Selasa, 1 Februari 2011

Kotak masalah dan kotak fikiran

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, bagi mahasiswa clinical years FK UNPAD (koas), sekarang adalah minggu cuti. Selama seminggu.

Alhamdulillah, selama seminggu terakhir di Public Health Department, saya dan teman-teman hanya tidur kurang 3 jam sehari. Menyiapkan laporan akhir, slide presentation, mencari dan mengemaskini data. Alhamdulillah, takdir Ilahi, seramai 33 orang mahasiswa rotasi 3/1/2011 - 29/1/2011 lulus semuanya. Syukur.
Hari ini, saya ingin menceritakan tentang 'Kotak-kotak fikiran'

Nak baca tidak? Mesti nak kan? Hidup harus positive thinking. Harus!


Saya ada lagi analogi yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita. Saya memang jenis orang yang suka melihat, mendengar lalu memproses input-input tadi menjadi hikmah yang boleh dijadikan pengajaran dalam kehidupan.

Sewaktu cuti selama 5 minggu, Disember yang lalu, saya dan mama mengemas rumah umumnya dan mengemas bilik khususnya. Kasihan untuk mama mengemas sendiri dan sebelum pulang bercuti, mama sudah berpesan,


"Kakak, nanti kakak balik, teman mama kemas rumah ye"
Saya sangatlah suka dapat membantu mama.

Kami mengemas rumah besar-besaran kerana kami sekeluarga akan pindah ke Serawak hujung bulan Februari 2011.
Apabila ditanya sedih atau tidak, mestilah sedih. Ramai saudara-mara, kawan-kawan yang terpaksa berpisah kerana tuntutan tugas Babah yang menjadi Chief Officers atau dalam bahasa mudahnya Pengarah Rejimen Jurutera.

Saya tolong mama sampai demam-demam, 2 minggu lamanya. Saya ini kalau penat sangat, mesti demam.

Sampai mama kata,
"Kesian mama tengok kakak ini. Tak boleh nak dipaksa diri. Dipaksa diri mesti demam, tak demam diarrhea"

Saya hanya sedar hal ini, setelah mama mengucapkan kata-kata tersebut.
*Sigh*

Baiklah, kita masuk ke inti cerita.
Saya mengemas bilik adik saya. Semua barang-barang yang saya rasa tidak perlu digunakan, saya masuk ke dalam kotak untuk dibuang. Mana saya rasa masih boleh digunakan saya simpan dalam kotak yang diberi tanda untuk disimpan di dalam stor. Mama masuk ke dalam bilik adik saya lalu bertanya,

"Kak, mana barang adik-adik?"

Saya,"Ada yang kakak simpan, ada yang kakak buang"

Mama,"Sini, biar mama buat inspection dulu. Kalau tidak, kakak akan buang semua barang. Hati kering betul budak ini"

Saat itu, mama berkata lagi,
"Mama tahu kenapa kakak boleh
go on dengan life tidak kira dugaan diluar sana susah atau tidak. Kakak boleh terima apa-apapun fitnah dari orang jika kakak ada stand sendiri."

Saya melihat mama dengan pandangan aneh. "Kenapa pula?" bisik hatiku.

"Cuba tengok ini, dalam ruang yang sempit ini, kakak mengemas hingga terlihat sangat luas. Kakak simpan barang-barang yang mana kakak rasa SANGAT BERGUNA/DIPERLUKAN dan kakak tidak ragu-ragu untuk buang barang tersebut jika kakak merasa ianya TIDAK BERGUNA"

"Jadi ma? Kaitannya?"
Saya masih merasa bingung sambil mengesat peluh yang membasahi muka.


---------------------------------------------------------------------------------

Gambar hiasan

Alhamdulillah, saya dapat tangkap maksud mama. Mari, saya sampaikan aplikasinya dalam bentuk penulisan yang ringkas. Di dalam sebuah ruang, saya menyimpan kotak fikiran tentang,
  1. Terasa hati dengan si A, jadi biarlah disimpan terus di dalam hati dan fikiran sendiri.
  2. Saya merasa sedih kerana belum bertemu jodoh saya.
  3. Tugasan dari Dr A harus di submit hujung minggu, tugasan dr B harus dihantar esok.
  4. Tahun ini tahun akhir kuliah saya, harus ada rencana kerja, pengurusan kewangan, tempat kerja mana yang harus dipilih.
  5. Bagaimana caranya saya memantapkan ibadah diri, mencantikkan akhlaq, memperindah bicara, meningkatkan kualitas akademik.

Tindakan pertama adalah senaraikan semua masalah-masalah yang bermain dalam fikiran kita. Baik seremeh-remehnya sehingga sebesar-besarnya impak masalah tersebut kepada diri kita.

