Sabtu, 26 September 2009

Mereka puzzle kita

Pernah tidak anda susun jigsaw puzzles sehingga berjaya membentuk satu imej yang sempurna?

Saya pernah. Sejak kecil lagi, menjadi mainan kegemaran saya. Kadang-kala sampai berhari-hari masa diambil untuk menyudahkan satu imej. Kalau saya, saya akan pilih yang 1000 keping. Lebih mencabar.

Suatu hari sewaktu berusia 10 atau 11 tahun, saya membeli (mama dan babah sebenarnya yang belikan) satu set puzzles. Lukisan sebuah rumah ditepi pantai. Dengan penuh semangat, saya lambakkan semua keping-keping kecil puzzle tadi.

Saya ada satu meja khas untuk susun jigsaw puzzles ini. Mama dan babah yang sediakan untuk saya supaya tidak bersepah dengan "benda alah" kecil-kecil ini di bilik tidur. Semua orang tidak boleh kacau, sentuh barang dimeja saya ini. Kalau tidak, saya punya marah dan menangis macam orang hilang harta karun. Tapi itu dulu. Zaman budak-budak hingusan.


Jigsaw puzzle - gambar hiasan

Saya membelek satu persatu keping puzzle. Secara individu setiap keping tadi ada yang berwarna gelap, ada yang buruk, cerah dan cantik. Ada yang warnanya 'agak membosankan'. Semuanya secara individu dilihat tidaklah menarik mana pun. Mungkin dari 1000 keping, ada kurang 10 keping yang benar-benar menarik perhatian saya.


Setelah hampir 3 hari puzzle disusun, saya lihat masih kekurangan 3 keping puzzles. Puas saya cari. Harus ada 3 keping yang berwarna gelap untuk melengkapkan imej gambar puzzle tadi. Setelah puas saya cari, saya yakin ia nya hilang. Kecewa sangat saya pada waktu itu. Walaupun 3 keping itu buruk kerana hanya gelap warnanya tanpa ada imej-imej tertentu di atasnya, saya tetap kecewa. Kecewa kerana bayangan imej rumah ditepi pantai yang saya angan-angankan itu tidak kesampaian.

Merajuk sendirian saya. Hampir seminggu saya kecewa.

Apabila menginjak dewasa, alhamdulillah, ini menjadi iktibar kepada saya. Ada ibrahnya. Sebuah imej yang lengkap susunan 1000 keping puzzles tadi boleh dianalogikan sebagai kehidupan kita. Di dalam kehidupan kita, wujud pelbagai manusia. Mereka adalah keluarga, saudara, sahabat-handai dan tidak dilupa mungkin ada terselit musuh kita.

Tidak lengkap kehidupan kita andai kita MEMBUANG atau MENGHILANGKAN individu-individu tadi. Walaupun ada di antara mereka yang buruk dan membosankan, ada yang cantik dan baik, mereka tidak seharusnya disisihkan dari kehidupan kita. Setiap dari mereka adalah penting untuk kita meneruskan sebuah kehidupan. Seandainya penyisihan ini berlaku, maka tidak sempurnalah imej, tidak sempurnalah kehidupan kita.

Ada yang gelap, buruk. Boleh dianalogikan sebagai musuh kita ataupun seseorang yang tidak kita senangi baik kerana agamanya mahupun sikap dan fizikalnya. Itu tidak seharusnya menjadikan kita bertindak membuang mereka. Tetapi meletakkan mereka ditempat yang benar dan sesuai dengan keadaan mereka.

Kalau diimbas kembali cerita saya, 3 keping puzzle yang hilang tadi adalah 3 keping puzzle berwarna gelap dan saya anggap buruk pada awalnya. Namun begitu, ia nya diperlukan.

Seandainya kita bijak menyusun mereka, meletakkan sikap, akal, pendekatan pada mereka dengan strategi yang berbeza, saya pasti kehidupan kita akan terlihat indah. Terlihat sempurna insyaAllah.


Wallahualam

12 ulasan:

  1. Salam..

    Ingat lagi cerita time budak2 berhingus ek..

