Pagi subuh hari ini, kami sekeluarga berhenti rehat di Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan Pahang untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Nenek pun ada sama.
Setelah usai solat, saya duduk bersama nenek. Hanya kami berdua. Saya membuka bicara, sengaja mahu menghangatkan suasana.
"Nek, tahun ini Amy tak rasa macam nak raya pun. Sayang rasa nak tinggalkan Ramadhan ini"
"Nenek lagi tak rasa apa-apa Kak Long. Dah lama nenek tak rasa nak beraya ini"
"Eh, kenapa pula nek?" saya bertanya.
"Makin dekat dah nenek dengan mati. Apalagi yang nenek mahu. Cuma harapkan sisa hidup ini berguna saja" nenek memandang wajah saya.
Saya terdiam. Terus beristighfar.
"Nenek, kematian tidak kenal siapa, tidak kenal usia. Mungkin saja, Amy jalan dulu sebelum nenek" saya bersuara.
Saya lihat nenek mula bergenang airmata. Rasa bersalah pula saya dibuatnya. Jadi, saya pun pujuklah nenek.
"Nenek dah tak handsome nangis-nangis ini" saya berlawak.
"Nenek handsome???" nenek memberikan respon sambil diikuti gelak tawa kami.
Astaghfirullah. Sedar kembali tujuan setiap segala sesuatu yang kita lakukan. Mungkin sekejap sahaja lagi nyawa kita diambil buat selamanya.
Semoga ini Ramadhan ini adalah yang terbaik pernah kita lalui.
Pesan 1: Tadi kami sekeluarga berehat di R&R Genting Highlands sekitar jam 4 petang. Tiba-tiba terlihat seorang lelaki muslim makan dengan muka penuh selamba dikhalayak ramai. Atas alasan apa dia bertindak sedemikian?Wallahualam. Sekalipun dia berkecuali untuk berpuasa, sekurang-kurangnya dia perlu menghormati bulan Ramadhan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan