Sabtu, 2 Mac 2013

Lil' Mujahid is coming out soon

Assalamualaikum wrt wbt, 

Salam buat semua, semoga Allah memberkati dan meredhai segala kebaikan yang kita kerjakan. 

Entry kali ini, istimewa buat semua. 

Puji syukur ke hadrat Allah SWT. 

Saya kini sedang hamil 12 minggu :) Arghh, naluri keibuan membuatkan saya menaip sambil mengalirkan airmata. Oh, inikah perasaan seorang ibu? Masa muda-muda dulu, rasa mama saya pelik sangat sebab mudah menangis dan kini saya memahami perasaannya.

Awalnya.......

Saya tidak mengesyaki bahawa saya hamil sehinggalah suatu hari ketika sedang menghadiri majlis walimah sahabat baik suami saya, Ahmad Zulhazwan di Perak. Saya teringin makan kuew teow Doli di Taiping, Perak. Pada waktu itu, kami menumpang kenderaan Fakhrul Radzi, seorang lagi sahabat baik suami saya. Saya merajuk dengan suami kerana awalnya dia berat hati untuk membawa saya pergi. Terima kasih kepada suami dan sahabat kami Fahkrul Radzi yang telah menunaikan hajat saya. 

Kami tiba di sana (Taiping) lewat petang sedangkan keretapi kami dijadualkan bertolak kurang dari 2 jam (dari Batu Gajah) untuk kembali ke Kuala Lumpur. Ok, boleh nampak tidak betapa gelabahnya suami saya dan Radzi mahu arrange agar kami sempat sampai di destinasi tepat waktu. Oh, pada waktu itu saya masih tersenyum gembira dapat makan walaupun sebenarnya saya nampak wajah mereka berdua kelat seperti tertelan kopi luwak tanpa gula atau susu :p

Dalam perjalanan pulang menaiki kereta menuju stesen keretapi, tiba-tiba Radzi tersenyum sendiri lantas berkata, 
"Tadi mak aku mesej, mak aku kata, isteri Gapo ini bawa budak, itu yang mengidam nak makan kuew teow"

Terkedu saya, "Mana ada. Memang teringin je lah" 

Suami, "Amin~~~~~" 

Mereka berdua berbalas ketawa sedangkan saya diam duduk di belakang.

Mulai saat itulah, saya terfikir, "Aku mengandung ke?"

Namun kerana sibuk dalam dunia hospital, saya sampai terlupa akan hal ini sehinggalah 5 Januari 2013, saya terlintas untuk melakukan pregancy dipstick urine test sendiri memandangkan kitaran haid lambat seminggu. 

Alhamdulilah, positif!!


Photo: hai.. i'm a little star :))
Gambar hiasan: Comelkan baju ini? Rasa macam nak gigit-gigit je!

Pada waktu itu, saya masih di Paediatric Department, bulan terakhir. Semua specialist and MOs sangat memahami. Apabila ada shooting untuk portable X-Ray mereka cepat-cepat menyuruh saya berlari keluar dari ruang wad. 

Apa yang membuat saya tambah terharu, apabila ada seorang bayi dalam keadaan nazak, harus di CPR, saya segera menghulurkan bantuan, namun specialist lantas berkata, 


"Aimi, saya tidak mahu awak bantu CPR. Awak hamil, CPR perlukan tenaga dan saya tidak mahu awak bahayakan kandungan awak. Lagipun, bayi ini sedang nazak, saya tidak mahu awak terbawa-bawa emosi, orang hamil dan tidak, berbeza"

Saya hanya tersenyum. Alhamdulillah, saya meninggalkan Paediatric Department tanpa sebarang assessment ataupun Viva. How lucky am I? Syukur, pakar supervisor berpuas hati dengan kerja saya, oleh itu, tiada assessment dilakukan :)

Kembali kepada cerita si kecil, khabar gembira ini saya sampaikan kepada keluarga saya dan suami. Adik-adik kami antara yang paling excited, ada yang telah memberikan nama untuk bakal anak kami, ada yang telah belikan baju untuk si kecil dan macam-maca lagi. 

"Bertuah anak ummi dan abi ini kan? Belum keluar menjengah dunia, orang dah belikan baju untuk dia"

Semenjak hamil saya tidak menafikan perubahan hormon menjadikan saya sangat lemah. Masuk keluar Emergency Department untuk IV drip (masuk air) kerana muntah-muntah yang teruk. Badan menjadi cepat lemah. 

Syukur ke hadrat Allah SWT, tanda-tanda awal kehamilan ini saya rasakan di awal minggu ke 5 hingga ke 11 kehamilan dan kini saya sudah mulai beradapatasi. 

