Sabtu, 12 Februari 2011

Kamu tiru saya!

Assalamualaikum wrt wbt,

Salam sejahtera buat semua yang membaca,
Sekarang saya mahu cerita.

Cerita tentang 2 orang budak kecil, Ali dan Ahmad.


Gambar hiasan
Ikan belang-belang: Meh ikut saya. InsyaAllah saya bawa kepada jalan kebenaran sesuai sunnah Rasulullah SAW
Ikan lain: Ok!




Ali dan Ahmad berjalan pulang dari rumah Tok Imam.

Mereka dalam perjalanan menuju ke rumah Tok Imam untuk mengaji Mukaddam. Menjadi rutinitas, setiap malam, mereka berjanjian tunggu di simpang rumah Ahmad, usai azan Maghrib.

Sambil mereka berjalan berdua, Ali yang selesai makan dan kemudian menyimpan plastik sampah ke dalam beg. Dia tidak mahu membuang sampah merata-rata.
Ahmad menirunya.

Sampai di rumah Tok Imam, Ali membuang sampah tadi ke dalam tong sampah.
Ahmad menirunya lagi.


Ali merasa kurang selesa dengan sikap Ahmad yang suka meniru apa saja yang dilakukannya. Dia pun menegur Ahmad.

Ali "Ahmad, kenapa suka tiru apa yang kita buat?"

Ahmad "Sebab apa yang Ali buat benda baik"

Ali "Tapi buatlah sesuatu yang lain kalaupun mahukan sesuatu kebaikan. Jangan asyik ikut atau tiru kita"

Ahmad "Macam Rasulullah SAW, baginda punya akhlaq yang baik tapi sekalipun orang meniru perbuatan baik Baginda, baginda tak cakap pun, 'kenapa tiru kita, kita tak suka lah? Macam dalam hadith Muslim yang pernah Tok Imam ajarkan kepada kita"

Ali "Afwan Ahmad. Saya menyesal. Saya lupa, Tok Imam cakap apa tentang hadith membuat kebaikan?"

Dari Abu Hurairah ra berkata, Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang membebaskan seorang mukmin dari kesempitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari kesempitan di hari kiamat.
Barangsiapa yang memberi kemudahan kepada seseorang yang mengalami kesulitan, maka Allah akan memberi kemudahan kepadanya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba-Nya, selama hamba-Nya tersebut menolong saudaranya.
Barangsiapa yang meniti jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di rumah Allah (masjid), membaca Kitab Allah dan mempelajarinya, niscaya turun kepada mereka ketenteraman, rahmat meliputi mereka, para Malaikat berkerumun disekelilingnya dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan makhluk yang berada di sisi-Nya.
Barangsiapa amalnya selalu terlambat (kurang), maka nasab-nya tidak akan dapat menyempurnakannya”. (HR. Muslim)


Ahmad "Jadi Ali, untuk pandangan lebih luas lagi, kamu telah mengajarkan saya tentang akhlaq Rasulullah SAW. Kamu menjadi teladan yang baik sepertimana yang diserukan Rasulullah SAW. Kamu telah menyelamatkan saya dari membuang sampah merata-rata, iaitu sebuah kemungkaran. Bukankah kamu telah menolong saudaramu?"

--------------------------------------------------------------------------------------

Begitulah sedikit cerita kalau dilihat sekarang, masih ada manusia dewasa yang bersikap seperti keanak-anakan.
"Dia tiru saya itu!"
"Intipati dakwah yang dia nak sampaikan pada kita itu, saya dah sampaikan dulu"

"Eiy~Pakai tagline ayat saya untuk nasihat orang!"

"Pakai catatan saya, sebab itu awak boleh lulus. Kalau tidak, ramai yang gagal"

Bukan sesuatu yang membanggakan diri kita ke kalau kita menjadi contoh yang baik kepada orang lain?

Membanggakan kerana bukan kita menjadi ikutan tetapi bangga kerana kita menjadi teladan sesuai anjuran Rasulullah SAW.

Seperti mana kisah Rasulullah SAW mengunjungi Putri Khabab bin Arut saat Khabab pergi berperang. Rasulullah SAW sempat memerahkan susu sehingga semangkuk besar penuh. Kemudian, setelah Khabab kembali, beliau mencontohi teladan Nabi SAW, lalu memerahnya sehingga hasil perahan kembali seperti semula.

Semoga dengan kita memberi kebaikan kepada manusia lain, Allah SWT memberikan berlipat ganda kebaikan kepada kita. Ameen

Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan