Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,
Sebuah cerita yang ingin dikongsikan bersama, isu ayat Al-Quran yang dijadikan pendinding atau pelindung. Perbualan adalah antara saya dan seorang sahabat,
Saya baring di atas katil sahabat saya. Saya bergolek ke kiri kemudian bergolek ke kanan. Lagaknya seperti katil sendiri. Tiba-tiba, sahabat saya menegur,
"Aimi, hati-hati sikit. Bawah bantal kepala itu ada Surah Yaasin" tegur sahabat.
"Astaghfirullah. Kenapa letak bawah bantal?Saya punyalah sakan bergolek" saya pula bersuara
"Untuk pendinding" jawab sahabat ringkas
"Pendinding apa?" tanya saya kembali
"Pendinding dari benda-benda halus inilah. Benda ghaib. Saya selalu kena 'tindih'" jawab sahabat lagi
"Macam mana caranya Surah Yaasin ini dapat melindungi awak dari ditindih hanya dengan meletakkan surah Yaasin di bawah bantal?" saya bertanya sekadar mahukan kepastian.
"Iyalah. Kan itu ayat Al-Quran. Itu kalam Allah. Mestilah Allah lindung kalau saya letak dekat dengan saya" jawab sahabat lagi.
"Kenapa awak tak letak dalam baju?Lagi dekat dengan awak, silap-silap benda halus tengok surah Yaasin terus cabut" saya cuba memberikan provokasi di situ.
"Mengada-ngadalah dia ini punya soalan. Malas nak layan" jawab sahabat
"Malas nak layan atau awak tak tahu mekanisma pertahanan ayat Al-Quran terhadap benda-benda ghaib?Awak rasa betul caranya dengan hanya meletakkan bawah bantal?" saya memancing lagi.
"...................................." sahabat tadi diam. Mukanya seperti malas mahu melayan saya.
"Sorry, kalau awak terasa hati. Ok, jom kita fikirkan analogi cerita ini. Meh sini.." saya menarik tangan sahabat sambil sama-sama duduk di atas katil
"Satu hari, pakcik A sakit. Dia pergi ke hospital. Dia ada luka dekat jari. Sudah seminggu luka tidak sembuh-sembuh. Doktor bagi ubat C untuk ubat sapu yang dipakai hanya bila perlu dan ubat D adalah pil, perlu dimakan 3 kali satu hari selama 3 hari. Ok jelas tidak sampai sini?" tanya saya kepada sahabat.
"Hmm..jelas..sambung.." pinta sahabat lagi.
"Sampai sahaja ke rumah, pakcik A ini makan ubat C (ubat sapu) dan menyapu ke luka menggunakan ubat D (ubat pil). Setelah 3 hari, pakcik tadi tidak sembuh-sembuh. Agak-agak kenapa?" tanya saya.
"Sebab pakcik itu salah makan dan guna ubat. Sepatutnya dia makan ubat D tapi dia gunakan untuk sapu pada luka dan pakcik tadi makan ubat C yang sepatutnya untuk ubat sapu." jawab sahabat tadi beserta alasan
"Pandai pun awak bagi jawapan. Begitu jugalah ayat Al-Quran. Ianya menjadi pendinding atau pelindung diri apabila digunakan dengan cara yang benar. Kalau sekadar awak meletakkan di bawa bantal, kemungkinan sahaja awak akan terus merasa diganggu. Ayat-Al-Quran itu ubat kepada keracauan hati dan iman. Tetapi caranya harus benar iaitu awak membacanya, mentaddaburinya dan ada ayat-ayat Al-Quran khas untuk penanganan masalah diganggu makhluk ghaib. Faham sekarang?Saya tiada niat menyindir atau apa, cuma saya rasa perlu untuk kongsi apa yang saya tahu. Al-Quran itu luas mukjizatnya. Bukan sekadar menghalau hantu" jelas saya panjang lebar.
"Jadi saya tidak boleh letaklah surah Yaasin ini bawah bantal?" tanya sahabat lagi
"Silakan, awak hendak letak Al-Quran pun silakan. Cuma, awak kena tahu fungsi Al-Quran itu bukan semata menghalau makhluk halus. Semuanya kembali kepada Allah SWT. Al-Quran itu kalam Allah SWT, petunjuk ke jalan yang benar buat orang mukmin. Wallahualam, sebatas ilmu yang saya boleh kongsikan" saya berkongsi sedikit ilmu.
Begitulah perbualan ringkas antara saya dan sahabat.
Wallahualam.
