Jumaat, 17 Julai 2009

Kezaliman menghukum diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera, seperti yang dijanjikan, saya akan menceritakan pengalaman kedua sewaktu di hospital yang sedikit sebanyak menambah nilai bermanfaat pada diri untuk lebih matang dalam berfikir dan bertindak.

Alhamdulillah, setelah hari kedua dioperasi, saya sudah mula berjalan-jalan sekitar wad (bosan tahap maksimum!). Jadi, ramailah kenalan saya, dari seusia saya, sehinggalah ke nenek-nenek yang tidak sempurna lagi susunan giginya dimamah usia. Malam tersebut, sedang saya asyik membaca buku di dalam kamar wad saya, saya didatangi oleh seseorang.

Tanpa mengetuk pintu bilik saya, si dia terus masuk ke dalam bilik. Saya melihat sosok seorang lelaki. Dengan berambut pendek, berbaju T shirt dan berseluar pendek. Apalagi, saya terus mencapai tudung dan sweater untuk menutup aurat. Mendengus sendirian saya melihat kelibat orang ini,

"Hi" tegur si dia.


"Assalamualaikum, ya kenapa?" saya kembali bertanya, sungguh pelik saya melihat orang ini yang sangat bersahaja tanpa rasa bersalah memasuki bilik saya.

"Hihi..Wa'alaikumussalam..Alim, bagus-bagus" jawabnya.

"Kenapa masuk bilik saya?Awak kenal saya?Maaf saya tak kenal awak. Lagipun dah malam ini, tidak elok rasanya datang melawat sekarang. Sekejap lagi mama saya datang" saya panjang lebar bertutur. Hati mana tidak berdebar. Hanya Allah yang tahu.

"Saya kenal awak apa, ramai jururawat bagi tahu ada awek cun dekat bilik hujung, bilik VIP, jadi saya nak datang melawatlah" jawabnya.

"Maaf, awak menakutkan saya, boleh keluar sekarang tidak?" saya mula mahu menekan bel emergency memanggil jururawat.

Mungkin melihat saya yang sudah menggelabah, si dia mula mengenalkan diri dan juga berbual menceritakan pengalaman diri.

Barulah saya tahu si dia yang saya sangkakan lelaki adalah seorang perempuan yang persis perwatakannya seakan lelaki. Setelah pasti sahabat tadi seorang wanita, saya pun lebih bersikap terbuka dan memohon maaf. [Malu saya sebab ditegur kerana pakai tudung(-_-), sedangkan si dia adalah seorang wanita Islam]

Setelah berbual panjang, perbualan kami terhenti kerana jururawat mendatangi kamar saya untuk memberikan suntikan terakhir untuk hari tersebut, 3 suntikan. Setiap hari saya menerima total 15 suntikan dan itu sangat menyakitkan jari jemari saya sehingga lebam-lebam dibuatnya. Lebam berganti lebam yang baru. Beralih pula tangan dari kiri ke kanan suntikan apabila tangan kiri sudah bengkak dan sakit yang menyengat.

Esoknya, saya menjalankan rutin harian seperti biasa. Malamnya, saya terniat untuk menonton televisyen di common room. Selama dimasukkan ke hospital, inilah pertama kali saya menjejakkan kaki ke bilik TV tersebut. Mungkin setelah ketumbuhan dibuang, saya lebih senang hendak melangkah jauh:)

Saya menonton TV dan kebetulan berita jam 8 malam sedang ditayangkan. Apalagi, melekat terus saya menonton TV. Tiba-tiba saya didatangi teman yang disangkakan lelaki. Biarlah saya namakan si dia sebagai 'Z'. Kami menonton TV bersama. Saya lebih mengambil sikap mengurangkan bicara dan lebih banyak mendengar celoteh sahabat tadi. Seronok juga mendengar pengalaman hidup dan juga prinsip dirinya. Seorang yang sukarkan cabaran, berfikiran jauh dan ramah. Saya sangat menghormati dirinya. Bukan bererti saya "berlapang dada" dengan penampilannya yang ditegah agama, tetapi saya perlu lebih matang untuk memahami kondisi dirinya barulah dia akan menerima apa yang saya utarakan kemudian hari.

Namun, Z mula berani berbicara dan meluahkan isi hatinya,

"Aimi, saya sebenarnya melihat awak iras dengan ex saya" dia berkata


Dalam hati, saya terasa juga dengan kata-katanya. Mungkin saya merasa wajah saya seperti lelaki.

"Muka saya macam lelaki eh?" saya mahu mendapatkan kepastian.

"Eh, takdelah..Ex saya dulu a cute girl, just like you" balasnya

"Er??"saya mahu mendapatkan kepastian.


"Z, baik saya beritahu awak awal-awal. I'm straight" jelas saya.

"Tidak mengapa Aimi, sebuah percintaan perlulah dipupuk dan ianya mengambil masa untuk bercambah setelah disemai" sungguh dalam maksud kata-katanya.

"Saya nak minta diri dulu" saya mahu menghentikan bicara, kurang selesa saya dibuatnya.

Semuanya tidak berakhir di situ, dia memaksa saya untuk terus berbicara. Saya rasa mahu menangis pun ada. Sudahlah sakit di pinggang masih terasa kerana saya telah duduk lama di kerusi untuk menonton TV sedangkan saya seharusnya mendapatkan rehat yang secukupnya ditambah pula Z yang mula berani bertindak. Padah degil:(

"Z, sekalipun saya menyayangi awak, masih segalanya dalam batasan agama Islam yang telah digariskan. Saya menyayangi awak kerana Allah SWT, jadi segala yang disuruh dan dilarang Allah akan saya turutkan seperti mana yang Allah SWT perintahkan. Saya takut Z, saya takut azab Dia. Jangan paksa saya untuk turutkan perkara yang memang ditegah sama sekali Allah SWT dan Rasulullah SAW" panjang lebar saya meluahkan apa yang patut kerana merasa penat didesak.

Z diam seribu bahasa. Hanya mukanya yang menunjukkan sedikit kekecewaan.

"Lagipun Z, awak belum terlambat. Awak seorang yang punya masa depan yang cerah. Apa yang awak lakukan ini salah. Adakah awak sedar? Tidak bermaksud saya mendiamkan bermakna saya redha dan berlapang dada dengan apa yang awak lakukan. Saya sangat menghormati awak sebagai seorang perempuan Islam. Sampai bila awak mahu cipta alasan?" saya kembali berhujah

"Awak masih mahu mendengarkan pandangan saya?" tanya saya lagi

Z hanya menganggukkan kepala, mulutnya masih terkunci tidak berbicara.


"Takdir, ujian yang terjadi pada awak adalah sesuatu ketentuan. Awak tidak boleh memilih keluarga, awak tidak boleh memilih sama ada mahu hidup dalam keluarga kaya ataupun miskin.
Awak tidak boleh memilih siapa ibu mahupun ayah. Itu ketentuan Ilahi tetapi setiap yang ada di depan mata, setiap saat masa berlalu, pasti akan ada peluang. Peluang hanya akan terlaksana apabila kita punya sikap, sikap yang positif yang dipandu oleh hati yang positif. Maka carilah hati awak kembali. Takkan sebab sejarah silam, awak sentiasa beralasan. Awak salahkan yang silam. Awak juga salah kerana awak zalim pada diri. Awak menghukum masa silam dengan sejarah hitam yang ada pada diri awak. Sedang diri awak perlukan hati baru. Jangan bertindak menzalimi diri. Ramai sayangkan awak. Masa depan terbentang luas, pilihan di tangan, awak pilih. Bertindak menghukum diri, dan awak tetap di situ seperti sekarang ataupun merubah segalanya" saya berhenti berkata.

Z terdiam dan matanya terus memandang saya.

"Saya minta maaf kalau awak terasa hati dengan saya" saya merasa telah menyinggung perasaan dia.

"Tak, thanks Aimi. Awaklah kawan pertama yang telus dalam menegur. Awak tidak menghukum saya seperti mana orang lain. Terima kasih. Ok Aimi, masuklah tidur. Awak kan tidak sihat" lega saya mendengarnya, Alhamdulillah

Pesan 1 : Alhamdulillah seperti mana indahnya pertemuan kami, begitu jugalah akhirnya. Siap dapat hadiah lagi:)

Pesan 2 : Di depan mata ada peluang dan pilihan. Berfikir dan Bertindak mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah, bukan sejarah silam. Sejarah silam adalah pengajaran bukan tali gantung diri

Pesan 3 : Tidak saya lambakkan dalil mengenai larangan Allah terhadap hubungan sejenis bukan kerana saya mengambil remeh perkara tersebut tetapi kerana saya yakin untuk insan yang masih celaru fikiran dan hati, mereka perlukan sedikit sentuhan hati sebelum hati mereka dapat menerima lambakan hujah. Wallahualam

14 ulasan:

  1. Assalamualaikum..

    semua perkara ada hikmahnya kan..
    dan...
    inilah kebaikan masuk hospital..

    dapat kawan baru..
    digelar awek cun..
    dapat cucukan 15 kali sehari
    (bukti kasih sayang dr nurse)
    dapat tengok TV smpai sakit pinggang
    :p hhehehe..main jer~

    best2..
    insyaAllah kata2 yang jujur ikhlas tu dapat menyentuh hati manusia walau sekeras mana pun ia :)

    berkata bnar walaupun pahit (bukan senang nk buat sebenarnya..

    p/s: cuaknye kalau jmpe org cni mule2 an..hehe..mcm nk lari laju2 :D tapi hilanglah peluang kita nnt kan ;)

    BalasPadam
  2. Itulah, muka macho sangat...=p

    Udang saya mana?hak3

    BalasPadam
  3. Kalaulah masa boleh diputar kembali..

