Hari ini, dari Poliklinik Rhinology (Bahagian penanganan penyakit alergi-alah) saya menuju ke Poliklinik Otology (Bahagian telinga). Ada bersama di ruangan itu, doktor senior residen - biarlah saya berikan namanya Dr. A (taraf dia kiranya sekejap lagi jadi pakar ENT lah), ibu dan seorang anak (pesakit), saya dan 2 orang sahabat lain.
Pesakit itu merupakan seorang anak perempuan berusia 4 tahun. Keluhan utamanya adalah telinga kanan yang tersumbat (stenosis) sejak 4 bulan yang lalu. Turut dinyatakan oleh ibunya, anaknya itu pernah mengalami jangkitan bakteria telinga kanan sejak berusia 1 tahun. Anaknya pernah mendapatkan rawatan dan dikatakan gara-gara rawatan tersebut, maka timbullah sumbatan di liang telinganya.
Ibu tadi berasal dari keluarga miskin. Saya mengetahuinya melalui status data pesakit.
Setelah diperiksa oleh Dr. A, tiba-tiba ibu tadi ditanyakan soalan,
Dr. A : Ibu, kalau ibu harus menyediakan wang Rp 500,000 - Rp 600,000 (sekitar RM 250) untuk operasi telinga anaknya, ibu bersedia?
Ibu : Ya, doktor??
Dr. A : Ya, ibu punya wang?Kalau anaknya mahu dioperasi, ibu sudah siap?
Ibu : InsyaAllah saya cuba untuk bersedia.
Ibu : Ya, doktor??
Dr. A : Ya, ibu punya wang?Kalau anaknya mahu dioperasi, ibu sudah siap?
Ibu : InsyaAllah saya cuba untuk bersedia.
Waktu ini saya melihat airmata ibu tadi sudah bergenang. Makin lama makin deras keluar airmatanya. Sejujurnya saya merasa aneh. Aneh kerana apa yang ditanyakan doktor sebentar tadi itu adalah satu solusi untuk anaknya. Kenapa perlu menangis?Itu biaya paling minimal pernah saya dengar.
Masalah wang?
Difikiran saya, suaminya pasti ada. Orangtua dan keluarga terdekat juga ada. InsyaAllah, biaya operasi (baca: pembedahan) sebesar itu pasti dapat dikumpulkan dalam tempoh terdekat. Lagipun, anak itu anak tunggal, jadi perbelanjaannya insyaAllah lumayan masih boleh dikumpulkan.
Ibu tadi terus menangis, Dr. A keluar dari poliklinik untuk memanggil Doktor Pakar ENT masuk menilai status pesakit sama ada boleh dibedah atau tidak.
Saya datang menghampiri ibu dan anak tadi.
Saya : Ibu, ibu bekerja?
Ibu : Tidak, saya ibu rumah tangga (baca : housewife)
Saya : Tinggalnya di mana?
Ibu : Di Cianjur.
Saya : Maaf ibu kalau saya menanyakan hal ini ya, suami ibu bekerja?
Ibu tadi tidak berkata-kata dan terus menangis, saya dapat mengagak pasti ada kaitannya masalah kewangan tadi dengan suaminya. Lalu, saya bertanya lagi,
Saya : Ibu, maaf kalau soalan saya ini mengguris hati ibu. Kalau ibu tidak mahu menjawab pun tidak mengapa.
Ibu : Suami saya sudah hampir setahun tidak ada khabar berita. Dia bekerja di Arab.
Saya : Ya Allah...
Saya menghampiri ibu tadi dan duduk betul-betul di hadapannya sambil saya mengusap bahunya dan berkata,
Saya : Ibu, doa banyak-banyak semoga suaminya dalam keadaan selamat dalam mencari rezeki yang halal. Sesungguhnya Allah ingin menguji hambaNya yang layak diuji dan ibu telah terpilih. Daripada Allah datangnya ujian ini, maka kepadaNya jua lah tempat ibu kembali mencari jalan penyelesaiannya. Saya doakan ibu terus kuat. Ibu, dalam meneruskan perjalanan ini, sering kita diuji tetapi akan ada insan di sekeliling yang menjadi sumber inspirasi kita, semangat buat kita untuk meneruskan perjalanan hidup. Dan untuk ibu, ibu punya anak yang bijak, yang akan menjadi pembakar semangat untuk ibu meneruskan hidup ini walaupun tanpa suami di sisi.
Ibu : Terima kasih bu dokter. Ameen
Saya : Adik, adik harus jadi anak yang baik ya. Dengar kata Allah, dengar kata ibu. Belajar yang benar dan insyaAllah satu hari nanti boleh jadi orang berguna dan membantu ibu dan masyarakat ya.
Ibu : Tidak, saya ibu rumah tangga (baca : housewife)
Saya : Tinggalnya di mana?
Ibu : Di Cianjur.
Saya : Maaf ibu kalau saya menanyakan hal ini ya, suami ibu bekerja?
Ibu tadi tidak berkata-kata dan terus menangis, saya dapat mengagak pasti ada kaitannya masalah kewangan tadi dengan suaminya. Lalu, saya bertanya lagi,
Saya : Ibu, maaf kalau soalan saya ini mengguris hati ibu. Kalau ibu tidak mahu menjawab pun tidak mengapa.
Ibu : Suami saya sudah hampir setahun tidak ada khabar berita. Dia bekerja di Arab.
Saya : Ya Allah...
Saya : Jadi yang memberi nafkah kepada ibu dan anak, siapa?
Ibu : Orangtua saya.
Ibu : Orangtua saya.
Saya menghampiri ibu tadi dan duduk betul-betul di hadapannya sambil saya mengusap bahunya dan berkata,
Ibu : Terima kasih bu dokter. Ameen
Sambil saya memeluk bahu ibu tadi dan saya menegur anaknya,
Saya : Adik, adik harus jadi anak yang baik ya. Dengar kata Allah, dengar kata ibu. Belajar yang benar dan insyaAllah satu hari nanti boleh jadi orang berguna dan membantu ibu dan masyarakat ya.
Perbualan di atas telah dipendek dan dipadatkan kerana ada beberapa isu dari sisi perubatan, agama dan lain-lain yang bersifat peribadi.
Ambil iktibar dari kisah di atas, semoga kita dalam rahmat, kasih sayangNya.
Wassalam
pernah jumpa situasi si suami yg tak bekerja, malah si isteri yg sara keluarga.
BalasPadamada lagi seorang ibu, ada 7 anak, anak paling besar 21 tahun, tapi anakny tak kerja. yg kerja cuma si suami, itupun sebagai buruh binaan sajeee.
kadang geram tau.. kenapa lah tak sedar2 org2 macam nii... haiyooo
Geram itu sudah pasti rafsyan, tapi kita sebagai doktor kena profesional (chewah..ayat daku). Kita berikan solusi dari pelbagai aspek dan jangan kita ikutkan sama emosi pesakit. Takut nanti penilaian kita tidak rasional.
BalasPadamTapi sebagai perempuan, sedih juga tengok. Waktu seorang isteri perlukan teman, penguat semangat, waktu itulah ujian banyak menimpa, masa itulah suami buat hal. Dunia~ oh dunia~