Ahad, 3 Januari 2010

Pengalaman On-Call 1, 2 dan 3

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, saya mengisi ruang masa dan mengerah sedikit lagi tenaga untuk menulis blog.

Sebenarnya sekarang sekitar jam 10.10 minit malam (3 Januari 2010) saya baru sahaja pulang dari hospital. Saya On-Call (OC) dari jam 7pagi dan seharusnya selesai jam 7malam. Namun begitu, tiba-tiba saya diminta untuk menjadi assistent hecting (menjahit luka) seorang pesakit yang tangannya hampir putus.

Baiklah, entry kali ini, insyaAllah saya akan menceritakan serba sedikit pengalaman OC. Saya sememangnya bercita-cita untuk menjadi seorang pakar bedah. Nah, inilah peluang keemasan yang akan saya nikmati dan manfaatkan sebanyak-banyaknya.

Kalau dikira penat, jujur saya penat.

Kalau dikira sibuk, jujur saya sibuk.

Tetapi, inilah nikmat menjadi seorang doktor yang manusia bukan robot semata.

Doktor robot,
Pergi bertugas, niat tidak ikhlas, menjalankan tugas penuh dengan keluhan dan akhirnya pulang hanya dengan badan yang penat dan otak yang masih kosong sama seperti waktu datangnya.

Doktor manusia,
Pergi bertugas dengan niat yang ikhlas, menikmati tugasan kerja dengan benar dan sebaiknya dan pulang dengan hati yang penuh kegembiraan, tubuh yang mantap dengan pengalaman dan otak yang penuh dengan ilmu pengetahuan.

Kini saya di Surgery Department (Bahagian Bedah). Ada 9 sub bahagian. Minggu pertama, saya masuk Neurosurgery Department (Bahagian Bedah Saraf). Bahagian ini merupakan antara bahagian yang paling sibuk. 3 kali OC dalam seminggu dan 6 kali presentations.

Pengalaman OC

Hari pertama saya OC, sejujurnya saya sangat-sangat berdebar dan takut. Mana tidaknya, selama ini saya hanya belajar cara suntik-menyuntik, jahit-menjahit, memasang pelbagai jenis tiub ke pelbagai rongga tubuh (seram sungguh ayat ini..hihi), semuanya teori dan diaplikasikan ke patung sahaja. Malam (29/12/2009), merupakan hari pertama saya harus mengaplikasikan segala ilmu ke MANUSIA!

Saya melangkahkan kaki ke Ruang Emergensi dengan rasa berdebar.

Baru sahaja melapor diri,

"Adik, tolong ambil darah (Complete Blood Count sample) pesakit A untuk pemeriksaan makmal" pinta seorang doktor senior.

Dalam hati, "Habislah aku...Eh, salah....habislah pesakit A ini"

Saya datang menghampiri doktor tadi, lalu saya berkata,

"Doktor, maaf. Saya baru pertama kali OC dan inilah adalah pertama kali saya mahu mengambil darah. Mohon doktor ajarkan saya"

"Boleh saja, saya listkan barang apa sahaja yang perlu, kamu ambil. Kemudian, saya ajarkan kamu ya" doktor tadi berkata.

"Alhamdulillah~" bisik hati saya.

Dari saya tidak tahu apa-apa, alhamdulillah, sekarang saya sudah tahu infuse fluid, transfuse darah, Intravenous drug administrations dan paling penting, saya sudah tahu MENJAHIT KE MANUSIA:) Alhamdulillah

Jangan malu bertanya dan jangan takut apabila ditanya. Kita masih belajar maka jangan takut untuk salah kerana dari salahlah kita tahu yang benar.

Apabila saya OC, saya tidak suka untuk mengambil rehat yang lama. Paling lama adalah 30 minit. Ya, dari 12 jam bertugas, saya hanya mengambil masa 30 minit untuk solat dan makan. Pernah saya bekerja, menjahit, menguruskan pesakit dari jam 7 malam sehingga jam 3 pagi tidak berhenti. Apabila saya mengatakan saya tidak berhenti menguruskan pesakit, itu bermakna, saya tidak duduk walaupan seminit, minum walaupun setitik (ini pun ayat seram. Tapi santai saja, semuanya nikmat pengalaman yang tidak mampu dibayar hanya dengan berehat)

Waktu OC, jika kebetulan saya lapang dan tidak memegang pesakit, saya akan sering mengikut seorang atau 2 orang doktor. Saya akan perhatikan sahaja tindakan kerja mereka. Kadang-kala, mereka akan memberikan peluang untuk mengajar saya. Disinilah peluang saya, di mana saya akan bertanya sebanyak-banyaknya kepada doktor-doktor tadi.

Pengalaman melihat kematian.
Tugas sebagai seorang doktor itu tidak lari dari melihat kematian. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana berpeluang untuk bermuhasabah diri selalu. Saya sering berdoa, agar hati saya tidak lali, tidak imun, tidak sensitif jika melihat kematian hanya kerana kematian itu terlalu banyak berlaku didepan mata. Na'udzhubillah.

Sewaktu kali kedua saya OC, seorang pesakit datang, lelaki dan usianya 19 tahun. Muda lagi. Datang dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat kemalangan jalan raya dan dibawa oleh ahli keluarganya. Saya waktu itu baru sahaja selesai mengambil darah pesakit B untuk dihantar ke makmal. Tiba-tiba,

"Koas Neurosurgery ada atau tidak??" jerit seorang doktor.

"Saya doktor!" saya mengangkat tangan

"Bantu saya untuk CPR (ini kalau medical students tidak tahu istilah panjangnya, ketuk sahaja kepala :P)" jerit doktor tadi.

"Baik doktor" saya bergegas dan dalam keadaan berlari-lari anak itulah saya menukar sarung tangan.

Tindakan CPR, ambulatory, defibrilator semuanya dilakukan di ruang Resuscitation. Tempat yang lebih cepat dan kritikal tindakannya. Tempat yang tindakannya dalam hitungan saat. Bukan minit dan bukan jam.

2 jam, saya dan seorang lagi doktor bergilir-gilir melakukan CPR. Dalam hati saya hanya mampu berdoa, sambil tangan dan kudrat saya dicurahkan sepenuhnya kepada anak ini.

Saya melihat ahli keluarganya sudah meraung-raung menangis. Saya sendiri sedih. Andai ini adalah ahli keluarga saya, pasti saya juga tidak akan kuat.

Sebelumnya, anak lelaki ini sedang dibonceng oleh bapanya. Tiba-tiba, kemalangan jalan-raya menyebabkan anak ini terpelanting jatuh manakala bapanya alhamdulillah selamat. Tidak ada kecederaan walaupun sedikit tetapi anak lelakinya cedera parah.

Setelah hampir 2 jam, saya melihat monitor yang memaparkan bacaan kiraan jantung (Blood pressure, Heart rate), oxygen saturation dan ECG (garis-garis panjang yang ada naik dan turunnya dan kalau sudah meninggal, garis tersebut lurus sahaja), semuanya menunjukkan tanda-tanda bahaya dan tiada pembaikan.

Seorang doktor senior Neurosurgery mendatangi saya,

"Adik Aimi, kalau pesakit yang post trauma dan tidak boleh bernafas sendiri itu kenapa?"

"Ada brainstem death dok" balas saya.

"Kalau istilah medic, meninggal dunia itu apa?" tanya doktor lagi

"Brainstem death doktor" saya memberikan jawaban sambil tangan masih sibuk memberikan bantuan CPR.

Saya kemudian baru tersedar, "Astaghfirullah................................pesakit ini telah meninggal dunia" dan sejujurnya, bergenang airmata saya.

Anak ini terlalu muda. Anak ini harapan keluarganya. Anak ini anak lelaki tunggal. Anak ini tulang belakang keluarganya.

"Adik, apalagi kriteria Brainstem Death?" tanya doktor itu lagi

"Not spontaneous respiration, pupil dilatations with anisocor equal or more than 5mm, loss of consciousness" saya memberikan jawapan.

"Ok" balas doktor tadi.

Saya langsung memanggil ahli keluarga anak ini tadi. Saya meminta orangtua dan ahli keluarganya membisikkan "Allah", "La 'ila ha illallah" sebelum saya berhenti memberikan bantuan CPR. Ini kerana saat saya memberhentikan saja bantuan tersebut, maka pesakit itu akan meninggal kerana tiada lagi bantuan oksigen yang akan diberikan.

"Aimi, berhenti CPR" arahan doktor tadi saya turutkan. Dan saya tahu, itulah saatnya anak ini akan berjuang di titik akhir kehidupannya menuju alam yang satu lagi.

Saya melihat kelibat doktor menerangkan situasi sebenar bahawa anak lelaki ini telah meninggal dunia. Seperti yang dijangkakan, keluarganya menangis terisak-isak.

Setelah menguruskan jenazah anak ini, saya berlalu pergi. Saya masuk kembali ke Ruang Emergency Bedah.

Saya merasa kehilangan.

Sepanjang malam saya bertugas itu, saya merasa ada sesuatu yang berbekas di hati saya.

Saya berdoa kepada Allah SWT, seandainya kematian datang menjemput, biarlah dalam keadaan diri saya telah melunaskan tanggungjawab kepada Allah SWT dan agama, kepada orangtua dan keluarga saya, kepada masyarakat semua. InsyaAllah.

Pesan 1 : Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Terlalu banyak kejadian yang berlaku didepan mata. Semuanya itu bukan kebetulan semata

Pesan 2 : Perjuangan ku baru bermula. Doakan tentera jihad ini sentiasa kuat memperjuangkan agamaNya

Pesan 3 : Time to have an ibadah @ tidur:)

Wassalam(^_^)

10 ulasan:

  1. salam aimi,
    saya suka residen2 neurosurgery!diorg nmpak cool!hehe--kesitu lak peginye tasha ni..
    best kan oncall?:)
    enjoy every moment of it..kalo surgery mmg tak yah fikir2 dah, tak mcm internal med..tindakan je surgery ni..
    p/s:kita dah abeh oncall utk neuro, psychiatric xda oncall..forensic oncall utk autopsi..nnt kalo rasa busan2 kita pegi tlg awak oncall boleh tak..ehehe..

    kuatkan semangat!kuatkan hati!kuatkan badan, makan byk2!-->kita praktikkan juga bekerja utk memberi..insyaAllah Allah swt akan sentiasa tlg kita.

    ukhti habibati,
    Iman Aisyah,
    Neurology Department:)

    BalasPadam
  2. Santai dan nikmati aja. Sibuk dan kenyang satu ilusi.

    akh habibuna,
    Abu Huzaifah @ insoft
    Jalan-jalan/cuti Department

    BalasPadam
  3. assalamualaikum..

    erm..takut ada tapi tak sabar nak merasai pengalamn tu pn ada jgak..

    sememangnya perjalanan hidup ni satu tarbiyah dr Allah..jd kita kna amek pengajaran n perhatikan setiap apa yang berlaku, n moga dapat kebaikan dr setiap incident tu..

    tabah n kuat ye kak Aimi!

    BalasPadam
  4. Salam Iman Aisyah,

    Saya pun suka residen-residen Neurosurgery, best. Semua residen surgery department cool.

    Pernah saya tanya soalan dekat seorang doktor residen, tiba-tiba dia cubit pipi saya. Then cakap,

    "Adik, minta maaf. Saya tidak tahu jawapannya. Tapi insyaAllah, saya akan cari jawapannya ya?Ingatkan saya"

    Walaupun residen, diorang tidak pernah malu atau takut untuk mengatakan 'tidak tahu' dan sentiasa berusaha memperbaiki diri:)

    Bereh boh, jom "lepak-lepak" dekat ruang emergensi;)

    Salam rindu,
    anasolehah
    surgery department :P

    BalasPadam
  5. Abu Huzaifah,

    benarkah ilusi?

    ianya realiti akhi:)

    p/s: kalau sudah jalan-jalan department, bolehlah saya pesan sepekat dua coffee instant:)

    BalasPadam
  6. Wa'alaikumussalam Duha,

    Kumpul ilmu dan teori banyak-banyak sementara di Jatinangor:)

    Masanya akan tiba untuk kamu and the gang berhempas pulas di RSHS. InsyaAllah akak doakan semuanya berjalan lancar dan cepat-cepatlah kamu semua masuk koas:)

    BalasPadam
  7. kak aimi..waa..best + seram2 sejuk gak dengar cter kak aimi..ngeh2x..

    kak aimi kuat di sana ya..ktorg 2nd year kat sni tgh exam..sushnye neuro!!..huhu..

    BalasPadam
  8. Syuhadah,

    insyaAllah. Semangat ukhti:)

    BalasPadam
  9. Bestnye akk..saya teringat nak jadi doktor.doakan saya.

    BalasPadam
  10. Bestnye akk..saya teringat nak jadi doktor.doakan saya.

    BalasPadam