    Ada kawan macam tu tapi versi lelaki la,cuma pada masa tu memang sekadar mendengar..

    Tak pandai nak menasihat dan mengubah si dia..Me,6 years ago ;-(

    Bdw good job sis ;-)

    Kan dah cakap,hospital pun boleh jadi medan tarbiyyah yanb baik..

    BalasPadam
  4. To Duha:

    Wa'alaikumussalam,

    kebaikan yang ada sebutkan itu kelakarlah pula

    Betul itu, mudah untuk kita berkata tetapi apabila sesuatu maksiat atau ujian didepan mata, belum tentu lagi kita dapat lakukan perkara yang benar ditempat yang benar dan orang yang benar:]

    p/s: Sangat cuak duha, sebelum ini akak dengar orang bercerita tapi bila berdepan sendiri, adus berdebar rasa hati, obvious nervous dpn kwn tu~

    Sungguh I tak rela U:P

    BalasPadam
  5. To Dr Amad:

    Banyak lah muka macho, habis cover ayu tau tak :P

    p/s: Amad, kamu ni tak habes2 dgn udang, bila nak masakkan lauk untuk akak pulak??

    BalasPadam
  6. Orang sakit xleh makan...kene minum air masak je banyak2...lagi pun kak dah melebar, idak meninggi.Sat lagi nak masuk rumah xleh, tersangku kat pintu..hahahahahahahahahah

    BalasPadam
  7. To MaxChempaka:

    Terima kasih, mungkin kalau dihidangkan saya dengan situasi yang sama 6 tahun dahulu, saya juga termasuk dalam mereka yang menghukum seseorang dan menilai mereka dengan spekulasi negatif seperti mana selalunya terjadi.

    Itulah saya pegang nasihat bos max, "Mereka adalah objek dakwah kita", itu yang buat gagahkan juga diri menghadapi situasi ini, kalau tidak memikirkan hal tu, mesti saya dah cabut

    BalasPadam
  8. To Dr Amad:

    Banyak lah tak boleh makan, siapa kata?

    Oit~itu telah menyentuh sensitiviti ku~

    Kamu mengata orang melebar, kamu juga sama tahu tak??

    BalasPadam
  9. laaa...tak tahu pun...xperasan pun..hak3

    dah ada sensitiviti tu tanda ubat bius dah abis..hik3

    BalasPadam
  10. To Dr Amad:

    Hehe..senget sungguh kamu!:]

    BalasPadam
  11. assalamualaikum...
    rindulah kat kak aimi..
    i need a `kakak` rite now..huuhuhhu..
    erm..pesanan buat kak aimi:
    1)jgn suke byk bergerak..u need a rest..
    2)eat healthy foods..

    erm.kat skolah dlu(gals skool),mcm dh `biasa` dgn psgn2 mcm nie..ish,rsau btul,smpai one day,ade kwn cter psal perkara nie,sye kata ini dh biasa..sye xsuke dgn rsa `biasa` nie..doakan shabt2 sye tu dh berubah..(sye msih straight jga..ish,mntk jauh~ade keburukan jgak skolah satu jenis nie..hehe)

    sye doakan kak aimi cpat sembuh..hehehe..

    BalasPadam
  12. To Miss Susi:

    Wa'alaikumussalam,

    Akak pun rindu juga nak ber chatting dgn awak~

    mesej je lah akak, insyaAllah akak reply:]

    Baik bos, saya yang menurut perintah

    Kemaksiatan adalah kemaksiatan, tetapi jangan sekali kita biarkan hati kita sama terbiasa dengan maksiat. Permata kalau dibaling ke lumpur, insyaAllah akan kekal sebagai permata, tidak pernah mencair menjadi lumpur. Begitulah kita tarbiyah hati kita supaya menjadi sebuah permata. Wallahualam:]

    BalasPadam
  13. aimi...:)

    wow, x sangka u brave enough to tell a so call stranger that..yet, what u did is correct la. im proud of u aimi...:)

    salam...

    BalasPadam
  14. To Sivgal:

    I have to Siva;]

    Sometimes we have to tell the truth regardless the outcome.

    Honestly, i felt nervous, so much. This is my first experience, i hope this the first, and the last one.

    Thank you Siva, saya masih belajar dan akan terus belajar

    Wasalam;]

    BalasPadam