Sabtu, 9 Julai 2011

Anak tentera itu (part 1)

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, puji syukur ke hadrat Allah SWT, semalam merupakan hari terakhir kami dokter magang berkhidmat di RSUD Soreang (District Hospital).

Perasaan bercampur baur. Ada rasa suka kerana kami telah selesai 1 lagi bagian dengan a very good ending. We laughed, we enjoyed very much, we learned so much things, not to forget, we being scolded! Haha.

Ada rasa sedih. Perpisahan dengan guru hebat kami, semua kakitangan hospital, teman sejawat Intern Unisba, adik-adik Yarsi dan tidak dilupakan, Warung Sugema. Boleh dikira berapa kali saja yang saya tidak makan di sini :|

Life must go on. We choose our path, to be sad, to be happy, to be whatever we want to.

Baiklah, saya di sini ingin bercerita. Cerita tentang kehidupan saya sendiri.
(Oh, tidak mungkin saya mahu bercerita tentang kehidupan orang lain kan?)

Sempat suatu ketika dulu, saya dilambakkan dengan persoalan ini,

Aimi, your father army right?
Your father naik truck tentera eh kalau nak pergi kerja?
Sekarang dah tak perang, so what is actually the function of army, i mean, your father?
For me, tentera is tentera. They have nothing to do except physical training. Haha

Dalam hati saya, "Ya Allah, kesiannya makhluk Allah yang satu ini. Punyalah sempit pemikiran dia. Sampai ingat kerja tentera itu perang je. Aku suruh bapak aku tembak ko pakai senapang M-16 baru tau"

Cuba teka umur saya berapa?
Haiyoo..siapa betul, dapat coklat 3 hari 2 malam, beli sendiri.

Ok, umur saya tahun ini 25 tahun. Itu bermakna, 25 tahun saya hidup dengan surrounding tentera.

Saya dibesarkan oleh tentera (ayah saya maksudnya), saya dididik dengan didikan tentera, saya bersekolah di sekolah tentera (sekolah rendah, darjah 1 je, Sekolah Kem Lok Kawi, Sabah),

Pertama, kerja tentera.

Bukan sekadar, kalau negara berperang, baru fungsi tentera dikerahkan. Tidak, mari saya berikan beberapa contoh, mungkin saya sentuh secara surface sahaja ya.

Ok, pernah dengar Perang Perkauman di Darfur, Sudan?

Atau masih ingat tentang krisis di Bosnia Herzigovina?

Atau pernah tahu tentang penyelidikan bahan kimia di Jerman?

Siapa yang ke sana?

Siapa yang dahulu menghulurkan bantuan dan siap mengatakan "Sedia" tanpa perlu kita membuat kempen besar-besaran memberi kesadaran pada orang umum.

Jawapannya, tentera dan semua anggota keamanan negara.

Sebelum sempat promosi kerajaan sampai ke umum, bantuan tentera telah dahulu diberikan.

Saya (dan keluarga) pernah berpisah dengan babah untuk setahun atau lebih dari itu kerana tugas babah yang menuntut beliau sentiasa siap berada di bagian depan.

Alhamdulillah, dengan posisi dan pangkat yang babah ada sekarang, beliau sering dilantik menjadi Team Leader. Jika Team Leader, kena faham bahawa perancangan dan manajemen ketenteraan di bawah kuasa babah. Babah akan mewakili team Engineer dan ada juga team doktor tentera serta banyak lagi.

Kedua, pernah dengar tentang penstrukturan jambatan, jalan raya, limbah dan pelbagai lagi infrastruktur umumnya?

Salah satu fungsi tentera adalah keterlibatan mereka di dalam usaha kerajaan untuk membina infrastuktur tersebut. Pasti ramai yang tidak tahu kerana tidak mungkin sebuah badan keamanan negara mempromosikan diri mereka sendiri di TV. Macam seorang doktor di Hospital Kerajaan mempromosikan jasa mereka di TV. Ada ke? Mana ada. Sebab itu ramai yang berfikiran sempit dengan tentera.

Ketiga, Naik truck pergi tempat kerja.

Haha. Ini adalah lawak millenium (ok, ini sindiran ya!)

Sini, kenderaan yang diberikan kepada tentera bergantung kepada pangkat mereka. Alhamdulillah, sekali lagi, babah kalau ke tempat kerjanya akan menaiki kereta tentera yang dipandu oleh driver peribadi. Babah tidak perlu naik truck kalau mahu ke mana-mana.

Lagipun, bukan masalah naik truck atau naik kereta yang menjadi fokus tetapi facilities yang diberikan kepada tentera bergantung kepada pangkat mereka.

Keempat, facilities lainnya seperti rumah, biasiswa dan paling penting, biaya kesihatan. Ingat saya pernah dioperasi dulu kerana ketumbuhan di pinggang saya?

Alhamdulillah, saya diberikan layanan yang superb baik dari segi pelayanan kesihatan dan pelayanan bukan kesihatan seperti facilities ruangan. Syukur!

Sebenarnya banyak lagi tetapi tidak perlu saya sebutkan semua. Alhamdulillah, dengan rezeki tentera inilah saya dibesarkan. Displin, akhlaq, adab, akademik, ekonomi disusun dengan sangat teratur insyaAllah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan