Selasa, 7 Jun 2011

Menghasut orang lain.

Assalamualaikum wrt wbt,

Salam sejahtera buat semua,

Alhamdulillah, puji syukur ke hadrat Tuhan kita yang menciptakan segala nikmat buat manusia dan alam sekeliling,


Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, junjungan besar, keluarga Baginda, para sahabat, tabi'-tabiin.

Alhamdulillah, minggu ini adalah minggu terakhir saya di Public Health (Sumedang), minggu depan sudah mulai Internal Medicine (Soreang).

Doakan kami ya semua! :)

Baiklah, saya ingin
berkongsikan pandangan peribadi saya, mungkin ada benarnya, mungkin ada yang bertentangan dengan prinsip dan sikap pembaca.

Semoga yang baik diambil menjadi teladan dan yang buruk dibuang jauh-jauh.
Pernah tidak, kalian menghadapi situasi di mana ada sahabat kalian yang mengajak ke arah yang kurang benar seperti,

"Kita tidak perlu beritahu lecturer/dokter/bos tentang tugas kelmarin, kalau kita beritahu, mesti dia minta kita langsaikan tugas"

atau


"Apa kata, esok kita datang lambat, kalau semua datang lambat, lecturer/dokter/bos mesti tidak marahkan kita
individually"

atau

"Hujung minggu ini, kita pakat untuk tidak masuk kerja/kelas (atas alasan tertentu)"

atau


"Kita pulaukan si pulan kerana si pulan jahat/pernah fitnah kita semua"

atau


"Mari pakat datang meeting lambat, kalau aku sendiri datang lambat, tak best lah"


Baiklah, apapun situasi, apapun keadaan, pernah tidak anda, teman anda atau anda mendengar cerita orang lain yang mengajak melakukan hal yang kurang baik.

Kamu/dia/mereka mahu melakukan hal tersebut tetapi tidak mahu bersendirian?
Gambar hiasan
STOP and THINK rasionally!
STOP: mengajak orang ke arah keburukan!


Sejujurnya, saya tidak suka dengan sikap sebegini dan ianya bertentangan dengan prinsip saya. Bagi saya peribadi, jika mahu melakukan hal, kita harus memikirkan manfaat dan mudharatnya. Pertimbangan kita harus adil menggunakan akal rasional biar setiap tindakan kita nanti, sekurang-kurangnya telah difikirkan baik buruk dan tidak ada sesalan di kemudian hari.

Jika kita mahu melakukan hal yang kemudian harinya mendatangkan mudharat seperti situasi di atas, lakukanlah sendiri. Sendiri yang ingin ke arah tersebut, sendiri harus berani bertanggungjawab. Jangan mengheret orang lain untuk sama terjerumus dalam dosa bersama-sama kerana alasan tidak mahu menerima padah sendiri. Itu menzalimi namanya.


Kalau kamu merasa tidak suka dengan seseorang, jangan mengajak orang lain untuk sama membenci individu tersebut. Cukuplah kamu sahaja yang bermasalah dengan individu tersebut. Jangan dibuat jemaah memulaukan orang. Itu zalim namanya.

Seperti yang pernah diungkapkan di dalam sebuah hadith,


Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Barangsiapa yang
mengajak ke arah kebaikan, maka ia memperoleh pahala sebagaimana pahala-pahala orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi sedikitpun dan dari pahala-pahala mereka yang mencontohnya itu, sedang barangsiapa yang mengajak kearah keburukan, maka ia memperoleh dosa sebagaimana dosa-dosa orang-orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi sedrkitpun dari dosa-dosa mereka yang mencontohnya itu."
(Riwayat Muslim)

Ada juga situasi kedua,

Individu ini memang tidak mengajak orang ke arah yang kurang baik, namun begitu dampak negatifnya terpalit ke banyak orang.

Contoh situasinya seperti berikut,

Kerana si A tidak mengerjakan tugas atau mengerjakannya dengan kurang sempurna, hampir sekelompok orang dimarahi.

atau

Kerana si pulan/pulanah datang lambat kerja/kelas, hampir ke semua dari kamu dimarahi juga oleh lecturer/dokter/bos.

Begitulah beberapa situasi yang saban hari saya temukan. Apa yang saya tidak suka, insyaAllah saya usahakan untuk menghindarinya. Tidak sukanya saya dan kamu dengan situasi di atas kerana hati kita menolak ke arah kemungkaran. Mungkin kecil di mata kita, tetapi di pandangan Allah SWT, itu tetap dihitung sebagai amalan sehari-hari. Tidak pernah dilupakan Tuhan walau sebesar zarah pun. Mungkin kadang-kala ada waktunya saya tersilap langkah, dengan lapang hati saya menerima teguran.

Wallahualam.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat :)

4 ulasan:

  1. salam kak..saya akan mula tahun akhir esok.kami akan ulang smua posting tetapi ada tambahan satu posting baru,iaitu Family & emergency medicine. Saya akan mula dengan posting baru tersebut.Harap semua berjalan lancar.

    Betul apa yg akak kata.Harap saya akan sentiasa beringat dan tidak mudah lupa..Thanks for sharing kak... (>,<)V

    BalasPadam
  2. salam Aishah,
    InsyaAllah, doa akak, semoga yang terbaik dari Dia untuk awak dan awak berusaha sehabis baik demi manfaat diri dan ummah.

    Welcome. Semoga bermanfaat :)

    BalasPadam
  3. Adik anasolehah,

    Walaupun topik ini diposkan setahun lalu, saya amat gembira ada orang yang berpendapat seperti ini. Keadaan ini juga berlaku bukan saja di kalangan pelajar tapi di tempat kerja juga.

    Saya bekerja di sebuah kolej dan kini dipulaukan rakan sekerja. Ini berlaku dengan tiba-tiba saja dan saya tak tahu perkara sebenar dan apakah kesalahan saya terhadap mereka.

    Saya berasa kecewa kerana mereka berbuat demikian dan ada kalanya berasa nak bunuh diri tetapi saya akan mengingati suami dan anak-anak kesayangan saya untuk mengelak dari dosa itu. Tetapi saya tetap menghargai persahabatan dulu.

    Saya tak faham kenapa orang yang berpelajaran, yang selalu sembahyang dan doa sanggup berbuat demikian.

    Lega rasa hati kerana ada juga orang seperti anasolehah. Tuhan akan selalu memberkati kamu dan keluarga. Amin.

    P/S: tak tahu sampai bila saya akan bertahan. Saya tak takut mati. Tetapi tak sanggup menyakiti keluarga, kawan dan Tuhan.

    BalasPadam

  4. trick je nak kenakan ko suruh datang lambat, padahal nanti diorang datang awal, ko sorang je datang lambat, hahaha (aku pernah kena)

    BalasPadam