Ahad, 31 Januari 2010

Apa yang palingku banggakan pada diri?

Assalamualaikum wrt wbt,

Saya duduk termenung.

Semalaman, saya berbaring dan terus berfikir.

"Kalau saat ini, aku diberikan peluang kepada diriku sendiri, untuk menganugerahkan apa-apa piala atas perkara yang palingk
u banggakan, paling memberi manfaat kepada semua, apakah ia?"


Masih terdiam.

Saya sama sekali tidak ada jawapan. Apabila saya tidak ada jawapan, itu maksudnya, saya tidak merasa saya benar-benar mempunyai sesuatu yang mampu saya
banggakan.

Saat itu juga, saya yang terbaring, beristighfar.

"Ya Allah, penghuni syurgaMu insan-insan yang hebat belaka. Mana mungkin, aku hambaMu yang biasa-biasa amalannya, biasa-biasa akhlaqnya mahu menjejakkan kaki ke syurgaMu"

Lantas saya mencari solusi. Apa yang patut aku lakukan, supaya aku sendiri merasa tidak menyesal menjadi diri sendiri.

Mahu menjadi manusia luar biasa bukan bererti harus menjadi insan yang dikenali semua, insan yang popularitasnya tinggi dijunjung manusia.

Abu Lahab pun terkenal juga. Tapi terkenal dengan kejahilannya. Sudah semestinya kita tidak mahu menjadi manusia idola kemusyrikan.

Manusia luar biasa, bertindak luar biasa. Orang hebat bertindak luar biasa, untuk kepentingan semua. Namun begitu, kita harus mulakan dari diri kita dahulu. Bertindak mengubah paradigma diri dahulu.

InsyaAllah, saya telah menyenaraikan beberapa perkara yang harus saya laksanakan sehari-hari. Saya mahu mengubah pola kehidupan yang telah dibentuk oleh manusia biasa terdahulu. Antara yang paling utama, membaiki hubungan saya dengan Allah SWT.
  1. Saya mahu menjaga solat saya baik dari segi waktu dan juga kualitinya
  2. Saya mahu menghafaz ayat-ayat Al-Quran dan mentaddaburinya semaksimal mungkin
  3. Saya mahu menjaga dan meningkatkan ibadah-ibadah lain baik dari segi kualiti mahupun kuantiti.
  4. Saya mahu mempelajari ilmu-ilmu Hadith dan Sunnah
Apabila hubungan hamba dan Tuhannya (Allah SWT) telah dibaiki (insyaAllah) saya akan menginjak ke target kedua iaitu akademik dan kerja, ketiga adalah keluarga dan masyarakat.

InsyaAllah, sekurang-kurangnya dengan melaksanakan target hubungan saya dengan Allah SWT, maka ini akan membuatkan diri saya bangga menjadi diri sendiri. Sebagai motivasi diri saya untuk terus maju dalam menempuh dunia.

Menjadi seorang doktor itu mudah. Orang yang bodoh jika belajar, orang yang malas jika rajin mampu menjadi doktor. Cuma, menjadi doktor yang luar biasa, kita harus punya kualiti. Tidak perlu sehingga dipuji orang lain kerana itu bukan sebagian tanggungjawab kita sebagai khalifah, cukuplah diri kita sendiri yakin dengan kualiti yang ada pada diri.

InsyaAllah.


Pesan 1: Buat ukhti hebat, Alia Suzana, tahniah dan takziah. Semoga perjuangan ukhti habibati, diredhai Allah SWT.

Pesan 2: Merubah hari esok, dimulai dengan cita-cita hari ini.

Rabu, 27 Januari 2010

Langkah pertama itu susah

Assalamualaikum wrt wbt, selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Seandainya hari ini persis sama seperti semalam, tiada perbaikan dari segi amal ibadah, kualiti hidup, manfaat masa dan sebagainya, mengapa menunggu esok untuk berubah?


Babah pernah berkata, "Kakak, orang Melayu ini, misi dan visi mantap. Tapi tahu apa yang kurang pada sesetengah orang Melayu?"

