Rabu, 15 Julai 2009

Operation DONE!(^_^)

Assalamualaikum, insyaAllah entry kali ini saya akan muatkan tentang pengalaman dibedah. Sebelum itu terima kasih untuk doa dan sokongan semua, semoga Allah memberkati dan meredhai kalian. Selamat membaca:)

8 pagi, 9 Julai 2009, Dr Fuad (pakar bedah Orthopaedic) dan Dato' Dr Amir (pakar bedah Ortho) datang melawat saya di wad bagi melakukan pemeriksaan akhir sebelum pembedahan jam 4 petang.

Sejujurnya saya tiada rasa berdebar mahupun takut. Mungkin kerana saya agak lelah untuk menanggung kesakitan, jadi saya tidak sabar untuk mengakhirinya. Saya diarahkan berpuasa sejak jam 12 tengah malam semalam (8 Julai 2009). Tapi lapar dan penat yang amat sangat hanya Allah yang tahu.

Saya hanya menghabiskan masa di dalam wad. Saya dimasukkan ke ruang VIP, jadi satu ruangan menempatkan hanya seorang pesakit. Tepat jam 4 petang, jururawat memasuki kamar saya lalu meminta saya menyalin pakaian, pakaian khas untuk dibedah.

Saya diusung ke bilik pembedahan. Mama dan babah menunggu saya di sana. Setelah mama dan babah mencium pipi dan dahi saya,

"Kakak, ingat Allah. Kuatkan semangat" pesanan mama dan babah.

"InsyaAllah, doakan kakak ma, bah" kembali saya memberi respon.

Saya kembali dimasukkan ke tempat persediaan di mana saya disuntik dengan pelbagai ubat dan juga dimasukkan cairan lengkap 3 botol banyaknya. Saya sudah memuncungkan mulut kerana sakit yang menjadi-jadi disebabkan air yang dipaksa masuk ke dalam tubuh dalam masa yang singkat. Tekanan tinggi pada saluran darah menyebabkan sakitnya mencucuk-cucuk.

Lebih kurang 30 minit, iaitu setelah selesai ubat-ubatan dimasukkan ke tubuh, saya dimasukkan ke ruang pembedahan. Saya perhati ramai jururawat dan petugas tentera yang sedang melakukan pemeriksaan alat-alat. Saya disapa mereka dengan penuh ramah dan mesra.

Dalam keadaan terbaring, tiba-tiba saya melihat kelibat seorang lelaki masuk dan memberikan salam. Mengenalkan nama dan tugasnya, maka tahu lah saya dia adalah seorang pakar bius.

"Aimi, kita nak buat spinal anesthesia (bius pada tulang belakang). Awak pun pelajar perubatan kan? Mesti awak tahu prosedur dia" doktor tadi tersengih.

"Doktor, kalau saya nak general anesthesia (bius di mana pesakit akan dipengsankan) boleh tak?" saya meminta kerana untuk disuntik tulang belakang pasti sakitnya bukan kepalang.

"Ok, boleh insyaAllah" sambil doktor tadi mengambil mask bius lalu di letakkan ke muka saya untuk saya hidu sehingga pengsan. Namun, kurang dari 10 saat, doktor kembali bertanya,

"Dekat mana nak bedah ini?" tegurnya

"Sini" sambil saya menunjukkan pinggang di sebelah kiri yang membengkak.

"Hish, ini tidak boleh general anesthesia, besar ini. Kalau general anesthesia, bila awak sedar sahaja, awak terus rasa sakit tapi kalau spinal anesthesia, awak akan tahan sakit itu sampai lebih dari 6 jam. Biusnya tahan lebih lama." pakar bius memberikan penerangan.

"Ala...doktor...." saya memuncungkan lagi mulut.

"Eh, dah-dah simpan muncung tu, cepat duduk. Saya nak buat spinal anesthesia" doktor tadi membantu saya untuk duduk.

Saya memegang tangan seorang jururawat sementara pakar bius tadi terus menyuntik bius ke tulang belakang saya. Sakit~(T_T). Bergenang juga airmata saya menahan sakitnya disuntik. Hanya mulut tidak lekang berzikir meminta Allah SWT memudahkan segala urusan.

