Rabu, 10 Jun 2009

Saya MUAK

"Kau janganlah keluar dengan mamat itu lagi. Kalau orang tengok tak manis, kita ni orang melayu" tegur sahabat

"Kau DULU pun sama. Ada hati nak tegur orang??Cermin sikit diri" pintas laju

"Jangan mengumpatlah, berdosa" tegur s
i A

"DULU kau lah Presiden kelab mengumpat" balas si B

"Kenapa biar mamat itu datang rumah?" tegur C kepada D

"Kau DULU pun ada ajak kawan lelaki datang rumah kan?" jawab D


Siapa anda untuk menghukum kesalahan sahabat yang dulu?

Siapa kita untuk menilai insan yang punya sejarah silam mereka?

Saya muak dengan insan-insan seperti ini. MUAK. MELUAT. Disebabkan sahabat tadi punya sejarah silam yang hampir serupa, atau kesalahan maka sengaja sahabat ini menyimpan kemas peristiwa terbabit di dalam kepala untuk dijadikan senjata.

Sedarlah, itu dulu. Saidina Umar sebelum memeluk Islam pun pernah melakukan kesalahan. Apakah pernah Rasulullah menghina pandangan, kata-kata atau perbuatan Saidina Umar setelah dirinya beriman kepada Allah dan RasulNya hanya kerana kesalahannya yang lampau?Pernah?Pernahkah anda melihat sejarah Rasulullah berkata;

"Wahai Umar, tidak usah kau banyak bicara, dahulu pun kau punya dosa"

Kalau pernah anda baca atau dengar maka tunjukkan kepada saya, saya terlepas pandang mungkin akhlaq Rasulullah yang dijadikan suri tauladan.

Seandainya Rasulullah SAW kekasih Allah tidak mengungkit kesalahan silam umat, mengapa kita yang entah Allah pandang entah tidak begitu mendabik dada menghukum saudara?

Alasan apa yang kita gunakan untuk menghalalkan kemaksiatan?. Walaupun sesaat ianya tetap maksiat dan Allah itu Maha Mengetahui. Mulut boleh seenaknya menipu dan mencela insan yang memberi teguran, namun hati dan Dia tidak pernah menipu diri.

Apa rasionalnya kita bersikap mengungkit kembali keburukan teman andai teman tadi dengan rasa rendah diri menegur kita?

Sungguh saya tidak dapat memikirkan jawapan paling tepat dan rasional.

Pernah saya terbaca sebuah buku, hidup ini ibarat berenang di lautan. Laut di ibaratkan sebagai kehidupan. Kita boleh menyelam tapi jangan sampai tenggelam. Mungkin kita kadang-kala penat berenang maka kita berehat sebentar dengan menyelam. Namun, jangan sampai kita berhenti dan hanyut tenggelam dengan keindahan sementara dunia. Diri merasakan "akulah insan paling bahagia" sedangkan insan tersebut sedang tenggelam dalam kemaksiatan ciptaan sendiri dan sebentar lagi lemas dan akhirnya mati. MATI hati sehingga tidak dapat menuntun diri ke jalan yang diredhai. Jadi salahkah ada insan lain yang datang menghampiri diri cuba menyelamatkan kita dari terus tenggelam?Kenapa membiarkan diri dalam kebinasaan?Astaghfirullah. Semoga dijauhkan dari sifat lalai dengan duniawi

Pesan 1 : Berlapang dada dengan insan yang berani menegur kita. Mungkin tegurannya nampak kasar di mata kita, anggaplah itu kelemahan penyampaian dia yang mungkin boleh dibaiki kelak. Ambillah dari sisi positif sahabat tadi.

Pesan 2 : Al-Asr:3 "...Dan saling berpesan dengan kebenaran dan saling berpesan dengan kesabaran"

Pesan 3 : Allah pun suruh kita saling berpesan-pesan mengingatkan, mengapa diri masih degil menerima teguran?

14 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Salam,
    kalau bace balik sejarah silam Umar Al-Khattab, die pernah membunuh anak perempuannya di zaman jahiliyyah..tapi Umar semasa Islam adalah umar yang sangat di kagumi...