Mungkin secara ringkas, ini adalah perkara yang bermain di dalam kotak fikiran. Terlalu banyak sehingga kita harus memilih-milih yang mana saja harus dimasukkan ke ruang kepala kita agar kita tidak pening menguruskannya dan tindakan yang kita ambil tepat mengenai sasaran.

Setelah senaraikan semua masalah, untuk memilih, kita harus tahu, mana yang PENTING atau tidak. Menentukannya dapat ditentukan berdasarkan seberapa penting aspek tersebut dalam kehidupan kita SEKARANG atau istilahnya MAGNITUDE.

Dari kesemua kotak masalah di atas, ada 3 yang utama manakala 2 lagi kurang penting. Mari ktia lihat 2 yang kurang penting itu apa,
Ini adalah 2 masalah atau ujian yang kurang penting tapi saat kita sudah memberikan usaha yang terbaik, campaklah jauh-jauh kotak masalah ini. Kita telah melakukan tugas kita.

Kenapa saya tulis sebagai masalah kurang penting?
Alasannya mudah, kerana 2 masalah ini, tidak menyebabkan fatal diri baik dunia mahupun akhirat. Prioritas kita bukan pada 2 hal ini. Namun, ia nya ada pengecualian setelah kita melakukan usaha.
Contoh:
  1. Terasa hati dengan si A, jadi biarlah disimpan terus di dalam hati dan fikiran sendiri.
Apa tindakan anda?

Menjernihkan keadaan.


Tapi jika si A masih dengan sikap yang menjengkelkan, apakah kita harus menyimpan terus kotak masalah ini di dalam kepala? Jawapannya TIDAK. Jadi, buang sejauh-jauhnya kotak masalah ini dari fikiran anda. Jangan pernah tambahkan ia ke dalam fikiran anda kerana mahu atau tidak, saat ia menyesakkan minda, syaitan sangat suka merasuk fikiran kita untuk memikirkan hal yang bukan-bukan tentang si A tadi. Contoh: 2. Saya merasa sedih kerana belum bertemu jodoh saya.

Apa tindakan anda?


Sudah berdoa, sudah meningkatkan ibadah, sudah berusaha dengan pelbagai medium. Sekarang nah, campak jauh-jauh masalah ini. Lagi kita fikirkan ia, lagi serabut kepala sedangkan ada 3 masalah utama tadi yang perlu diberikan prioritas.


Bagi 3 kotak masalah berikutnya, saya meletakkan kotak UTAMA kerana jika kita membiarkan salah satu dari kotak masalah tersebut, maka kita akan dibuang dari kuliah, mengecewakan orangtua, merugikan wang rakyat, mengambil hak orang yang lebih layak duduk di kerusi kuliah dan paling penting, kita tidak menjaga amanah yang diberikan Allah SWT.


Apabila kita telah membuat senarai pendek masalah, kelihatan tidak, kotak-kotak tadi telah berkurang dari 5 kepada 3 kotak. Apabila berkurang jumlah kotak, kita secara tidak langsung memberikan ruang buat fikiran kita untuk sedikit lega.

---------------------------------------------------------------------------------

Pernah dengar ada yang mengatakan,

"Aku banyak masalah peribadi. Aku mahu quit dari persatuan kerana masalah aku sendiri banyak, macam mana aku mahu menguruskan masalah orang?"

Ada salahnya dalam kalimat yang diungkapkan ini.

Golongan ini tidak membuat senarai pendek masalah peribadi sehingga dalam kotak fikiran mereka, kuota masalah tertumpu hanya buat masalah peribadi. Walhal masalah lainnya diletak luar kepala. Padahal mungkin saja, masalah yang diletak luar kepala itu jauh lebih penting dari masalah peribadi yang berkelanjutan kerana tiada solusi pernah dicuba.

Kadangkala ramai yang mencampur-adukkan realiti magnitude masalah dengan emosi. Kaum Hawa terutamanya, menganggap masalah jodoh mempunyai dampak fatal yang sangat besar buat diri sedangkan jika ditinjau dari sisi lain, emosi mereka yang menyatakan betapa penting hal tersebut dan bukannya rasional fikiran.

Kenapa saya menitikberatkan hal ini?
Kerana dari sekian banyak masalah, jika kita dapat mengatur diri, secara tidak langsung kita menganggu kestabilan emosi dan rasional fikiran kerana diawali SEMPITNYA RUANG FIKIRAN.

Mulai berubah sekarang!

Wallahualam. Perkongsian ringkas dari saya buat manfaat diri dan semua yang membaca.


Pesan 1: Melalui istighfar, insyaAllah kita akan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan.
“Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya.” (HR Abu Daud)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan