Ahad, 6 Januari 2013

TIPS HO

Assalamualaikum wrt wbt, 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, saya masih diberikan kesempatan untuk sujud menyembah Allah, memuji kebesaranNya.

Terlalu banyak perkara yang ingin dikongsikan bersama semua, cuma atas kelalaian saya sendiri dalam menguruskan masa, tanggungjawab menguruskna blog terabai. 

Saya kini sudah memasuki bulan ke 3 Paediatric Department. 

Lamanya saya tak update blog??!! Last entry saya tentang tagging Medical?? Which was about 7 months ago? Haish. 

Buat masa sekarang, saya ingin berkongsi tentang sedikit perkara tentang program pegawai perubatan latihan siswazah UD 41 (housemanship). Saya akan menjawab beberapa perkara yang sering ditanya kepada saya. 

Apa faktor dalam pemilihan tempat dan hospital semasa housemanship?
Baiklah, ada beberapa perkara mengikut pandangan saya merupakan beberapa pertimbangan dalam pemilihan tempat/hospital.

1. Apa halatuju kita dan apa yang kita inginkan?
Menurut saya, ini merupakan skop terbesar yang harus dijadikan keutamaan dalam memilih hospital. Ada sesetengahnya gemarkan cabaran dan pengalaman yang luas maka saya syorkan hospita-hospital pusat seperti Hospital Kuala Lumpur, Hospital Umum Kuching Sarawak, Hospital Queens Elizabeth Sabah, Hospital Sultanah Aminah, JB, Hospital Besar Melaka, Hospital Seremban, PPUM, PPUKM, Hospital Raja Perempuan Zainab II Kelantan dan sebagainya (Hospital pusat). Tidak dinafikan hospital yang saya sebutkan di atas merupakan hospital rujukan dari hospital daerah lain dan mempunyai kapasiti pesakit yang banyak, sistem pelayanan kesihatan yang lebih tertata rapi. Oleh itu, banyak new cases or rare cases bakal dijumpai di hospital berkenaan, lebih banyak ilmu dan pengalaman yang bakal diperolehi kerana kita belajar melalui guru terbaik iaitu pesakit.  

Namun begitu, ini tidak bermaksud hospital selain dari yang saya sebutkan di atas tidak mempunyai peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman yang luas. 

Contohnya seperti saya sendiri, saya membuat pertimbangan untuk memilih Hospital Ampang dengan alasan saya mahu menimba ilmu dan pengalaman tetapi saya tidak mahu bekerja di hospital yang menurut pendapat peribadi saya high workload pressure. Ilmu yang diberikan kepada kami terbatas, namun begitu iainya merupakan inisiatif masing-masing untuk belajar. Keterbatasan ilmu dan pengalaman dapat terlihat dari sudut ini. 

2. Pemilihan berdasarkan minat dalam sesuatu bidang
Ada pula sesetengah dari kita yang telah membuat pengkhusasan untuk melanjutkan dalam bidang Master program tertentu, contohnya Infectious disease (Medical Department). Setiap hospital mempunyai kepakaran masing-masing, di mana mereka menjadi rujukan seluruh Malaysia.

- Hospital Ampang - rujukan Heamatology

- Hospital Sg Buloh - Infectious disease
- Hospital Selayang - Paliative treatment. 
- Hospital Serdang - Cardiology 

Ini adalah antara hospital yang mempunyai bidang subspecialist mereka tersendiri. Rakan-rakan boleh search di dalam internet ya :)

3. Berdasarkan jarak hospital dengan orangtua dan keluarga. 
Mereka pilih hospital atau tempat berdasarkan dekatnya jarak dengan keluarga. Mudah perhitungan ini. 

4. Elaun tambahan (elaun wilayah). 
Bagi HO (House Officer) yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung begitu juga sebaliknya akan mendapat elaun tambahan. Kurang lebih minimal RM 1500 sebulan. Dengan gaji pokok, RM 2,900 sebulan beserta elaun fleksi dan sebagainya (sebulan dalam RM 4800 - RM 5000) ini tidak termasuk elaun tambahan (elaun wilayah). 

Mungkin ini juga merupakan salah satu pertimbangan anda? Ok, saya boleh merasakan ada yang tersenyum.

5. Computer-philic person
Ada sesetengah hospital menggunakan sistem komputer secara keseluruhan, start from clerk the patient, order ubat, order blood investigation, order xray dan sebagainya menggunakan komputer. Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Putrajaya, dan saya lupa beberapa hospital lagi. 

Kerja jadi mudah kerana semuanya menggunakan sistem komputer.

Soalan kedua, bagi HO graduan Indonesia, susah atau tidak untuk beradaptasi?
Baiklah, bila kita berbicara tentang adaptasi, kita bercakap tentang cabaran. Antara cabaran - cabaran yang mungkin dihadapi adalah: 

1. Peralihan bahasa, istilah dan singkatan
- DD (differential diagnosis ) --> TRO (to rule out)
- NKMI --> No known medical illness
- NKDA --> N known drug allergy 
- 43yo/M/M --> 43 years old/ Male/ Malay 
- PA: SNT --> Per Abdomen : soft, not tender. 
- CRT <2 --="--"> capillary refill time < 2"
- LMSL -- > Light meconium stain liquor
- AEBA / BA --> Acute exarcebation of bronchial asthma / Bronchial asthma
- CXR / AXR --> Chest X ray / Abdominal X Ray 
- FBC / RP / LFT / Coag --> Full blood count (Hemoglobin, hematocrit, white cell count, platelet) / Renal profile (Urea, Na, K, Chloride, Creatinine) / Liver function test (Total bilirubin, Protein, albumin, ALT, ALP) / Coagulation profile (PT, APTT, INR)
2. Peralihan prasarana 
3. Peralihan cara kerja

Semua bentuk komunikasi menggunakan bahasa Inggeris. Alhamdulillah, dan InsyaAllah, tidak susah. Percayalah. Awalnya anda memang akan merasa kekok, rasa terlalu banyak benda yang harus dipelajari dalam satu masa tetapi inilah adat orang ditempat baru. Paling lama pun sebulan untuk ambil masa memperbaiki komunikasi. 

Tips yang mampu saya berikan?
1. Yakin pada diri dan sentiasa positif dengan tampil present cases semasa ward round. Ambil sebanyak-banyaknya peluang dan jangan pernah sekali 'tolak patient' (refuse untuk clerk patient).  

Kita akan melakukan kesalahan, percayalah. 
Kita akan dimarahi, yakinlah.  

Tapi lebih baik dimarahi dan ditegur sekarang dari kita menjadi pembunuh berlesan di masa hadapan kan? 

Lepas sebulan kerja, insyaAllah, berhabuk korang cakap bahasa Inggeris ;p

Saya selalu cakap pada diri kalau dimarahi, 
"Whatever, as long as I learn and gain something, I save people's live, I don't care. For the sake of my patients"

2. Rajin bertanya. 
Jika tidak tahu, mahu tahu, ragu-ragu, do not hesitate to ask. NEVER ASSUME. Kesalahan paling fatal dalam HO, 
"I believe the patient was well at home"
"I believe she's compliance to the medications given"
"I believe the PPK (pegawai pembantu khas) already dispatch all the blood investigation taken"

Tanpa bertanya, tanpa sebarang bukti, kita membuat andaian. 
Andaian pesakit stabil
Andaian pesakit makan ubat. 
Andaian kerja telah selesai.

Be proactive untuk mendapatkan kepastian dari sebarang keraguan. Pastikan kita yakin dengan apa yang kita percaya dan lakukan. Ini kerana apabila kerja kita dipersoalkan kelak, kita ada jawapan dan alasan yang kukuh. 

Buku-buku rujukan
1. Medical: Medical Sarawak handbook (warna biru)
2. Paediatric: Paediatric protocol, Malaysia (warna hijau)
3. O&G: Protocol hospital masing - masing dan William Obstetric, Novac Gynae
4. Surgery: Oxford handbook 
5. Orthopaedic: Appley's Ortho 

Tambahan dari semua rujukan di atas adalah CPG (Clinical Practice Guideline, boleh download dari internet)

InsyaAllah, sampai di sini sahaja dulu. Sebelum saya mengakhiri tulisan saya, ingin saya tegaskan pada diri dan semua, 

1. Kosongkan minda dari segala negative thinking or output. 
- Contohnya, lulusan Indonesia dianggap second class dan sebagainya. Itu semua sangat-sangat bergantung pada individu. Pakar dan juga MO bukan orang gila yang tiba-tiba mahu melabel kita. Imej, persembahan dan kualiti yang menjadi cermin kepada diri sendiri. Lulusan mana-mana pun, kalau lakukan kesilapan, apatah lagi berulang kali, memang akan kena marah. 

2. Be active and proactive
- Semasa bertugas, sentiasa siap dan sigap. Kita cergas dalam melaksanakan tugas. Be a participant in a discussion and know exactly what is your job and what to do next. Jangan mengelamun.
- Bagaimana mahu jadi active and proactive? Jawapannya mudah, BELAJAR dan TERUS BELAJAR. 

3. Sesibuk apapun kita, jaga waktu solat, jaga bacaan mathurat dan Al-Quran. Fizikal, mental dan rohani harus sama-sama kuat. Di sinilah tahap kesabaran kita diuji dan hanya kepadaNya kita kembali mendapatkan jawapan dan hikmah. 

4. Jaga waktu makan dan minum. Jika tidak sempat makan nasi, tidak mengapa (saya selalu skip meal lunch and dinner sebab terlalu sibuk) sediakan minuman bijirin, coklat, energy drinks, air yang banyak sebagai ganti. Paling minimal gula-gula sebagai sumber glucose. Ingat, kita perlu jaga hak tubuh kita juga. 

Ok, sampai berjumpa di masa hadapan. InsyaAllah, saya akan update beberapa info tentang diri, kesihatan, pekerjaan dan pelbagai lagi. 

