Selepas salam berbalas, pelukan berbalas pelukan, saya terus menerjah adik,
"Kenapa adik lambat?" saya bertanya tanpa segaris senyuman.
"Adik tertidur" jawab dia ringkas.
"Adik janji jam berapa?Adik tahu tak sekarang pukul berapa?" saya mula meninggi suara
"Tahu, tapi kak..." adik saya mula menyusun ayat untuk memberi ALASAN.
"Cukup, jangan BERI dan CIPTA ALASAN. When you have to say sorry, just do it" saya memintas kata-kata adik.
Adik tunduk meminta maaf. Panjang muncungnya sudah kelihatan tetapi ini juga adalah amanah, saya sebagai kakak harus menegur. Apabila mama senyap, itu bermakna mama memberi keizinan untuk saya marah atau tegur adik-adik.
Itu salah satu contoh alasan. Banyak lagi di dalam dunia ini alasan yang diberikan. Sedangkan alasan tercipta adalah untuk meringankan beban seperti cuti yang dimohon kerana sakit berat. Namun begitu, terlalu banyak alasan diberikan. Sewaktu KKN (kuliah kerja nyata) di tahun 4, ada seorang rakan KKN pernah mengeluarkan satu penyataan ini,
"Di dalam dunia ini, paling banyak adalah bintang yang bertaburan di langit, kedua adalah air di lautan dan ketiga adalah ALASAN"
Ungkapan sahabat berbaur sindiran yang saya setuju dan yakini ada benarnya.
Sehingga banyaknya alasan diberikan, saya pernah menegur seorang sahabat,
"Kenapa tidak datang aktiviti semalam?" saya bertanya dengan nada sederhana tetapi cukup tegas.
"Sebab..bla..bla...dan..serta..bla..kemudian..bla..." alasan panjang diberikan sehingga saya merasa muak.
"Kaya betul awak dengan alasan. Lepas ini, bolehlah buat "alasan masak kicap" tidak pun "alasan masak lemak"" saya kembali diam.
ALASAN DALAM DUNIA DAKWAH
"Saya berasal dari orang biasa-biasa sahaja, mak ayah pun tidak kuat agama. Segan nak berdakwah"
Kalau keluarga dijadikan alasan, Rasulullah boleh sahaja berhenti berdakwah kerana bapa saudaranya, bukan sahaja kafir tetapi orang yang kuat memberi tentangan kepada dakwah dan perjuangan Rasulullah. Kalau begitu, Rasulullah SAW boleh sahaja beralasan untuk tidak berdakwah kerana ahli keluarga Kekasih Allah ini sahaja belum sempurna.
Tetapi adakah Rasulullah SAW meninggalkan dakwah kerana sebuah ALASAN?"
"Saya ada sejarah silam. Pahit dan hitam. Saya tidak mahu lagi terjun dalam dunia dakwah" luahan hati seorang saudara.
Kalau pahit dan hitam kerana mehnah dan tribulasi perjuangan dijadikan alasan, Rasulullah lebih dahulu boleh mencipta alasan. Saat dihina, disakiti, dicederakan oleh penduduk Thaif sehingga berjujuran darah Baginda, Rasulullah SAW boleh "minta cuti rehat" dari Allah dari dunia dakwah.
"Saya ada sejarah silam. Pahit dan hitam. Saya tidak mahu lagi terjun dalam dunia dakwah" luahan hati seorang saudara.
Kalau pahit dan hitam kerana mehnah dan tribulasi perjuangan dijadikan alasan, Rasulullah lebih dahulu boleh mencipta alasan. Saat dihina, disakiti, dicederakan oleh penduduk Thaif sehingga berjujuran darah Baginda, Rasulullah SAW boleh "minta cuti rehat" dari Allah dari dunia dakwah.
Tetapi adakah Rasulullah SAW meninggalkan dakwah kerana sebuah ALASAN?"
Saya juga tidak terlepas dari memberi alasan dan saya akui kesilapan. Cuma saya tidak suka menjadikan alasan sebagai "zikir lidah" dalam kehidupan.
