Khamis, 12 Mac 2009

Tak Malu!

Senario ini mungkin pernah terjadi sama ada pada diri sendiri mahupun pada insan lain tetapi kitalah saksinya. Takut maksiat atau perbuatan yang mungkin mengundang aib apabila teman, saudara, keluarga mengetahui kesalahan diri atau aib diri.

"Aku takut si pulan tahu lah"

"Minta-mintalah si pulanah tidak tahu aku pergi clubbing semalam"
"Janganlah dia tahu..."

Astaghfirullah..

Mereka, si dia, si pulan dan si pulanah itu cuma manusia biasa. Pasti punya kelemahan, punya kekurangan, punya kecacatan yang ditutupi Allah SWT. Seharusnya yang kita takuti bukanlah manusia tetapi ALLAH. Pencipta kita yakni MANUSIA & HAIWAN, pencipta ALAM, pencipta LANGIT & BUMI, SYURGA & NERAKA..


Sewaktu diri sedang hanyut tenggelam melakukan kemaksiatan,
Dia melihatnya
Dia mendengarnya
Dia mengetahuinya

Kita takutkan manusia?
Analoginya seperti kalau orang yang nak meniru yang lebih dia takutkan terbongkar agenda menirunya adakah sahabat yang melihat atau Pengawas penjaga peperiksaan?
Pasti jawapannya adalah Pengawas penjaga peperiksaan sebab dia memandang kedudukan pengawas yang LEBIH BERKUASA & terlihat WUJUDNYA jasad pengawas tersebut. Apa ada pada sahabat tadi, sama-sama kurang, sama-sama berstatus pelajar?

Allah itu WUJUD!
Ibrahim : 32
" Allah lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air (hujan) dari langit..."

Andai hari ini masih terlihat adanya langit terbentang luas, berpijak di muka bumi, menyaksikan turunnya hujan, dengan yakin tanpa ragu pasti WUJUD Penciptanya.
Penciptanya adalah Allah SWT.

Beriman kepada Allah bermakna kita meyakini kewujudan Allah SWT. Wujud merupakan salah satu sifat Allah SWT. Kewujudan Allah itu pasti, kewujudan Allah wajib kita percayai dan imani.

Renungkan saat melakukan maksiat atau keluar dari jalur ibadah atau keluar dari tanggungjawab kita sebagai hambaNya, kita menggunakan nikmat yang dipinjamkan dariNya seperti;
Mata memandang kemaksiatan
Telinga mendengar cemuhan
Mulut berkata yang bukan-bukan
Kaki melangkah ke lembah kejahatan
Tangan menari menggapai pembaziran
Hati membenarkan hasutan syaitan

Al-Adiyat : 6
"Sesungguhnya manusia itu sangat tidak berterima kasih kepada Tuhannya"

Telah disebut Allah SWT, manusia itu tidak berterima kasih, melakukan maksiat dengan nikmat yang telah dipinjam Allah. "Lain yang orang suruh buat, lain yang kau buat" mungkin itu bakal terungkap andai kita berhadapan dengan manusia.

Seandainya saat melakukan maksiat itu, dicabut nyawa kita, na'udzhubillah dengan kejahilan dan kemaksiatan meninggalkan dunia dan membawa aib dan kehinaan sebagai "hadiah" untuk dipersembahkan kepada ALLAH SWT.
Seandainya hari ini, kita merasa "selamat" yakni aib kita tidak diketahui bukanlah bermakna kita hebat merahsiakannya tetapi Kasih dan Sayangnya Allah pada kitalah maka ditutupi lembah kemaksiatan yang dimiliki diri.

Astaghfirullahal'adzhim~
Ya Allah,
Kau ampunilah dosaku
Kau terimalah taubatku
Kau terimalah amalku
HambaMu yang hina
HambaMu yang bergelumag maksiat
HambaMu yang sering alpa
HambaMu yang tidak bersyukur
HambaMu yang lemah
HambaMu kini kembali mensujudkan jasad dan hati mengabdikan diri menyembahMu yang Esa
Ameen ya Rabbil 'alamin

Saya minta maaf kepada semua yang pernah terasa hati dengan kata-kata dan perbuatan saya baik sengaja mahupun tidak. Saya hambaNya yang punya kelemahan terimalah ampunan maaf saya.

14 ulasan:

  1. clubbing? mcm familiar la aimi...hehe.
    jika Allah buka setiap satu keaiban kite,pasti tiada makhluk yg mahu memandang kite.
    "wahai Tuhan yg membolak balikkan hati,tetapkan hati kami dalam dinMu dan taat kpdMu"

    BalasPadam
  2. To Mohsein :
    InsyaAllah tidak ditujukan secara khusus pada sesiapa untuk tujuan sindiran. Tak tahu nak bagi contoh apa itu yang terbawa keluar idea "clubbing";)

    Ameen~
    Malu memikirkan kemaksiatan diri. Bagaimanalah nak mengadap Allah SWT?(T_T)

    BalasPadam
  3. moga Allah tak cabut sifat malu dari diri kita, kerana itulah perisai iman..

    erm, mcm mane laa kalau Allah bukak aib kita nanti di akhirat sebab kita tak reti nak cover aib diri sndri n rakan2 di dunia nih..

    ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami

    BalasPadam
  4. Salam, secara tak sengaja, singgah kat sini, tapi terpanggil untuk baca semua artikel coz saya suka baca ayat2 yang awak tulis especially 2 entry sebelum ni.. teruskan menulis ye.. InsyaAllah yang baik saya amalkan, yang buruk, saya hindarkan

    BalasPadam
  5. To Duha:
    Ameen Ya Rabb
    Semoga malu masih menjadi pakaian kita.
    Sama-samalah kita menjaga aib diri dan insan disekeliling. Bukan bermaksud kita menyimpan dan mendiamkan segala kemaksiatan tetapi menjaga maruah insan bergelar saudara seaqidah. Simpan aib sahabat, saudara dengan penuh kesabaran di mana diri ini tetap mencari solusi terbaik untuk menangani kemaksiatan dan masalah ummat

    To noratwin :

    Wa'alaikumussalam. Semoga dengan ketidaksengajaan yang diatur Allah SWT membuahkan ukhuwwah antara kita. Alhamdulillah, segala pujian hanya untukNya. Nikmat yang dipinjamkan sementara nyawa masih dikandung badan. Sama-sama kita mengamalkan amar makruf nahi munkar. Salam Ukhuwwah

    p/s : saya view blog noratwin, anak-anak noratwin sangat comel. Tengok gambar anak-anak noratwin membuatkan saya nak anak juga;)

    BalasPadam
  6. Orang ada,dia pun nak juga...ish2.Belajor gok dlu tow...ni masok ikang singgan pung dok lepah.Ingat cik abang tu suke kekoh ikang singgang cicoh budu...hik3

    BalasPadam
  7. To Dr Amad :

    Apa salahnya memendam hasrat.
    InsyaAllah dengan menyimpan hasrat maka hati, jasad dan mental akan dipersiapkan dengan ilmu dan amal untuk menzahirkannya(^_^)Y
    Ala..pekat la loghat tu..dok pehe ambo;)

    BalasPadam
  8. haha..sokong kak aimi :p

    BalasPadam
  9. Sokong? ni amik botol susu,pi tido dalam buai tu dak kecik

    Dok pehe ambo? amboi cepat ye pandai kecek kelate...ahaks

    BalasPadam
  10. To Duha :

    Alhamdulillah ada juga yang menyokong
    jom kita buat satu battalion serang Dr Amad nak?;)

    To Dr Amad :

    Ada yang kena budak ni nnt!
    dah2 jgn nak mengajuk duha, pergi buka kita HIS..blajo2

    BalasPadam
  11. salam ya ukhti habibati!
    kapan mau datang rumah lg?

    ehee.


    iskhh tak malu laa org yg malu nya hanya pada manusia.
    iskhh.yg di ATAS duk tgk setiap masa xkisah kira.
    huuu.

    "kita segan laa kalo si polanah itu nampak"

    iskhh rasa geram jugak begitu..tapi itulah tak guna kita mentreat disease nya tanpa menyiasat history penyakitnya..pokok pangkalnya kena tgk akar die.ssh jugak kalo tgk daun,bunga cantik tapi sebenarnya akar dah buruk kena makan anai2.tak lama pon akan rosak seluruh pokok..sedih jugak bila yg menyatakan perkataan malu itu tahu salah dimana..

    anasolehah..kita sama2 berjuang ya?tapi andai dalam perjuangan kita ada yang tersungkur sama2 menguatkan semangat..andai ada perkara yg mengecewakan kita,andai mad'u kita kecundang..kita ingat yg kita hanya penyampai sahaja.bukan penghukum..berat ujian hidup ini..tapi dengan adanya sokongan dan doa yg tak putus,insyaAllah.Ameen.

    p/s:panjang lak berkomentar.heee.sayang kamu!

    BalasPadam
  12. To Iman Aisyah :

    Subhanallah analogi pokok. Tapi selalunya kalau akar dah rosak confirm daun dengan bunga pun rosak. Melihat pengalaman mak menjaga pokok-pokoknya lah kan?;)
    Masalah sekarang apabila si pulan dan si pulanah melakukan maksiat tanpa rasa takut kepada penciptanya, mungkin saja akarnya mulai merosak. Daun dan bunga mula menunjukkan tanda-tanda penyakit. Tapi mereka-mereka dan mungkin saja diri yang punya "simpati Pe De" yang tinggi ini tak sedar nak mencari solusi masalah akar tadi. Na'udzhubillah~

    p/s : sama-samalah kita. Awak adalah salah seorang insan yang saya sayang. Maka andai syurga lah tempat di sana kelak, insyaAllah saya nak bersama awak dan teman lain yang dicintai saya kerana Allah SWT. Ameen~

    BalasPadam
  13. salam..ALLAH tidak akan sekali2 membuka aib kita..tetapi disediakan syurga neraka untuk balasan segala keaiban yang pasti akan dibuka di padang mahsyar nanti..bersediakah anda??didunia,malu dengan hanya orang disekeliling..tapi di padang mahsyar?sanggup untuk dimalukan seluruh umat???

    p/s:kak aimi ite kilak belajar nga sapo la kelate ni??ehe

    BalasPadam
  14. To Mimi :
    Wa'alaikumussalam.
    Subhanallah jawapan. Boleh kahwin dah;)
    Bila manusia lupa akan diri milik Allah dan si Dia yang sentiasa Maha Segalanya, mulalah diri takutkan mati dan mencintai dunia sehabis mati. Semoga kita dijauhkan dari sifat lupa diri sebagai seorang hamba yang hanya mengembara mencari Syurga yang kekal abadi insyaAllah;)

    p/s : sapo lagi kalo buke nga mimi mase purik!..hehehe..tok guru..tok guru;)

    BalasPadam