Salam sejahtera buat semua yang membaca.
Alhamdulillah, dapat lagi saya diberi kesempatan oleh Tuhan untuk berkongsi cerita, menabur manfaat. InsyaAllah.
Petang ini, saya menonton filem arahan Allayarham P Ramlee, "Semerah Padi". Beliau merupakan seorang lagenda filem era 60an. Masih, sampai sekarang, kredibiliti P Ramlee, sejujurnya tidak akan dan tidak dapat dikalahkan. Beliau tiada tolok tandingnya. Filem arahan P Ramlee penuh dengan iktibar.
Saya sangat tertarik dengan jalan cerita "Semerah Padi". Penuh dengan suasana Islamik, suasana yang saya idamkan. [Namun, ada adegan tari menari antara lelaki perempuan yang saya sendiri kurang setuju].
Baiklah, kita cerita sedikit, ada sahabat baik Aduka (P Ramlee) dan Taruna (Nordin Ahmad). Mereka sama-sama hebat. Hebat agamanya, hebat ilmu mempertahankan diri. Pokoknya mantaplah. [Ok, ayat-ayat gatai dah terkeluar di situ :P ]
Aduka ini jatuh hati dengan Dara (Saadiah), tetapi biasalah orang zaman dulu-dulu kan pemalu. Kalau jatuh hati dengan si pulan mereka simpan je dalam hati. Paling yang tahu isi hati mereka adalah pasangan kekasih ini saja. Sebaliknya, orangtua Dara merangkap penghulu kampung Semerah Padi berkenan dengan pemuda Taruna, kawan baik Aduka. Begitu jugalah orangtua Taruna. Kemudian, mereka [Dara dan Taruna] pun bertunang.
ps: Dara dan Taruna sama-sama sedih. Membawa hati yang duka. [Ini bukan tafsiran saya, ini memang mereka yang cakap dalam dialog lakonan mereka]
Mereka tinggal di sebuah kampung, Semerah padi yang sangat kuat didikan dan pegangan agamanya. Zina itu zina, tidak kira siapa kamu, asal dari mana, jika didapati bersalah, hukuman tetap hukuman. Keadilan dalam pemerintahan, ketulusan dalam mentadbir menjadikan kampung semerah padi aman damai.
Hendak dijadikan cerita, terjadilah kekecohan di kampung Semerah Padi, ulah si Borek [pelik bebenor namanya]. Dia membuat kekecohan dengan membakar rumah-rumah, membunuh dan menculik Dara, anak penghulu kampung. Alasannya satu, membalas dendam kepada penghulu yang telah menghukum sula kepada adik Borek dan juga pasangannya kerana berzina dan membunuh.
Pada waktu yang sama, karena taat kepada Sultan, Taruna telah dihantar Penghulu beserta 10 orang pahlawan yang lain untuk melawan musuh [lanun] di laut. Tinggallah Aduka menjaga keamanan kampung yang sedang heboh huru-haranya.
Ok, I will skip the part where they were fighting, and the bad guy [Borek] lost and the good guy (Aduka) win [as usual, the best man win!]. Aduka akhirnya berjaya membunuh ketua pemberontak [Borek] yang menghuru-harakan kampung mereka dan menculik Dara [tunang teman baiknya, Taruna].
Part seterusnya paling saya tidak berapa berkenan. Menurut saya, si Dara pergi menggoda Aduka sehingga mereka berzina. Punyalah payah si Aduka selamatkan Dara dari diperkosa oleh penjahat, eh alih-alih dia yang jadi 'tupai'.
Ha, part berikut ini yang saya sangat berkenan. Aduka merasa bersalah kerana berzina dan mengambil mahkota Dara, tunang kepada sahabat baiknya Taruna. Setelah Taruna pulang dari berperang melawan Lanun, kaget melihat Aduka sedang duduk bersila sambil menghulurkan parang [kot~], mengakui segala kesalahannya dan meminta Taruna membunuhnya.
Tahu apa jawapan Taruna, terbaik~
Aduka
Lupakah kau kepada Tuhan?
Hilangkah kepercayaanmu kepada agama Islam?
Kau cemarkan namamu
Kau cemarkan semerah padi
Kalau hanya Dara, aku sanggup berikan kerana aku sayangkan kau lebih dari Dara, Aduka.
Jangan kata membunuh kau, menjatuhkan hukuman sekalipun tak sampai hati,
Menghukum kau bererti menghukum diri sendiri,
Aduka, dosamu ku ampunkan,
Hanya terserahlah kepadamu sendiri untuk meminta ampun kepada Tuhan.
Lupakah kau kepada Tuhan?
Hilangkah kepercayaanmu kepada agama Islam?
Kau cemarkan namamu
Kau cemarkan semerah padi
Kalau hanya Dara, aku sanggup berikan kerana aku sayangkan kau lebih dari Dara, Aduka.
Jangan kata membunuh kau, menjatuhkan hukuman sekalipun tak sampai hati,
Menghukum kau bererti menghukum diri sendiri,
Aduka, dosamu ku ampunkan,
Hanya terserahlah kepadamu sendiri untuk meminta ampun kepada Tuhan.
Terbaik kerana inti kemarahan dan teguran Taruna bukanlah,
Kau kan tahu aku bakal menikah dengan Dara sebentar lagi, kenapa kau rosakkan dia?
atau
Kau kurang ajar, tidak mahu aku memamah daging yang busuk! Najis! [Ok, lebih-lebih pula]
Tetapi sebaliknya adalah teguran tentang amar makruf nahi mungkar. Tentang makrifatullah. Tentang takut kepada Allah SWT dan agamaNya. Paling saya respect sikap Taruna adalah memberikan sesuatu yang dia sayang [Dara] kepada sahabat baiknya kerana sayangnya Taruna kepada sahabat lebih dari sayangnya dia kepada tunangnya. Subhanallah. Luar biasa, kasih manusia yang cintakan Tuhan!
Pesan 1: An-Nahl 125
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk"
Pesan 2: Al-Imran 104
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya"