Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera semua,
Hari ini genap usia permata hati kami 40 hari. Rasa sekejap
sahaja masa berlalu. Hari-hari berlalu disaksikan senyum, tangis, rengek si
manja. Sungguh dengan kelahiran Sufi menjadi titik perubahan kepada kehidupan
saya dan pasangan.
Mengimbau saat-saat getir melahirkan Nur Falah Sufiyyah,
saya teringat bagaimana jerih perih pertarungan nyawa melahirkan nyawa.
Pada 7/9/2013, saya ‘memasukkan’ diri ke hospital untuk di induce kerana saya menghidapi GDM (Gestational DM) on diet control
(kencing manis dalam kehamilan). Saya di induce keesokan harinya pada 8/9/2013.
Sehari suntuk saya dihospital hanya berselawat, mengaji dan berzikir. Pelbagai
cerita telah saya dengar tentang sakitnya bersalin di induce. Senda gurau dari para jururawat dan doktor MO sedikit
sebanyak mengurangkan kegusaran saya.
Jam 0700 8/9/20113, doktor MO memeriksa bukaan jalan lahir.
“Eh Aimi, dah 3 cm. Awak ada rasa sakit tak?” tanya MO.
“Hah? 3cm. Tak rasa apapun doktor” terkejut saya.
“Ok, takpe lah. Saya masukkan prostin (induce) sekali,
petang nanti kita tengok, ada progress atau tak. Tapi selalunya kalau dah 3 cm,
cepat je progress untuk bersalin. Awak rehat dulu dekat wad” kata MO
menjelaskan.
Saya hanya tersenyum. Jam menunjukkan 1100 pagi. Saya belum
merasakan contraction pain mahupun keluar tanda (darah).
“Doktor, ada rasa sakit?” tanya staffnurse.
“Tak. Memang macam ni eh rasa kena induce?” tanya saya agak
keliru.
“Hehe. Tunggulah doktor….Induce lebih sakit dari bersalin
natural. Bila timbul sakit, nak senyum pun tak boleh” kata jururawat lagi.
“Gulp!” hanya terkedu.
“Haha…doktor ini. Tenanglah. Selawat banyak-banyak.
InsyaAllah, semua berjalan lancar. Dulu doktor banyak tolong orang ramai,
sekarang biar orang lain tolong doktor” Jururawat cuba menenangkan saya,
mungkin setelah melihat wajah saya seperti ayam berak kapur.
Tepat jam 1400, saya mula merasa sakit di ari-ari.
Allahuakbar. Sakitnya datang cuma sekali dalam sejam namun sakitnya, hanya
Allah tahu. Setiap kali sakit, tangan kanan cepat menggerakkan butir-butir
mutiara zikir manakala tangan kiri menggenggam tangan suami.
Pada awalnya saya kuatkan semangat, menahan segala sakit. Namun
masuk jam 1600, saya mula mengalirkan airmata. Sakitnya seperti perut
dipulas-pulas dengan seluruh tenaga. Belum pernah saya merasakan sakit seperti
ini.
Mama, babah dan adik-adik turut menemani diri. Saya
menangis, mengadu sakit. Saat itu saya terbayang betapa saya nakal dan banyak
mengguris hati mama dan babah. Banyak sungguh dosa saya kepada mereka.
“Ma…sakit….” Saya terus mengalirkan airmata.
“Mama tahu..Kakak kena tenang, banyakkan selawat, banyakkan
zikir” mama mengurut belakang saya manakala suami terus mengusap kepala saya.
Saya dapat melihat airmata di wajah mama dan adik saya. Mereka turut bersimpati
melihat kesakitan yang dialami.
“Kaklong, sekarang masa masih ingat untuk berselawat dan
zikir, kakak teruskan. Nanti masa tengah sakit meneran, semuanya kakak lupa,
jadi selalu sebut Allah” ibu mertuaku berpesan panggilan telefon.
Jam menunjukkan 1800,
sakit yang dirasakan semakin kerap dan kuat. Keluarga dari Singapura dan Melaka
turut datang singgah menjenguk saya. Saya hanya meringkuk menahan sakit dan
menangis. Kasihan mereka kerana saya tidak dapat melayani tetamu yang hadir.
“Aimi, since you’ve
regular contraction now, do you want me or other to check the progress for you?” tanya sahabat
saya. Sahabat tadi adalah HO lelaki.
“If you don’t mind, I
prefer staff nurse to check it for me” jelas ku.
“Ok doktor Aimi, jalan lahir dah buka 4cm. Kalau doktor nak,
saya boleh bagi ravin enema sekarang dan hantar doktor ke labour room. Kalau
doktor nak rehat-rehat dulu dekat wad pun boleh. Ikut doktor nak pergi labour
room bila” jelas staff nurse.
“Hah? Baru 4 cm” saya agak kaget kerana sakitnya Allah
sahaja yang tahu.
Awalnya saya mahu duduk berehat di wad sahaja, namun begitu
atas nasihat keluarga, saya akur untuk ke labour room.
“Ini anak pertama. Kakak tak tahu apa akan terjadi nanti.
Lebih baik kakak pergi LR, at least
boleh close monitoring kakak dan baby.
Do not take the risk” pesan babah.
“Sayang, minum dan jamah sikit sebelum ke labour room. Dari
pagi tadi tak makan, tak minum ini” pujuk suamiku. Ya, dari awal pagi hingga
jam 8 malam tiada apa yang boleh masuk ke perut saya. Saya mengalami sakit
kepala sehingga muntah-muntah.
Saya berusaha menjamah sedikit roti dan seteguk air, namun
tetap muntah juga.
Saya masuk ke LR jam 2000, ARM (artificial rupture of
membrane – pecah ketuban) dilakukan.
“Aimi, do you’ve any special request?” tanya MO.
“Yes, I want epidural” kataku.(Epidural - Bius yang diberikan melalui tulang belakang).
“I try my best to get it for you. Since today is weekend,
agak susah nak request Epidural” kata MO lagi.
“Please…” saya menangis seperti anak-anak mahukan gula-gula.
Jam 2000, contraction pain dirasakan adalah 20 minit sekali.
Namun setelah air ketuban dipecahkan, contraction pain menjadi 10 minit sekali.
“Eh doktor, kuatnya contraction
ini. Doktor ada minum air selusuh ke?” tanya
jururawat.
“Tak! Saya nak Pethidine boleh?” kataku ringkas sambil
menahan sakit. (Pethidine adalah ubat suntik menahan sakit).
“Ok boleh-boleh” kata jururawat.
Semua jururawat LR yang bertugas malam itu datang singgah ke
bilik bersalin saya. Mereka memberikan kata-kata semangat dan mendoakan. Tenang
melihat kehadiran mereka di sisi walaupun saya tahu, saya sudah tidak mampu
untuk senyum.
Setelah saya diberikan Pethidine, terus saya merasa
mengantuk yang tidak dapat ditahan. Bezanya, saya masih merasakan sakit
bersalin tapi dalam keadaan mengantuk! Di dalam LR, saya masih muntah-muntah.
Jam 2200, Anaest MO datang (Mo dari bahagian Anaest –bius)
bertujuan memberikan Epidural.
“Aimi, you know the pros and cons when I give you Epidural. It’s actually…bla..bla..bla..” jelasnya panjang lebar.
“Aimi, you know the pros and cons when I give you Epidural. It’s actually…bla..bla..bla..” jelasnya panjang lebar.
Sumpah, saya hanya tahu di MOAnaest selebihnya, saya tidak
men digest walau sepatak kata pun kerana menahan sakit.
“Allah. I’m in pain. I know and understand everything.
Please, can you give it now?” jelasku.
“Biar saya periksa jalan lahir dulu Aimi” jelas MO O&G.
“Eh dah 8 cm ini. Tak boleh bagi Epidural kalau macam ini”
jelas MO tadi.
“Ha?? Saya nak Epidural……………….” Saya menangis lebih kuat.
**Ok boleh bayangkan betapa saya seperti budak-budak ketika
itu menangis mahukan Epidural? Sumpah, demi Allah, sakit melahirkan itu
membuatkan saya lupa segalanya”
Alhamdulillah, kehadiran suami di sisi sangat membantu.
