Jumaat, 5 Jun 2009

Kopi masin khas buatmu

Saya ingin membuat kopi. Setelah mengambil air panas, saya memasukkan serbuk kopi sesudu kecil ke dalam cawan. Kemudian, saya memasukkan GARAM. Ya, garam ke dalam cawan yang berisi bancuhan kopi. Lantas saya hidangkan kepada sahabat saya. Sahabat saya melihat situasi tersebut namun tidak bersuara walau sepatah kata.

"Kenapa letak garam ke dalam air kopi?" tanya sahabat.

"Saya letak garam di dalam kopi?Salahkah tindakan saya?" tanya saya kembali.

"Ya, salah. Sudah dirimu meletakkan garam yang sepatutnya kamu letakkan gula,
kamu berani menghidangkan air kopi ini kepada saya" tegur sahabat.

"Jadi, kalau tindakan saya salah, kenapa tidak menegur sebelum atau saat saya memasukkan garam? Kenapa perlu tunggu setelah saya menghidangkan kepada awak barulah mulut mahu bersuara?" saya memintas kata sahabat.



Pernah terjadi analogi di atas ke atas diri anda?

Seandainya anda melihat situasi di sekeliling yang mungkin punya potensi atau cenderung kepada kesalahan, kemaksiatan dan ancaman fatal kepada agama dan kemaslahatan masyarakat mengapa perlu menunggu untuk bertindak?

Aneh bukan?Saat perkara itu masih mampu dicegah, kita tidak mengambil berat namun setelah sesuatu perkara menjadi parah barulah mulut mahu berbicara, tangan mahu bergerak, kaki mahu melangkah. Namun begitu, saat itu kita memerlukan usaha yang berlipat kali ganda.

Contoh 1:

Saya menyedari diri saya seorang yang mudah menghafal. Kalau insan lain memerlukan hampir setengah jam menghafal sesuatu perkara, alhamdulillah saya cukup dengan 5 minit. Namun begitu, saya punya KELEMAHAN yang saya anggap boleh memberi ancaman kepada saya iaitu saya tidak boleh belajar dan menghafal dalam keadaan yang mendesak atau tekanan yang berat. Haruslah tenang dan dimulai dari awal. Maka, andai orang lain boleh belajar di saat-saat akhir, saya tidak. Saya akan mulai sebulan atau lebih awal dari tempoh ujian kerana saya tahu andai saya belajar pada saat-saat akhir maka saya akan 'menempah maut'. Perlukah saya menunggu sehingga saya gagal peperiksaan baru saya ingin menyedarinya?Atau saya berusaha sendiri mencari tiap titik kelemahan dan diperbaiki agar ianya tidak menjadi ancaman kepada saya kelak.

Jadi, penting untuk kita mengenal pasti titik kelebihan dan kelemahan diri. Ini adalah dilihat dari aspek individu dan saya mengambil contoh mudah iaitu belajar. Bagi yang sudah bekerja maka mungkin faktor kewangan menjadi perkiraan utama. Tetap sama konsepnya adalah mengenal pasti kelemahan dan kelebihan diri.

Contoh 2:

Anda bersahabat dengan seseorang. Walaupun tidak begitu rapat, namun anda masih boleh bertegur sapa dan bergurau senda. Namun begitu, suatu hari anda berjalan dan melihat sahabat tadi berjalan berdua dengan seorang yang bukan muhrimnya. Anda lihat mereka tidaklah mesra seperti pasangan kekasih namun BERDUA-DUAAN mereka anda rasakan boleh membawa kecenderungan kepada kemaksiatan. Namun, anda senyapkan sahaja kerana melihat mereka HANYA BERJALAN BERDUA, DI KHALAYAK RAMAI PULA ITU. Setelah beberapa lama, anda ketahui pasangan tadi semakin berani berjalan berdua ditambah bibit mesra, berdua-duaan baik di khalayak ramai mahupun tempat tersorok. Mengeluarkan kata-kata 'mesra dan manja' secara terbuka. Kini, anda ingin bertindak. Apakah anda rasakan usaha anda itu sama seperti dengan apabila anda menegur pasangan sebelum mereka berani dan tidak malu bertindak atau anda perlu menambah usaha dan pengorbanan?Kenapa tidak cuba memberikan sedikit teguran sewaktu mereka tidak berani dulu?Kenapa tidak merasa itu suatu ancaman?KENAPA?Kenapa apabila dibawakan anak luar nikah, kes berzina, kes khalwat barulah anggota tubuh mula terpalu dan tersedar untuk bertindak?Susah namun ianya tidak mustahil. Saya berkata kerana saya pernah berhadapan dengan situasi terlambat dan juga situasi selamat dan mencegah sebelum terlambat.

Contoh 3:

Anda melihat sahabat melakukan kesalahan. Namun begitu, anda mengambil langkah berdiam diri dan tidak mahu menegurnya. Yakinlah, seandainya anda tidak menegur sahabat tadi, kesalahan sahabat tadi apabila dikumpul ianya akan sangat menjengkelkan anda. Suatu hari nanti, anda akan muak, benci, meluat, marah dengan setiap kata dan tindakan sahabat tadi. Lalu, meletuslah 'perang dunia ketiga, empat dan seterusnya'. Menegur pun ada caranya. Bukanlah lagak seperti 'sok alim' atau 'sok tahu' tetapi rendahkan hati sebagai hambaNya dan jalankan tugasmu dengan penuh keikhlasan. Bak kata seorang sahabat saya, "Aimi, komunikasi itu penting". Ya, komunikasi itu sangat penting kerana orang boleh tersalah tafsir dengan kata-kata kita sekalipun niat kita baik, namun begitu niat kita tersimpan di dalam hati jadi tiada siapa yang tahu apa yang tersirat cuma mereka menilai dan menafsir dari apa yang tersurat.

Wallahualam. Peringatan buat diri dan semua.

Pesan 1: Al-Ghassiyah: 9
Fazzakir inna nafa'atil zikra
(Terjemahannya) Maka peringatkanlah, kerana peringatan itu berguna.

20 ulasan:

  1. Salam kak aimi~
    Alhamdulillah,post yang menarik...

    Tapi...Macam mana pulak kesnya kalau sahabat kita sendiri meminta ditegur dan ditazkirah, lepas tu seminggu selepas tu bagaikan tiada kesan langsung nasihat pada dirinya sedangkan dirinya sendiri yang meminta dinasihati?

    Macam mana nak buat tu?*_*

    BalasPadam
  2. To Farhana:

    Salam, ya saya ukhti farhana. Alhamdulillah semoga bermanfaat.

    Wallahualam

    Jangan pernah putus asa dan bersihkan hati dari segala su'uzhon. Hatta sekalipun sahabat tidak meminta dinasihati itu memang sudah menjadi tanggungjawab kita dalam menyampaikan dan saling mengingatkan.

    Kita kena sabar dan ikhlas dalam menyampaikan. Macam menanam pokok, hasilnya tidak mungkin sehari dua. Pasti ada jarak waktu cuma masanya hanya Dia yang tahu.

    Lagipun farhana, terapkan dalam minda dan sematkan dalam hati, kita hanya menyampaikan dan hidayah itu milik Allah. Kita berusaha dan kalau sahabat kita masih lagi dengan pe'el lama, jangan berputus asa dan teruslah menyampaikan nasihat dan pesanan. Jangan ada mentaliti bahawa kita set dalam minda, "aku nak ubah kawan aku jadi lebih baik" kerana hidayah dan perubahan seseorang itu dipandu oleh Allah. Kita sekadar berusaha.

