Khamis, 30 Jun 2011

Proses Visa B di Kedutaan Besar Indonesia, Malaysia

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, puji syukur ke hadrat Ilahi.

Segala hal yang diuruskan sesuai perancangan dengan izinNya.

Saya ingin bercerita sedikit tentang proses pembuatan Visa B di Malaysia.

Proses ini dilakukan minimal sebelum tarikh tamat KITAS.

Bagi mahasiswa Malaysia di Indonesia, pasti sudah tidak asing lagi dengan buku biru atau buku KITAS.

Bagi sesetengah mahasiswa yang tamat izin belajarnya sebelum tanggal Wisuda, mahu atau tidak, kita harus membuat Visa B sebagai permit perpanjangan tinggal di Indonesia. KITAS hanya valid selama 6 tahun sahaja. Di renew setiap setahun sekali atau 2 tahun sekali.

Baiklah, kali ini saya tidak akan berbicara protokolnya tetapi secara praktisnya bagaimana ye?

Ok, mula-mula, korang datang ke Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia (ada 2 tempat, 1 di KL dan 1 lagi di JB, tergantung korang dekat nak access yang mana),

Lokasinya di Jalan Tun Razak, sebelum bangunan Tabung Haji.

Waktu: Mulai dari jam 0900 sehingga jam 1300. (Tidak perlu datang jam 0700)

Hari: Beroperasi setiap hari kecuali, Hari Minggu dan cuti bersama Indonesia atau Malaysia (contohnya, di Indonesia cuti sempena sambutan hari Isra' Mikraj sedangkan Malaysia tidak, namun Embassy tetap tutup - berdasarkan holiday negara asal).

1. Ambil nomer antrian.

Caranya, dari pintu utama Embassy, korang jalan terus dan langsung ambil nombor. Bagi tahu korang mahasiswa Malaysia, perpanjangan Visa B. Jadi tidak perlu ikut beratur panjang. (Sumpah! Panjang sangat-sangat, lebih dari 100 orang warga Indonesia sehari yang beratur untuk urusan Izin tinggal)

2. Setelah ambil nomer, terus ke Kaunter 21.

Kaunter 21 ini adalah kaunter Visa Pelajar. Sediakan:

1. 2 keping gambar ukuran passport, berlatarbelakangkan warna merah
2. Salinan passport 2 kali
3. Salinan Surat Keterangan Mahasiswa (dikeluarkan dari Universitas masing-masing)*
4. Salinan Permohonan Visa B (dikeluarkan dari Universitas masing-masing)*
5. Kartu mahasiswa. (Kad mahasiswa atau tanda pengenalan diri)

* bawa juga salinan asli.
+ just in case, bawa/print flight itinerary pulang ke Indonesia kembali

3. Ambil Pas Pelawat.

Selesai dari urusan di Kaunter 21, korang pergi ke pondok SATPAM, minta Pas Pelawat sambil dititipkan ID card korang.

4. Visa

Dengan Pas Pelawat, korang ke tempat pembuatan visa, (tempat buat visa diasingkan dari tempat umum warganegara Indonesia). Tempatnya betul-betul berdepan dengan Pos Satpam.

Bawa semua dokumen korang yang diproses di Kaunter 21 tadi.

Di sini, korang ambil formulir (borang) warna putih di head letter nya tertulis "Permohonan Visa Business/Social Cultural/Education". Fill up form sambil beratur.

Kalau boleh cepat-cepat sampai di Kaunter Visa ini, sebabnya, kalau nombor beratur dah 80 - 100++, korang hanya boleh ambil passport esoknya. Visa tidak akan siap dalam sehari jadinya.

Tunggu sehingga nombor korang dipanggil. Kemudian, jangan lupa sediakan wang sebesar RM 170 ye.

Ok, setelah urusan di Kaunter Visa selesai,

5. Proses Visa selesai.

Jam 1600, korang datang lagi ke Embassy, beratur di Kaunter Visa untuk dapatkan nombor antrian baru.

Kiranya, sekarang korang ambil nombor untuk dapatkan Visa korang yang dah siap. Selesai dalam hari yang sama (tergantung nombor antrian korang yang pagi).

6. Ok, DONE!

Alhamdulillah, selesai. Visa B ini valid untuk 60 hari. Jadi setelah cukup 60 hari, korang ada 2 pilihan:

1. Keluar dari Republik Indonesia (pulang ke Malaysia maksudnya) - tergantung harga tiket kan?

2. Perbaharui Visa B di kantor Immigrasi Indonesia (sekitar Rp 450k).

11 ulasan:

  1. sy tk pi amik pon pas pelawat kat satpam.. huuuu..

    perpnjangn visa 1 dan 2 pastu leh alih status visa b ke kittas.. heheheh

    BalasPadam
  2. apakah maksud 'makhluk asing'? sy xberapa nk paham..
    actually sy nk buat visa jugak,,kt jb, same x eh prosedurnye?

    BalasPadam
  3. salam..kalau sy mau buat visa kunjungan sosial lak cm ner?coz sy nk nikah dgn org sne...dengar2 ckp nk kne ader surat penjamin dr sne(indon)mcm mne plak tu?

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Orang Malaysia tapi tulis dalam bahasa Indonesia. Saya yang orang Malaysia ni jadi susah nak faham. -____-"

    Mungkin perlu dipertimbangkan untuk edit semula sbb post ni sgt2 bermanfaat utk pelajar Malaysia yang 1st time mahu ke Indonesia dan masih belum familiar lg dgn bahasa sana

    BalasPadam
  6. Salinan passport tu.... page mana, berapa page?

    BalasPadam
  7. lau xbt visa blh x sbb nak gi sana hanya satu atau dua minggu je da cara lain x

    BalasPadam
  8. Terima kasih.sangat membantu!

    BalasPadam
  9. klau kat indonesia bukan hari cuti tapi kat malaysia cuti, so embassy indonesia ttup juga ke

    BalasPadam
  10. ya udah kalian.. tanyakan aja pada satpam.. huhu.. bagus sekali mekacih...

    BalasPadam
  11. Saya kawin dengan rakyat Indonesia sudah 12 tahun tingal juga di indonesia.tapi saya belom tau macam mana nak buat visa keluarga.kerana saya keja overseas 4 bulan keja sebulan cuti.tolong bagi tau saya bagaimana cara buat keluarga tinggal di indonesia

    BalasPadam