"Tak tahu, apa bah?" tanya saya

"Orang Melayu suka merancang tapi MALAS dan SUSAH memulai langkah pertama. Makanya banyak perancangan itu masuk tong sampah. " balas babah

Sejak dari saat itu, saya terus memahat langsung kata-kata babah dalam diri saya. Menjadikannya ia suatu iktibar.

Astaghfirullah.

"Kakak nak jadi spesis orang Melayu yang macam tu?" tanya babah lagi

"Tak nak!" jawab saya.

Perbualan ini, masih saya ingat ianya sewaktu saya menceritakan impian saya pada babah di ruang tamu sewaktu berusia 10 tahun. Saya nekad, apa yang saya inginkan, saya usaha dan sentiasa RAJIN memulakan langkah pertama:)

InsyaAllah:)

Pesan 1: Penat dengan sikap manusia!

Pesan 2: Miss my mom and dad badly. Semoga Allah mengubat rinduku ini dengan kasih dan sayangNya. Ya Allah, peliharalah kedua orangtuaku (-_-)

Pesan 3: Maaf sebab tidak seaktif dahulu meng'update' blog. Terlalu banyak tugas dan tanggungjawab sehingga saya terpaksa meninggalkan si buah hati pengarang jantungku, iaitu blog anasolehah ini. InsyaAllah jika ada kesempatan, saya akan update:)

Sabtu, 16 Januari 2010

Main kad bukan permainan da'i?

Assalamualaikum wrt wbt,

Saya mahu berkongsi pengalaman saya ditegur oleh sahabat saya sendiri berkenaan isu main kad (kad yang ada king, queen, love shape semua itulah).

Tengahari Jumaat minggu lalu, saya diajak oleh kawan baik saya, Wani untuk lunch bersama di ruangan istirehat dokter muda, di Forensic Department. Kebetulan, pesakit-pesakit di Poliklinik Onkologi sudah habis semua diperiksa, saya pun bersetuju.

Sampai saja di sana, saya berkenalan dengan beberapa sahabat lelaki Indonesia.

"Hi, saya Aimi" ringkas saya memperkenalkan diri. Maklum, sahabat yang saya bertemu ini seorang non-muslim.

"Hi, saya D" balas dia pula.

Setelah berborak-borak beberapa minit berkongsi pengalaman pesakit masing-masing, tiba-tiba si D bersuara,

"Ayo, kita main kartu (kad) yuk. Ini udah 4 orang, cukup untuk main kartu" katanya

"Saya tak naklah. Saya tidak pandai main, kamu aja yang ajar duluan" saya membalas katanya

"Argh Aimi, ngga' usah banyak ngomong (cakap), ayo, sambil main, sambil belajar" balasnya. Kami semua ketawa.

Permainannya adalah dengan mengumpulkan nilai tertinggi:

King = 10 markah
Queen = 10 markah
A = 11 markah
10 = 10 markah

Syarat bermain adalah, setiap pemain harus mengumpulkan 4 kad yang sama warna dan sama jenis bunganya. Kalau berbeza, akan ditolak markah mengikut nilai kad.

Setelah main, pusingan pertama, Saya Menang!(alhamdulillah)

Pusingan kedua, saya no 2

Tiba-tiba kawan D tadi berkata, "Hish kamu Aimi bilang tadi ngga' tahu main, ini kok menang mulu"

"Haha..Tuhan mendengarkan rintihan dalam doa saya sebelum saya main kartu tadi" saya pula membalas sambil berseloroh.

Sewaktu azan Zohor, kami berhenti main seketika, saya menunaikan solat Zuhur berjemaah bersama geng-geng main kad manakala sahabat non muslim menunggu kami sehingga selesai solat.

Setelah itu, kami sambung lagi main sehingga jam menunjukkan pukul 12.45 tengahari.

"Ok lah semua, saya ada referat(kuliah) di dewan kuliah Koestedjo. Duluan ya" saya meminta izin.

"D, kamu solat yang benar senin nanti. Baru kita bisa main lagi. Kamu kalah mulu, itu tandanya doa kamu harus diperbaiki." saya berseloroh dengan sahabat saya D yang baru saja berkenalan.