Diusap-usap kepala saya dan rela menjadi mangsa yang mana tangannya terus
digenggam kuat.
Tepat jam 2245, bukaan jalan lahir telah lengkap 10 cm. Saya
sudah merasa untuk meneran.
“Abang, ajarkan saya mengucap” kataku kerana saat itu sakit
bukan kepalang hingga saya lupa bagaimana untuk berzikir.
Suami memimpin saya mengucap dan berselawat.
Sewaktu proses meneran, suami saya turut tidak ketinggalan
memberikan semangat dan mengajarkan saya meneran.
“Ok, sikit je lagi. Kepala baby dah dekat bawah. Tarik nafas
dalam-dalam, teran” suara suamiku keras di sebelah.
“Buka mata, tutup mulut!” suara suamiku terus memberikan
arahan.
Sewaktu itu ada hampir 3 orang jururawat dan suami yang
bersama-sama memimpin proses bersalin. Mereka bersama-sama memberikan semangat,
cuma saat itu, hanya suara suami saya sahaja yang dapat saya dengar dan faham.
Tepat jam 2310 malam, lahirlah bayi kami.
Anehnya, saya melihat bayi kami tidak langsung spontan
menangis. Bantuan terus diberikan.
Saya melihat jam di dinding, 1 minit. Saya masih tidak
mendengar suara bayi kami.
5 minit kemudian, masih sunyi sepi. Kala itu, saya sudah
menangis tidak berhenti.
“Abang…anak kita..” saya menangis sambil memegang tangan
suami.
“InsyaAllah, Allah tolong. Jangan menangis, tenang je. Abang
pergi lihat baby kita” kata suami memujuk.
10 minit kemudian, kami didatangi MO Paeds (Bahagian
kanak-kanak).
“Aimi, I’m going to admit your baby to NICU (neonatal ICU –
ICU for newborn) in view of poor APGAR score. At 1 minute of life was 4,
intubated 5. My current diagnosis is perinatal asphyxia. Looking at your baby,
we’ll try our best”
Saya hanya terdiam dan terus menangis.
“Intubated? (Dimasukkan tibu pernafasan)” saya menangis
lagi.
Suami terus memeluk saya.
“InsyaAllah, anak kita selamat. Anak kita kuat macam ummi
dia” pujuk suamiku.
“Doktor, anak saya dulu pun intubated juga, tak pe.
Doa banyak-banyak. InsyaAllah, ok” pujuk jururawat.
Usai proses menjahit jalan lahir yang robek, saya
dipindahkan ke wad.
Suami sempat singgah, iqamah dan mengambil beberapa foto
anak kami di NICU.
Saya minta untuk melihat wajahnya, saat itu, saya menangis
tanpa henti.
Penuh satu badannya dengan alat bantuan pernafasan, OGT
bantuan makanan, ECG, artery line dan IV line.
Sayu.
Dengan izin Allah SWT, bayi kami menunjukkan good progress. Setelah hari kedua, tiada
bantuan pernafasan diberikan dan dia mampu untuk bernafas tanpa masalah. Minum
susu pun kuat.
Syukur. Anak ummi dan
abi solehah mujahidah yang tegar di jalan Allah. Sufiyyah mahu berbakti kepada
semua maka dia kuat untuk berjuang.
Dan, ini adalah Nur Falah Sufiyyah. Hidup kami suami isteri lebih indah bersamanya. Sekalipun kerenah Falah yang pelbagai, itulah asam garam kehidupan keluarga.
Kini, untuk medical check up yang pertama, (usia sebulan) Sufi menunjukkan positive progress di mana semua parameters (Height, Weight, Head circumference, BMI, neurodevelopmental) dalam kategori normal.
Assalamualaikum kak aimi..
BalasPadamRupanya kes kita sama.. I also had GDM and was on diet control... Induced at 39 weeks... Minta epidural bila dah tak tertahan sakitnya...hehe. dan bila doktor cek, dah bukaan 7-8 cm, denied epidural dan terus ke labor room... dalam masa sejam Amni pun lahir.
Alhamdulillah.. Moga permata hati jadi anak solehah, dan kita direzekikan kebaikannya. Ameen..