Ahad, 13 November 2011

Teguran mereka teruk!




Dari atas Wani, kedua Vickee, ketiga Nora dan saya yang sedang duduk


Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah. Penantian dan usaha setelah lebih dari 6 tahun, berakhir pada tanggal 09/11/2011.
Tarikh di mana seramai 246 mahasiswa perubatan angkatan 2005 semester ganjil diumumkan lulus dan mendapatkan gelar dokter.

Oleh itu, secara rasmi saya adalah seorang dokter yang belum terdaftar dan sedang terdampar di dalam bilik sendiri sambil membuat revisi ulang. Baiklah, disebabkan saya sudah habis belajar, saya mahu bercerita tentang pengalaman non-akademik.

Bagi saya ini pengalaman manis, semanisnya ukhuwwah. Jika ramai yang sebut ukhhuwah antara sesama muslim, di sini saya ingin menceritakan ukhhuwah lebih luas dari ikatan sesama muslim.

Gambar ini diambil sempena foto yang akan dimasukkan ke dalam yearbook nanti insyaAllah.


Dari kiri duduk adalah Wani, terbaring dekat atas kerusi adalah Vickee, dokter yang melayan kerena pesakit itu adalah Nora dan saya pegang tangan Vickee. Berapa kali saya melambak ketawa sebelum tangkap gambar. Kelakar!


Selamat membaca, semoga bermanfaat dan Allah SWT redha akan tulisan saya serta dijauhkan dari fitnah dunia dan akhirat. Dengan nama Allah...

Tahun 2005, sewaktu di KLIA (Kuala Lumpur International Airport sebelum syarikat penerbangan AirAsia berpindah ke lokasi baru LCCT) sebelum menjejakkan kaki ke bumi Garuda Merah Putih ini,

Mama sempat berpesan, "Kak, jangan lupa belajar betul-betul, ingat pesan mama and babah. Jadi contoh yang baik. Jangan asyik dengan pelajaran sampai lupa cari calon"

Saya, "Huh?"

Babah seperti biasa, nasihat beliau ringkas dan padat, "Kakak, ingat Allah, stay focus and dicipline".

Ringkaskan?

Saya pertama kali berkenalan dengan Norashikin. Dia sahabat saya, indeed my bestfriend sampai sekarang. Waktu itu, dia sakit, saya pula kelam-kabut mahu cari tandas. *Orang lain kelam-kabut masuk Gate pelepasan, aku boleh terlalu nervous sampai nak terbuang air*. Saya minta Nora, tolong jagakan beg saya. Tahu macam mana cara saya tegur Nora?,

"Awak belajar dekat Bandung juga?"


"Ya"

"Sorry, saya nak pergi toilet, nak minta tolong jagakan beg saya sekejap boleh?"

Saya dah jalan beberapa langkah, saya balik semula.

"Saya Aimi, awak?"

Masa itu, saya lihat reaksi muka Nora seperti sedang berfikir, "Apa lah budak kelam-kabut ini buat?"
Haha. Serabut sungguh!

Selesai acara memerut, saya pun berlari-lari ambil beg saya, *saya dah ketinggalan dari rombongan yang ke Bandung*. Sewaktu beg saya di scan di dalam Custom Scanner, berbunyi siren.

Sejujurnya saya tidak tahu apa di dalam beg saya. Mama yang pack semuanya untuk saya. Pegawai kastam tanya,

"Ada apa dalam beg adik ini?"

"Tak tahu"

*Sigh* beg sendiri pun, saya tidak tahu isinya. Terpaksa diselongkar. Bertambah lambat saya untuk menaiki pesawat. Rasa mahu menangis pun ada. Saya pun terperanjat lihat barang dalam beg saya.

"Huh?"

5 bungkus besar, pack Milo 3 in 1.

5 bungkus besar, Nestum instant.

2 bungkus besar, Nescafe 3 in 1.

2 bungkus besar, Maggi Kari.

2 bungkus roti Gardenia.

1 bungkus rendang ayam.

1 bungkus frozen karipap.

2 buah buku kosong (buat catatan kuliah mungkin).

Beberapa keping gambar keluarga

1 set alat tulis

1 Al Quran dan tasbih dan........

1 GUNTING

Mana sirens dekat Kastam tak berbunyi, ada benda tajam rupanya.

Dalam hati saya berbisik, "Mama terlupa mungkin. Itu sebabnya mama TERmasukkan gunting. Untung bukan periuk belanga yang masuk dalam beg ini"

"Kami terpaksa rampas......" belum selesai makcik kastam tadi berbicara, saya langsung balas,

"Makcik nak ambil pun ambillah, tapi tolong saya masukkan balik semua makanan saya sebab saya dengar nama saya dah dipanggil final call"

Macam Amazing Race, saya dan 2 orang pegawai Kastam bertungkus lumus memasukkan barang-barang. Oleh kerana cara susunan barang tidak teratur, maka melambak semulalah semua khazanah saya tadi.

"Arrgghhhh..." stress saya cuba memasukkan semula. Saya lihat seorang pakcik kastam cuba membantu, dengan tenaga jantan yang dia ada, dia henyak (ada tatabahasa yang lebih tepat untuk ini?) semua barang saya.

Beg saya koyak! Tapi barang dah masuk semua (T_T)

Saya menangis. Bergenang airmata saya sambil melihat beg yang baru mama dan babah beli koyak. Emosi sungguh di airport. Tidak tahu apakah saya patut berterima kasih kepada mereka yang membantu atau biarkan sahaja. Saya pun lupa apa tindakan saya.

Ada seorang penumpang yang mungkin kesian lihat saya, dia volunteer, bawa beg saya. Alhamdulillah, terima kasih pakcik. Untung pakcik nak bawa, kalau tidak, koyak tendon tangan saya bawanya sendiri. Saya masih dengan airmata. Fragile!

Di dalam pesawat, saya duduk bersebelahan Norshahida. Dia juga adalah kawan baik saya. Kami sempat berbual seketika dan kemudian masing-masing melayan perasaan sedih sendiri. Saya diam. Keraguan mula muncul dalam diri.

"Benarkah 2 jam lagi aku akan berada di Indonesia?"

"Benarkah mulai 2 jam dari sekarang, aku akan terdaftar sebagai mahasiswa kedokteran?"

