Sabtu, 20 Jun 2009

Dia yang dipuja dan dipuji mereka

Saya menonton drama Korea untuk pertama kalinya. Tipikal cerita Korea yang pernah saya dengar, heroinnya dari keluarga yang kurang berkemampuan manakala hero nya adalah dari lelaki yang sangat kaya, punya status, wajah yang tampan dan segala kesempurnaan yang lain. Namun begitu, apa yang menarik perhatian saya adalah heroinnya tetap pendirian, jujur menjadi diri sendiri, punya misi dan visi, dan sangat tegas. Itu yang membuatkan saya tertunggu-tunggu apakah kesudahan cerita.

Ada sahabat saya memberitahu,

"Dulu I suka tengok cerita Korea but then I found out it's like fantasy. Their love story is like fantasy. That's the reason why I stopped watching Korean drama" jelas sahabat.

Dalam hati saya mengiakan dan menguntumkan senyuman tanda setuju.

Apabila melihat cerita Korea baru-baru ini, saya melihat betapa hero dan kawan-kawannya (ada 3 orang kawan rapat) dipuja. Saya berfikir kembali adakah ini suatu fantasi atau ianya realiti?

Mengimbas kenangan sewaktu di tingkatan 1, saya merupakan pelajar kelas agama di mana kami (semua akhawat) dilarang bertemu dengan lelaki, bercakap, wajib jaga akhlaq dan perkara penting iaitu sangat wajib menjaga Ikhtilat. Walaupun ternyata aturan ini tidak bertulis hitam putihnya tetapi sudah jadi suatu warisan dan adat di mana kami harus menjaga adab-adab Islam sebenar.


Kalau ada spot check dan cikgu terjumpa surat (yang datang dari ikhwan dan jelas ke"lagha"nya" di bawah meja, memang pelajar perempuan dan lelaki akan mendapat hukuman.

Sewaktu di tingkatan 1, saya selalu mendengar 3 orang sahabat lelaki (senior tingkatan 3) yang sering menjadi buah mulut orang. Ini kerana akademik mereka yang cemerlang, aktif bersukan, bangga mengharumkan nama sekolah saat mewakili dalam pertandingan serta akhlaq mereka yang sangat baik sehingga para guru bangga berzikir menyebut terus nama mereka di kelas-kelas lain sebagai penyuntik semangat kami. Boleh kata "complete package". Andai mereka melintas, akan ada tangan-tangan manja sesetengah pelajar perempuan yang menghulurkan surat.

Saya mengkagumi mereka tetapi tidak sampai memuja. Pernah ada seorang sahabat nekad meluahkan perasaan pada salah seorang dari mereka kerana sangat-sangat meminatinya. Perkara yang tidak sedapnya, saya diminta menemaninya. Ikutkan sahaja sebab tidak mahu mereka berdua kononnya (:P)

Saya duduk di sebalik tempat mereka berbincang dan ber'drama'. Namun, cukup jelas segala buah butir bicara mereka. Setelah lama sahabat perempuan ini menangis dan merayu barulah saya dengar lelaki tadi berbicara. Cuba hayati bait kata lelaki ini. Saya sangat mengaguminya sehingga saya patri kata-katanya kemas dalam kotak fikiran saya.

"Saya dipuji dan dipuja
Saya yang minta begitu?
Pernah walau sekali awak mendengar saya merayu untuk dipuji dan dipuja?
Pernah?
Tidak kan?
Pernah saya memaksa awak untuk jatuh hati pada saya?
Pernah?
Kalau tidak, perlukah saya bertanggunggjawab membawa cinta yang belum pasti entah ke mana?
Silap-silap ke neraka
Saya tidak rela dan tidak mahu menggadaikannya.
Saya hidup untuk mencari sesuatu yang terbaik buat diri.
Saya mahu ianya menjadi tabungan untuk saya dewasa dan mati kelak
Saya mahu membalas jasa kedua orangtua saya
Saya melakukan yang terbaik untuk yang terbaik pada masa akan datang
Kerana itu saya yakin, hasilnya adalah yang terbaik dari Dia
Kalau hari ini saya dipuji dan dipuja itu adalah kerana dari Allah datang yang terbaik menutup segala kekurangan saya.
Sudahlah, perjalanan masih jauh
Berfikiran waraslah
Awak perempuan yang baik-baik.
Saya yakin yang terbaik untuk awak.
Jangan menaruh harapan pada saya kerana saya tidak berani menjanjikan sesuatu hari esok
Mungkin sahaja saya kecundang, na'udzhubillah, mungkin saja saya berjaya
Baliklah ke rumah
Buat azam baru dan lupakan saya"

Saya dengar teriakan sahabat makin kuat tetapi saya tersenyum.
(Bukan niat untuk mengejek teman tapi saya sangat terkesan dengan kata-katanya). Perjalanan pulang saya dan sahabat hambar. Sahabat senyap dan mengalirkan airmata. Tiba-tiba dia bersuara,

"Jahatkan dia Aimi?" sahabat berkata
"Tidaklah. Ok lah tu. Dia dah declaire. So pasni ko takyah pikir pasal dia dah. Tapi aku suka kata-kata dia tadi" saya balas dengan wajah selamba.

Lepas itu saya dicubit teman. Hairan saya waktu itu tetapi setelah menginjak dewasa saya ketawa sendiri memikirkan betapa saya kurang sensitif. Hehe:)

Pesan 1 : 3 orang sahabat lelaki kini alhamdulillah menjadi orang yang berjaya (Jurutera, Doktor, Ahli perniagaan)

Pesan 2 : Kaitan dengan cerita Korea adalah part mereka dipuji dan dipuja itu

Pesan 3 : Ingin saya tekankan bukan pada scene mereka berdrama tetapi pada kata-kata lelaki tadi. Kita lakukan yang terbaik pada masa kini dan insyaAllah masa depan kita dan juga sampingannya (dipuji/dipuja) akan datang kemudian insyaAllah andai kita ikhlas keranaNya. Tidak perlu menagih simpati dan perhatian dengan menebalkan muka mencari publisiti murahan di khalayak ramai.

Pesan 4 : Fahami mereka dan insyaAllah kita akan difahami. Sayangi mereka insyaAllah kita akan disayangi (mereka = sahabat)

Pesan 5 : Ramai sahabat-sahabat yang saya pelajari dan hayati prinsip hidup mereka. Alhamdulillah ianya sangat terkesan buat diri.

Pesan 6 : 10: 109;
"Follow thou the inspiration sent unto thee, and be patient and constant, till Allah do decide for He is the best to decide"
Waras dalam berfikir, Rasional dalam bertindak. Jadikanlah wahyunya sebagai panduan untuk berfikir dan bertindak. Wallahualam

14 ulasan:

  1. good writing~
    ;)
    keep on writing kak aimi...(n_n)

    BalasPadam
  2. erm..jgn start tgk cte korea..takut addicted :P
    haha..

    tapi kalau dpt amik pengajaran takpe jugak..yang takutnye lalai dibuai mimpi jela..

    erm..respek pada kata2 lelaki tu..laki skng bkn mudah menolak wanita..'-__-

    BalasPadam
  3. kak aimi rock!!

    citer per tu?
    mcm boy before flower ja?=P

    BalasPadam
  4. salam...

    tajuk yg menarik...like it...(",)

    org akan terus memuji dan memuja utk mendptkn sesuatu...apabila telah mendptkn, pujian hilang, lain pula yg diinginkn...

    begitulah manusia...tidak akn pernah berasa puas.

    dr ibnu abbas & anas bin malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Seandainya seseorg mempunyai satu lembah emas, nescaya ia ingin mempunyai 2 lembah emas dan tidak akan merasa puas kecuali tanah sudah memenuhi mulutnya (mati) dan Allah sentiasa menerima taubat org yang bertaubat" (HR Bukhari & Muslim)

    BalasPadam
  5. To Duha:

    InsyaAllah, akak masih boleh kawal perasaan dan akal fikiran. Tapi itulah jangan di "induce" selalu cerita-cerita macam itu. Takut rosak iman kita sebab mula berani membayangkan. Wallahualam.

    Yup, smart tau ikhwan itu. Kalaulah kata-kata itu datang dari akhwat, dah lama akk cakap "gimme 5" :)

    BalasPadam
  6. To Muniri:

    Tang mana yang rock tu??Habaq mai sket~:P

    Shhh~(camne tau??tepat 200%..ngehehe..bestkan cite tu?)

    BalasPadam
  7. To Qamar:

    Salam ukhti..Aik tajuk je menarik?Isi dia?Hehe..main2 je:)

    Syukron ukhti untuk nilai tambahannya:)

    BalasPadam
  8. Korea..

    Terpaksa angkat bendera putih.Terlalu membuai diri...Dah lama bersara.Lastpun,Winter dan Autumn.Tu pun sekadar tahu nama.hehe..

    Hurm,perkataan seorang Lelaki yang betul dan tepat.Setuju SERATUS PERATUS...

    Mujurla bukan kelas agama dulu,jadi xpayah nak jaga akhlak sangat ;-)

    BalasPadam
  9. To Max:

    Aik??Angkat bendera putih?Haha:)
    Apa ni tak macho la menyerah kalah:P

    Saya pun sokong apa yang senior tu cakap, 150%

    Kalau bukan kelas agama tak yah jaga akhlaq eh?hmm~(eh??:P)

    BalasPadam
  10. Kalo cakap pasal Hindustan,boleh jugak lar ;-)

    Bukan apa,sekolah semua lelaki,xreti seperti mana budak kelas agama faham ;-P

    BalasPadam
  11. To Amad Zulfahmi:

    Cakap orang jiwang, dia presiden kelab jiwang:P

    Ala budak sekolah semua lelaki ini..hish~

    BalasPadam
  12. salam aimi,
    mcm pernah dengar je dialog di atas..hehe

    hmmm...nice comparison..:)
    ada juga kebetulan dlm ur facts,but still i rase 80% fantacy and only 20% can be related to reality...hehe

    BalasPadam
  13. To Sivgal:

    Salam siva, you pernah dengar eh dialog tu?I pun sama penah dengar~ hihi

    InsyaAllah, bila saya rasa menonton sesuatu cerita tu tak dapat pengajaran, jadi saya akan kaitkan dengan kehidupan, dan masih tidak ada kebaikan dalam cerita jadi saya tidak akan menonton cerita tersebut.

    p/s: ok, i think mine termasuk dalam 20% (after watching 3 Cds, baru dapat jumpa persamaan with reality..hehe)

    BalasPadam