Selasa, 24 Mac 2009

The Revised Version Of Aimi vs The Old Version

“Aimi, pinjam jawapan ujian Bahasa Arab. Kau dah siap kan?”pinta seorang sahabat lelaki.

Ketika itu saya bersekolah petang (sekolah agama). Tinggal lagi 30 minit masa ujian akan berakhir. Tapi saya telah menyudahkan ujian Bahasa Arab dalam kurang dari 30 minit. Masa yang berbaki saya luangkan membelek-belek kembali jawapan.


Tak boleh” jawabku ringkas.


Ustazah (Guru Bahasa Arab) keluar sebentar. Saya pun tidak tahu ke mana arahnya ustazah. Sahabat lelaki yang mungkin berdendam dengan saya tadi lantas mencampakkan bekas pensil saya ke lantai. Memecah kesunyian kelas.


“Hah??Kemek pencil box aku??!” saya merengus dalam hati.


“Kau kenapa??Apa masalah kau?”saya meninggikan suara sambil tanganku mendorong kuat sahabat tadi. Tidak stabilnya sahabat ini berdiri, lantas dia terjatuh. Betul-betul punggungnya masuk ke dalam tong sampah kelas. Bergema kelas dengan hilai tawa sahabat lain.


Saya tanpa sekelumit rasa kesian, berlalu meninggalkan sahabat tadi. Kebetulan ustazah pun masuk kelas.


Setelah selesai masa ujian, kami berkumpul seperti selalu di luar kelas dan membaca doa. Doa rabithah dan penutup majlis. Itulah rutin harian. Saya dan sahabat-sahabat perempuan lain pulang sambil ada di antara teman-teman yang mendiskusikan jawapan ujian tadi.


Tiba-tiba di selingan ketawa girang kami,


Hoi Aimi, kurang ajar kau! Kau dah tolak aku pastu nak buat bodoh je!” terdengar saya suara seorang lelaki. Saya kenal dan pasti dengan pemilik suara tadi. Sahabat lelaki ini mulai mengejek-ejek nama ayah saya. Mengutuk-ngutuk ibu saya. Bagi saya ibu dan ayah saya adalah insan mulia yang jangan sekali-kali diconteng maruah mereka walau dengan apa cara sekalipun.


“Biadap kau mainkan nama mak ngan ayah aku” sambil saya meluru ke sahabat lelaki tadi dan dengan sepantas kilat saya melepaskan sepakan tepat di “tut” nya. Sahabat tadi jatuh sujud menahan sakit.

“AIMI, aku bunuh kau!” menjerit sahabat lelaki ini dan sambil berbisik di dalam hati mengiakan yang dia masih tidak sedar diri lagi. Saya datang kembali ke arah lelaki tadi dan dengan sekuat hati saya memijak kakinya. Menjerit sahabat lelaki ini. Kali ini dengan jeritan yang lebih kuat.


“Kalau kau berani ugut aku, jangan lupa aku tak perlukan ugutan sebab aku terus buktikan. Lagi 1 kalau dah tak pandai, pergi belajar, jangan nak meniru orang je keja” sempat saya memberi amaran. Saya tidak menghiraukan teman tadi yang sedang menahan keperitan dan langsung berlalu.


Teman-teman perempuan nampak berubah muka mereka. Saya pasti mesti kerana sikap saya yang mengejut membelasah sahabat tadi.


Itulah antara kisah Aimi yang dulu. Saya tidak suka dicabar baik lelaki mahupun perempuan. Kalau lelaki mahu bertingkah di gelanggang saya akan turutkan. Kalau mencabar saya untuk mendapatkan top 3 di sekolah, itu memang sudah biasa alhamdulillah.


Tapi kini saya menyesal mengenang kembali. “Ya Allah betapa nilai Sabar diriku dulu tunduk sujud pada Nafsu Amarah ku”.


Mungkin kesalnya saya seperti kesalnya Saidina Umar mengenang kisah silamnya. Tapi kisah saya mungkin lebih menyedihkan kerana Islam telah saya anuti dari kecil. Seharusnya, dengan umur 11 tahun, saya sudah mampu mempamerkan apa itu akhlaq Al-Quran?Indahnya Islam.


Kelembutan Islam dan kasih-sayang yang saya pelajari sewaktu saya menuntut di tahun pertama di universiti sangat terkesan di hati. Lembutnya akhlaq dan kata-kata murrabbiyah saya, Subhanallah belum pernah saya lihat sebelum ini. Lahirnya kata-kata dari bibir beliau menyentuh hati. Teguran yang diberi tidak pernah membuatkan diri terasa hati apatah lagi terasa tercabar. Bermula dari situ saya mengenal erti kelembutan, sopan santun, menzahirkan rasa kasih dan sayang. Benarlah Rasulullah itu membawa Islam dengan akhlaq Baginda yang melambangkan Al-Quran. Ramai yang tertarik untuk memasuki Islam kerana akhlak mulia Baginda. Sifaturrasul boleh di ingat dengan S,I,F,A,T


S = Sempurna

I = Iltizam

F = Fathanah

A = Amanah

T = Tabligh


Saya kini sentiasa cuba memuhasabah diri agar saya mempatri sifat-sifat Rasulullah SAW, yang penyabar, penyayang, lemah-lembut, sempurna, sentiasa bersemangat, menyampaikan dan amanah. Aimi kini adalah Aimi yang sentiasa cuba menjaga hati teman. Andai ada yang terasa hati dengan sikap, kata-kata saya dengan rasa rendah diri dan hati memohon sebanyak-banyak kemaafan. Buat semua sahabat yang pernah saya sakiti secara fizikal, percayalah Aimi dulu yang kurang matang mengikut emosi dalam bertindak kini telah insyaAllah sentiasa menyulamkan kesabaran dan kemaafan dalam tingkah-lakunya. InsyaAllah. Maafkan saya


Sinar Islam mengajar diri erti Sabar dan Menghargai. Maafkan saya sekali lagi


20 ulasan:

  1. wow,dasyat nye belasah lelaki...respect2...not bad..charlie's angel..yeah!!

    BalasPadam
  2. semoga kita sentiasa di beri peluang untuk memperbaiki diri...dan...sentiasa memperbaiki diri apabila ada peluang...

    BalasPadam
  3. uiks...nasib baik tak kena sepak sebb tak bagi pathophysio...hohoho..
    ade org komen " jgn pukul suami sudah" kihkihkih

    BalasPadam
  4. To Qayyum :

    ehehehe..tu zaman muda-muda dulu;P
    lani dah insaf insyaAllah(^_^)Y

    BalasPadam
  5. To mysterious_musafir

    Ameen ukhti, jaga kesihatan leklok na~
    peluang dicari kerana hidayah tidak pernah datang bergolek

    BalasPadam
  6. To abuhuzaifah :

    hihi..tak sampai hati rasanya nak buat macam tu~
    "Jgn pukul suami sudah"..hmm~apakah??
    Kalau bab isteri lani sedang mencontohi Aisyah ra(^_^)Y

    BalasPadam
  7. Anasolehah- Owh,rupanya didalam kelembutan skrg,terselit ke"otai"an pada zaman dulu-dulu. Siap pukul laki tu,pelik awat le lelaki tu tak balas.Saya ni dlu pun di cop anti-ppn.Nak gaduh tu dah biasa.

    Btw,saya xtakut pun ke kak aimi..hik3.=p

    Nanti dah nikah,jgn lipat suami naa...lipat baju xpe.Watchaaaa

    BalasPadam
  8. To Dr Amad :

    Lembut ke akk sekarang?Hehe..Dr Amad nak makan apa?
    (ternyata kali ini kalau akk masak, maka akk tak ikhlas sbb masak after kena puji:P)

    Apa pula lelaki tu tak balas, esoknya kena tendang kat perut..huhu..tapi mana boleh biarkan..dapat la sebiji dua kat muka budak tu..hihi:D

    haha..bagus2 tak yah takut..takde maknanya pun

    Lipat suami??hihi..kelakar sungguh istilah kamu semua bila part nikah2 ni ye~(emoticon gelak guling2)

    BalasPadam
  9. Pergh menakutkan betul.Hehe...

    Bagus la start berubah masa 1st year.
    Ni ada satu cerita,pengalaman diri masa 1st year dulu.
    Rasanya selain mencontohi Aishah,boleh juga digunapakai buku2 komik berorientasikan keperempuanan.Boleh didapati,di kedai2 komik di Jatinangor khasnya,dan seluruh dunia amnya..

    Masa AGM PKPMI pada masa tu,ada geng2 budak perempuan yang bertudung elok pun baca komik2 sebegini.Mungkin ada sentuhan kewanitaan di situ.Cuba nak baca,tapi cannot go la.Xkena dengan jiwa..(emoticon gelak guling2 sambil perli jelir2 lidah)

    Semoga terus istiqamah ;-)

    BalasPadam
  10. haha..bes2..lawak laa kak aimi nih..
    tape..ke'otai'an tuh boleh digunakan lagi..tapi perlu kena pada tempatnya..

    Alhamdulillah knal kak aimi da ayu je kan..kalau tak takut jgak..hehhe..iA sama2 berubah dan berhijrah dr yg buruk pd yg baik dan yg baik pd yg lebih baik! amiin~

    p/s: pasni leh mintak tolong pukul anjing kat tepi bank BNI kat gerbang tuh..die slalu kacau org yg lalu kat stu..ahhaha.. :p

    BalasPadam
  11. To Ahmad Zulfahmi :

    Tu zaman muda-muda..ngehehe..Ameen(-_-)

    Hihi..can not go mu ni..siap mention masa dan tempat kejadian (membaca komik)..
    you sadap, don't tell anybody!
    (eleh..mu ghoyak "can not go la", pinjam gak orang punya komik..sempat lah juga mengisi masa lapang sementara mendengar org berucap kat depan)

    (emoticon muka malas nak layan, sambil makan coklat:P)

    BalasPadam
  12. To Duha :

    hikhik(emoticon malu2 kucing + ketawa tutp mulut..baru punya)

    Ameen~

    p/s : kalau tu pinjam helmet Dr Amad takpun Ahmad Zulfahmi, Duha dah ley pukul anjing tu..yg Dr Amad tu punya helmet bagus sbb dia selalu buli Duha..nnt akk ghoyak ke dia minta pinjam sehari dua..ngehehe:D

    BalasPadam
  13. Najis tu...dah la nak pinjam helmet sy.Jenuh pulak saya kene samak nanti...Patutnya,anjing tu tkt tgk duha...horor...hahahahahaha

    BalasPadam
  14. To Dr Amad :

    hahahahaha(emoticon gelak guling2, tangan duk tepuk2 ke lantai). Duha tu ayu apa?cane lah anjing tu nak takut, makin dia nak dekat.

    Boh ni kedekut sungguh la..bukan susah pun nak samak, kat area Cikuda tu pun kan banyak tanah, air..kata de swimming pool, ley lah guna segayung dua..

    BalasPadam
  15. salam...hai sayang...alhamdulillah...aimi dulu tidak seperti aimi skrg...perubahan itu perlu..setiap hari perlu muhasabah diri...spy dpt perbaiki dan tdk ulangi kesalahan yg same pd keesokkn harinya...tidak perlu menunggu awal thn utk berubah...proses perubahan menjadi lebih baik harus berlaku setiap hari...insyaAllah...bersama usahaknnya...
    luv u...

    BalasPadam
  16. To Anonymous a.k.a my dearest Qamar:

    salam..hi sweetie..ameen insyaAllah, hidayah Allah tidak perlu menunggu Celebration of New Year, kekuasaanNya membuktikan segala seperti keislahan Saidina Umar. Sebelum bersyahadah dan menghayati keindahan Islam, beliau pernah membunuh anaknya. Setelah sinar Islam menjadi pegangan, Saidina Umar masih dengan Garang dan Tegasnya cuma dilempiaskan pada tempat dan waktu yang benar..Wallahualam

    BalasPadam
  17. owh..ganas gak ms zaman dak2 hingusan dulu..hehe..tp mmg btul pe..last yr ms xbp kenal lg ngn kak aimi pn cuak gak tgk dr jauh..siyes je..huhu..tp ble dh kenal skg,Alhamdulillah la..xde pape pn..hehe..sabar itu separuh drpd iman..jdikn ksbrn itu benteng pertahanan dr nafsu ammarah yg merosakkan..

    BalasPadam
  18. To amir_din :

    Alhamdulillah, itu zaman Sinar Islam belum benar-benar dihayati.

    Akk serius eh?banyak dah laporan akk dapat mengatakan akk ni garang + serius..hehe..

    Tak kenal maka Tak cinta(^_^)Y

    Betul2. Bila merasa diri teraniya kita boleh memilih sama ada membalas kembali perbuatan lawan tadi ataupun bersabar dan bertindak dengan penuh berhemah. Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang bersabar.

    p/s : lani dah tua, tak larat nak gaduh2 ni..hehe:P

    BalasPadam
  19. salam..
    ehe..saya yang manis dgn kak aimi ite kilak sama2 ganas je masa budak2 kecik dulu..saya apatah lagi..siap kena cop pengawas paling garang sekolah rendah..kalau kak aimi dgn versi karate budak laki,saya dgn versi tersendiri..(rahsia kita berdua)

    p/s: kak aimi,minta tunjuk ajar nak jadi tegas sikit.huhu

    BalasPadam
  20. To anonim a.k.a mimi ite legey kuat perasan!!

    walaupun muka mu tidak ku nampak, tapi loghat kelate me tetap ku kenal~..siapa kata mimi tak garang?sekali dia ejek, nangis orang..hihihi:P

    bereh2 rahsia berdua (nak upah mimi:D)

    p/s : mimi dengan kelembutan yang mimi ada. dan kerana kelembutan itulah ramai mad'u terpikat. walaupun sampai hr ini akk terpk ada ke mad'u nak da'i nya tu garang + tegas..huhu..jadilah tegas seperti Rasulullah saat menyampaikan khutbah tegas bersemangat. ada masa kita perlu tersenyum, ketawa bersama semua, dan ada masanya kita kena bertegas.. nak jadi tegas senang je insyaAllah, sat akk bgtau ke High Committee PKP untuk jadikan mimi ketua biro acara atau ketua displin utk orientation week adik2:)

    BalasPadam