Ahad, 11 September 2011

Superhero ku

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, sujud syukur saya menyembah Allah SWT Yang Maha Esa.


Hari ini saya mahu bercerita tentang beberapa hal. Jadi jangan ada yang bosan membacanya :)


Ayah saya dan cinta kami

Hari ini, 11/9/2011.

Tanggal 13/9/2011 akan datang adalah hari ulangtahun superhero saya, Hj Mustaffa bin Hj Othman, dia babah saya!! Saya bangga ada babah macam babah saya.
Hujung bulan ini, babah konvo. Majlis konvokesyen untuk Master. Ini Master kedua babah. Kerjasama antara UKM dan MPAT. Alhamdullillah, babah mendapat anugerah dekan dengan nilai total CGPA 3.5 Tahniah babah. Alhamdulillah. Babah merupakan motivasi dan sumber inspirasi saya. Babah selalu menasihatkan saya, tanpa jemu, berulang kali, "Kakak, fokus!"

Sewaktu saya kecil, "abah" dan "babah"

Masa saya kecil (mungkin sampai sekarang) jika saya tidak mahu, tidak suka, saya akan marah sampai menangis berjurai airmata.

Awalnya, panggilan untuk ayah saya adalah "Abah" tetapi kerana seringnya saya menangis dan setiap kali menangis, saya mahu dengan babah saya je, jadi bunyi setiap kali menangis adalah macam ini,

"Abah...hukhuk...ba...a...bah.......hukhukhuk..ababah...."

Menangis sampai puas sehingga kosa kata baru muncul dari kata abah kepada babah. Sejak dari itu, panggilan babah muncul.

Babah perwiraku

Komitmen babah pada tentera tidak berbelah bagi. Darah perwira mengalir terus di dalam dirinya. Jauh berbeza perwatakan babah di tempat kerja dan di rumah. Babah tegas. Sangat tegas sebenarnya. Apalagi jika menyentuh hal pendidikan anak-anak.

Sewaktu saya tingkatan 3, tahun peperiksaan besar, PMR. Saya tidak dapat berkonsentrasi untuk belajar. Suasana bising di sekeliling membuatkan saya belajar hanya setelah semuanya tidur. Saya bergadang di depan toilet kerana tidak mahu switch on lampu (nanti membangunkan adik-adik yang lain).

Babah dan mama sedar akan hal ini. Mereka langsung membuat keputusan untuk menambah luaskan rumah (renovation), dan membuat bilik khusus buat saya. Subhanallah!

Sejak dari itu, saya nekad, kalau mama dan babah mampu mengeluarkan sejumlah wang untuk saya demi kebaikan pendidikan saya, kenapa tidak saya berkorban juga. Sejak titik itu juga, saya belajar erti pengorbanan. Hadiahnya, straight A's PMR untuk babah dan mama. Alhamdulillah, syukur :)

Tragedi Bosnia Herzegovina.

Masih segar diingatan saya, kami semua sekeluarga, menghantar babah ke lapangan terbang. Sanak-saudara turut memberikan penghormatan kepada babah. Babah segak berpakaian tentera. Saya waktu itu masih kecil dan sejujurnya saya gembira berjalan-jalan tanpa saya sedar saya akan berpisah dengan ayah saya selama setahun lamanya.

Sampai satu saat, mama suruh saya salam tangan babah, peluk babah lama-lama, cium pipi babah lama-lama. Saya masih kecil, saya melakukannya dengan senang hati. Masih tidak sedar.

Tiba-tiba saya melihat babah meninggalkan kami sekeluarga, berjalan penuh tegas, tidak menoleh kebelakang walau sekali. Saat itu saya bertanya kepada mama,

"Mama, babah nak pergi mana?"

"Babah nak pergi tolong orang"

"Kita tak boleh ikut ke?"

"Tak boleh. Kita doakan babah selamat pergi dan balik ye?"

Ringkas tetapi masih belum memuaskan hati saya. Saya bertubi-tubi menanyakan lagi pertanyaan. Sehingga saya melihat mama menitiskan airmata dan saat itu saya sedar, babah akan pergi jauh.

"Mama, babah pergi lama?"

"Sekejap je, insyaAllah"

Saya merasa ada kegusaran di dalam kata-kata mama. Saya menangis semahunya. Saya tidak peduli sesiapa di sekeliling saya. Saya meronta. Menjerit-jerit memanggil babah. Tapi sedetik pun tidak babah palingkan wajahnya ke belakang.

Berderetan perbarisan tersusun rapi, bersiap menerima arahan, meninggalkan keluarga tersayang demi tugas kepada sesama manusia. Mereka lah insan yang bersiap menghulurkan bantuan tatkala orang lain belum sedar adanya konflik di sana.

Usai perbarisan, saya masih melihat sosok babah. Babah melihat kami sekilas, melambai dan kemudian berjalan penuh gah masuk ke dalam kapal terbang TUDM (tentera udara di raja Malaysia). Kapal terbang yang akan membawa ratusan perwira. Mereka tidak meletakkan harapan menggunung tinggi untuk kembali pulang ke tanahair. Jika kematian menjemput, mereka siap bersemadi. Subhanallah.

Perpisahan yang memisahkan antara seorang bapa dan anak-anak, sungguh mengajar saya erti berdikari. Saya membesar tanpa kehadiran fisik seorang ayah. Namun begitu, menjadi rutin harian, kami menulis surat. Surat tersebut berwarna biru. Hujungnya berwarna belang biru tua dan biru muda. Ada lambang negara lagi dekat sampul. Surat tersebut khusus ditulis buat keluarga angkatan tentera.

Saya bertindak sebagai kakak (anak sulung) dan dalam waktu yang sama, saya bertindak sebagai orang kanan mama. Sedari kecil, saya telah menjadi sahabat mama. Pergi ke pasar sendiri, beli sarapan sendiri, sakit tahan sendiri. Uruskan adik-adik dari bangun tidur sampai tidur lagi. Saya tidak pernah mengeluh untuk semua itu, alhamdulillah, saya bersyukur. Jika saya tidak diajar Allah SWT untuk ini semua, belum tentu ujian yang lebih besar mampu saya lalui.

Syukur, walaupun sekarang babah sibuk, (babah sangat bersemangat kerja, dari hari Isnin sehingga ke hari Ahad), tapi saya tahu babah ada bersama kami. Kadang ke Jerman seminggu atau mungkin ke Filipina 2 minggu, atau pernah ke Indonesia sebulan.

Motivator terbaik

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT, dengan izinNya, motivator yang mampu meniupkan semangat dan ketenangan di hati. Saat saya merasa saya perlukan seseorang, berpendirian neutral tanpa mempertimbangkan hal emosi, babahlah orang pertama yang saya cari. Luahan perasaan selama berjam-jam lamanya.

Dan hari ini, hadiah buatmu

Tanggal 9/9/2011, saya melangkahkan kaki ke bangunan Eyckman.

Ada khabar nilai akhir sepanjang tahun praktikal sudah diumumkan. Langkahan kaki penuh debaran.

Sampai saja di lantai 4, ada seorang sahabat terus memeluk saya,

"Aimi, aku dapat anugerah dekan"

"Alhamdulillah, tahniah"

Sama-sama menumpang gembira. Hati masih gusar. Nilai sendiri belum tahu lagi.

Saya memasuki ruangan yang menempatkan semua maklumat mahasiswa. Saya membuka lembar satu persatu, mencari nama saya.

Tiba-tiba, di suatu helaian, saya melihat,

Nurul Aimi Binti Mustaffa
CGPA 3.5

Berjuraian airmata saya. Syukur, alhamdulillah.

Saya menelefon mama dan babah.

"Mama, babah, ini hadiah buat mama dan babah. Babah, pointer kita sama"

"Anak bapak"
Alhamdulillah. Syukur. Syukur.

Babah,
Babah adalah superhero kakak.
Happy be-earlied birthday.

Kakak doakan babah, mama, dan kita sekeluarga bahagia dunia dan dapat berkumpul di syurgaNya kelak. Ameen.

Terima kasih selama ini babah telah menjadi contoh yang baik.

Orang kata, muka kakak tinggal tambah misai, dah serupa macam babah.

Kakak tak kesah~

Orang kata, perangai kakak sama macam babah,

Kakak tak kesah~

Orang kata, makanan kegemaran kakak sama dengan babah,

kakak tak kesah~

Apa yang kakak tahu, kakak saya babah!

*Peluk babah kuat-kuat*

2 ulasan: