"Aimi, lepas sarapan awak kena puasa ya. Jangan makan apa-apa lagi" pesan seorang jururawat senior.
"Ok, baik insyaAllah. Terima kasih kak" saya membalasnya pula.
Saya pun melihat jam 6.00 pagi, saya bergegas untuk mandi dan ingin menyambung baca buku cerita yang dipinjamkan kawan.
Usai mandi dan mengemaskan diri, saya pun melangkahkan kaki ke kerusi malas untuk membaca buku. Tepat jam 8.00 pagi seorang doktor pakar masuk menyinggah ke ruangan saya.
"Assalamualaikum Nurul Aimi, macam mana hari ini?Kita nak buat MRI sekali lagi, sebab kita nak tengok progressive disease macam mana" doktor menerangkan jadual untuk hari itu.
"Ok" jawab saya ringkas.
Setelah lama menunggu, mama pun tiba dari rumah. Saya diusung menggunakan wheelchair ke bilik MRI oleh jururawat.
(saya tidak suka berjalan menggunakan wheelchair, rasa macam parah semacam sahaja sakitnya)
Sampai ke bilik MRI, semua barang berasaskan logam harus ditanggalkan.
"Dik, tanggalkan cincin, gelang kaki dan......." tegur seorang pegawai perubatan tentera LELAKI
"Er..takpe-takpe pakcik, saya tahu apa sahaja yang perlu ditanggalkan. Terima kasih. Saya nak salin baju ini, boleh pakcik tunggu dekat luar sahaja" saya memintas kata-kata orang tadi. Kurang selesa dibuatnya saya.
Lantas saya menjerit memanggil mama,
"Ma~~~~~~~~~~~~~" saya mahu salin pakaian cuma saya takut sendirian.
Mama hanya tersengih melihat gelagat saya seakan-akan budak kecil. Mama pun menemankan saya di ruangan salin pakaian
Semasa di ruangan MRI, saya mula merasa sedikit lemah, mana tidaknya saya harus statik selama lebih sejam dan saya sudah 6 jam tidak makan. Jika saya puasa itu lainlah. Saya telah membuat mindsetting dari awal ini saya tiada mindsetting untuk menahan lapar yang bagi saya 6 jam itu cukup lama.
Selesai sahaja foto MRI diambil, kini saya perlu disuntik dengan contrast (berfungsi seakan-akan pewarna bagi mengenalpasti jenis dan stage ketumbuhan)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setelah disuntik, pandangan saya jadi berpinar dan hitam..............................
Saya tidak tahu apa yang jadi, saya sedar pun setelah ditampar beberapa kali oleh doktor radiologi.
"Aimi, awak kenapa?Awak ok?Awak tahu tak kat mana ni?" tanya doktor
Saya dengar setiap butir kata, namun pandangan saya kabur, badan saya lemah dan peluh dingin basah menjurai sedangkan bilik MRI itu dilengkapi penghawa dingin.
Saya masih tidak bermaya, saya diberikan oksigen mask untuk bantuan pernafasan.
"Ok, siapa nama kamu?" tanya seorang doktor perempuan.
"Nurul Aimi" saya jawab ringkas
"Umur?" doktor bertanya lagi
"23" saya balas seadanya.
Saya merasa lemah sangat-sangat. Saya cuba mencari mama, saya yakin mama ada dekat dengan saya kerana saya dengar suara mama, memanggil terus nama saya supaya saya tidak melelapkan mata.
Jam menunjukkan pukul 3.30 petang. Saya bangun dari tidur. Saya lihat mama ada di sebelah.
"Mama, kakak dekat mana?" tanya saya kehairanan melihat bilik saya lain.
"Kakak dekat ruangan khas ini" mama pula berbicara.
Saya melihat tubuh saya yang berselirat dengan wayar. Disambung pada ECG untuk melihat ritma degupan jantung, dari hujung badan sampai ke kaki. Tangan kiri dan kanan disuntik. Sakit!!
"Mama, kakak kenapa?Apa dah jadi?" saya tanya mama lagi
"Kakak, tadi kakak pengsan. Lepas pengsan, terus seizure. Ada dalam 15 minit" mama kembali memberitahu
"Astaghfirullah" saya membalas.
"Mama, kakak nak balik bilik. Kakak tak solat lagi" saya lantas ingin pulang ke bilik saya, cuma ditahan juga dalam sejam lagi.
Semenjak dari saat itu, perhatian dan perubatan untuk saya bertambah kompleks. Saya sendiri takut melihat jururawat yang setiap setengah jam bergilir mengambil tekanan darah, suhu badan dan tekanan oksigen.
Saya dengar perbualan bicara mama dengan babah melalui telefon, saya mengalirkan airmata sahaja. Saya diselubungi sedih dan rasa bersalah
"Kesian mama tengok kakak tadi, bang. Muka dia pucat, badan dia lemah. Mama tak sanggup tengok dia lemah macam itu. Sedih hati mama tengok, bang" mama berbicara melalui telefon bimbit, duduknya agak jauh dari saya. Mungkin tidak mahu saya mendengarnya, namun setiap butir kata jelas kedengaran dan saya hanya mampu mengalirkan airmata sahaja.
"Ya Allah, Kau kasihanilah dua insan yang banyak berkorban dan berjasa ini, Kau jadikanlah mereka penghuni syurgaMu dan Kau lindungilah mereka dari fitnah dunia dan azab di akhirat" itu sahaja yang mampu ku lafazkan
Pesan 1: Mohon doa dari sahabat-sahabat untuk saya terus tabah, dan ibu bapa saya juga redha menghadapi segalanya.
Pesan 2: Mungkin entry 2,3 yang akan datang lebih berkisar pada kesihatan saya memandangkan fikiran saya sendiri telah diarah ke sana.
Pesan 3: Erti SABAR yang dimaknai sedalam-dalamnya, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar:)
Salam ukhti:
BalasPadamsabar ye byk2..insyaAllah kalo sy balik seremban sy pergi melaka k..
Take care(^_^)!kami semua mendoakan kamu sis!
Salam ukhti..
BalasPadamErti kesabaran hnya boleh dirasa oleh mereka yang diberi ujian...
Mintalah pertolongan daripadaNya dengan solat dan sabar..
Insyaallah datang melawat
syafakillah ukhti ;)
To Iman Aisyah:
BalasPadamSalam ukhti, insyaAllah akan saya sabar sebanyak-banyaknya..doakan saya ya~
take care too~terima kasih (^_-)Y
To Max:
BalasPadamSalam akhi,
Terima kasih untuk tazkirahnya:)
Syukron(^_^)Y
salam.. k.aimi, chaiyyok2!! (^^,) take care, ktorg kat cni suma mendoakan akak..
BalasPadamTo Nhan:
BalasPadamSalam hani, ameen insyaAllah
Terus doakan akak ye~(^_^)Y
Salam kak aimi...
BalasPadamMoga terus kuat, tabah dan sabar menghadapi ujian ini...sungguh Allah sangat menyayangimu:')
Kami di sini insyaAllah takkan berhenti mendoakan yang terbaik...
syifakillah...=)
salam..
BalasPadamsemoga cepat sembuh ye kak..
assalamualaikum..
BalasPadamkak aimiku sayang~
semoga segera berakhir penderitaan sakitmu..
moga cepat smbuh..
dan pulang dalam keadaan sehat walafiat dan ceria :)
ktrg sume yakin kak aimi boleh harungi ujian mcm ni..(kalau tak takkan Allah bg kat akak kan? ;) )
TC
p/s:makan ubat elok2..jgn nakal n dga ckp dr+nurses..hehe
To F.Y
BalasPadamSalam ukhti farhana, syukron jazilan ukhti
Ameen, semoga Allah memberkatimu:)
To Anonim:
BalasPadamSalam, insyaAllah. Terima kasih
Semoga Allah memberkatimu(^_^)
To Duha:
BalasPadamSalam ukhti duha habibati:)
Ameen, mudah-mudahan termakbul doanya
terima kasih banyak ukhti sebab terus memberikan semangat.
Wuaaa~(T_T)
Akak kena kuat!
tc too~
semoga Allah memberkatimu
p/s: akak baik k.
Dengar je cakap doktor and nurse. Tapi ubat tahan sakit, kalau doktor suruh makan, nanti akk buang..huhu..sebabnya tak bagi kesan pun ubat tu:P
salam kakakku sayang....
BalasPadamnak lawat kakak~(u_u)
~sabarlah harungi ujian ini...ALLAH xkan uji akak kalau akak x mampu...
semuga kakak terus kuat dan tabah...
rindu akak...;)
aslmkm~
BalasPadamerkk?? buang ubat?!!
doktor!! ade pesakit nakal!!
haha..btul ke tak bg kesan? nanti sruh dia bg ubat yg lbeyh kuat ;p hehe..
insyaAllah sakit boleh dikurangkan dengan psychology..so akak kne set mind "tak saket pooon~ "
walaupun sanye akan sakit jugak..haha..tapi sket je kan..:D
ingat tak kesah yang ade sorg laki ni nk kne potong kaki kalau tak silap..then dia mntak potong kaki tu time dia tgh solat..sbb time tu tumpuan dia ada hanya pada Allah..so saket tu tak rs sgt..
erm..so akak jgn bg perhatian lbeyh2 kat rs saket tu..heh..nnt die mrajok, lame die hilang la..(boleh ke? ) ni cdgn je laa..
ok..nk pg meeting nih..nnt ade YDP PKP marah kalau lambat kang..haha..
salam sayang n rindu~
To Afiqah Humaira:
BalasPadamSalam afiqahku sayang,
ameen, insyaAllah semoga Allah permudahkan urusan kita semua~
rindu kamu juga(^_^)
To Duha:
BalasPadamWa'alaikumussalam
Shhh~
Ala budak ini, nak kantoikan pulak..
Bagus cadangan itu, mengalihkan perhatian sakit pada aktiviti yang lebih bermanfaat~
InsyaAllah akan diamalkan:)
Ayo~YDP PKP,,ini ada anak buah tercicir lambat pegi meeting
salam sayang dan rindu juga buat mu adikku:)
Semoga Allah memberkati dirimu(^_^)
salam..
BalasPadamkak aimi..tak tahu nak cakp macam mana..sedih sangat...
harap dapat jumpa kak aimi lagi..nak tengok kak aimi jerit2 naik flying fox...uhuhu...
sebak..moga kak aimi cepat sembuh..n dengar mimi nangis2 kat kak aimi lagi...
To Anonim:
BalasPadamSalam mimi
Doakan deh..
mimi~jangan bocor rahsia ok,,
kan kita dah janji(^_-)
ameen, semoga Allah memberkatimu;)
salam aimi,saya doakan aimi akan tabah dalam mengharungi dugaan ini.semoga Allah meringankan kesakitan aimi.saya selalu mengikuti blog aimi,dan saya sgt yakin dengan kekuatan dalaman yang aimi ada,sekaranglah aimi,waktunya untuk menggunakan semua kekuatan itu.semoga aimi lekas sembuh dan pulang kembali dengan kesihatan yang baik.take care:)
BalasPadamTo Anonim:
BalasPadamSalam, terima kasih untuk doa dan sokongannya.
Semoga Allah memberkati dan meredhaimu. Ameen:)