Rabu, 2 Disember 2009

7 minggu sebagai Intern @ KOAS

Salam sejahtera, salam penuh kasih sayang buat semua.

Kini,

Tekanan tidak pernah susut malah semakin bertambah.

Kerja dan tugasan tidak pernah habis malah bertambah.

Kesibukan tidak pernah berkurang malah bertambah.

Kesuntukan waktu tidak pernah berkurang malah bertambah.

Semua realiti di atas yang dialami saya kini benar-benar menguji keimanan dan kesabaran. Rasa seprti mahu menangis semahu-mahunya, kadang terasa mahu duduk jauh berasingan dari semua manusia, kadang terasa mahu hidup dalam dunia sendiri (atau menyendiri). Perasaan itu selalu timbul.

Namun, insyaAllah saya masih lagi kuat untuk meneruskan jalan juang ini dan akan terus kuat untuk menghabiskan perjuangan ini sehingga selesai ke penghujungnya. Lebih kuat tekanan yang diberikan, lebih lama saya mengadu dengan Allah SWT segala keperitan kerana saya yakin hanya Dia Pendengar Terbaik Semesta Alam. Alhamdulillah. Alhamdulillah

Satu yang saya pegang, saya mengingatkan kembali tujuan saya berada di bidang ini. Jadi, sesibuk apa pun kerjanya, nikmatilah. Seteruk mana dimarahi oleh doktor-doktor senior, maka nikmatilah. Sejelik apapun sistem pengurusan bahagiannya, nikmatilah. Ini kerana bukan kerana mereka, saya menceburi bidang ini tetapi kerana Allah SWT. Sejujurnya, sesiapa yang punya prinsip mahu gah dengan white coatnya, percayalah anda tidak akan kuat untuk mengharungi dugaan sebagai Interns dan seterusnya. Sila fikirkan kembali niat untuk meneruskan bidang ini.

Sekian.

Pesan 1 : Sejak bertugas di RSHS, saya pernah hanya tidur 15jam total seminggu. Lebih kurang 2-3 jam sehari. Jadi, tidur sekarang merupakan prioritas minor. Kesejahteraan ummah melebihi kepentingan peribadi.

Pesan 2 : Bagi sesiapa yang mahu kurus, nasihat saya, belajar baik-baik dan masuk KOAS. InsyaAllah anda akan kurus dalam tempoh 9 minggu. Dari berat saya 52kg sebelum KOAS, sekarang 46kg dalam tempoh 7 minggu. Kalau berterusan begini, mahu masuk kategori malnutrition :P

Pesan 3 : Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, semuanya kerana Allah Pemilik Sekelian Alam (6:162)

4 ulasan:

  1. what ever it is , what it ever will lie ahead just go! keep movinnnnn even u r so sleepy:)
    hehe:)

    chayok2 aimi!

    p/s:thank you for always been there when i always 'membebel'..huhuhu

    BalasPadam
  2. thank you Iman Aisyah,

    look at the positive side and you'll enjoy it.

    And today was awesome!Alhamdulillah

    p/s: you're welcome. it's my pleasure to be your ear when you need someone to hear:):) ukhibbukifillah ukhti(^_^)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum kak aimi..

    hehe..kalau tak nak kurus..so tak leh msuk koas la??

    hurm..macam sangat menakutkan je koas ni..sbb tak ckup tdur..huhu..

    hurm..org kata, dah jadi doktor SENANG nak menyampaikan pada orang lain risalah dakwah..sbb setiap hari bertemu patient dan insyaAllah mmg kita boleh cuba walau sekadar sikit je untuk sampaikan message pada mereka..

    ya, tak dinafikan penyataan tu..

    tapi, nak dapatkan sesuatu advantage macam tu..kena laa bersusah-susah dulu kan?

    so, anggap koas ni sebagai satu medan pertempuran yang dahsyat sebelum Allah buka peluang pada kita seluas-luasnya utk berdakwah nnt..insyaAllah :)

    TC

    BalasPadam
  4. wa'alaikumussalam duha,

    boleh juga kalau tak nak kurus masuk KOAS, cuma dia akan rasa terseksa la kerana tanpa rela harus kurus;P

    koas tidaklah menakutkan cuma tekanan macam ini perlukan kesabaran dan keteguhan iman.

    betul sangat-sangat, paling minimum pun usaha dakwah apabila akak tahu pesakit tu Islam, insyaAllah akan ajar cara solat. selalunya pesakit tak tahu macam mana nak solat kalau sakit. Alhamdulillah, berbagi ilmu dengan semua.

    yup~look at the bright side and think positively:)

    BalasPadam