"Pintu kapal terbang belum tutup. Kalau nak lari semula, tak nak sambung belajar, masih sempat ini"


Mulalah fikiran-fikiran pelik keluar. Saya lantas beristighfar berulang kali. Sehingga terlelap :)

Sewaktu tahun pertama, saya sering mengalami demam panas dan pelbagai lagi penyakit infeksi Gastrointestinal dan Repiratory System.

Sejarah alkisahnya, sewaktu sekolah, Tingkatan 1 sampai 3, saya tidak makan di luar, sekalipun di kantin sekolah. Alasan? Masakan mama lagi sedap dan bersih.

Sewaktu Tingkatan 4 di asrama, saya pernah demam, sakit perut dan pengsan. Rupa-rupanya, saya mengalami infeksi saluran pencernaan. Saya sekolah di JB manakala mama dan babah di Melaka. Mereka berulang alik hujung minggu sekitar 4 jam perjalanan sehala. Oleh itu, setiap hujung minggu, babah atau mama akan datang melawat, sekalian bawa makanan untuk tempoh seminggu sampailah saya selesai Tingkatan 5.
*Perut saya yang manja bukan saya :p *

Jadi boleh bayangkan betapa saya sangat sensitif dengan makanan luar? (dululah. sekarang, kayu goreng tepung pun saya makan, asalkan tidak ada siapa-siapa beritahu saya itu kayu)

Pernah sewaktu kuliah tingkat 1 (first year) saya demam panas, hampir seminggu, di sertai batuk berdarah. Saya hanya mendiamkan diri, saya degil dan berkeras untuk tidak dibawa ke hospital terdekat. Setiap malam, kawan-kawan saya bergilir menjaga saya.

Ada suatu malam, waktu saya sedang demam panas, saya lihat lampu meja belajar saya menyala. Saya perhatikan sosok seseorang yang ada di meja belajar saya, "Vickee??"

Saya lihat Vickee sedang belajar sambil setiap 30 menit dia perhatikan saya. Kadang-kala dia gantikan kain basah di kepala saya. Apabila dia lihat saya, saya pura-pura tutup mata, kononnya saya sedang tidur supaya tak nak dia perasan, saya tidak istirehat dengan baik (sorry vickee). Jika saya batuk-batuk, dia akan ambilkan balsem dan sapukan untuk saya. Kalau saya rasa mahu ke toilet, dia papah saya. Tapi dia teman sampai luar toilet je la. hihi

Ya, sahabat saya ini berbangsa India, bukan beragama Islam tapi saya sayang dia. Keprihatinan vickee sebagai seorang kawan menyebabkan saya betah berteman dengannya.

Waktu siang, Wani, Shahida atau Nora jaga saya manakala malam, Vickee atau Pei Wen.

Pei Wen pula, seorang sahabat berbangsa Cina, beragama Buddha, banyak celoteh tapi baik hati. Dia juga merupakan sahabat saya yang akan silih ganti menjaga saya setiap malam.

Bertemankan lampu meja belajar yang malap, mereka tekun menelaah pelajaran kuliah.

Bila pula waktu saya belajar?

Selalunya, saya minta sahabat-sahabat yang jaga saya untuk baca bahan kuliah kuat-kuat. Saya dengar dengan teliti. Saya jenis auditory. Saya lebih cepat hafal dengan mendengar. Kemudian, saya mengulangi kalimat yang sama semula. Oleh itu, kami sama-sama belajar.

Jika waktu minum ubat, seorang lagi sahabat saya, Menaga (berbangsa India), pernah membancuh air herba dan memberikan ubat-ubatan saya.

Waktu makan saya memang terjaga. Wani adalah Chef terbaik yang akan masakkan saya dengan pelbagai masakan yang buat saya lupa diri saya sedang sakit. Ngee~ (^_____^)

Sweet kan mereka?

Sepanjang saya sakit, layanan yang mereka berikan mengalahkan layanan hotel 5 bintang. Tabik spring buat mereka.

Saya sayang mereka bukan hanya semata-mata sebab mereka jaga saya sewaktu saya sakit. Tidak sekadar itu. Namun begitu, mereka adalah keluarga saya. Ada di saat saya senang dan susah. Merekalah sahabat-sahabat yang akan menegur saya jika saya melakukan kesalahan. Sekalipun teguran mereka kasar. Contohnya,

"Aimi, apa tudung pink, seluar kuning, baju putih ini? Ada show dekat sarkas ke? Pergi tukar sekarang! Kalau tidak, kitorang tak nak jalan dengan awak"

atau

"Aimi, jom belajar. Banyak lagi kita tak belajar. Asyik mengelamun je kita ini. Eh salah, awak ini! Awak meeting sana-sini, belajar jangan tinggal. Kalau gagal nanti, tidak ada siapa-siapa yang nak gantikan tempat awak"

Teruk kan cara diorang tegur? Haha. Tapi itulah teguran jujur dari mereka, dari kena tinggal sendiri, baik pergi ikut cakap mereka. Lagipun, salah saya sendiri. Siapa suruh pakai baju warna warni.

Banyak lagi teguran yang mereka berikan kepada saya. Kadang-kala kata-kata mereka itu terlalu kasar sampai buat saya merajuk dan ada kalanya teguran mereka seperti pujukan.

Kami belajar sama dan kami gesa kawan-kawan yang leka untuk belajar sama. Kami sedih sama-sama. Kami suka sama-sama. Apa yang paling penting, saya tahu, apapun yang mereka lakukan, itu demi kebaikan bersama.

Syukur saya dan sahabat-sahabat dimasukkan ke dalam dunia perubatan. Dunia yang bukan sekadar buku dan pesakit. Dunia ini mengajar diri agar tidak sombong. Kau tidak boleh hidup sendiri, mendabik dada mampu mandiri tanpa insan di sisi. Dunia ini mengajar erti toleransi, setia kawan, kasih sayang, ketekunan, pengorbanan. Ia menyentuh secara holistik aspek kehidupan manusia dan interaksi sesama. Apapun yang kau fikirkan, lakukan, berikan, tetap diakhir kesimpulan adalah demi kebaikan insan lain.

Saya berharap dan berdoa, saya akan bertemu semua sahabat-sahabat saya ini di tempat paling indah, iaitu di syurgaNya. Ameen.

Rabu, 19 Oktober 2011

Sikap suka lambat

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah. Puji syukur kepada Allah SWT.

Kini, cuma tinggal seminggu lagi sebelum saya dan sahabat-sahabat angkatan 2005 akan selesai sepenuhnya dari program profesi pendidikan dokter magang. Seribu satu rasa.

Namun, baki seminggu itu tidak bermaksud saya berhenti belajar.

Saya ingin berkongsikan pandangan dan pendirian saya tentang:

Fenomena “masa”

“Dokter X (supervisor) suka datang lambat untuk ward round. Jadi tidak masalah kalau kita nak datang lambat juga”

“Prof suka datang lambat untuk kelas ini. Jadi, kita datang lambat pun tidak ada masalah”

“Bos suka datang lambat. Jadi tidak ada masalah untuk kita datang lambat juga. Bukan dia tahu pun”

“Meeting selalu start lambat. Jadi tidak ada masalah untuk kita datang lambat sekalipun”

Jika kita lihat secara kasar, konsep yang sama saya ketengahkan tetapi pada subjek yang berbeza iaitu mahasiswa, pekerja, anggota organisasi tetapi perbuatan mereka sama iaitu terlambat yang disengajakan.

Saya tidak setuju dengan sikap di atas dan mari saya ketengahkan satu persatu pandangan saya tentang hal di atas.

1. Kita orang Islam dan prinsip orang Islam adalah menepati janji.

Biarkan orang lain mahu lambat, sekalipun mereka adalah kawan baik, bos, supervisor atau guru kita tetapi jangan kita.

Seandainya jam masuk kerja 0800, tepat waktu. Bukan kerana bos kita datang lambat jadi kita pun ikut datang lambat. Namun begitu, kita ada Allah SWT yang memperhatikan kita. Kita melakukan kerja bukan kerana mahu dinilai oleh mata manusia tetapi dinilai Allah SWT.

Keberkatan. Bagaimana kita mahu mendapatkan keberkatan jika permulaan dari sebuah kehidupan kita mulai dengan sebuah kesalahan. Apalagi jika terkait soal gaji “curi tulang” dan “datang lambat” kita. Rezeki seperti itu yang mahu diberikan kepada diri dan keluarga? Di mana berkahnya?

Disiplin. Sudah menjadi ketetapan untuk kita masuk kerja atau kuliah sesuai aturan tempat bersangkutan. Kita harus menghormati aturan yang telah ditetapkan selagi ianya tidak menginjak maruah agama dan diri.

Amanah. Waktu kerja atau kuliah yang telah ditetapkan itu merupakan amanah kepada kita. Seandainya kita lalai, secara langsung kita telah mengabaikan amanah kita. Sudah semestinya, kelalaian sengaja ini bakal dihitung dan ditimbang di akhirat kelak. Tidak mungkin keterlambatan yang disengajakan ini dihitung sebagai pahala.

Kebiasaan. Orang yang biasa terlambat secara tidak langsung “mendidik diri” untuk terus lambat. Kejahatan dan kemaksiatan itu tidak mungkin terjadi secara tiba-tiba. Apakah pernah seorang bayi lahir, langsung jadi jahat? Tidak! Fitrahnya manusia itu takutkan kemaksiatan tetapi kerana keterbiasaan.

2. Solat lambat, Allah SWT tidak kisah?

Contoh solat waktu Bandung. Allah SWT memberikan waktu misalnya solat Zohor dari jam 11.50 pagi hingga 2.45 petang. Masa yang diberikan oleh Allah SWT itu bukan bermaksud Dia memberikan kita kesempatan untuk terlambat solat.

“Allah SWT bagi 3 jam waktu solat Zohor, jadi tidak ada masalah saya solat lambat”

Setegas apa Allah SWT tentang ketepatan waktu dan solat?

Al-Ma’un: 4-5

“Maka celakalah orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya”

Lalai di sini luas. Lalai dari aspek khusyuknya solat, ketepatan waktu dan pelbagai lagi yang menganggu matlamat solat tercapai.

Sekian coretan saya untuk kali ini. Semoga bermanfaat dan dijauhkan dari fitnah dan salah faham. Wassalam.

Seorang dokter tidak menjadikan dia kebal dari penyakit. Beza seorang dokter dengan orang lain adalah dia tahu bagaimana cara mengubatinya.

Begitulah juga seorang da’i. Seorang da’i tidak menjadikan dirinya kebal dari ujian, cabaran dan dugaan. Cuma perbezaan seorang da’I dengan orang lain adalah dia tahu bagaimana cara untuk berusaha dan kembali kepada Allah SWT.

Ahad, 18 September 2011

Saya juga pernah stress

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, saya masih bernafas. Allah SWT mengizinkan saya untuk beribadah mencari redha Allah. Syukur. Sharing saya kali ini mungkin sedikit sebanyak tentang pengalaman peribadi. Bukan tujuan mengangkat diri, na'udzhubillah, tetapi sebagai pemangkin dan reminder buat diri.

Awalnya clinical year dan stress

05/10/2009 adalah tarikh keramat di mana saya menjejakkan kaki di RSHS sebagai mahasiswa
practical year. Bangga dan semangat berkobar-kobar menjadi bekal diri. Setelah seminggu pertama berlalu di Bagian Mata, bekalan semangat dan pride itu ternyata tidak cukup sama sekali.

Saya merasa sangat down. Saya melihat senarai penyakit yang sangat banyak untuk dihafal, mana harus adaptasi dengan dunia
clinical, perbezaan bahasa, orientasi alur fikir, soft skill dalam anamnesis dan pemeriksaan fisik, urusan kewangan kerana biaya di kota Bandung mahal. Ditambah lagi dengan stress sahabat kita yang dulu dekat di Jatinangor sekarang terpisah. Mana lagi sahabat-sahabat sekelompok clinical yang sangat cepat dan mantap dalam memahami dan menghafal.

Lama kelamaan, tekanan yang dirasakan memuncak. Saya duduk dipojok tangga. Saya menangis sepuasnya. Saya biarkan semua perasaan saya lepas bebas. Kebetulan, Konsulen Supervisor (baca: preceptor) melalui pojok tangga yang sama. Tanpa saya sedar, dia perhatikan saya. Setelah seketika, saya mengesat airmata. Malu kerana ada yang melihat.

Jam 1300. Waktunya bimbingan dengan Preceptor.
Giliran saya untuk presentasi kasus. Al-hasilnya, mestilah hancur! [Betapa malu bila diingat lagi] Namun begitu saya bersyukur kerana "hancurnya" presentasi saya, makanya dokter tersebut memberikan nasihat yang saya pegang sehingga sekarang.

"Beginilah. Kita berhenti dahulu case presentation. Saya mahu kalian semua mendengarkan nasihat saya baik-baik. Saya tahu kalian sangat stress. Saya tahu dunia yang kalian lalui ini adalah dunia baru. Dunia yang sangat jauh berbeda dengan apa yang kalian lalui sewaktu di Jatinangor dahulu. Tetapi kalian harus CEPAT BERADAPTASI. Apa yang kalian perlukan sekarang adalah MASA dan USAHA. Itu sahaja. Banyakkan bertanya kerana tugas kami di sini adalah untuk berbagi ilmu. Kami senang jika kalian semua bertanya. LEARNING BY DOING. Kami tidak tahu apa yang kalian tidak tahu. Maksimalkan pancaindera yang kalian punya. Saya yakin anak-anak yang saya lihat sekarang, akan berjaya sehingga ke akhir"


Saya sambut kata-kata dokter tadi dengan linangan airmata. Sungguh menusuk kalbu lebih-lebih lagi dokter tadi sempat melihat saya menangis. Saat itu saya sedar, kejayaan bukan hanya bergantung kepada semangat berkobar-kobar di awal perjuangan tapi keistiqamahan kita dalam mengekalkannya. Booster untuk Istiqamah itu yang harus dicari.

Motivator

Siapa kata saya tidak pernah gagal?

Itu salah besar. Sebelum melanjutkan tulisan ini, saya ingin menyatakan betapa saya merasa malu kerana inilah detik di mana saya akan membuka pekung di dada. Menceritakan sisi pahit yang pernah saya alami sewaktu saya koas dahulu.

Sebelum saya masuk ke Bagian Ilmu penyakit dalam (baca: Medical), saya banyak mendengar rumors negatif seperti bagian ter "horror", paling sulit ujiannya, paling strict para konsulennya, paling susah untuk lulus dan pelbagai lagi.

Sedikit sebanyak semua negative thoughts ini mempengaruhi mindsetting dan motivasi saya. Prasangka buruk ini menghantui saya sepanjang di IPD.

Sistem penilaian mereka adalah,

25% Long case exam
25% Socca (oral examination)
50% Bedsite teaching, case report, clinical sciences

Syukur, saya mendapat nilai 76, untuk long case examination.

Saya merasa, saya sudah berada dalam posisi yang sangat aman. Menyusul ujian berikutnya adalah Ujian socca. Katanya, ujian socca ini horror. Ramai yang gagal kerana penguji bagi setiap kes adalah tip-top meletup garang. Siapa yang tidak takut? Saya telah merasa takut sebelum ujian bermula.

Mungkin ada sesetengah orang jika mereka stress mereka masih boleh belajar tetapi sebaliknya berlaku pada saya. Saya secara TOTAL tidak dapat belajar sama sekali. Perasaan takut, negative thoughts bermain difikiran saya. Motivasi saya jatuh dibawah nilai sifar. Semua cerita-cerita orang tentang Bagian ini mulai kembali menghantui saya.

Al-hasilnya, saya GAGAL. Ya, dari sejumlah mahasiswa, saya antara yang gagal.

Saya MALU, merasa BODOH, GAGAL, KECEWA, semua lagi. Bagaimana tidak timbul segala perasaan ini jika saya adalah antara orang yang sangat memberikan motivasi dan nasihat kepada orang lain, tiba-tiba saya gagal. Ini adalah kegagalan pertama yang membuatkan saya hilang arah punca.

Setelah 2 hari, ujian susulan dijalankan. Syukur, puji dan sujud kepada Ilahi, Allah SWT mengizinkan untuk saya kembali bersama-sama teman seperjuangan. Saya lulus. Alhamdulillah.

Ada sesuatu yang terberkas di hati saya. Sangat mendalam. Iaitu mulai saat itu, saya tidak mahu dan tidak akan mendengarkan hal-hal negatif tentang suatu hal, lebih-lebih lagi akademik. Setiap orang punya cara sendiri dalam melihat suatu perkara.

Half full or half empty glass, right?

Setelah itu, apa yang terjadi?

  • Saya mulai melipatkali gandakan usaha.
  • Saya selalu memandang sisi positif dari suatu perkara yang terjadi.
  • Saya sering melihat hikmah di sebalik ujian.
  • Saya berhenti mendengarkan nasihat atau kata-kata dari orang yang banyak cerita buruk dari baiknya.
  • Saya berhenti atau setidaknya meminimalisirkan pemikiran negatif.
  • Saya tidak cemburu dan merasa tertekan dengan sahabat yang cepat tangkap ilmu sebaliknya saya banyakkan bergaul dengan mereka dan belajar cara mereka.
  • Saya sentiasa membenarkan lagi niat saya belajar dan mengajar, lillahi ta'ala.

Jadi, adalah salah besar, apabila ada yang melihat saya seolah-olah, kehidupan saya ibaratnya sentiasa di atas dan tidak pernah di bawah.

Ada yang sampai pernah bertanya,
"Aimi, awak sangat bersemangat, awak tidak pernah down eh?"

"Aimi, awak sentiasa senyum, ketawa dan ceria. Awak tidak ada masalah eh?"

Saya manusia biasa tetapi punya cara berbeza. InsyaAllah. Cara yang bertujuan membahagiakan diri dan insan di sekeliling saya.

Babah pernah berkata, "Selagi kita tidak pernah jatuh, kita tidak akan pernah tahu bagaimana cara untuk bangun. Allah SWT bagi kakak jatuh sekarang tetapi Allah SWT tidak membiarkan kakak sendiri. Ada tangan yang membantu untuk kakak berdiri. Lebih perit apabila kita jatuh, kita harus bangun sendiri sedangkan di sekeliling kita ada manusia tetapi mereka hanya melihat"

Saya lebih bersyukur, kesadaran ini telah Allah SWT berikan awal. Saya nekad mengubah paradigma mental saya. Setelah Bagian IPD, saya mendapatkan nilai A untuk semua bagian berikutnya yaitu sebanyak 7 bagian kecuali 2 bagian. Yaitu B+ (Anak) dan B++ (Anestesi)

Cari hobi.

Apa yang kita minat, kita suka buat selagi ianya tidak melanggar hukum Allah SWT dan adat, tambahan, tidak membazir, sila diamalkan.

Ini adalah salah satu medium untuk kita melepaskan diri dari memikirkan masalah diri.

Saya suka menulis, mendengar ceramah, berolahraga. Oleh itu, saya sangat memanfaatkan hujung minggu dengan membebaskan diri dari semua aktiviti yang berunsurkan Perubatan. Bosan juga kalau tidak ada perubahan.

Learning by doing.

Saya bukanlah mahasiswa yang tanpa disuruh baca saya telah mengkhatamkan sejumlah buku. Oleh itu, ada caranya saya belajar, agar saya tidak cepat bosan. Lebih-lebih lagi sewaktu koas, kepenatan yang melanda akan membuat saya cepat hilang motivasi.

Setiap kali ward round, oncall, bimbingan saya akan simpan 1 buku kecil, buat mencatat semua yang saya tidak tahu. Semua yang saya tidak tahu, tidak faham, mahu mencari tahu dan sebagainya. Saya akan bertanya kepada diri saya, kemudian menjawabnya, sehinggalah saya tidak mendapat jawapan dan di situlah titik saya tidak faham. Curiosity!

Setelah pulang ke bilik usai dari rumah sakit, saya belajar melalui pertanyaan-pertanyaan yang saya sediakan. Ilmu yang saya dapat seperti puzzle. Tidak beraturan, seperti contohnya hari ini mahu belajar tentang Bronchiale Asthma, jadi dari definisi sampailah prognosis ditelan bulat-bulat. Tidak, sebaliknya, hari ini misalnya saya belajar tentang anamnesis dan pemeriksaan fisik untuk Asthma, jika rajin dan semangat ingin tahu tinggi, saya akan lanjutkan bacaan, jika tidak, saya akan berhenti di situ dan berpindah ke soalan berikutnya.

Saya baca, fahamkan, hadamkan baik-baik. Jika ada yang saya tidak tahu, itulah pertanyaan yang bakal saya tanya kepada beberapa Dokter Pakar.

Saya tidak akan malu bertanya. Biar orang lain melihat kita bodoh, asalkan ilmu yang kita mahu, kita dapat. Ingat kembali tujuan kita belajar dan bertanya itu adalah suatu proses pembelajaran.

Wallahualam. Sekian beberapa coretan peribadi yang ingin dikongsikan. Setiap dari kita punya cara berbeza. Silakan terima jika merasa bermanfaat dan sesuai :)

Semoga Allah SWT redha dan memberkati kita semua. Ameen

Ahad, 11 September 2011

Superhero ku

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, sujud syukur saya menyembah Allah SWT Yang Maha Esa.


Hari ini saya mahu bercerita tentang beberapa hal. Jadi jangan ada yang bosan membacanya :)


Ayah saya dan cinta kami

Hari ini, 11/9/2011.

Tanggal 13/9/2011 akan datang adalah hari ulangtahun superhero saya, Hj Mustaffa bin Hj Othman, dia babah saya!! Saya bangga ada babah macam babah saya.
Hujung bulan ini, babah konvo. Majlis konvokesyen untuk Master. Ini Master kedua babah. Kerjasama antara UKM dan MPAT. Alhamdullillah, babah mendapat anugerah dekan dengan nilai total CGPA 3.5 Tahniah babah. Alhamdulillah. Babah merupakan motivasi dan sumber inspirasi saya. Babah selalu menasihatkan saya, tanpa jemu, berulang kali, "Kakak, fokus!"

Sewaktu saya kecil, "abah" dan "babah"

Masa saya kecil (mungkin sampai sekarang) jika saya tidak mahu, tidak suka, saya akan marah sampai menangis berjurai airmata.

Awalnya, panggilan untuk ayah saya adalah "Abah" tetapi kerana seringnya saya menangis dan setiap kali menangis, saya mahu dengan babah saya je, jadi bunyi setiap kali menangis adalah macam ini,

"Abah...hukhuk...ba...a...bah.......hukhukhuk..ababah...."

Menangis sampai puas sehingga kosa kata baru muncul dari kata abah kepada babah. Sejak dari itu, panggilan babah muncul.

Babah perwiraku

Komitmen babah pada tentera tidak berbelah bagi. Darah perwira mengalir terus di dalam dirinya. Jauh berbeza perwatakan babah di tempat kerja dan di rumah. Babah tegas. Sangat tegas sebenarnya. Apalagi jika menyentuh hal pendidikan anak-anak.

Sewaktu saya tingkatan 3, tahun peperiksaan besar, PMR. Saya tidak dapat berkonsentrasi untuk belajar. Suasana bising di sekeliling membuatkan saya belajar hanya setelah semuanya tidur. Saya bergadang di depan toilet kerana tidak mahu switch on lampu (nanti membangunkan adik-adik yang lain).

Babah dan mama sedar akan hal ini. Mereka langsung membuat keputusan untuk menambah luaskan rumah (renovation), dan membuat bilik khusus buat saya. Subhanallah!

Sejak dari itu, saya nekad, kalau mama dan babah mampu mengeluarkan sejumlah wang untuk saya demi kebaikan pendidikan saya, kenapa tidak saya berkorban juga. Sejak titik itu juga, saya belajar erti pengorbanan. Hadiahnya, straight A's PMR untuk babah dan mama. Alhamdulillah, syukur :)

Tragedi Bosnia Herzegovina.

Masih segar diingatan saya, kami semua sekeluarga, menghantar babah ke lapangan terbang. Sanak-saudara turut memberikan penghormatan kepada babah. Babah segak berpakaian tentera. Saya waktu itu masih kecil dan sejujurnya saya gembira berjalan-jalan tanpa saya sedar saya akan berpisah dengan ayah saya selama setahun lamanya.

Sampai satu saat, mama suruh saya salam tangan babah, peluk babah lama-lama, cium pipi babah lama-lama. Saya masih kecil, saya melakukannya dengan senang hati. Masih tidak sedar.

Tiba-tiba saya melihat babah meninggalkan kami sekeluarga, berjalan penuh tegas, tidak menoleh kebelakang walau sekali. Saat itu saya bertanya kepada mama,

"Mama, babah nak pergi mana?"

"Babah nak pergi tolong orang"

"Kita tak boleh ikut ke?"

"Tak boleh. Kita doakan babah selamat pergi dan balik ye?"

Ringkas tetapi masih belum memuaskan hati saya. Saya bertubi-tubi menanyakan lagi pertanyaan. Sehingga saya melihat mama menitiskan airmata dan saat itu saya sedar, babah akan pergi jauh.

"Mama, babah pergi lama?"

"Sekejap je, insyaAllah"

Saya merasa ada kegusaran di dalam kata-kata mama. Saya menangis semahunya. Saya tidak peduli sesiapa di sekeliling saya. Saya meronta. Menjerit-jerit memanggil babah. Tapi sedetik pun tidak babah palingkan wajahnya ke belakang.

Berderetan perbarisan tersusun rapi, bersiap menerima arahan, meninggalkan keluarga tersayang demi tugas kepada sesama manusia. Mereka lah insan yang bersiap menghulurkan bantuan tatkala orang lain belum sedar adanya konflik di sana.

Usai perbarisan, saya masih melihat sosok babah. Babah melihat kami sekilas, melambai dan kemudian berjalan penuh gah masuk ke dalam kapal terbang TUDM (tentera udara di raja Malaysia). Kapal terbang yang akan membawa ratusan perwira. Mereka tidak meletakkan harapan menggunung tinggi untuk kembali pulang ke tanahair. Jika kematian menjemput, mereka siap bersemadi. Subhanallah.

Perpisahan yang memisahkan antara seorang bapa dan anak-anak, sungguh mengajar saya erti berdikari. Saya membesar tanpa kehadiran fisik seorang ayah. Namun begitu, menjadi rutin harian, kami menulis surat. Surat tersebut berwarna biru. Hujungnya berwarna belang biru tua dan biru muda. Ada lambang negara lagi dekat sampul. Surat tersebut khusus ditulis buat keluarga angkatan tentera.

Saya bertindak sebagai kakak (anak sulung) dan dalam waktu yang sama, saya bertindak sebagai orang kanan mama. Sedari kecil, saya telah menjadi sahabat mama. Pergi ke pasar sendiri, beli sarapan sendiri, sakit tahan sendiri. Uruskan adik-adik dari bangun tidur sampai tidur lagi. Saya tidak pernah mengeluh untuk semua itu, alhamdulillah, saya bersyukur. Jika saya tidak diajar Allah SWT untuk ini semua, belum tentu ujian yang lebih besar mampu saya lalui.

Syukur, walaupun sekarang babah sibuk, (babah sangat bersemangat kerja, dari hari Isnin sehingga ke hari Ahad), tapi saya tahu babah ada bersama kami. Kadang ke Jerman seminggu atau mungkin ke Filipina 2 minggu, atau pernah ke Indonesia sebulan.

Motivator terbaik

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT, dengan izinNya, motivator yang mampu meniupkan semangat dan ketenangan di hati. Saat saya merasa saya perlukan seseorang, berpendirian neutral tanpa mempertimbangkan hal emosi, babahlah orang pertama yang saya cari. Luahan perasaan selama berjam-jam lamanya.

Dan hari ini, hadiah buatmu

Tanggal 9/9/2011, saya melangkahkan kaki ke bangunan Eyckman.

Ada khabar nilai akhir sepanjang tahun praktikal sudah diumumkan. Langkahan kaki penuh debaran.

Sampai saja di lantai 4, ada seorang sahabat terus memeluk saya,

"Aimi, aku dapat anugerah dekan"

"Alhamdulillah, tahniah"

Sama-sama menumpang gembira. Hati masih gusar. Nilai sendiri belum tahu lagi.

Saya memasuki ruangan yang menempatkan semua maklumat mahasiswa. Saya membuka lembar satu persatu, mencari nama saya.

Tiba-tiba, di suatu helaian, saya melihat,

Nurul Aimi Binti Mustaffa
CGPA 3.5

Berjuraian airmata saya. Syukur, alhamdulillah.

Saya menelefon mama dan babah.

"Mama, babah, ini hadiah buat mama dan babah. Babah, pointer kita sama"

"Anak bapak"
Alhamdulillah. Syukur. Syukur.

Babah,
Babah adalah superhero kakak.
Happy be-earlied birthday.

Kakak doakan babah, mama, dan kita sekeluarga bahagia dunia dan dapat berkumpul di syurgaNya kelak. Ameen.

Terima kasih selama ini babah telah menjadi contoh yang baik.

Orang kata, muka kakak tinggal tambah misai, dah serupa macam babah.

Kakak tak kesah~

Orang kata, perangai kakak sama macam babah,

Kakak tak kesah~

Orang kata, makanan kegemaran kakak sama dengan babah,

kakak tak kesah~

Apa yang kakak tahu, kakak saya babah!

*Peluk babah kuat-kuat*

Rabu, 31 Ogos 2011

Memori hari raya bersama mereka.


Assalamualaikum wrt wbt,

Salam Syawal.

"Taqaballahu minna wa minkum"

Alhamdulillah, tahun ini insyaAllah, tahun terakhir pengajian perubatan saya di Indonesia dan tahun ini merupakan pertama kali saya merayakan eid-fitr di Bandung bersama rakan-rakan 'senasib' dengan saya. Syukur, Allah SWT masih memberikan peluang bernafas di pagi 1 Syawal.

i miss them so much.

Saya jadi teringat dengan rutinitas saya bersama keluarga. Hal-hal yang dianggap remeh ternyata mengusik jiwa di saat saya duduk sendirian di Bandung.

Selalunya, malam raya, saya akan sibuk membantu mama di dapur bersama 2 orang adik perempuan saya. Kami akan bertungkus lumus menyiapkan juadah seperti rendang paru (kegemaran saya, saya boleh makan rendang paru selama sebulan tanpa lauk lain), sambal ayam, lontong, nasi impit, dan pelbagai lagi juadah basah. Adik selalunya mendapat tugas menyusun kuih di dalam balang untuk disimpan di ruang tamu manakala saya dan acik selalunya memporak-porandakan dapur dengan pelbagai resipi seperti kek, kuah spagetti dan lain-lain.


Pagi 1 Syawal. Ini adalah rutin yang biasa babah lakukan. Babah akan kejutkan kami adik-beradik yang terbongkang kepenatan (selalunya kami akan tidur berderetan akibat kelelahan). Mahu tahu cara babah kejutkan?

Babah bisikkan dekat telinga kami,

"Kakak, bangun kak. Dah raya. Nanti kita nak pergi solat raya sama-sama" lembut je babah pujuk. Saya dengan sengaja buat-buat menggeliat sebab malas nak bangun. Oh ya, tabiat ini saya lakukan sampai sekarang. Tapi, babah akan urut bahu saya, pujuk lagi supaya bangun. Babah paksa biji mata saya terbuka dengan menggunakan jari jemarinya yang besar. Ok, saya mesti ketawa kalau sampai part ini.

Begitulah setiap kali babah mengejutkan kami adik-beradik. Kadang-kala babah takbir dekat telinga kami.


Pesanan babah, "Jangan lupa mandi sunat sekali"


Kami seperti anak itik, berderetan beratur untuk mandi. Ada selitan senda gurau di pagi hari.

Mama seperti lipas kudung ke dapur, tidak thau kami bila mama tidur. Apa yang pasti, saat kami tertidur, mama belum tidur dan apabila kami bangun tidur, mama telah siap sigap di dapur. Mantap mama saya.

Siap-siap pakai baju raya, angah dan babah segak bersampin, bersongkok hitam, berbaju melayu siap diseterika (sayalah selalunya mangsa menseterikan baju satu family). Adik-adik perempuan saya (termasuk saya) sibuk menenyeh eyeliner lah, lipstick, eye shadow, segala eye lah pokoknya. Mama lebih mantap lagi, sebelum kami bersiap-siap, mama sudah ada di depan cermin berdandan dan setelah kami selesai berdandan pun, mama masih di depan cermin. Mantap mama saya.

Kami akan menaiki kereta bersama solat eid fitr, selalunya kami ke Pahang. Kampung ayah saya. Masa khutbah, saya dengar khutbah dalam bahasa Terengganu + Melayu yang bercampur kuat. Jadi kerja saya dengan adik beradik adalah tersengih-sengih tidak faham. Kami akan kumpul semua kosa kata baru, nanti setelah dalam perjalanan pulang, kami akan tanyakan kepada Nenek ataupun babah sendiri. Hahaha...ketawa terbarai kami sebab banyak yang tidak faham.


Kalau khutbah di Melaka, esei memang panda. Esei tau sumo. Esei donga yo imam berdehem, esei dah tau dio nak cakap apo, ok esei tipu. Ndo yang kono panah potir kang, sio-sio yo rayo hangik.

Sesi bersalaman antara saudara. Ini part syahdu. Ini part yang paling hiba. Selalunya saya plan awal-awal nak cakap apa. Tapi bila depan saudara mara, harapanlah. Mesti lain yang keluar. Kata-kata yang keluar selalunya jujur dari hati. Sambil salam-salam selalunya saudara mara hulur sekali envelope yang hade duhit ghaye. Itu best juga. Haha. Ok, kurang sopan. Sorry.

Kemudian, kami berkumpul saudara mara, makan bersama. Bermulalah sesi gosip, sesi mengenakan orang, sesi apa lagi. Walhal tak sampai 5 menit minta maaf.

Mama seperti biasa, entah mana dapat energi luar biasa, masih mantap melayani tetamu dengan penuh senyuman. Walhal mama tak minum sebarang minuman energi seperti tongkat ali, kacip fatimah atau sebagainya. Saya dan Amira selalunya akan berada di dapur. Jarang kami ke depan. Sesekali jika disuruh. Bukan kerana kami pemalu tetapi kerana dekat dapur senang access kepada semua jenis makanan. Hehehe. Sambil membantu, sambil masuk mulut.

Selanjutnya ke rumah sanak-saudara. Selalunya saya jarang dapat duit raya sebab dah besar tapi kalau sekali saya dapat, boleh buat menyeringai ketawa sambil dengki ke adik-adik saya. Angah akan jadi driver, saya jadi co-pilot. Saya akan bercakap tidak berhenti sampai babah cakap,

"Tidurlah kak. Cair tahi telinga babah dengar kakak berceloteh"

atau lebih ekstrim lagi,

"Babah bayar kakaklah untuk senyap"

Oh, saya tetap dengan pendirian saya untuk terus berceloteh. Ya lah kan. Untuk berjumpa semua ahli keluarga sangat jarang, jadi inilah masanya saya berpok-pek.

Tapi saya ada satu kelemahan. Kalau saya dekat dengan seseorang, saya akan reveal siapa diri saya. Orang akan kenal. So far, family dan beberapa kawan baik. Jadi, kalau ke rumah saudara mara jauh, automatically, saya akan transform kepada perempuan melayu terakhir (kalau tidak mahu percaya pun tidak mengapa), malu-malu, duduk dekat dengan babah dan mama atau mungkin sedang menyakat adik-adik saya, atau mungkin sedang bermain diluar sambil menghenyak-henyak kucing sepupu yang comel.

Baiklah sampai sini dahulu saya berceloteh. InsyaAllah, akan disambung dengan beberapa siri pengalaman selama dari Tingkat 1 sehingga Tingkat 6 perubatan sebagai hadiah sebelum pulang ke tanahair.

Pesan 1: Selama 6 tahun saya kuliah, mama lah yang pack kan barang-barang saya. Entah macam mana mama susun barang-barang saya sampai semuanya boleh masuk ke dalam baggage pun saya tidak tahu. Kalau saya susun, mesti sampai kena duduk dulu atas beg sebelum zip baru boleh tutup beg.

Rabu, 24 Ogos 2011

Magang 7: Hari operasi!


Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, syukur, masih bertahan menjaga hati dan iman sehingga Ramadhan yang ke 25. Semoga Allah SWT memberkati kita semua dan mengampuni dosa-dosa kita.

