Assalamualaikum wrt wbt,
Alhamdulillah, syukur atas rahmatNya. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat kepada semua makhluk ciptaanNya.
"Update lah blog" itulah ungkapan suami saban hari. Nah, hari ini alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk saya menulis sesuatu.
Saya ingin menulis beberapa perkara yang menyentuh tentang barangan dan keperluan yang saya gunakan sepanjang tempoh berpantang.
1. Set berpantang.
Saya menggunakan produk NR (Nona Roguy) untuk berpantang berdasarkan beberapa aspek. Pertama dan utama adalah halal dan ada logo yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kedua, setelah menjalankan survey ke beberapa stokis jamu, ramai mengesyorkan NR atau produk orang kampung. Ini kerana produk ini 'kurang panas' sehingga apabila menyusukan anak, anak tidak kuning. Ketiga, produk NR menawarkan set lengkap jamu-jamuan, minyak urut herba, lulur herba, uncang untuk pembersihan alat sulit wanita.
2. Bengkung untuk ummi :)
Sewaktu tempoh berpantang, wanita diharuskan memakai bengkung. Dari pandangan orang tua-tua, katanya mahu elak dari masuk angin, mengembalikan bentuk pinggang yang ramping dan mengembalikan rahim ke tempat asal. Awalnya, perut saya seperti belon kecut, menggelebeh dan saya memang memakai bengkung tradisional. Namun, apabila saya rasa nak terkucil, memang rasa menggelabah sebab kena buka satu-persatu ikatan. Apabila ikatan telah dibuka, maka jadi kerja harus membetulkan semula ikatan. Mungkin perkara ini nampak mudah bagi yang berpantang di rumah orangtua/mertua namun begitu, tidak bagi saya kerana saya harus berpantang di rumah sendiri kerana beberapa halangan.
Oleh itu, saya mencari alternatif dengan memilih penggunaan corset dari produk premium beauty. Lebih mudah dan selesa. Alhamdulillah, setelah constant memakai produk ini hampir 2 minggu, saiz pinggang saya telah turun 2 cm dan tiada lagi masalah sakit tulang belakang akibat posisi menyusu badan memaksa saya sedikit membongkok ke depan.
3. Diet Supplement.
Ini saya rasakan amat diperlukan sewaktu proses berpantang dan juga menyusu badan. Allahuakbar, badan saya menjadi mudah penat, cepat lapar dan kurang bertenaga. Jauh berbeza dibandingkan dahulu. Apabila masalah ini timbul, saya mudah merasa stress kerana mana harus mengemas rumah, menyusu anak, memasak, basuh dan melipat baju dan belajar. Rasa tertekan kerana kerja tidak dapat disudahkan akibat terlalu penat. Kadang-kala, baru bangun pukul 8 pagi, pukul 10-11 pagi saya sudah merasa keletihan.Oleh itu, saya mengambil produk shaklee, ESP, alfalfa dan calcium supplement. Alhamdulillah, walaupun saya hanya bersarapan 2 keping biskut atau roti, saya masih bertenaga dan kenyang sehingga jam 2 - 3 petang. Alhamdulillah. Susu badan pun bertambah banyak dan pekat. Kalau dahulu, saya hanya mampu mengepam 2 onz sehari ( 2 botol) tetapi kini saya dapat 15 onz sehari.
4. Breastpump.
Breastpump adalah penilaian yang paling sukar dilakukan kerana setelah saya survey beberapa orang dan juga kedai bayi, mereka rata-rata mengesyorkan Medela. Mengapa saya katakan penilaian ini sukar? Ini kerana produk Medela sudah terkenal di seluruh dunia dan kebanyakan hospital juga menggunakan produk yang sama, oleh itu sangat sedikit orang atau survey yang dapat saya lakukan untuk produk yang lain kerana mereka jarang/tidak menggunakan produk lain seperti Avent philips, Spectra dan sebagainya. Awalnya, niat di hati, saya mahu membeli Medela Freestyle tetapi memandangkan harganya yang mencecah RM 1700++ maka saya melupakan hasrat tersebut dan memilih Medela mini electric. Harganya lebih murah, lebih kecil dan mudah dibawa kemana-mana. Ibu saya juga menasihatkan saya,
"Kakak belum tahu lagi susu badan banyak mana, jadi cubalah yang Medela mini electric. Lagipun anak ini exclusive breastfeed sampai 6 bulan. 3 bulan pertama, kakak cuti bersalin, jadi yang betul-betul perlu exclusive breastpump adalah 3 bulan berikutnya"
Saya, "Betul juga tu"
Kepada yang bekerja dan mencari breastpump, saya syorkan ambil electric breastpump instead of manual breastpump. Alasannya, pertama menjimatkan masa dan kedua menjimatkan tenaga, ketiga sangat ringan dan mudah dibawa kemana-mana :)
Baiklah, sekian sahaja perkongsian saya sekarang. InsyaAllah semoga bermanfaat kepada yang membaca. Saya akan berkongsi dari masa ke semasa.
ps:
1. Saya menabung untuk keperluan berpantang dan bayi sejak saya tahu saya hamil iaitu sewaktu hamil 3 bulan. Minimal sebulan RM 500 - 1000 sebulan.
