Assalammualaikum wrt wbt.
Buatmu,
Bakal suamiku.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku.
Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.
Dariku,Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.
Bakal isterimu
(source was extracted from www.iluvislam.com)
ehem...ehem...ehem...opss sori terlekat daging kambing pulak
BalasPadamYa saya Dr Amad, kenapa ter'ehem-ehem'?
BalasPadamuhuk..uhuk..uhuk...besor sungguh tulang lembu nih...
BalasPadamAbu Huzaifah pula dengan lembunya, dr amad dengan kambingnya. Kenapakah??
BalasPadamTengah cakap pasal apa ini?Sungguh tidak ku fahami. Cuba habaq mai sikit~
ehem2..kita tau!
BalasPadamwhatever it is, wherever u r, u r surrounded by people who always love u---->lari topic dah kita ni:)
Iman Aisyah,
BalasPadamApa yang awak tau ini?hmm~
yes..never mind Iman Aisyah, the most important thing is, we do love each other because of Him:)
Makan gulai kambing,telan daging lembu salai,saya sakit perut ;-)
BalasPadamAlhamdulillah, masih ada rezeki untuk nikmat makan. Bersyukur2..sakit perut sebab banyak makan pun bersyukur..
BalasPadamp/s: apa kaitan antara gulai kambing, daging lembu salai dengan surat bakal suami ini??Haish~konpius2
:)
BalasPadam:)
Duha,
BalasPadam=D
=D
p/s : ehem2 perhatian semua~. Duha sangat suka dengan surat ini..hihi:D
Mana tak tumpah ye kuah kak oiii...kalu idak ke tanah...kah3.
BalasPadamKakak borek, adik rintik...keh3
Dr Amad,
BalasPadamsuka kemain pakcik ini~
hehe..ape salahnye suke..
BalasPadamtapi janganlaa wat announcement pulak.. :p
p/s: kak aimi, pak cik sorg tu mmg paling excited bab cmni..dah tak lama dah..tapi takpe, akak dulu tau..jgn bagi dia langkah bendul..ada potensi tu..
eh, siapa kata salah duha. sungguh tidak salah. hihi :D
BalasPadamp/s : kalau sampai seru dr amad tu menikah, kita sama-sama doakan. biarlah dia melangkah ke meloncat ke melanggar bendul, asal dr amad bahagia dunia akhirat. insyaAllah, mari sama-sama kita doakan:)