"Ok see ya Aimi on Monday, kita main kartu lagi ya" ajak sahabat tadi

"InsyaAllah, kalau ngga' ada apa-apa saya ke sini lagi" saya balas

Kemudian, sampai saja di dewan kuliah, ada yang menegur,

"Aimi, awak pergi mana tadi?" tanya sahabat

"Pergi Forensic Department, main kartu" balas saya ringkas sambil masih tersenyum mengingat telatah masing-masing yang cuba menutup kad supaya tidak kelihatan

"Main kartu???" sahabat tadi terperanjat

"Kenapa?Di mana salahnya main kartu?Saya solat tepat waktu, saya tidak berjudi, saya tidak melampaui batas dalam pergaulan tadi" saya pula yang hairan

"Itu bukan permainan para da'i" ringkas jawapannya

"Sebentar lagi saya tuntut penjelasan dari kata-kata kamu tadi" saya balas, rasa malas mahu melayan orang yang cepat menghukum. Biarkan kita dengarkan sahaja penjelasan kata-katanya

Seperti yang saya katakan, setelah kuliah, saya tuntut kembali penjelasan dari kata-katanya, tapi ini yang saya dapatkan,

"Kamu Aimi, kamu sosok muslimah, kamu pakai jilbab besar, kamu kalau mahu dakwah, dakwahlah cara yang benar. Tadi itu bukan permainan para da'i" penjelasan yang tidak kukuh.

"Jadi permainan untuk seorang da'i itu apa?" tanya saya lagi

"Er..." diam tiada jawapan dari teman

"Kenapa harus kita meng'eksklusif'kan diri kita dari masyarakat luar, apa istimewaannya kita jika dibandingkan mereka di sisi Allah?" saya pula bertanya,

Ramai yang saya lihat sahabat-sahabat yang baik, bertudung labuh, berjubah semua, kadang kala mereka terlalu menyempitkan diri dan pemikiran mereka sehingga itu tidak boleh, ini tidak boleh. Tiada dalil dan nas yang kukuh pun boleh jadi hujah panjang lebar, saya pun kurang pasti, apa yang mereka cuba tegakkan. Mungkin tidak semua, tetapi segelintir dari mereka.

Marilah, ikhwah dan akhawat yang ku sayangi, kita kembangkan sayap dakwah kita dengan bersikap terbuka seperti mana Rasulullah SAW ajarkan. Tidak melabel, tidak berfikiran sempit, tidak juga berspekulasi.

Astaghfirullah, mengingatkan diri ini juga. Pasti terleka kerana diri ini tidak terlepas dari kelalaian.

Pesan 1 : Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah

Pesan 2 : Kalau Allah tarik kehidupan dunia kita, jangan sampai menyesal kerana terlalu banyak mengeksklusifkan diri.

Ahad, 3 Januari 2010

Pengalaman On-Call 1, 2 dan 3

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, saya mengisi ruang masa dan mengerah sedikit lagi tenaga untuk menulis blog.

Sebenarnya sekarang sekitar jam 10.10 minit malam (3 Januari 2010) saya baru sahaja pulang dari hospital. Saya On-Call (OC) dari jam 7pagi dan seharusnya selesai jam 7malam. Namun begitu, tiba-tiba saya diminta untuk menjadi assistent hecting (menjahit luka) seorang pesakit yang tangannya hampir putus.

Baiklah, entry kali ini, insyaAllah saya akan menceritakan serba sedikit pengalaman OC. Saya sememangnya bercita-cita untuk menjadi seorang pakar bedah. Nah, inilah peluang keemasan yang akan saya nikmati dan manfaatkan sebanyak-banyaknya.

Kalau dikira penat, jujur saya penat.

Kalau dikira sibuk, jujur saya sibuk.

Tetapi, inilah nikmat menjadi seorang doktor yang manusia bukan robot semata.

Doktor robot,
Pergi bertugas, niat tidak ikhlas, menjalankan tugas penuh dengan keluhan dan akhirnya pulang hanya dengan badan yang penat dan otak yang masih kosong sama seperti waktu datangnya.

Doktor manusia,
Pergi bertugas dengan niat yang ikhlas, menikmati tugasan kerja dengan benar dan sebaiknya dan pulang dengan hati yang penuh kegembiraan, tubuh yang mantap dengan pengalaman dan otak yang penuh dengan ilmu pengetahuan.