    Wallahualam:)

    BalasPadam
  3. Orang gitu,amik wat ikan celup tepong farhana weh.Mintak tazkirah ni utk org nak berubah je.Kalu saje-saje mintak,tapi xnk berubah wat abis masa dan air liur je. Dia mtk,kita sekeh.Mtk lagi,terajang pulop...mtk lagi,selam pale dia dalam baldi.

    p/s: sutun celup tepong sedak gok kak weh...bilo nok goreng yooo.lapo sengoti ni

    BalasPadam
  4. To Dr Amad:

    Cara askar jepun betul lah amad ni. Farhana, abaikan dia. Buat tak nampak je:P

    p/s: Kalau amad masak lagi sedak..Anta ke mulana satu ye~:)

    BalasPadam
  5. :)
    insyaAllah, jzkk~

    p/s: Pandailah dr amad. Tak baik selam kepala orang dalam baldi tau. n muslimah mana main terajang2 ni...tak ayulah:p

    BalasPadam
  6. To Farhana:

    sama-sama:)

    Ayo, maintain ayu(muslimat) untuk agama~!!

    BalasPadam
  7. Ayu sahibah zaman nabi dlu main potong kepala orang dalam perang..cmna tu? askar jepun pandai wat ikan celup tepung ke kak?

    Pandai dr amad? amin...doa tu =)

    BalasPadam
  8. To Dr Amad:

    Ayu itu perlu lemah lembut bukan lemah lembik. Sekalipun akak sebut ayu, itu tidak bermaksud perlu lemah dan tunduk pada anasir-anasir yang menganggu gugat agama. sekian~

    Ameen doanya:)

    BalasPadam
  9. Antara manis,masin dan kosong,pilihan itu subjektif..Bergantung pada kesukaan si peminum..

    Kadang-kadang,menunggu untuk detik terbaik..

    Kadang-kadang,on da spot itulah detik terbaik..

    ;-)

    BalasPadam
  10. To Max:

    Benar, kebiasaannya kopi diletakkan gula, saya sendiri tidak pernah dengar kopi sengaja dibuat masin melainkan tersalah letak garam.

    Kita bercakap mengikut kebiasaan atau fitrah. Jadi, meletakkan garam diumpamakan sebagai sesuatu tindakan yang bukan kebiasaan atau fitrah ataupun boleh dikategorikan salah tindakan tersebut.

    Kalau Encik Ahmad Zulfahmi mula berkata, pasti saya kena fikir banyak kali untuk menghadamkannya tapi insyaAllah faham juga akhirnya:)

    BalasPadam
  11. Amboi,kalu encik zulfahmi kata kak fikir banyak kali nak hadam,kalu encik amad pulak xboh fikir pun..xpela..sob2. I'm so fragile during xm season.........hihihihihihi

    BalasPadam
  12. To Dr Amad:

    Amad sudah mula menunjukkan abnormally irregularly hormonal disturbances..hehe:P

    BalasPadam
  13. salam,
    ukhti aimi..

    saya geram juga dgn org yang anggap 'saya takut nak tegur awk takut awak terasa'
    aduss..rela berkata2 di belakang~

    sayangkan sahabat anda tegur kesalahannya..bukan mengumpat dibelakang..andai itu tidak benar itu namanya fitnah..Ingat fitnah itu lagi besar dosanya dari membunuh...~(~_^)!!~

    adik2 3rd year, 2nd dan 1st belajar dan berusahalah sepenuh hati anda!

    BalasPadam
  14. To Iman Aisyah:

    Salam ukhti Iman Aisyah

    Itu pentingnya ukhuwwah, tidak malu menerima teguran dan tidak takut memberi teguran.

    insyaAllah, kita berlapang dada dengan insan-insan yang macam ini. Kita sudah menjalankan tanggungjawab menegur, jadi terpulang orang tersebut mendengarnya atau tidak. Yang penting kita tetap menegur kerana itu tanggungjawab kita..wallahualam

    Saya sokong 100% nasihat Akak Iman Aisyah:)

    BalasPadam
  15. Salam.

    Aimi, nice one!

    Suka baca post kat sini, alhamdulillah byk beri pencerahan dalam kegelapan.