2. Sokongan suami baik dari segi mental, fizikal mahupun kewangan sangat diperlukan. Jika ada keraguan, masalah sampaikan kepada suami kerana diri kita berhak dilayani dengan baik.
3. Sewaktu berpantang dan menyusu badan, banyakkan minum air zam-zam, madu dan elakkan makan makanan tidak berkhasiat, pedas kerana bayi kita dapat merasa perbezaan "perisa" susu badan.
4. Banyakkan memperdengarkan alunan ayat Al-Quran dan zikir kepada anak kerana mereka dilahirkan dalam keadaan fitrah, mereka gemarkan kepada perkara-perkara fitrah. Anak akan menjadi lebih tenang.

Set berpantang NR

Bengkung tradisional - gambar hiasan
Oleh itu, saya mencari alternatif dengan memilih penggunaan corset dari produk premium beauty. Lebih mudah dan selesa. Alhamdulillah, setelah constant memakai produk ini hampir 2 minggu, saiz pinggang saya telah turun 2 cm dan tiada lagi masalah sakit tulang belakang akibat posisi menyusu badan memaksa saya sedikit membongkok ke depan.
Set lengkap corset dari PB - gambar hiasan
3. Diet Supplement.
Ini saya rasakan amat diperlukan sewaktu proses berpantang dan juga menyusu badan. Allahuakbar, badan saya menjadi mudah penat, cepat lapar dan kurang bertenaga. Jauh berbeza dibandingkan dahulu. Apabila masalah ini timbul, saya mudah merasa stress kerana mana harus mengemas rumah, menyusu anak, memasak, basuh dan melipat baju dan belajar. Rasa tertekan kerana kerja tidak dapat disudahkan akibat terlalu penat. Kadang-kala, baru bangun pukul 8 pagi, pukul 10-11 pagi saya sudah merasa keletihan.Oleh itu, saya mengambil produk shaklee, ESP, alfalfa dan calcium supplement. Alhamdulillah, walaupun saya hanya bersarapan 2 keping biskut atau roti, saya masih bertenaga dan kenyang sehingga jam 2 - 3 petang. Alhamdulillah. Susu badan pun bertambah banyak dan pekat. Kalau dahulu, saya hanya mampu mengepam 2 onz sehari ( 2 botol) tetapi kini saya dapat 15 onz sehari.
Shaklee - ESP, alfalfa, osteomatrix
4. Breastpump.
Breastpump adalah penilaian yang paling sukar dilakukan kerana setelah saya survey beberapa orang dan juga kedai bayi, mereka rata-rata mengesyorkan Medela. Mengapa saya katakan penilaian ini sukar? Ini kerana produk Medela sudah terkenal di seluruh dunia dan kebanyakan hospital juga menggunakan produk yang sama, oleh itu sangat sedikit orang atau survey yang dapat saya lakukan untuk produk yang lain kerana mereka jarang/tidak menggunakan produk lain seperti Avent philips, Spectra dan sebagainya. Awalnya, niat di hati, saya mahu membeli Medela Freestyle tetapi memandangkan harganya yang mencecah RM 1700++ maka saya melupakan hasrat tersebut dan memilih Medela mini electric. Harganya lebih murah, lebih kecil dan mudah dibawa kemana-mana. Ibu saya juga menasihatkan saya,
"Kakak belum tahu lagi susu badan banyak mana, jadi cubalah yang Medela mini electric. Lagipun anak ini exclusive breastfeed sampai 6 bulan. 3 bulan pertama, kakak cuti bersalin, jadi yang betul-betul perlu exclusive breastpump adalah 3 bulan berikutnya"
Saya, "Betul juga tu"
Kepada yang bekerja dan mencari breastpump, saya syorkan ambil electric breastpump instead of manual breastpump. Alasannya, pertama menjimatkan masa dan kedua menjimatkan tenaga, ketiga sangat ringan dan mudah dibawa kemana-mana :)
Baiklah, sekian sahaja perkongsian saya sekarang. InsyaAllah semoga bermanfaat kepada yang membaca. Saya akan berkongsi dari masa ke semasa.
ps:
1. Saya menabung untuk keperluan berpantang dan bayi sejak saya tahu saya hamil iaitu sewaktu hamil 3 bulan. Minimal sebulan RM 500 - 1000 sebulan.
2. Sokongan suami baik dari segi mental, fizikal mahupun kewangan sangat diperlukan. Jika ada keraguan, masalah sampaikan kepada suami kerana diri kita berhak dilayani dengan baik.
3. Sewaktu berpantang dan menyusu badan, banyakkan minum air zam-zam, madu dan elakkan makan makanan tidak berkhasiat, pedas kerana bayi kita dapat merasa perbezaan "perisa" susu badan.
4. Banyakkan memperdengarkan alunan ayat Al-Quran dan zikir kepada anak kerana mereka dilahirkan dalam keadaan fitrah, mereka gemarkan kepada perkara-perkara fitrah. Anak akan menjadi lebih tenang.
Sekian, assalamualaikum wrt wbt. Semoga dapat saya kongsikan lagi di masa akan datang :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan