Selasa, 26 April 2011

Akhirnya itu suatu permulaan

Gambar hiasan.
Quoted this comment from my Facebook. She's very good friend of mine;
"Dr Aimi finally ready to serve for the ummah! Allahu Akbar!"

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Puji syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan segala nikmat dan ujian buat hambaNya.

Hanya hambaNya yang bersabar akan medapatkan untung.

Saya nak bercerita.

Cerita tentang pengalaman sebelum, semasa dan setelah ujian akhir.

Sebulan sebelum ujian akhir bermula yaitu pada tanggal 18 - 22/4/2011 yang lalu, saya dan 4 orang sahabat lagi nekad membuat belajar kelompok. Kami tahu kami bakal penat!

Waktu itu di Bagian Obstetry & Gynecology. Sumpah, memang penat.

Saya ingat, pernah jadual belajar kelompok saya bertembung dengan 1 hari postcall. Maksudnya 48 jam saya tidak tidur atau istirehat. Waktu oncall, saya mencuri waktu belajar buat study group. Kalau ada waktu senggang, saya curi buat belajar. Jika ada persalinan, saya akan selesaikan dahulu tugas, kemudian sambung belajar lagi. 48 jam tidak tidur itu suatu kebiasaan sejak sebulan sebelum ujian. Kami belajar 3 kali seminggu.

Masuk 2 minggu terakhir, itu fase intensif. Belajar dari jam 8 pagi hingga hampir 11 - 12 tgh malam.

Alhamdulillah, 3 hari sebelum ujian, kami berehat. Cukuplah 3 hari buat kami belajar sendiri.

Dipasrahkan segalanya, tanggal 18/4/2011 kami melangkah ke dalam dewan ujian. Ini adalah ujian akhir yang saya dan sahabat-sahabat nantikan sejak di tahun pertama lagi.

Terbentang 200 soalan, pertanyaan berupa situasi klinis. Rasa nak patah tengkuk masa menjawab soalan. Awal-awal masih boleh berikan perhatian, masuk soalan 150 ke atas, saya dah mula rasa berbinar-binar biji mata. Ditambah lapar lagi.

Soalannya sejujurnya susah. Perlu waktu berfikir. Semua pertanyaan rata-rata menanyakan "tindakan selanjutnya yang paling tepat" atau "pengobatan selanjutnya yang paling tepat" atau "Terapi paling tepat". Paling tepat itu yang susah. Kalau tanya, yang manakah benar? sedap sikit bulatkan jawapan (tapi semua jawapan benar). 6 tahun belajar dikumpulkan semua pertanyaannya. Terbaik!

Saya balik ke bilik. Awalnya rasa mahu menangis (dah menangis pun), saya call mama;
"Assalamualaikum ma, soalan susah~" "Wa'alaikumussalam. Pergi rehat, makan then concentrate ujian seterusnya. Jangan nangis dulu. Simpan air mata tu"

Mama memang pantang kalau saya menangis sebelum hasil/nilai ujian keluar.


Ujian berikutnya adalah ujian yang paling saya takut.

Ujian Final OSCE Examination.

Ujian di mana ada 12 station = 12 kes dari 9 bagian di hospital manakala 3 lagi adalah skill. Setiap satunya ada standard patient yang telah dilatih selama 3 bulan. So mereka memang expert dalam berlakon, ok? Ujian ini menguji bagaimana kami sebagai doktor menangani pesakit, mulai dari anamnesis, pemeriksaan, mencari diagnosis dan memberikan obat.

Syarat lulus adalah 9 dari total semua station wajib lulus. Jika salah satu station menyerah tidak tahu langsung, itu dianggap gagal. Jika gagal, harus ulang ke semua stations. Tidak ada istilah mengulangi station yang gagal sahaja.

Sangat tegang awalnya!

Hari sebelum ujian, saya tidak tidur semalaman. Bukan kerana belajar tetapi berdebar-debar sampai tidak dapat tidur sama sekali.

Esoknya, saya cuba sarapan pagi, minum teh O panas, namun begitu, muntah. (Jadi dapat bayangkan betapa saya sangat berdebar kan??).

Saya melangkah untuk ujian OSCE. Ini ujian final menentukan lulus atau tidak pengajian perubatan. Saya panggilnya sebagai 'Final of The Final'

Nama dipanggil satu persatu.

Saya ditempatkan di lantai 6. Di sana, ada banyak kamera dan cameraman, ala-ala shooting filem. Setiap dari kami yang "bertuah" mengambil ujian di lantai 6 akan dirakam proses ujiannya dan tujuannya dibuat apa pun saya tidak pasti. Saya awalnya merasa jugalah seperti artis kan? Tengah bercakap dengan patients tiba-tiba ada orang rakam tapi lama-lama malas nak layan. Penat fikir diagnosis dan ubat patients jadinya.

Station pertama, pemasangan urine catheter kepada mangsa kecelakaan dengan multiple trauma. Fuh, hentam sajalah labu! Sedang persiapan alat, saya merasa ada yang kurang. Saya menyapa Dr Specialist yang menguji,

"Dr X, catheternya ga ada ya dok?"

Dokter kaget melihat persiapan alat buat ujian tidak lengkap. Alhamdulillah, lancar station pertama!

Station berikutnya, Pediatric Department, "Diare non disentri dengan dehidrasi sedang"

Standardized patient masuk ke ruang ujian dengan penuh kaget dan gelabah,

"Dokter, tolong cucu saya, cucu saya~~~~~!!"

Hambik kau, kalau patient gelabah masuk ke tempat kau ujian, kau mesti terikut gelabah juga kan?

Sebelum ujian lagi, saya telah set mind saya "Aimi, tenangkan diri, amankan sekeliling!"

Saya tenangkan pesakit, saya memberitahu saya akan membantu sebaik dan secepat mungkin asalkan pesakit dan keluarga tadi tenang.

Alhamdullillah, done! Benar diagnosis dan pengobatan saya. Di akhir station kedua, dokter yang menguji saya, akhirnya memuji;

"Bagus sikap kamu dalam menenangkan pasien sekaligus meyakinkan pasien kamu dokter yang baik dan bener"

Alhamdulillah, kembang semangkuk!

Station berikutnya, ENT Acute Otitis Media. Tidak banyak masalah, alhamduilllah lancar dari awal hingga akhir dan saya sempat bersalam dengan Dr L. Ringkas mengatakan, "Tahniah"

Station ke 4. Station Psychiatry Department. (Ilmu kesehatan jiwa)
Pasien Scizophrenia Paranoid. Susah anamnesis pesakitnya.
Tapi sempat dipuji, "Dokter seperti Kris Dayanti".
Nasib baik tengah ujian, kalau tidak, saya dah belanja pesakit tadi makan tengah hari :P

Station selanjutnya. Internal Medicine, Hypertension Grade 2 with Risc Factors of poor diet consumption, family history of stroke and hypertension.

Station berikutnya, Surgery Department, Acute Appendicitis. Alhamdulillah!

Station seterusnya, Skill station. Intramuscular injection. (Suntik bontot patung :P)
Doktor specialist yang menguji sangat garang ok! Dari tenang sampai menggigil dibuatnya. Puas saya kena hentam. Saya pun pelik, apa salah saya. Ditanya saya jawab, menjawab dimarah. Saya rasa saya gagal station ini~

Station seterusnya, Skill station lagi. Infant resuscitation.
Infant ok! Tapi lepas saya masuk station tu, ada patung baby pakai tag nama di pergelangan tangan. Confuse saya, ini infant(anak-anak kecil 2 bulan ke atas) atau neonatus (bayi baru lahir). Beza cara resuscitate kedua golongan manusia mini ini. Sesuai arahan, saya lanjutkan dengan resuscitation untuk infant. Alhamdullilah done. Saya rasa saya gagal station ini juga~

Next station, Neurology Department, Tension-type headache, then, Ophthalmology Department dengan Bacterial Conjungtivitis dan terakhir, department yang paling saya suka, Obstetry and Gynecology Department dengan Antenatal Care.