    All the best for the exam. Moga Allah permudahkan urusan kalian, bi iznillah.

    Uhibbuki fillah ukhti. =)

    BalasPadam
  16. To Yahumaira

    Salam ukhti habibati,

    Alhamdulillah, semoga bermanfaat:)

    Ameen, insyaAllah..semoga Allah memudahkan urusan kalian juga~

    Saya sayang kamu juga kerana Allah SWT(^_^)Y

    BalasPadam
  17. erm..nice post..mmg betul pun..kdg2 kalau tgk org wat salah..kita selalu hesitate nk tegur..nk tggu parah baru pening pala pk cmne nk perbaiki..sedangkan kalau dr awal dah cegah kan lebih senang..huu~

    mmg satu peringatan yg bgus..doalaa dpt membina kekuatan utk mnjdi manusia yg bermanfaat buat org lain..

    selemah-lemah iman pun.bencilah perbuatan maksiat tu..jangan smpai dah takde rasa ape2 sbb terlalu "biasa" dengan situasi cmtu..naudzubillah..

    p/s: "mula menunjukkan abnormally irregularly hormonal disturbance?" rasanya mmg dah lama cmtu..bukan baru mula..haha :p

    BalasPadam
  18. To Duha:

    Alhamdulillah, terima kasih. Semoga bermanfaat.

    Ameen, insyaAllah. Akak suka dengan pendirian seorang sahabat. Sekalipun suatu perkara itu suatu kebiasaan (tetapi salah), jangalah kita turut sama jadi BODOH menurutkan kebiasaan yang mungkin membawa mudharat.

    Contoh sahabat akk sangat sederhana iaitu buang sampah. Di sini menjadi amalan buang sampah merata-merata tetapi sahabat ini, kalau nampak orang buang sampah tidak kisah siapa, akan ditegurnya. Sebelum persekitaran menjadi mudharat maka dia akan memulakan sesuatu supaya apabila ditanya kelak dia tak segan mengaku dia sudah lama bertindak.

    BalasPadam
  19. salam kak aimi..
    ermm...contoh kdua tu slalu terjadi..skrg nie pn bnda2 cm tu mkin mnjadi2..msing2 mule brani tunjuk belang berdua-duaan..adkah mngkin sbab tiada yg menegur ataupn sudh ditegur tapi dorg still act sme je..tensen gak kdg2..org slalu kata,lagi rapat lagi sush nk tegur..tapi kalo xrapt pn ssh nk tegur..mcm kak farhana kata,dh tegur.then buat blik,tu mmg da biasa,tpi hdayh tu milik Allah..doa je la kan..huhu..

    doakan spaya diberi kekuatan untk menegur..hehe...

    BalasPadam
  20. To Miss susi:

    Salam ukhti.

    Alhamdulillah andai teguran sudah dilakukan. Jangan pernah putus asa dan sentiasa dekatkan diri dengan Allah memohon keampunan.

    Namun, cuba kita perhatikan sikap kita. Kadang-kala kita secara tidak langsung membenarkan tindakan mereka. Caranya?

    1. Assalamualaikum A, sorang je ke?Balak A mana?

    2. Dengar cerita balak A sakit, A dah pergi lawat belum?

    3. Korang ni memang pasangan ideal. Macam jenama susu cap ideal tu.

    Tujuan kita mungkin seperti ingin 'memesrakan' diri dengan mereka namun begitu, dalam masa yang sama kita secara tidak langsung telah menggalakkan lagi aktiviti mereka.

    Ini yang selalu akak praktikkan. Kalau si A dengan pasangannya bermesra-mesraan, kalau tidak mesra pun berdua-duaan, jangan sesekali kita mengeluarkan kata-kata, atau perbuatan seolah-olah meraikan pasangan tadi.

    Kedua, seandainya kita berborak dengan si A, elakkan bertanya tentang pasangannya. Kalaupun si A itu suka membuka cerita tentang pasangannya maka kita alihkan topik perbincangan.

    Wallahualam

    BalasPadam