Bak kata ayah saya,
"Berhenti memberikan alasan dan berhenti mencipta alasan. Hari esok tidak akan menjadi kenyataan dengan hanya beralasan dan tidak bekerja sebagai Muslim yang mukmin"
Pesan 1 : Surah Al-Mulk : 2 (bermaksud)
“Dia lah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang terbaik amalnya; dan Ia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun,”
Renungkan ayat ini dan muhasabah diri, apakah mampu kita menjadi yang terbaik bersama amal yang terbaik seandainya tiap hari dalam menjalani kehidupan dan ibadah kita penuhi sekian banyak alasan untuk MENGAMBIL MUDAH tiap pekerjaan. Wallahualam
hmm..sye mmg jenis yg suke beralasan smpai finally kwn sye ade kata,dunia nie tempat bekerja tok akhirat sne..ssh tok dapat kekuatan dlm meneruskan da`wah..lps satu,timbul lagi satu mslah..tapi sye taw,perjuangn Rasul terchenta harus disambung..n kdg2 rsa mrah n bengang bile ade kawan kter yg pnuh ilmu agama di dada tapi beralsan untk tdak berda`wah..doa2 moga Allah bgi hidayah..n moga Allah kuatkan dri ini untk ketetapan hati n perjuangn da`wah ini..amin...
BalasPadamp/s=gve me some advices on how to face my fwens yg maybe terkejut wif my `new` appearance now..dlu sye skolah convent..taw2 je la bdk2 convent cm ne..uwaaa...cm ne nk blik nie?
thanks kak aimi for the advice..iA akan berjuang n istiqamah di jalan ini..walaupun banyak rintangan n ujian..tapi itu sunnatullah bagi org yg berdakwah kan..
BalasPadamartikel yg membina iA..
p/s: ape yg akak cakap pasal rasa down n terputus bila dah takde "sumber inspirasi" tu sanye mmg duha rs gak..tapi jzkk laa sbb igtkan :)
To Miss Susi:
BalasPadamInsyaAllah kerana Allah kita di jalan dakwah, maka ketergantungan kita juga sepenuh hati kepada Allah SWT. Apabila ujian datang, pasti untuk menguji iman kita.
Bagaimana mungkin kita mengatakan diri beriman sedang kita tidak diuji?
p/s :
Keakraban kita dengan sahabat-sahabat jangan sekali pernah luntur.
Kenapa perlu merasa janggal sedangkan kita berpenampilan sesuai syariat.
Tidak juga meletakkan diri exclusive dengan memandang sebelah mata sahabat-sahabat lain. Itu pastinya akan menimbulkan riak pada diri.
Mungkin ada sedikit rasa malu, takut orang kata "Ustazah", "eh budak alim", abaikan dan terima dengan hati terbuka kerana insyaAllah sedikit sebanyak akan terlahir rasa hormat mereka seandainya kita berhadapan dengan mereka penuh hikmah. Sekalipun penampilan tukar, akhlaq kita jaga, ukhuwwah kita mantapkan. Wallahualam.
To Duha:
BalasPadamAlhamdulillah dan semoga bermanfaat. Peringatan buat diri dan juga semua.
p/s: hati manusia dan hati wanita.
Berputar kisah yang sama, dan dari pengalaman menghadapi ujian insyaAllah akan terbina kekuatan. Kita sama-sama saling meguatkan. InsyaAllah:)
~syg kamu, hug~
Salam,
BalasPadammasak lemak cili api alasan?wah2 ada ke mek?
mek dah kemas2 ke barang2?dtglaa umah saya!
rinduu lak rs lame tak jumpa(^_^)
(komen diatas lari dari tajuk(^_~)
To Iman Aisyah:
BalasPadamSalam
Zaman sekarang apa-apa je boleh buat..hihi~
dah sikit, alhamdulillah~
owh buley ke kacau, ngat nak datang, tapi takut menganggu pula
ok deh, insyaAllah settle sume saya dtg:)
Berhenti la mencari alasan..
BalasPadamKalau x,jadikla macam kes bangau..
Terus-terusan mencari alasan..
Mujur ular mengaku sendiri,baru ada penghujung ;-)
salam aimi,
BalasPadamnice topic, applicable in all situation; religion, education,,life n so on.
just wana add on.those who alwayz full of reason, stays behind...tidak akan maju ke depan; hard for him to move forward..:)
betul kan?!!
keep up ur good work..:)
To Ahmad Zulfahmi:
BalasPadamBetul 3x(upin ipin mode):)
To sivgal:
BalasPadamSalam siva:)
Betul 3x (upin ipin mode again~)
thank you for your additional point:)