Suami saya antara manusia yang paling alert, bila dengar saya start mual-mual nak muntah, dia sudah lipat lengan baju, mahu tolong urut belakang bila saya muntah di tandas. Sweet kan? Hehe. 

Awalnya, saya tidak boleh makan apapun. Apa yang saya makan, saya muntahkan kembali. Kadang kala sampai menangis sebab perut lapar dan badan lemah tetapi tekak tidak boleh menerima makanan apa pun. 

Namun itu tidak menjadikan alasan untuk saya lemah. Saya tidak mahu menolak melakukan kerja sepertimana saya dahulu. 

Kini saya di Obstetry and Gynecology Department. Antara department yang saya sangat suka selain Medical (bias sungguh aku ini!). Saya tetap melakukan tugas seperti biasa cuma ada perkara yang saya hadkan iaitu, saya tidak menangani pesakit-pesakit kanser Gynecology yang sedang menjalani rawatan kemoterapi. 

Saya enjoy bekerja di department ini. Saya merasakan I'm part of it. I'm a family member of this world. Walaupun saya berkerja dari 7 pagi hingga 8 atau 9 malam, namun saya tidak merasa terbeban. Mereka pesakit saya, mereka adalah tanggungjawab saya. 

Sewaktu ward round dengan MO, tiba-tiba saya didatangi seorang MO dari ward lain, 

"You Aimi eh?"

Saya, "Yes, I'm Aimi. Why boss?" saya bertanya saat saya melihat wajah MO tadi tidak berhenti melihat saya. 

MO, "Owh, you ke Aimi?. Bila nak datang kerja dekat ward saya? Saya dengar MO ward ini (Gynecology) selalu puji you?" 

Saya hanya tersenyum. Alhamdulillah, rasa kembang nak koyak seluar. Hehe 

Kepada semua bakal ibu lebih-lebih lagi yang bekerja sebagai seorang doktor (atau professional lain yang tidak pernah tahu bila longstanding working hours), kalian harus kentalkan minda dan semangat. Jangan pernah sesekali menjadikan alasan kerana saya hamil, saya tidak boleh melakukan prosedur A atau mengendalikan pesakit dalam jumlah yang besar atau sebagainya. 

Apabila kita menjadikan alasan hamil untuk mengehadkan tugas kita, seolah-olah kita berkata, kerana anak yang aku hamil ini, aku menjadi lemah dan tidak dapat melakukan tugas dengan baik. 

Benar jika hamil, kita bakal menghadapi banyak keterbatasan. Mudah penat atau pergerakan menjadi lambat. Namun keterbatasan ini tidak boleh menjadi penghalang untuk kita (warga hamil - kenapa macam lain je bunyi nye?) bergerak lebih baik kan?

Lebih-lebih lagi di awal kehamilan (anak pertama) tempoh beradaptasi memerlukan banyak pergorbanan dan kadang kala pengorbanan ini menjadikan kita rebah. 

Sedikit informasi tentang Hyperemesis Gravidarum (Mual muntah yang berlebihan sewaktu hamil)
- Banyakkan minum air, minimal 3L per hari 
- Amalkan makan makanan yang kurang berminyak 
- Makan makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi sering 
- Cuba kenalpasti, apa punca kita muntah. Bau masakan ? Bau badan suami? Setelah kenalpasti, sedaya upaya, jauhkan dari punca tersebut. 
- Minum air teh halia
- Amalkan perkara yang dapat menimbulkan rasa gembira (endorphine release activity), ada yang suka shopping, membaca, menonton TV, duduk bertafakur di masjid dan pelbagai aktiviti lain. 

Sekian sahaja sekarang, insyaAllah bila tiba waktunya, saya akan update lagi blog yang berhabuk ini :p

To my dear husband, be strong! I know you can get through all the obstacles as new HO. Barakallah :)

To my dear family and friends, do pray for me, hubby and baby :)

With love, 
Dr Aimi




2 ulasan:

  1. Alhamdulillah.aimi.i am so happy!u are blessed my dear and may Allah continue to bless you. May the little one inside you growing healthily.ameen.

    BalasPadam
  2. What i ԁo not realize is іn гeаlіty how you arе
    not аctually muсh mοrе nеatlу-fаvorеd than
    yоu might be nοw. You're so intelligent. You understand thus significantly when it comes to this matter, produced me in my opinion imagine it from numerous various angles. Its like men and women are not interested unless it'ѕ somеthing to аccοmplish wіth Woman gаga!
    Υour persоnаl stuffѕ excellеnt.

    Alωayѕ maintaіn it up!

    Alѕo vіѕit my web page :: hcg diet reviews

    BalasPadam