    Jadi lagu mane tu mek ore hok sokmo nk ungkit silam kita?
    yang lepas2 tu biarlah lepas..
    mcm pepatah tu ..
    Let by gone be by gone=)

    (komen selari dgn entry)hehe..

    bagus2!

    BalasPadam
  3. To Acidz:

    Salam. Terima kasih untuk pandangannya.

    Pertama sekali, ingin saya tekankan adalah penggunaan perkataan TEGURAN dan bukannya PANDANGAN. Teguran dibuat apabila memang terbukti seseorang itu salah namun begitu pandangan adalah sesuatu yang masih boleh kita diskusikan dan dibawa ke meja rundingan. Teguran pula tetap dilakukan dengan penuh hikmah.

    Berbeza antara orang yang dengan rendah diri menegur dan juga yang gemar mencari salah oranglain. Saya memaksudkan yang pertama dalam entri saya. Harap jelas di situ.

    Jadi, ingin saya tanyakan kepada saudara acidz, daripada contoh-contoh perbualan yang saya nyatakan diawal entri di atas apakah patut kita utarakan PANDANGAN atau TEGURAN?

    Bercakap soal pemikiran, ya itu sangat logik andai kita gunakan istilah pandangan. Kalau dilihat dari aspek HUKUM yang ditetapkan dalam ISLAM, apakah masih rasional untuk seseorang menyalahtafsirkan teguran yang dibuat andai diri seseorang itu ternyata salah.

    Benar, hanya Rasulullah maksum. Namun, jangan kita lupa, Al-Quran dan AsSunnah ditinggalkan sebagai panduan kepada umat. Jadi apabila berbeza pendapat mungkin dari segi hukum dan perlaksanaan maka rujukan kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Dan untuk mengatakan seseorang itu salah juga bukanlah mudah. Sekiranya anda melihat dari perbualan yang sekali lagi saya nyatakan di awal entry, apakah masih ada kebenaran dalam tindakan orang yang melakukan maksiat tadi?

    Wallahualam

    BalasPadam
  4. To Iman Aisyah:

    Salam. Sungguh benar dan tepat. Betul tu 150%

    Gemilang di zaman ISLAMNYA.

    Kalau orang yang tidak boleh menerima teguran walaupun ternyata salah, itu tidak bermaksud kita boleh berputus asa. Masih menegur dan memohon kepada ILLAHI agar kita ditetapkan IMAN dan sentiasa dalam redhaNya

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. To Duha:

    Alhamdulillah, insyaAllah semoga bermanfaat:)

    BalasPadam
  7. You are dealing with human sis...
    Thats why...

    Manusia suka terikat dengan sejarah...
    Atas sebab sejarah,alasan banyak tercipta...

    Satu nasihat..
    Muak,meluat tu betul..
    Tapi itulah lumrahnya...

    Dalam sebuah hadis sahih,mafhumnya..
    Manusia yang bergaul dengan masyarakat dan bersabar dengan kerenah mereka,adalah lebih baik dari mereka yang beribadah dalam ketaatan dengan senyap-sunyi...

    BalasPadam
  8. To Max:

    Terima kasih untuk nasihatnya, insyaAllah walaupun muak tidak sampai tahap berputus asa

    Sepatutnya dengan sejarah mengajar kita untuk lebih berhati-hati di masa depan dan mengatur langkah untuk menjadi lebih baik dan bukan menggunakan sejarah untuk alasan lesen kegagalan, kemaksiatan

    BalasPadam
  9. Salam..

    belajarlah dari sejarah..

    jgn tao ungkit je psl sejarah..

    geram2..ehee~ ;p

    BalasPadam
  10. alhamdulillah..sng sy bce entry2 akk seme..syukron..ttp smgt!!=)

    BalasPadam
  11. To 3rd march:

    Salam ya akhi 'azizul,

    betul-betul. Sejarah dijadikan tauladan dan pengajaran.

    Sabar-sabar, kata dah nak balik mesia:P

    Ada kaitan eh?:P

    BalasPadam
  12. To Myira:

    Alhamdulilliah~
    Semoga bermanfaat:)

    BalasPadam