Penat nak tulis satu-satu. Alhamdulillah, selesai semua. Cukup 12 tidak? Kalau tak cukup, cukup-cukupkanlah.

Mungkin kerana terlewat waktu makan, (lebih 12 jam saya tidak makan), saya migraine. Oleh kerana saya penat dan mengantuk serta malas makan dulu, saya nekad untuk pulang tidur sebentar dan bangun kembali untuk makan. Ternyata percaturan saya salah. Saya migraine sebelum tidur dan setelah bangun tidur pun saya masih migrain ditambah mual muntah kerana gastritis. Saya menangis sendiri sebab sakit yang amat. Apa boleh buat, nasib orang bujang~

Baiklah, selesai part ujian.

Hari yang ditunggu-tunggu tiba. Pengumuman nilai. 2 kali ujian jadi 2 kali pengumuman nilai. Diumumkan dengan menampal nama-nama mahasiswa dan hasil/nilai masing-masing.

Pertama, Hari Ahad lepas 24/4/2011. Nilai ditampal di board mahasiswa.
Masa melihat nilai saya, takbir menangis girang saya,
Nurul Aimi Binti Mustaffa................................PASS
Syukur. Syukur. Syukur.
Saya telefon mama, "Assalamualaikum ma, ma kakak lulus ujian bertulis"
Mama, "W'salam. Ujian yang mana eh? Banyak benar kakak ujian"
*Sigh*

Hari Isnin (25/4/2011) paling mendebarkan kerana saya telah mempersiapkan mental untuk Remedial. Nilai Final OSCE bakal diumumkan. Saya merasa penuh yakin, saya gagal. Namun, penat menunggu nilai yang perlu ditampal, saya ke immegresen dulu. Menguruskan permit pulang ke tanahair untuk rangka libur 2 minggu. Tiba-tiba, sewaktu di dalam angkot menuju perjalanan pulang,
"Assalamualaikum Aimi, awak lulus ujian OSCE!" kawan baik saya menelefon saya.

Saya menangis! Kuat ok. Pak supir angkot itu pun pelik tengok saya.

Saya minta mama dan babah telefon saya, sewaktu mengkhabari berita gembira ini, saya masih menangis. Mama boleh ketawa riang ria pula. Babah seperti biasa, "Sujud syukur, kak"

Apa yang buat saya tambah menangis terharu, apabila mama,

"Tahniah Dr Nurul Aimi"

Tambah basah tudung saya kerana menangis.

Saya merasa penat lelah saya alhamdulillah, dibayar Allah dengan LULUS. Syukur. Syukur. Syukur. Syukur. Sujud menyembah Allah pemiilk sekelian alam. Nikmat!

Pesan 1: Setiap station tidak dinyatakan itu dari department apa atau penyakitnya apa. Sendiri-sendiri yang harus teka. Salah teka, salah diagnosis, salah treatment, gagal~

Pesan 2: Waktu terluang digunakan sebaiknya untuk menternak amal buat bekal di akhirat. InsyaAllah.

Pesan 3: Saya dan keluarga telah berpindah dari Melaka ke Serawak. Bumi Kenyalang.

Pesan 4: 6 Mei saya akan pulang ke tanahair hingga 14 Mei 2011 insyaAllah.

Pesan 5: Terima kasih buat keluarga yang tercinta dan sahabat-sahabat yang Allah SWT berkati sekalian. Tiada kata, hanya doa ku panjatkan agar Allah SWT membalas jasa kalian berkali lipat.

5 ulasan:

  1. Alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. Salam,
    tahniah kak aimi!

    Alhamdulillah, Allahuakbar

    BalasPadam
  3. Adik.
    Alhamdulillah. Thank you! Hugs:)

    BalasPadam
  4. Salam Ani,
    terima kasih, Alhamdulillah! :)

    BalasPadam
  5. tahniah..finally baru dpt ingat nama u..tahniah..

    MKA

    BalasPadam