Semoga bermanfaat, dan tulisan di atas merupakan pendapat peribadi, silakan berkongsi pandangan dan bertanya. 

Yang baik itu datang dari Allah SWT, yang buruk itu datang dari Allah SWT tetapi di atas kelemahan saya sendiri. 

Assalamualaikum wrt wbt.
 
 

12 ulasan:

  1. Terima kasih banyak-banyak. Semoga setiap patah kata tulisan saudari doktor bermanfaat. Semoga berjaya!

    BalasPadam
  2. (^_^) Jazakillahu kheir Kak Aimi.. Tak nak fikir pasal output. Yang penting Sha cari input dulu utk bekalan menghadapi HO. Moga jadi Sha jadi Dr yang selamat!

    BalasPadam
  3. Thanxs a lot...really helpful 4 me t0 be HO...=)

    BalasPadam
  4. Salam.

    Dear Dr, nak tanye, sy baru grad and nak pilih hospital. Tapi sekarang nak consider tempat based on gaji...

    1) First gaji adalah 2 bulan gaji ke? (if masuk november, ujung disember baru dapat ke?)

    2) Berape gaji bersih bulanan di selepas tolak socso etc (bagi anak semenanjung bekerja di semenanjung)?

    thanks dr... it would be a great help to know the answer from u...

    cryosurfer88@gmail.com

    BalasPadam
  5. Tips: life as a HO was tough. But life as an MO is tougher. Prepare yourself with a strong mentality and a strong spirit. Being scolded, yell at is nothing during HO as compared to what you will experience as an MO. Every decision you will make, every step that you will take will determine your life and your patient's life. So remember however tired you are now during ward work or oncall, it will be double during your MOship. How you handle yourself during HOship determines how your MOship will be. Trust me.

    BalasPadam
  6. Prof. Dr. Abdul Rashid4 Februari 2014 pada 5:25 PTG

    I am very disappointed that your reaction towards someone (specialist, MO) scolding you is "whatever...." You are not the only one wishing to save a patient's life. If you dont want to listen to us and do not perform, of course we will scold. You may as well find another profession if you want to say "i dont care". Such disrespect! The reaction we want is "okay. i will correct myself and become a better doctor". What you know is not a drop in the ocean and be humble about it. Respect those who know more and respect even more what they have to go though trying to teach you.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I'm sorry Prof, but I think you've misjudged something here. She didn't meant to be disrespectful when she stated ' whatever' after being scolded. It's merely her normal inner defensive reaction for being scolded or probably humiliated in front of others. As long as she realized the corrective steps to be taken to improve the situation in future, it shouldn't be a big issue to be argued with. I suggest you should read the whole sentence rather than pick-up a word a create a controversial issue on it. My appology for those who displeased with my 2 cents opinion.

      Padam
    2. LOL.this guy. you cannot give a clinical diagnosis based on one symptom.you're a prof, you should know better.read the whole paragraph she wrote.you cannot just jump on conclusion based on one word she wrote.she didnt even brag about it nor did she disrespect those who know more.youve got issues prof. you need to check yourself before you wreck yourself. i am a MO myself but do you see me harping on every single mistake she make like a primary school english teacher.live and let live prof!

      Padam
  7. Assalamualaikum dr.aimi.
    Sy bukan doktor, cuma sorg cleaner yang teringin sangat nak kerja di hospital. alhamdulillah sekarang dah dapat pun kerja di sultanah aminah jb. Saya cuma hairan kenapa budaya memarahi jadi sebahagian proses pengajaran dalam bidang kesihatan? Baik sesama doktor, atau nurse terhadap doktor, sama saja. Saya fikir bidang kedoktoran adalah bidang yang memerlukan rasa kemanusiaan yang tinggi. Apakah herdikan dan tengkingan dapat melahirkan seorang doktor yang prihatin dan penuh rasa kemanusiaan? betul nyawa pesakit sangat penting tapi adakah seorang yang berpendidikan tinggi cara belajarnya dengan herdikan macam orang tak habis sekolah? Kami di kalangan cleaner, herdikan dan tengkingan tu perkara biasa, normal la dah cleaner ni biasanya tak ngaji tinggi dan kurang berdisiplin. Saya tak dapat terima para doktor diperlakukan macam budak tak sekolah, dimaki dengan kata2 yang buruk seolah2 itulah caranya melahirkan doktor yang mahir dan bermotivasi. Saya betul tak faham dengan dunia kedoktoran ni. Saya harap insan2 yang terlibat dalam dunia perubatan ni lebih bertimbangrasa terhadap satu sama lain kerana jiwa yang positif itulah melahirkan doktor berkualiti. Kami tidak mahu doktor dan nurse yang mahir saja di luar tapi kurang hati perutnya.

    BalasPadam
  8. assalamualaikum dr. saya nak tanya sikit. biasanya time HO berguna ke nota2 yg dibuat masa medical student dulu?

    BalasPadam