Kurang dari 30 minit, separuh dari tubuh saya (pinggang ke bawah) sudah lumpuh kesan bius tadi namun saya tetap sedar dan peka dengan sekeliling. Kemudian saya melihat Dr Fuad dan Dato' Dr Amir masuk ke ruang pembedahan dan bersedia untuk melakukan misi mereka. Saya pula telah diletakkan di dalam posisi mengiring. Saya dilarang keras melelapkan mata apatah lagi tertidur. Tetapi tubuh saya ternyata sudah lemah. Disebabkan saya pernah pengsan dan seizure secara tiba-tiba, kemungkinan saya berisiko untuk koma seandainya saya terlelap sewaktu pembedahan. Maka jururawat dan para petugas tidak habis-habislah berbual dengan saya untuk mengelakkan saya terlelap.

Namun, kudrat saya tidaklah sekuat mana. Pandangan saya tiba-tiba kelam dan saya tidak sedarkan diri. Saya kembali sedar setelah pipi saya diusap oleh jururawat, manakala tangan saya dipegang oleh petugas kesihatan. Doktor pula memanggil terus nama saya.

"Aimi, kuatkan semangat ye sayang. Awak anak yang baik. Awak nak jadi doktor kan?Awak kena kuat" bisik Dr Fuad yang tidak sudah memberikan semangat.

Saya hanya beristighfar dan mengalirkan airmata. Menyedari saya mungkin saja "tergelincir" sebentar tadi. Tiba-tiba, saya merasa mual yang amat sangat,

"Saya nak muntah...." saya bersuara.

Petugas dan jururawat segera mengambil suction untuk menyedut muntah saya tadi. Semua yang terlibat mula peka kerana apabila saya muntah, itu tanda-tanda kritikal. Ada yang bersedia di defibrillator (alat yang bertujuan memberikan kejutan eletrik kepada pesakit), pakar bius sedang menjaga kuantiti cairan yang masuk ke tubuh. Saya merasa agak kucar-kacir keadaan sekeliling mungkin kerana saya sudah mulai pening.

Jam 7 malam, selesailah pembedahan dijalankan. Alhamdulillah. Namun begitu, saya tidak dibenarkan mengangkatkan kepala memandangkan bius dari tulang belakang tadi boleh naik sehingga ke kepala dan menyebabkan pening kepala yang amat sangat. Saya dimasukkan ke ruang ICU untuk pemerhatian selama 30 minit. Untuk kali keduanya saya muntah lagi. Tumor yang dikeluarkan sebesar bola tenis. Besarkan? Siap ada anak lagi tau. Kecil je anak tumor itu. Penat saya ternak :P

Ternyata ujian tidak berakhir di situ, saya muntah hampir 10 kali setelah dimasukkan ke wad. Saya hanya mampu mengalirkan airmata sahaja memandangkan badan yang sakit, tubuh yang lemah. Namun begitu, syukur Allah SWT telah memudahkan segala urusan. Solat pun hanya dengan berbaring dan melalui hati. Tidak mampu melalui pergerakan mata memandangkan untuk membuka mata sahaja, saya akan merasa mual dan muntah.

Mama, babah, atuk dan nenek saya datang menemani diri sehingga sekitar jam 10 malam. Kemudian, hanya mama yang tinggal menginap bersama saya di hospital. Kesian mama, tidak lena mama tidur kerana asyik membetulkan selimut saya dan memastikan saya selesa berehat setelah dioperasi. Selang 30 minit, akan ada jururawat masuk ke ruangan dan memastikan tekanan darah dan sebagainya dalam lingkungan normal.

Alhamdulillah, esoknya saya sudah mampu makan dan minum. Berjalan pun boleh, alhamdulillah. Buat masa sekarang, saya masih menanti hasil histopathology ketumbuhan tempoh hari. Mohon sahabat terus mendoakan saya

Pesan 1 : Ingat Allah SWT

Pesan 2 : Sayangi ibu bapa

Pesan 3 : Teguhkan diri, kuatkan semangat.

Pesan 4 : Entry seterusnya akan saya muatkan mengenai isu "panas", semasa tempoh menginap di hospital. Astaghfirullah, jauhkan diri dari zina dan maksiat.


28 ulasan:

  1. salam..kak aimi..ALHAMDULILLAH..syukur ke hadrat ILAHI...saya doakan moga kak aimi terus kuat..jangan sesekali tergelincir lagi tau..kuat semangat..mama babah kak aimi sentiasa disamping kak aimi..INSYAALLAH saya akan cuba yang terbaik walaupun hanya mampu kalungkan doa buat kakak saya..
    p;s// jangan nak rajin sangat ternak tumor ok!!ehe..walaupun tanpa dipaksa..jaga pinggang.jangan main futsal lagi tau!!ehe..:P

    2..cuba teka siapa saya??kehkehkeh..

    BalasPadam
  2. To Anonim:

    Salam, alhamdulillah..

    Ameen, syukron ukhti..dah tak main futsal, main masak-masak je:P

    semoga Allah memberkatimu

    p/s : kalau dari cara ketawa.."ehe.." ini, hanya ada seorang makhluk manusia sahaja sepertinya, insyaAllah pemenangnya adalah hanis syamimi:)

    BalasPadam
  3. salah2!!!kak aimi salah teka!!waaaa!!!trade mark mimi ke tu??uhuhu
    takpe2..kita tunggu teka teki yang lain.kak aimi masey pughik ite kilak!!

    BalasPadam
  4. Eh salah ye??

    Kalau tak mimi, maknanya hani~
    hihi(^_^)

    BalasPadam
  5. Macam best cerita ni...

    Best pasal ini adalah cerita real, jauh dari cerita ayat-ayat cinta...yeee dakk kak ku sayang...

    Go Kak Jah Go

    BalasPadam
  6. salam kak aimi sayang....

    huhu...terbayang pengalaman akak....

    teruskan perjuangan!(>_^)

    ~semuga dipermudahkan segala urusan~

    ~SEGALA PUJI BAGI ALLAH~(n_n)

    BalasPadam
  7. Salam..

    Ada2 je kak jah nih..

    Hebat perjuangan ini..

    Untuk itu,saya takkan kalah dengan seorang perempuan dalam bab perjuangan ;-)

    Go Kak Jah Go....

    BalasPadam
  8. salam mi ...

    awk dioperate dlm keadaan sedar ke?
    huu

    ~saya tgk darah kuar masa kena infuse kat tgn pon dah rs sakit!spinal anesthesia tuh!huu~
    kamu kuat!

    ukhti kuatkan jiwa raga!minum milo lagi kuat!
    sayang kamu(^_^)!mish u!

    BalasPadam
  9. To Dr Amad:

    Semoga bermanfaat hendaknya:)

    Ini betul-betul, bukan cobaan (sedutan dari filem pendekar bujang lapok..hihi)

    Hish~Kak Jah lagi??

    BalasPadam
  10. To Afiqah Humaira':

    Salam afiqah sayang:)

    insyaAllah, teruskan mendoakan ye..ameen

    semoga Allah memberkatimu(^_^)

    BalasPadam
  11. To Max:

    Ada2 je kak jah?? Ada apa? Haish~ x faham ;P

    DariNya datang pertolongan memberikan kemudahan sepanjang perjuangan. Alhamdulillah, kepadaNya juga segala pujian:)

    p/s : kak jah??

    BalasPadam
  12. To Iman Aisyah:

    Salam, ya saya. Sungguh sangat sakit, dan tidak boleh bergerak pun. Disebabkan saya "tergerak" untuk pertama kali kerana sakit sangat, jadi saya disuntik dua kali untuk spinal anesthesia. Itu yang sampai bergenang airmata

    Alhamdulillah, dari Dia datangnya semangat dan kekuatan menutup segala kekurangan diri

    p/s : minum milo??saya diarrhea kalau minum susu..huhu, sayang dan rindu kamu juga(^_^)

    BalasPadam
  13. salam aimi....:)

    glad to hear that everything finished without any obstacles and u r getting better day by day...:)

    hope to c u soon...tc

    p/s:nnt kte dtg tgk u eh ket melaka...hehe

    BalasPadam
  14. To SivGal:

    Salam siva, thank you..