Pesan 1 : InsyaALLAH bagi sesiapa yang tahu mengenai dalil tentang situasi di atas, bolehlah dikongsikan bersama. Semoga saya dan sahabat tadi boleh berkongsi bersama, insyaAllah (^_^)
Salam ziarah.Mmg alQur'an itu perlu dibaca dn bkn diletak ditmpt trtentu.Sama kes dgn org halau makhluk halus dgn psg kaset shj.Pernah trjd sndiri pd kakak,benda tu tak nak gi,sbb tuanpunya bdn msh tiada pendinding
BalasPadam:)
BalasPadamSalam Ummi Ida,
BalasPadamBenar. Masalahnya timbul apabila sesetengah orang beriktikad meletakkan ayat-ayat AQ ini ditempat2 tertentu macam ummi cakap dengan harapan menghalau makhluk halus. Tiada masalah pada niat orang tersebut cuma caranya salah.
Sama-sama kita mengambil tiap ibrah dan manfaat Al-Quran.
p/s: Mohon tunjuk ajarnya ya ummi. Saya orang baru. Banyak lagi yang perlu belajar dalam dunia kehidupan ini.
Duha :)
BalasPadamp/s : bagilah masukan adikku sayang, akak tahu duha pandai, mesti banyak nak dicoretkan dekat sini:)
salam kak..
BalasPadampost akk slalu buat sy terpk...
yasin bwh bantal??
rase2 bender 2 dah diamlkn sejak trun temurn..
adat lebih diutamakan dari sunnah...
macm letk yasin bawah bntl dr baa quran..
hu2
nice post..
Salam qamarunnajmi,
BalasPadamAlhamdulillah syukron ukhti, sebenarnya mengingatkan diri sendiri juga. Semoga bermanfaat buat semua:)
Tidak salah mengikut adat asalkan tidak bertentangan As-Sunnah:)
salam 1malaysia
BalasPadambetul3...
mukjizat alquran adalah mukjizat manusiawi. sesuai dengan syariatullah dan sunnatullah. benar ada kehebatan alquran yang mungkin luar biasa tapi inti alquran adalah sesuai dengan fitrah manusia.ia sangat logik dan saintifik. bukan aneh2. ini bukan ayah pin.
takde bace2 jadi kebal la, leh terbang la, kuar api la, ade aura la. jangan banyak tgk sinetron.
adios...
salamalayk..
BalasPadamberkesan ke member tadi bubuh bawah bantal tuh? yang salu kena tindih, jadi tak salu ke?
teringat cite dracula dan cite antu cine zaman muda2 dulu. tunjuk je salib, lari or terbakor dracula. tatau la sejauh mane sahihnye amalan dalam ajaran kristen. antu cine lak terus takleh gerak tampal ketas kuning tulis jampi. hebat2...amik dalil dari sini agaknye...
mase comel2 n cute dulu ummi salu pesan suh bace ayat kursi dan 3 qul mase nak tido. tp sebab belum hafal, bace iqra' je...lari kot hantu...
salam...teruskan menulis ukhti.
BalasPadamabu huzaifah, ayat qursi ngan 3 qul tu mmg ada. bolela amalkan nak elak hantu....
macam mana rupa hantu pon ntahla...haha.
Salam Tanpa Nama,
BalasPadamSyukron untuk nilai tambahannya
Salam Abu Huzaifah,
BalasPadamtak pernah tanya pula sahabat tu:)
Salam Dr Radzi,
BalasPadamsyukron ya akhi. Mohon doa dan bimbingan juga ye:)
assalamualaikum..
BalasPadamkak aimi..isu kena tindih oleh 'makhluk' halus itu insyaAllah ada penjelasan saintifik..
bukan nak menafikan kewujudan makhluk2 halus yang Allah ciptakan.tak pernah sekali. tapi bila dah belajar n kaji sedikit ilmu Allah, alhamdulillah ada beberapa perkara yang bole dijelaskan dengan sains dan perubatan..
Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur',adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)
ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.otak akan bagitau badan kita suruh rehat.so, badan kite kira macam switch off kejap.REM atonia (tader muscle tone).
otak kita pun ader switch off button.dipanggil reticular activating system RAS.bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni.so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on..kirenyer screensaver laaa or hibernate.so,, bila kita bangun, RAS switched on balik.kita sedar fully awake state..tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter. maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika. before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer.tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....
Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations(halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)
Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy
hasil copy n paste.ini apa yg saya baca lah.sekadar berkongsi.insyaAllah kalau ada kesalahan itu tolonglah dibetulkan ye..
'al Quran ubat kepada keracauan iman dan hati' saya suka yang ini. dengan mentaddabur al Quran jiwa yang lemah kembali bugar. hati berisi kembali. sungguh ayat-ayat cinta Allah takde tandingannya..
maaf, saya terpanjang pulak komen kat sini..
^_^
Salam Tanpa Nama,
BalasPadamTerima kasih untuk perkongsian input.
InsyaAllah, akak tak menafikan sama sekali wujudnya makhluk halus ini. Cuma artikel kali ini lebih kepada penekanan penggunaan AlQuran tersebut. Kalau ada 1000 naskhah Al-Quran tetapi sekadar disimpan kemas dirak buku, tiada makna juga. Tidak berfungsi seperti mana sepatutnya.
Again, thanks for the input and sharing:)