Jumaat, 19 Ogos 2011

Mengatasi masturbasi atau onani, insyaAllah

Assalamualaikum wrt wbt,

Salam semua. Semoga berkat dan redha Allah melimpahi setiap hambaNya.

Hari ini sudah menginjak 10 Ramadhan terakhir. Sudah waktunya kita "pecut", mengaut segala untung yang ada. InsyaAllah.

Semoga saja Allah SWT meminjamkan nikmat kesihatan agar kita dapat beribadah dengan lancar. Ameen.


InsyaAllah, ar
tikel yang akan saya kongsikan di sini bukan tentang Ramadhan terakhir khususnya tetapi luar dari itu. Baiklah, di sini adalah perkongsian perbualan saya dengan sahabat saya yang dirahmati Allah SWT,

Gambar hiasan

Aimi, maaf saya nak bertanya. Kalau awak rasa awak mahu dan tahu jawapannya, silakan. Jika sebaliknya, awak boleh berdiam diri saja. Ini hal yang mengaibkan saya. Malu besar saya.

InsyaAllah, ceritalah. Jika saya mampu, dengan izinNya saya bantu. Jika tidak, cerita ini sekadar di sini. Tidak akan lepas ke orang lain. Kenapa?

Awak tahu namanya Masturbasi?

Ya saya tahu. Istilah untuk memuaskan nafsu sendiri. Kenapa?

Dosa kan?

Wallahualam, sefaham saya dosa, kerana menentang tuntutan AQ dalam menyeru menjaga kemaluan, Al-Mukminun 5 - 7. Cuma ada beberapa pengecualian terhadap masturbasi.


Saya tahu dosa. Saya faham hukumnya tetapi saya tetap melakukannya. Saya menjadikan awak sebagai tempat saya merujuk kerana saya merasa awak mampu membantu saya, menyelesaikan masalah ini. Bantu saya.

Perbualan terhenti di situ. Allahuakbar.

Puas saya mengotak-ngatik keyboard, menulis dan memadamnya lagi. Mengedit berulang kali. Mencari kalimat yang tepat agar dapat dikongsikan bersama.

Berfikir ke arah "sana" saja saya gerun. Memikirkan bagaimana tangan dan kaki, mata dan telinga serta anggota tubuh lainnya yang menjadi saksi zina berlaku di tubuh sendiri. Na'udzhubillah. Astaghfirullah.

Alhamdulillah, tahniah sebelumnya kepada sahabat saya. Di sebalik ruang dosa yang dilakukannya, terbersit rasa bersalah. Rasa ingin meminta ampun. Masih ada hati, masih ada taqwa dalam dirinya. Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa dia dan kita.

Seperti di dalam AQ 3: 133;

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa"

Segera bertaubat.

Sedikit kupasan tentang hukum Masturbasi atau Onani yang saya ambil dari website Us Zaharuddin.

Berikut adalah jawapan yang pernah diberikan oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi :-

Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).

Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:

"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)

Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.

Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.

Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:

  1. Karena takut berbuat zina.
  2. Karena tidak mampu kawin.

Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku zina.

Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu kiranya dia memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa seorang mu'min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:

"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)

Dipetik dari kitab al-Halal wal Haram fil Islam


Ini sekadar pandangan peribadi. Beberapa cadangan usaha bagaimana menangani masalah nafsu masturbasi.

Baiklah, pertama biar jelas. Kegagalan diri dalam menghindari zina dibagi menjadi 2 faktor:

1. Faktor endogen - Ini adalah nafsu, ilmu yang ada, motivasi diri melawan nafsu.

2. Faktor eksogen - Ini contohnya leluasa website pornografi, sahabat dan lingkungan di sekeliling, bahan bacaan dan tontonan sehari-hari.

Bagi pendapat saya, pertama-tama sebelum ke faktor endogen,

1. Putuskan akses faktor pencetus dari eksogen.

  • Jangan bersendirian. Saya yakin, orang yang melakukan masturbasi ini melakukannya secara tertutup kerana masih punya rasa malu. Oleh itu, jangan membiasakan diri sendiri kerana cenderung antara nafsu dan minda ini mengalami konflik.
  • Tidak melayari, membuka, mencuba, atau sebagainya sehingga mendorong nafsu diri. Jauhi jari kamu, jika kamu sedang sendirian. Tegas dengan diri sendiri.

Malulah, perihal keranjang orang kenapa kita yang tengok. Orang yang melakukan zina itu sah-sahlah mendapat balasan setimpal dari Tuhan, kenapa kita mahu ikut-ikutan juga kan? Ini merupakan salah satu cara bagaimana orang kafir cuba melemahkan benteng kekuatan Islam. Media serangan mereka. Mahu jadi hambanya orang kafir? Silakan~

  • Pakailah "Reward and Punishment". Berikan hadiah atau ganjaran buat diri jika berjaya melewati hari tanpa masturbasi begitu juga hukuman. Tetapkan buat diri hukuman yang berat-berat seperti setiap kali masturbasi, harus berpuasa sebanyak 5 hari. Wajib dilakukan. Misalnya.
  • Elakkan dari berdiskusi hal-hal yang berunsurkan porno baik dengan orang sekeliling. Kurangi kontak langsung ataupun tidak dengan surrounding yang mendorong ke arah kemaksiatan kerana ini akan menambah daya khayalan sehingga cenderung bergerak ke arah maksiat.
  • Jangan tidur lambat. Isi waktu siang hari dengan hal-hal yang bermanfaat dan melelahkan sehingga tidak ada ruang untuk ke arah zina setelah pulang sendirian di rumah atau manapun.
  • Apa yang kita tonton, baca, dengar, bicara itulah yang akan menjadi input di dalam kepala kita. Lebih banyak diisi dengan hal-hal lagha, maksiat, lebih mudah hati dan nafsu bergerak ke arah maksiat. Makanan yang salah kepada hati dan nafsu menyebabkan efek dan refleksi yang buruk buat tubuh

Kenapa saya tidak menguatkan dahulu faktor endogen?

Alasannya mudah, pada fase-fase mulai insaf, selalunya iman kita lemah. Nafsu kita bermaharajalela. Motivasi kita berkurang.

Dari kita paksakan diri untuk mengukuhkan faktor internal adalah lebih baik kita meruntuhkan semua faktor external.

Faktor internal dapat dikuatkan dengan:

  • Lawan maksiat dengan banyakkan ibadah. Lawan nafsu dengan kuatkan iman. Tiada jalan lain selain memperbanyakkan ibadah, mendekatkan diri dengan Tuhan, mengingati mati.
  • Di dalam poket baju selalu selitkan tasbih. Jika fikiran menerawang ke perkara-perkara lagha, secepatnya tangan mulai menggerakkan tasbih untuk berzikir.
  • Jangan pernah mengingati atau menyinggung kisah "kelam" yang dulu. Tutup dan bungkus kemas, buang jauh-jauh. Sekali kita melangkah untuk insaf, jangan dibuka semula lembaran lama. Tidak mungkin kita mahu menjadi orang bodoh yang jatuh ke "lubang" yang sama kedua kalinya.

Kembali ke jalan Allah SWT bukan bereerti jalan yang dipilih itu penuh dengan penyiksaan tetapi ubahlah paradgima diri, ianya perlukan pengorbanan. Pengorbanan ini ramai yang tidak mampu lakukannya. Buktinya? Ramai yang memilih senang dunia, maksiat dunia dari berkorban nafsu untuk akhirat.

Last but not least, jangan beralasan atau berdalih jika hati terdetik untuk insaf. Jangan kita menuding jari menyalahkan sesiapapun. Anggota tubuh kita, maksiat dan zina kita, dosa kita, tanggungjawab kita. Na'udzhubillah.

AQ 17:15 ".....Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain..."

AQ 17:36 ".....Karena pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua akan diminta pertanggungjawabannya"

Sekian saja yang dapat saya kongsikan. Semoga bermanfaat. Wallahualam.

4 ulasan:

  1. salam kak aimi. terima kasih atas perkongsian.tak ramai yang berani nak mengaku pasal masalh ni, dan tak ramai jugak yang mahu mengulas tentang masalh ni.(kalau sy pon,org tanye tatau nak cakap ape..hehe).mudah-mudahan bermanfaat utk kita semua. insyaAllah.

    BalasPadam
  2. Wa'alaikumussalam as-syahir,

    semoga bermanfaat, ameen Ya Rabb

    Sebelum menulis artikel ini pun, banyak juga research terpaksa akak lakukan. Pertimbangan dari aspek medis, psychology dan agama.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,
    Bagaimana pula pula dlm situasi begini:
    Dia menyesal melakukan msturbasi dan terus mengambil langkah untuk insaf sekaligus dia berjanji dgn nama Allah tetapi dalam masa beverapa minggu, perasaan tersebut kembali dan terus melakukannya. Tanpa disedari dia telag melanggar janjinya terhadap tuhan,,
    Apa pendapat anda serta apa hukumnya? Masihkah sempat untuknya diberi petunjuk??
    Terima kasih- wassalamualaiku

    BalasPadam
  4. Wa'alaikumussalam Alief Omar,

    Sebelumnya, saya memohon maaf kerana mengambil waktu untuk balas.

    Terdapat hadith yang menceritakan hal yang sama seperti di atas, yaitu melakukan dosa, insaf dan mengulangi salah yang sama.

    “Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Begitu juga ayat AQ yang menyentuh hal ini, (Al-Imran 135-136)

    “Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal”

    InsyaAllah, setiap kali kita melakukan dosa, segerakanlah bertaubat, ikhlas, kuatkan azam. Kita tidak tahu apakah di masa akan datang kita diuji hal yang sama dan jatuh di lubang yang sama kali kedua atau tidak, tetapi Dia Maha Tahu. Allah SWT tidak pernah menutup pintu taubat kepada hambaNya, yakinlah denganNya, insyaAllah, petunjuk akan ada di setiap usaha.

    Wallahualam.

    BalasPadam