    Alhamdulillah semua dipermudahkan Tuhan:)

    tc too:)

    p/s: ok:)

    BalasPadam
  15. salam kak aimi
    syukur alhamdulillah operation dh lepas
    moga2 lepas ni kak aimi sihat dah
    sedih bace post ni
    kesian sgt kat kak aimi
    tp rsenye kan setiap ujian tu pasti ad hikmahnya
    semoaga Allah akan beri kesihatan yag lebih baik pada akak
    insya-Allah

    BalasPadam
  16. salam kak aimi,pengalaman menarik ni..
    huhu..hebat2..kak aimi kuat!Allahuakbar~

    moga sehat2 sokmo.toksah ternak bola tenis lagi ye pasni...ameen.:) na'uzubillah atas segala penyakit..

    anonim tu mimi..wat2 xngaku lak ye..;p

    BalasPadam
  17. To anak melayu:

    Salam..ukhti raihanah ke?

    alhamdulillah, ameen insyaAllah ukhti

    insyaAllah pasti ada hikmah disebalik ujian,

    cuma kadang akal yang cetek dan fikiran yang terbatas tidak mampu menafsirkan setiap hikmah yang terbentang disebalik tiap ujian.

    ameen, syukron ukhti:)

    semoga Allah memberkati dan meredhaimu;]

    BalasPadam
  18. To Nurul88:

    Salam ukhti,

    Allah menutup kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri

    lepas ini kena ternak lemak saja..hihi:)

    semoga Allah memberkati dan meredhaimu

    p/s: mimi ke??dia tak mengaku eh??

    BalasPadam
  19. salam kak aimi
    sesungguhnya, Allah memang telah memilih insan yang betul dalam menghadapi ujian ini. Memang Allah lebih mengetahui tentang kekuatan kita. Pengalaman yang berharga kak aimi, saya sendiri tidak mampu membayangkan dan menceritakan kembali [ie, bercerita fiction] tentang pengalaman kak aimi.

    Sedang diri ini tenggelam dengan masalah sungai jiwa sendiri, akak bertarung, hampir di hujung nyawa [betul ke?] Ah, saya lalai betul.

    Ps : bola tenis...nasib baik x sebesar bola sepak, bagi Man U main..hehe...amik gambor ek? nk tgk. Haha, permintaan x masuk akal
    Pss : SSSSSSSSssaaaaayyaaaang Akak! Rinduuuuu. hehe...

    BalasPadam
  20. To Mysterious_musafir:

    Salam farhana,

    alhamdulillah, semoga kita sama-sama terus kuat menghadapi setiap ujian yang terhampar untuk diri kita. InsyaAllah:)

    p/s: Tak tertangkap pula gambarnya, dah muntah je kerja, tak teringat pun nak berfoto-foto bersama tumor~huhu

    p/s: sayang + rindu kamu sangat2~(^_^)

    BalasPadam
  21. Salam, kak aimi.

    Semoga cepat sembuh ye kak. Tetap bersemangat macam biasa.

    BalasPadam
  22. To Ani:

    Salam ani, ameen. InsyaAllah

    Semoga Allah memberkati dan meredhaimu:]

    BalasPadam
  23. salam kak aimi

    sye baru tukar nama profile
    sye yg sblm ni gune nama *anak melayu*
    nme saya farah, bukan raihanah
    maaf la lupe nak letak nama
    heheheheee

    semoga kak aimi capat sembuh n congrats for the upcoming graduation
    =)

    BalasPadam
  24. To Farah:

    Salam, farah mana eh?farah 08?

    syukron ukhti, ameen:]

    BalasPadam
  25. salam kak aimi
    ye kak, farah 08
    kenal ke

    *peace*

    BalasPadam
  26. To farah:

    salam ukhti farah,
    ramai farah 08 kan?
    ni farah yg mn eh?

    BalasPadam
  27. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  28. salam kak aimi
    mmg ramai farah08
    full name saya farah liyana
    x sure la kak aimi cam tak
    biasa org panggil farali
    =)

    BalasPadam