    Ada iktibar jugak cerita jigsaw puzzle..

    Moga2 adikku yang bongsu mengenal erti jigsaw puzzlenya.Macam xda guna je jigsaw dia.Bersepah rumah je jadinya ;)

    BalasPadam
  2. Aik awal En Max bertandang ke sini..ekeke

    Kesimpulan dari cerita ini, kak jah dlu masa kecik mmg emo...kecik emo,besor neh, entoh le

    BalasPadam
  3. Salam Max;

    Alhamdulillah, saya memang ingat nostalgia dolu-dolu ini.

    Eh, betul ke adik yang bongsu sepahkan??Bukanke...??Hehe ;P

    BalasPadam
  4. To Dr Amad:

    Amad ini sengal lah. Kesimpulan amad kurang tepat. Pergi belajar lagi penulisan ;P

    BalasPadam
  5. Tet..tak baik kate kat orang tau...ibu saya ckp, Allah marah kekgi...=p

    BalasPadam
  6. To Dr Amad,

    Apa yang tak baik kate kat orang tu amad??

    p/s: kalau baca ayat amad kat atas ini, baik bunyi nya.

    Tapi realitinya, AMAD INI SANGAT KUAT MENYAKAT. ORANG KAMPUNG, AMAD KUAT MENYAKAT~!

    BalasPadam
  7. ish jangan royak kuat...org kampung terjaga kekgi..depa bnyk dapat anak kecik tu..ekeke. Saya kuat menyakat je,tapi tak mengata..ahaks. Ingat,saya salah satu puzzle yang warnai idup kak jah...so hargai saya..hahaha.. kene balik

    BalasPadam
  8. To Dr Amad:

    Eh siapa pula yang mengata ini dr amad?Aish~Kena check balik part mana yang ada mengata ini.

    Memang, sangat berwarna-warni puzzle amad. Akak hargai mana ada tak hargai. Kalau dapat sekali dua sekeh amad pun sedap gak ni. Minta tok imam ke bilal cikuda tolong sekehkan;P

    BalasPadam
  9. assalamualaikum..
    erm..betul..tadi baru je borak ngn kawan..
    pasal meng'judge' seseorang..
    kadang2 kita terlalu awal melabel seseorang..kita rasa dia bosan lah, emo sgt, cepat marah, tak sekepala..tapi..
    ada satu masa nanti kita akan sedar yang setiap orang tu melengkapkan lagi hidup kita..

    lagipun, kadang2 kita mmg sgt memerlukan orang yg tak sekepala ngn kita..biar buat kita banya berfikir sket..heh..
    takkan sume orang nak nampak 'cantik' je di pandangan mata kita..

    pandangan mata manusiakan boleh salah..

    p/s: balik cuti haritu baru je main puzzle..tapi anak buah pnye la..(mak cik dia yg smngt main..haha..lame tak main kan)..puzzle ultraman lagi :p

    p/s2: saya volunteer nk pg mntak tlg kat pak imam cikuda nak sekehkan orang..haha

    BalasPadam
  10. Wa'alaikumussalam ukhti Duha,
    Betul3x
    Alhamdulillah, semoga kita tidak mensia-siakan setiap "puzzle" kita;)

    p/s: amboi~cepat aja nak jadi volunteer eh?;P

    BalasPadam
  11. Main puzzle lagi? euwww....patutlah rumah colourful...kalau orang tak kenal, mesti deme ingat panti asuhan kanak-kanak...kurang gelonsor dan buai je.Dari segi meriah dan riuh,dah sama...

    (Dudu ajak kawan naik Cileles atas skit tu...ada kedai jahit baju,cat dinding sejibik sama dgn umah.Menyerlah gitu..Kah...kah)

    p/s: Kak,sian saya asik kene buli dek junior..hik3(tolonglah percaya)

    BalasPadam
  12. To Dr Amad,
    kenapa euww pula?
    ok what main puzzles?
    amad, duha pun puzzle amad. Jangan lupa tu:]

    BalasPadam