Kini saya di Surgery Department (Bahagian Bedah). Ada 9 sub bahagian. Minggu pertama, saya masuk Neurosurgery Department (Bahagian Bedah Saraf). Bahagian ini merupakan antara bahagian yang paling sibuk. 3 kali OC dalam seminggu dan 6 kali presentations.

Pengalaman OC

Hari pertama saya OC, sejujurnya saya sangat-sangat berdebar dan takut. Mana tidaknya, selama ini saya hanya belajar cara suntik-menyuntik, jahit-menjahit, memasang pelbagai jenis tiub ke pelbagai rongga tubuh (seram sungguh ayat ini..hihi), semuanya teori dan diaplikasikan ke patung sahaja. Malam (29/12/2009), merupakan hari pertama saya harus mengaplikasikan segala ilmu ke MANUSIA!

Saya melangkahkan kaki ke Ruang Emergensi dengan rasa berdebar.

Baru sahaja melapor diri,

"Adik, tolong ambil darah (Complete Blood Count sample) pesakit A untuk pemeriksaan makmal" pinta seorang doktor senior.

Dalam hati, "Habislah aku...Eh, salah....habislah pesakit A ini"

Saya datang menghampiri doktor tadi, lalu saya berkata,

"Doktor, maaf. Saya baru pertama kali OC dan inilah adalah pertama kali saya mahu mengambil darah. Mohon doktor ajarkan saya"

"Boleh saja, saya listkan barang apa sahaja yang perlu, kamu ambil. Kemudian, saya ajarkan kamu ya" doktor tadi berkata.

"Alhamdulillah~" bisik hati saya.

Dari saya tidak tahu apa-apa, alhamdulillah, sekarang saya sudah tahu infuse fluid, transfuse darah, Intravenous drug administrations dan paling penting, saya sudah tahu MENJAHIT KE MANUSIA:) Alhamdulillah

Jangan malu bertanya dan jangan takut apabila ditanya. Kita masih belajar maka jangan takut untuk salah kerana dari salahlah kita tahu yang benar.

Apabila saya OC, saya tidak suka untuk mengambil rehat yang lama. Paling lama adalah 30 minit. Ya, dari 12 jam bertugas, saya hanya mengambil masa 30 minit untuk solat dan makan. Pernah saya bekerja, menjahit, menguruskan pesakit dari jam 7 malam sehingga jam 3 pagi tidak berhenti. Apabila saya mengatakan saya tidak berhenti menguruskan pesakit, itu bermakna, saya tidak duduk walaupan seminit, minum walaupun setitik (ini pun ayat seram. Tapi santai saja, semuanya nikmat pengalaman yang tidak mampu dibayar hanya dengan berehat)

Waktu OC, jika kebetulan saya lapang dan tidak memegang pesakit, saya akan sering mengikut seorang atau 2 orang doktor. Saya akan perhatikan sahaja tindakan kerja mereka. Kadang-kala, mereka akan memberikan peluang untuk mengajar saya. Disinilah peluang saya, di mana saya akan bertanya sebanyak-banyaknya kepada doktor-doktor tadi.

Pengalaman melihat kematian.
Tugas sebagai seorang doktor itu tidak lari dari melihat kematian. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana berpeluang untuk bermuhasabah diri selalu. Saya sering berdoa, agar hati saya tidak lali, tidak imun, tidak sensitif jika melihat kematian hanya kerana kematian itu terlalu banyak berlaku didepan mata. Na'udzhubillah.

Sewaktu kali kedua saya OC, seorang pesakit datang, lelaki dan usianya 19 tahun. Muda lagi. Datang dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat kemalangan jalan raya dan dibawa oleh ahli keluarganya. Saya waktu itu baru sahaja selesai mengambil darah pesakit B untuk dihantar ke makmal. Tiba-tiba,

"Koas Neurosurgery ada atau tidak??" jerit seorang doktor.

"Saya doktor!" saya mengangkat tangan

"Bantu saya untuk CPR (ini kalau medical students tidak tahu istilah panjangnya, ketuk sahaja kepala :P)" jerit doktor tadi.

"Baik doktor" saya bergegas dan dalam keadaan berlari-lari anak itulah saya menukar sarung tangan.

Tindakan CPR, ambulatory, defibrilator semuanya dilakukan di ruang Resuscitation. Tempat yang lebih cepat dan kritikal tindakannya. Tempat yang tindakannya dalam hitungan saat. Bukan minit dan bukan jam.

2 jam, saya dan seorang lagi doktor bergilir-gilir melakukan CPR. Dalam hati saya hanya mampu berdoa, sambil tangan dan kudrat saya dicurahkan sepenuhnya kepada anak ini.

Saya melihat ahli keluarganya sudah meraung-raung menangis. Saya sendiri sedih. Andai ini adalah ahli keluarga saya, pasti saya juga tidak akan kuat.

Sebelumnya, anak lelaki ini sedang dibonceng oleh bapanya. Tiba-tiba, kemalangan jalan-raya menyebabkan anak ini terpelanting jatuh manakala bapanya alhamdulillah selamat. Tidak ada kecederaan walaupun sedikit tetapi anak lelakinya cedera parah.

Setelah hampir 2 jam, saya melihat monitor yang memaparkan bacaan kiraan jantung (Blood pressure, Heart rate), oxygen saturation dan ECG (garis-garis panjang yang ada naik dan turunnya dan kalau sudah meninggal, garis tersebut lurus sahaja), semuanya menunjukkan tanda-tanda bahaya dan tiada pembaikan.

Seorang doktor senior Neurosurgery mendatangi saya,

"Adik Aimi, kalau pesakit yang post trauma dan tidak boleh bernafas sendiri itu kenapa?"

"Ada brainstem death dok" balas saya.

"Kalau istilah medic, meninggal dunia itu apa?" tanya doktor lagi

"Brainstem death doktor" saya memberikan jawaban sambil tangan masih sibuk memberikan bantuan CPR.

Saya kemudian baru tersedar, "Astaghfirullah................................pesakit ini telah meninggal dunia" dan sejujurnya, bergenang airmata saya.

Anak ini terlalu muda. Anak ini harapan keluarganya. Anak ini anak lelaki tunggal. Anak ini tulang belakang keluarganya.

"Adik, apalagi kriteria Brainstem Death?" tanya doktor itu lagi

"Not spontaneous respiration, pupil dilatations with anisocor equal or more than 5mm, loss of consciousness" saya memberikan jawapan.

"Ok" balas doktor tadi.

Saya langsung memanggil ahli keluarga anak ini tadi. Saya meminta orangtua dan ahli keluarganya membisikkan "Allah", "La 'ila ha illallah" sebelum saya berhenti memberikan bantuan CPR. Ini kerana saat saya memberhentikan saja bantuan tersebut, maka pesakit itu akan meninggal kerana tiada lagi bantuan oksigen yang akan diberikan.

"Aimi, berhenti CPR" arahan doktor tadi saya turutkan. Dan saya tahu, itulah saatnya anak ini akan berjuang di titik akhir kehidupannya menuju alam yang satu lagi.

Saya melihat kelibat doktor menerangkan situasi sebenar bahawa anak lelaki ini telah meninggal dunia. Seperti yang dijangkakan, keluarganya menangis terisak-isak.

Setelah menguruskan jenazah anak ini, saya berlalu pergi. Saya masuk kembali ke Ruang Emergency Bedah.

Saya merasa kehilangan.

Sepanjang malam saya bertugas itu, saya merasa ada sesuatu yang berbekas di hati saya.

Saya berdoa kepada Allah SWT, seandainya kematian datang menjemput, biarlah dalam keadaan diri saya telah melunaskan tanggungjawab kepada Allah SWT dan agama, kepada orangtua dan keluarga saya, kepada masyarakat semua. InsyaAllah.

Pesan 1 : Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Terlalu banyak kejadian yang berlaku didepan mata. Semuanya itu bukan kebetulan semata

Pesan 2 : Perjuangan ku baru bermula. Doakan tentera jihad ini sentiasa kuat memperjuangkan agamaNya

Pesan 3 : Time to have an ibadah @ tidur:)

Wassalam(^_^)