betapa romantiknya dia kepada Aisyah, dia cari bekas bibir Aisyah pada bekas minuman (macam cawan la kot) yang Aisyah minum untuk dia minum pada pada tempat yang sama dengan bekas bibir Aisyah.
*Aisyah berkata, “Aku pernah minum. Saat itu aku sedang haid. Kemudian aku memberikan minuman tersebut kepada Nabi Muhammad SAW(dari bekas yang sama), di mana Bagindamenempelkan mulutnya sama di tempat bekas aku minum, lalu Baginda minum. Pernah pula aku makan daging yang tersisa dari tulang dengan menggigitnya, sedangkan aku dalam keadaan haid. Kemudian aku memberikan daging itu kepada Rasulullah, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada bekas mulutku.” (Riwayat Muslim, No. 800)*
Tapi sekarang, ramai antara kita yang buat benda tu, kongsi bekas makanan/minuman dengan yang bukan muhrim. Siap kongsi sudu, garfu, straw. Padahal kawan je, takkan dengan kawan-kawan pun nak sweet-sweet kot 😂. Simpanlah benda tu untuk pasangan kita nanti. Kalau tak apa bezanya kawan kita dengan pasangan kita. Pasangan kita dah hilang satu keistimewaan yang sepatutnya hanya dia boleh dapat dari pasangan dia. Kesiannn dia...
Hambar. Banyak baca novel dan berfantasi
PadamTpi btul kan ape yg die ckp? Ni buat Aku rase nk lakukan ape yg die ckp mcm simpan perbuatan itu untuk yg betul bukan kawan sahaja. Aku suka jugak selitan kisah Nabi sebab Aku tahu Nabi memang seorang yg romantis jdi Aku suka. Aku menang X faham pendapat banyak baca novel kau sebab dgr mcm kau X suke. Xperlu ckp mcm Tu kot klau x suke.
PadamBanyak bce novel kte nye?? Nabi da ade pesankan. Ditinggalkan pada kite 2 perkara yg apabila kite ikut nescaya tidak akan tersesat selamenye, itu la AL-QURAN dan SUNNAH. novel2,TV ape semua lainnye kalu kite follow memg kelaut jawapnye.
PadamAssalamualaikum. Astaghfirullahalazim.
BalasPadamBagi yang menjaga perkara itu. Mungkin dia menjaga waraknya. Adab itu kan halus jadi kita perhalusi la. Jika darurat itu lain ceritanya.
Boleh jerkan mintak yang sama jantina.
BalasPadamMelainkan laa keadaan ketika tu memang darurat.
Sebenarnya semua tu depends on individu tu jugak. Memang tak de hukum yang jelas. Tapi as Muslimah kita mesti tau what should do n dont lelagi dengan yang bukan mahram.
Sebab banyak mata yang memandang dan menjadikan kita contoh dalam diam. Jangan kerana kata² n perbuatan kita, orang hilang hormat dan percaya pada kita.
Satu jer nak kata dakwah yang terbaik adalah dengan akhlak. Yang mana boleh elak kita elak, semua tu kan pilihan. Islam tu mudah tapi jangan diambil mudah.
Just my 2cent, maaf andai tersilap. Terpanggil kesini pon sebab terbaca status seorang Muslimah yg terbiasa berkongsi makanan n minuman dgn bkn mahram.
Wallahua'lam.