Ahad, 20 Disember 2009

Dilanggar kereta

Assalamualaikum wrt wbt

Semalam seharian saya menemani seorang sahabat saya membeli barang pesanan untuk dibawa ke Malaysia.

Malam pula, selain merancang untuk dinner bersama sahabat, dia juga mahu mencari Al-Quran terjemahan per kata di Gramedia. Toko buku yang paling hampir adalah di Istana Plaza (IP - shopping mall 1 stop center) iaitu 5 minit menaiki kenderaan (Baca : Angkot).

Sebelum masuk ke IP, saya dan sahabat seperti biasa berbual-bual sambil berjalan kaki menuju ke pintu utama masuk shopping mall tersebut. Tiba-tiba, saya merasa ada yang melanggar dengan kuat dari belakang.

Saya dilanggar sebuah kereta yang memandu masuk ke parking lot IP tetapi salahnya pemandu tersebut, dia telah memasuki kawasan pejalan kaki. Masa itu, Allah sahaja tahu betapa saya berdebar, takut dan tergamam. Alhamdulillah saya tidak apa-apa. Cuma lebam dan luka biasa.

Trauma. Masih teringat bagaimana pemandu tersebut terus memandu tanpa mengungkapkan maaf atau menunjukkan tanda bersalah. Agak biadab tindakannya. Tapi tidak mengapa, alhamdulillah cukuplah saya sudah selamat. Sahabat-sahabat saya yang ada, merasa geram dan mulai naik marah. Saya menenangkan keadaan sebentar. Tidak mahu mengeruhkan keadaan. Cukuplah semua selamat.

Dalam fikiran saya masih beristighfar. Allah masih memberi peluang untuk saya memperbaiki diri. Menghantar "signal" ajal tidak mengira masa.

Pesan 1 : Saya perlu detach dengan dunia luar buat sementara waktu. Memberi ruang untuk mencari kembali kekuatan diri menghadapi ujian Allah SWT.

Pesan 2 : Doakan saya dan sahabat-sahabat lain kuat menghadapi dunia baru kami.

Pesan 3 : Astaghfirullah (T_T)

6 ulasan:

  1. Innalillah wainna ilaihi rojiun...

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..akak Ok2 sajjaa~

    btw,knapa ke gramedia?bkn kt sana mahal ke harga dia?

    BalasPadam
  3. alhamdulillah...
    nasib baik akak x kene teruk sangat
    syukur pada Allah s.w.t :)

    BalasPadam
  4. Ahmad Zulfahmi,
    Alhamdulillah, kena banyak muhasabah diri:)

    To kerabatASTANA,
    Alhamdulillah..dengan izinNya selamat. tambahan pula lemak yang bersepah2 di badan makanya impak dilanggar itu kurang :P

    p/s :kat gramedia memang mahal tapi kebetulan sekarang ada diskaun untuk celebration new year,so harga dia lumayan murah (tapi murah lagi kat j'gor)

    Faray liyana,
    alhamdulillah :)

    BalasPadam
  5. salam,
    adusss kena langgar kete ke?
    mlm tu bukan awak lawat kita kat UGD ke?

    BalasPadam
  6. Salam Iman Aisyah,

    a'ah..betul lah tu..masa malam yang saya lawat awak kat UGD tu:D

    BalasPadam