Hari ini saya ingin menceritakan tentang pengalaman di Operation Room.

25/08/2011. 0800.

Saya melihat jadual OT hari ini ada, 8 "calon" C-Sec, 1 calon Dilation and Curretage

"Lumayan banyak. Murah rezeki aku hari ini" tersenyum puas sambil melihat nama-nama pesakit, diagnosis mereka dan dokter pakar yang menjadi Operator operasi.

"Eh ada Dr U SpOG?" dokter pakar sakit puan. Beliau sangat terkenal dengan sifatnya yang garang, tegas, tetapi sangat pandai.

Kalau beliau marah, perkataan yang keluar biasanya, "Goblok", "Bego"

Jadi dapat bayangkan betapa garang orangnya kan?

Saya tidak takut itu semua. Apa yang saya dahagakan adalah ilmu dan tunjuk ajar darinya. Pedulikan apa yang dikata. Pedulikan persepsi mereka terhadap dokter pakar itu. Saya masih di sini seperti anak kecil yang tetap setia menanti gula-gula :)

Saya bersiap melangkah ke Operation Room. Semua petugas OR sudah siap memulai kerja mereka. Saya layaknya orang asing, melangkah masuk ke dalam ruangan yang asing, tidak mengenali sesiapa kecuali pesakit. Semua mata melihat ke arah saya. Memakai baju berwarna biru tua, pakaian yang aneh tidak mereka kenali.

Saya? *Biarkan, aku di sini ingin belajar. Tegakkan kepala, bersemangat belajar*

Segera saya mencuci tangan, memakai baju on-sterile, memakai sarung tangan. Bersedia :)

Hampir 30 menit menanti, pesakit sudah siap di bius spinal, kelibat Dr U SpOG datang.

Beliau seorang yang tegas, tidak suka berbasa-basi. *Salah satu sifat beliau yang saya suka*

"Baiklah, kita mulai operasi sekarang. Sebelumnya, doa dimulai" tegas, ringkas suaranya.

Saya berdiri di sebelah dokter tadi telah siap memberikan bantuan.

Operasi dimulai. Beberapa tindakan diberikan kepada saya, sambil melakukan tindakan, Dr U SpOG mengajar saya. Saya juga mengambil peluang menanyakan beberapa hal memandangkan saya sudah membaca bab Caeserian Delivery. Ada beberapa hal yang saya tidak tahu dan saya mengambil peluang ini untuk bertanya. Alhamdulillah, banyak ilmu yang dikongsikan bersama.

Dokter tadi marah tidak sepanjang operasi? *Alhamdulillah, tidak!*

Dia cuma menegur cara-cara yang benar memegang alat saat operasi. *Alhamdulillah*

Selesai operasi Caeserian Section, dokter tadi mengajar saya tindakan Sterilization.


Gambar hiasan. Lihat pemotongan Oviduct di atas. Itulah sterilization. Secara mekanik kita memutuskan zuriat kerana beberapa alasan medis.

Saya mendengar dengan teliti dan saksama. Dokter tadi mengajar saya sambil dipraktikkan langsung saat operasi.

Selesai memotong Oviduct kanan, tiba-tiba beliau bersuara,

"Kalau lihat tadi bagaimana caranya? Sekarang kamu lakukan" tegas.

Dalam hatiku, *Wooooowwwweeeeee...Yabedabedduu~ Alhamdulillah. Weyh! Dapat MOW!!*

Tersengih-sengih saya mengambil tempat dokter pakar tadi. Beliau berjalan kemudian langsung duduk di sebuah kerusi tidak jauh dari meja operasi. Membiarkan saya melakukan tindakan ini sendiri.

Puas hati aku. Hilang kempunan nak pegang scalpel, jarum, gunting segala macam alat bedah. Rasa macam hormon adrenaline dan endorphine tiba-tiba memuncak tinggi.

Perlahan tetapi pasti, saya lakukan tindakan sterilisasi. Tidak sampai mencederakan Ovari dan organ sekitar tetapi tidak juga terlalu lembut sehingga potensi hamil lagi, ada.

Alhamdulillah, done!

Dokter pakar tadi kembali lagi ke meja operasi, melihat hasil kerja saya. Dia tidak berbicara apa-apa. Tidak kata kerja saya baik, tidak juga berkata kerja saya tidak memuaskan. Diamnya menjadi tanda tanya. Saya pun diam jugalah.

Selesai operasi pesakit 1.

Saya melanjutkan dengan operasi Caeserian Section pesakit 2.
"G7P5A1 dengan Severe Preeklampsi + Impending Eclampsia"

Memandangkan kondisi pesakit tidak memungkinkan untuk hamil selamat lagi, pesakit ini turut menerima rencana tindakan sterilization.

Selesai menjadi Assistant C-Sect, dokter pakar tadi bertanya kepada saya,

"Masih ingat bagaimana caranya sterilisasi?" tegas melihat saya.

"Iya dok, masih ingat" jawab saya ringkas.

"Selesaikan" sambung Dr SpOG tadi.

*Wwoooooowwwwwwweeeeeeeeeeeeeeee...Lompat-lompat, jatuh, lompat, lompat, jatuh*

Kali ini selain dapat tindakan sterilisasi, saya mendapat tindakan menjahit dari lapisan omentum sehinggalah ke kulit pesakit.

Saya masih bersemangat. Masih bersisa tenaga, saya mengikuti 2 lagi operasi.

Alhamdulillah. Selesai operasi, saya mendapat sms,

"Aimi, ke Poliklinik Ginekologi. Bimbingan dengan Dr D SpOG"

(-_-) Tiba-tiba, saya merasa sedih kerana masih ada 2 pesakit lagi yang harus dioperasi dan saya tidak dapat ikut kesemua operasi.

Alhamdulillah, tidak mengapa. Bersyukur namun, belum masanya saya berpuas hati. InsyaAllah, masih ada hari esok. Saya masih bersemangat mengejar beberapa operasi.

Allah SWT memakbulkan doa saya. Syukur!

Hari sebelumnya, saya berdoa, "Ya Allah, Kau izinkanlah aku ikut operasi dengan mana-mana dokter dan berpeluang menimba sebanyak-banyak ilmu" Syukur.