"Tengah buat apa tu?" pesanan dari Yahoo Messenger
Saya sedih bercampur kecewa apabila ada di kalangan sahabat yang mengambil enteng atau buat-buat tidak tahu tentang aspek memberi salam baik melalui sms, yahoo messenger mahupun perbualan secara langsung. Jadikan amalan, walau kita tidak mengenali seseorang itu. Ringkas dengan sekadar "Salam" sudah mencukupi. Tidak kurang pentingnya juga menjawab salam.
Assalamualaikum adalah lafaz mulia, maksudnya adalah "Sejahtera ke atasmu". Kita mendoakan sahabat mahupun saudara agar sejahtera, aman dan damai.
"Ala..perkara kecil je"
Ya, itulah pemikiran insan yang tidak pernah mahu berubah. Hatta benda kecil saya pandang.
Bukan kerana saya tidak ada kerja tetapi dari amalan yang dianggap kecil inilah kita mampu melakukan perkara besar dan mencipta sejarah di masa depan.
Cuba lihat contoh ini;
"Assalamualaikum, masam sahaja muka. Dari mana ini?kenapa? Ada masalah?"
"Woi, muka masam kalah cuka yang mak aku pakai..ko kenapa?"
Apabila kita memulakan bicara dengan salam, insyaAllah lafaz kata-kata seterusnya lebih enak di dengar telinga berbanding kata-kata yang terus menerjah tanpa salam. Kesan kepada lingkungan juga lebih baik. Kalau memang hati kita sedang panas, paling tidak apabila sahabat menegur dengan salam, tidak akan sanggup kita memaki kembali sebaliknya mungkin sekadar tersenyum. Begitu juga sebaliknya. Kita generasi yang seharusnya mewujudkan lingkungan yang ramah dan mesra.
"Nanti orang kata aku ni 'sok alim'"
Saya berikan analogi. Anda ke satu taman tema air. Tertulis di situ,
RM 50 for full packages (dry and water park).
Lalu, anda membayar RM 50 untuk menikmati semua aktiviti yang tertulis. Pasti di benak pemikiran anda terlintas,
Atau anda malu-malu?Selalunya anda akan berkata,
"Tak kisah orang nak kata apa, aku dah bayar. Itu hak aku"
Begitu jua lah kita memandang aspek adab dan akhlaq dalam Islam. Seandainya kita sudah memeluk Islam, kita bersyahadah maka jangan pernah malu untuk menzahirkan setiap peribadi seorang Muslim. Kenapa perlu malu andai ada yang mengatakan anda 'sok alim'. Itu HAK kita sebagai seorang muslim. Kita sudah melafazkan syahadah iaitu lesen untuk kita menikmati segala amalan yang tersedia di dalam Islam. Betulkan?
Pernah saya berjalan di kompleks membeli-belah bersama teman, lalu saya melihat seorang wanita tua melintas dan menguntumkan senyuman. Saya membalas lantas memberikan salam. Sahabat yang mendengar saya memberi salam terus bertanya,
"Awak kenal ke orang tu Aimi?" dengan muka keliru.
"Saya tak kenal makcik tu, tapi saya tahu dia siapa" saya jawab lagi.
"Aik?" bertambah hairan sahabat tadi.
"Dia saudara seislam" jawab saya ringkas.
Sambil saya menguntumkan senyuman kepada sahabat.
Sahabat dan suadarakku sekalian, marilah kita memulakan bicara dengan salam. Tidak jatuh walau sedikitpun kemuliaan diri andai kita memberi salam apatah lagi memulakannya. Tiada salahnya.
Pesan 1 : HR Bukhari dan Muslim
“Daripada Anas r.a. bahawasanya ia berjalan di kalangan beberapa orang kanak-kanak lalu ia memberi salam kepada mereka dan katanya Nabi s.a.w. berbuat demikian.
Pesan 2 : Sunat memberi salam kepada sesama muslim tidak mengira darjat, pangkat dan peringkat orang yang diberi salam.
Pesan 3 : HR Abu Daud
Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya orang yang paling hampir disisi Allah ialah mereka yang terlebih dahulu memberi salam (diantara mereka)
Pesan 4 : Saya paling pantang kalau ada lelaki yang mengeluarkan kata-kata ini sewaktu melihat ada Hawa yang melintas di hadapannya, "Assalamualaikum, tidak jawab dosa, jawab gatal" nada gurau yang boleh membuatkan marah saya meluap-luap. Teringin memberi satu atau dua pelempang agar mereka tidak memperlekehkan sunnah Rasulullah.
Assalamualaikum...
BalasPadamOwh lelaki xbley bagi salam kat perempuan kah??
Maaf,saya baru tahu ;-)
salam..
BalasPadamabg fahmi..bukan laki takleh bg salam kat pmpuan..tapi kalau dah bg salam takde motif saje nk gatal..bak kata kak aimi..mmg nak kene lempang la..
erm..tebarkanlah salam antara kita :)
banyak pahala..dan iA dapat mmbuatkan org lain tersenyum..insyaAllah :)
To Ahmad Zulfahmi:
BalasPadamSalam. Saya tidak pernah kata salah. Saya tidak mengeluarkan ayat pun mengatakan lelaki tidak boleh beri salam kepada perempuan. Tapi kalau awak tengok contoh terakhir saya bagi, lelaki tersebut seolah-olah memainkan erti salam.
"Assalamualaikum cik adik, tidak jawab dosa, kalau jawab gatal"
Inilah yang selalu saya dengar. Kalau nak mengorat pun jangan sampai mempermainkan 'salam'. Sejujurnya ayat tersebut andai dilafazkan tidak membuatkan hati perempuan cair tetapi marah yang meluap. Sikap lelaki yang sangat biadab. Itu sahaja.
Wallahualam
To Duha:
BalasPadamSalam
Pandai Duha 150%. Kita memang jiwa wanita:)
Betul, memulakan dengan salam dan senyum:)