Selasa, 31 Mac 2009

Tarbiyyah iman tanda sayang

Airmata mengalir lagi
Tubuh lelah melawan derita
Diam membatu tiada kata
Ya Rabb, Kau Mengetahui Segala

Airmata mengalir lagi
Tarbiyyah Iman tiada jemu bertandang
Penghapus dosa, merantai kemaksiatan
Ya Rabb, Kau pinjamkan aku kesabaran

Airmata mengalir lagi
Mengimbas derita Rasulullah
Luka berdarah menyampai dakwah
Ya Rabb, Kau matikan aku dalam husnul khatimah

Airmata mengalir lagi
Melihat derita saudara di Palestin kini
Jauh sekali dibanding sakitnya diri
Ya Rabb, Kau dengarlah rayuan ini

Airmata mengalir lagi
Menatap amanah yang terbeban
Rasa aku sendirian
Ya Rabb, Kau lah tempat aku mengadu tiap kesakitan

Airmata mengalir lagi
Ujian sayang dariMu
Warkah indah menyapa iman dan qalbu
Ya Rabb, aku rindu padaMu

Airmata mengalir lagi
Tatkala aku sujud menghadapMu
Mengadu pedih ku yakini Kau mendengarkan aku
Ya Rabb, syurgaMu yang satu impianku

Airmata mengalir lagi
Kematian bukan khayalan
Kematian bukan bayangan
Kematian bukan hiburan
Kematian membawa amalan
Kematian membawa hitungan
Ya Allah, Ya Rabb, aku mahu syahid di akhir kematian
Ya Allah, Ya Rabb Kau makbulkan doaku ya Rahman

4 ulasan:

  1. Salam,
    ukhti habibati=)
    kita dah exm GUS!alhamdulillah=)
    Tarbiyah Iman tanda Sayang Allah kpd kita.

    Ujian dlm hidup ni dtg dlm mcm2 bentuk.tp kita selalunya akan tersentak dgn perkara2 yg sedih ataupun negatif saja.padahal kegembiraan,kejayaan juga adalah ujian dari Allah.

    Aimi solehah kuat!!tasha kuat sebab tgk aimi kuat!thnx for being such a good mirror for me.

    Airmata..as a therapy to soften our heart!
    =)bukan cengeng(walopon kdg2 ye.hehe=)

    sayang kamu!

    *Alhamdulillah i have a fren like u.
    p/s:aimi dah masuk bulan april.hehe.berdebar2!tapi gembira..tak senget dah.

    BalasPadam
  2. Salam

    Ameen insyaAllah, insan sekeliling melihat saya kuat kerana Allah menutup kelemahan diri.

    semoga dakwah bil hal menjadi pelaburan di akhirat sana.

    Alhamdulillah, i'm glad to have as my precious treasures:)

    p/s : tasha, april??dalam maknanya tu~hihi

    BalasPadam
  3. salam....

    Rasulullah SAW b'sabda maksudnya:"Apbl Allah menyayangi hamba-Nya maka dia diuji agar Allah m'dngr rintihannya (dgn kerendahan diri)."(Riwayat Al Baihaqi)

    Rasulullah SAW b'sabda maksudnya:"Tiada seorg mukmin dtimpa kesakitn,kepayahn,penyakit,kesedihn hatta duri yg menusuk, kecuali dgn itu m'hapuskn dosa2nya."(Riwayat Al Bukhari)

    bersabar ya syg...setiap kepahitan pasti ada kemanisan pada suatu hari nanti...
    miss you a lot...
    take care...don't noty2...hehehhehehe
    pesanan tuk diri sendri jg...(",)

    BalasPadam
  4. To Qamar

    salam. insyaAllah masih bersabar dan sentiasa akan bersabar. Siapa diri untuk berkata lebih sedang pemilik diri, iaitu Allah SWT

    Ameen..begitu jua dirimu ukhti habibati

    BalasPadam